NEW Firefox 2.0 released!
| Previous Page | ![]() REFRESH THIS BLOG |
Next Page |
Time to move on
Monday, August 28, 2006







- Majlis persandingan berpelamin hijau-putih di Dewan Pameran 1 dan 2 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) antara yang dinantikan oleh penonton TV3 termasuk saya.
- Sebanyak 2,300 tetamu termasuk kerabat diraja, menteri-menteri kabinet dan rakan-rakan artis akan melaram dengan pelbagai fesyen untuk menghadiri majlis persandingan Siti Nurhaliza dengan Datuk K. Inilah masa nak menunjuk-nunjuk fesyen. Kalau bernasib baik keluar TV3 di karpet merah!
- Yang hadir pastinya, kerabat-kerabat di raja, pembesar negara dan ramai tokoh-tokoh politik dan korporat. Lebih 100 orang artis terkenal tanah air dijangka akan menghadiri acara kemuncak perkahwinan Siti-Datuk Khalid.
- Antara artis yang turut melaram di majlis grand itu ialah Erra Fazira, Norman KRU, Linda Rafar, Ahmad Idham, Erma Fatima, Farah Fauzana, dan semua selebriti dibawah naungan Media Prima.
- Siti akan mengenakan gaun pengantin ciptaan para pereka handalan negara seperti Radzuan Radzwill, Michael Ong, Khoon Hooi dan Embun. Siti turut mendapat sentuhan daripada seorang pereka fesyen tersohor dari Indonesia, Anna Avanti.
- Dua orang jurusolek akan memberi sentuhan puteri untuk wajah Siti Nurhaliza. Mia dari Indonesia dan Nurul Syukor dari Malaysia.
- Satu konsert sebagai hiburan akan menghiburkan selama lebih satu jam. Penyanyi undangan bukan alang-calang penghibur. Semuanya mempunyai makna buat Siti dan Datuk K.
- Lagu Pada Syurga di Wajahmu nyanyian Nash adalah antara lagu yang paling bermakna dalam menginterpretasi cinta suci Datuk K kepada Siti Nurhaliza. Lagu itu adalah pilihan utama Datuk K. Kalau tak nyanyi lagu tu, majlis tak berapa meriah.
- Selain itu Nash Lefthanded Nash juga akan menyanyikan lagu Permata (lagu asal Kopratasa). Nora akan membawakan lagu Menyemai Cinta Bersamamu dan Hanya Satu.
- Penyanyi-penyanyi Indonesia akan turut menghiburkan majlis iaitu Kris Dayanti (Mencintaimu) dan Rossa yang akan berduet bersama Melly Goeslaw di dalam lagu Biarlah Rahsia.
- Yang uniknya, protege kepada Siti Nurhaliza, Kat bertuah kerana dapat menyanyikan lagu baru Siti berjudul Pastkan di hari persandingan mentornya itu. Siti turut menaja sepasang baju kebaya hijau muda yang akan dipakai oleh Kat.
- Lagu-lagu dari kumpulan Hijjaz, Ziana Zain dan Too Phat masih belum dapat dipastikan lagi.
- Kawalan ketat menjadi keutamaan pihak sekuriti. Seramai 300 orang pengawal keselamatan termasuk polis akan bertugas untuk memastikan segalanya lancar tanpa gangguan.
- Menu utama untuk VIP iaitu ayam golek menjadi menu utama juga untuk makan malam saya nanti.
- Siaran lintas langsung dari KLCC itu nanti akan dikendalikan oleh Fitri dan Azizah Ariffin.
- Jennifer Thomson yang selalu menerbitkan acara Anugerah Industri Muzik (AIM) turut dipertanggungjawabkan untuk menerbitkan acara ini manakala pengarah muzik pula akan digalas oleh Pak Ngah dan S. Atan.
- Dua orang pengacara senior, Zakiah Anas dan Ishak Nengah akan membuat liputan di dalam dewan ketika acara merenjis berlangsung sementara untuk acara persembahan konsert pula akan dikendalikan oleh Farah Fauzana dan Aidil Abdul Ghafar.
- Disiarkan secara langsung oleh TV3 pada hari Isnin, 28 Ogos ini pada jam 9 malam dan akan berterusan sehingga jam 11.30malam. Dijangka perang TV akan bermula seawal jam 8.30 malam di mana astro akan menyiarkan temubual eksklusif dengan Mawi. Rating mesti dijaga jangan sampai tiada orang nak tonton astro pula. Ye la, semua orang akan tertumpu di TV3 saje.
- Persiapan rapi sedang rancak dijalankan 2 minggu sebelum ini. Manakala rehearsal telah pun bermula sejak Sabtu semalam.
- Pelamin indah yang bertemakan bunga-bunga orkid dan mawar di taman adalah ilham rasa Kem Salleh dan Ashley Wong dari Kapas Couture. Datuk Raja Rezza Shah dari Nusantara Gems Sdn Bhd bersama kakitangan stesen penyiaran TV3 dan ahli keluarga mempelai adalah orang yang paling sibuk di saat-saat akhir ini.
- Lokasi persandingan akan dikawal rapi menjelang hari persandingan kedua mempelai. Dewan Pameran 1 dan 2 di tingkat bawah pusat persidangan yang boleh memuatkan 1,200 tetamu akan berubah wajah menjadi sebuah taman berwarna warni dihiasi bunga-bunga segar seperti orkid dan bunga mawar merah jambu.
- Perarakan menaiki kereta kuda ke dewan persandingan dan sesi beramah mesra bersama peminat, terpaksa dibatalkan disebabkan oleh faktor keselamatan dan cuaca.
- Siti akan mengaturkan sesuatu untuk tidak menghampakan peminat-peminatnya. Siti akan munculkan dirinya di hadapan para peminat bersama pasangannya. Kepada peminat yang ingin ke sana, nantikan kejutan dari Siti.
- Untuk majlis bertemu peminat, Siti akan mengenakan gaun petang rekaan Khoon Hooi yang telah diberi sentuhan klasik ‘timeless beauty’ yang bernilai RM50,000 yang sepatutnya dipakai semasa menaiki kereta kuda. Rekaan yang menggunakan fabrik sutera Duchess berwarna kuning lemak dari Itali ini telah diserikan dengan tatahan mutiara yang mendapat tajaan Rafflesia The Pearl Centre. Fuh! Memang mengancam. Tak berat ke bila pakai baju dipenuhi mutiara?
- Siti akan menggayakan pakaian songket berwarna krim keemasan sentuhan pereka terkenal Radzuan Radziwill.
- Untuk upacara memotong kek, Siti memilih gaun rekaan pereka kegemarannya, Michael Ong. Katanya, Michael Ong hadiahkan gaun tersebut sebagaimana yang dijanjikan 5 tahun lepas. Anggaplah hadiah dari seorang rakan, katanya.
- Saya akan membuat liputan seperti biasa. Dengan laptop dihadapan mata, jemari pula menari-nari di atas punat-punat tak bernyawa. Tunggu, kita akan bincangkan apa yang sebenarnya akan berlaku!

"Saya cukup yakin majlis persandingan Siti Nurhaliza akan tetap meraih penonton besar kerana kemampuan dan keunggulannya sebagai penyanyi nombor satu negara dan detik bersejarah perkahwinannya tidak berulang.
Sedangkan kisah Mawi dan bekas tunangnya, Ina, boleh ditonton pada bila-bila masa...kata Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Farid Ridzuan.
| Previous Page | ![]() HOME |
Next Page |
Search celebrity, news, money?
My Sponsors
My Readers
Notification
awards
star world
concept
More me:profile
My statsstats