Time to move on
My blog has been revamped into the fresher, snazzier 'Sensasi Selebriti'.
You are cordially invited to grace your presence at the new blog. Click here
www.budiey.com
Tuesday, September 05, 2006
JUDUL: Inilah Jac
ARTIS: Jaclyn Victor
GENRE: Pop Komersial
Sangat menyedihkan sebenarnya apabila corak lagu seperti Gemilang tidak lagi dimuatkan dalam album kedua Jac ini.
Lagu begitulah yang seharusnya menjadi 'trademark' kepada 'forte' muzik Jac atau JV (Jaclyn Victor). Mujurlah lagu yang catchy dan dinamik serta mempunyai feel dan sentuhan blues masih dikekalkan.
Sekali lagi Aidit Alfian dipertanggungjawab menghasilkan lagu yang mempunyai karektor sebegini. Selepas Di Bawah Pohon Asmara, Aidit bergabung dengan Loloq menghasilkan lagu Kasih Sayang.
Memang saya suka dengar Jac membawakan lagu pop blues sebegini. Jac bukan saja kedengaran begitu selesa dengan lagu sebegini tetapi mampu mengikut attitude serta engery lagu ini dengan baik dan ini menyenangkan seseorang pendengar seperti saya.
Namun saya tidak begitu suka pula dengan perkataan 'momen' yang dimuatkan sebagai lirik lagu ini. Kenapa tidak digunakan saja perkataan waktu?
Sekalipun ketiadaan lagu seperti Gemilang, album ini memang wajad dimiliki kerana memberikan banyak kepuasan. Ia banyak memuatkan lagu yang menarik dan sedap.
Lagu Inilah Masanya gubahan Audi Mok/Nurfatima bersifat moderate fast dan mempunyai elemen alternatif yang ringan memberikan satu kelainan kepada nuansa muzik yang pernah diketengahkan Jac di dalam album pertamanya.
Mood yang sama diteruskan dengan lagu Cepat-Cepat, ciptaan Mode (bekas anggota Ruffedge). Lagu ini harus anda dengar kerana ia berbentuk blues jazz ringan dengan iringan koir ala gospel dan kemudian diselitkan dengan elemen hip hop. Sesuatu yang baru dan segar dalam industri kita. Syabas Mode!
Bagi yang menyukai lagu yang lebih perlahan dan membuai perasaan, Jac memberikan kekuatan vokalnya menerusi Cerita Cinta ciptaan Ross Ariffin yang dipersembahkan secara duet dengan Rio Ferbian.
Gabungan vokal mereka sangat menarik, sesuai serta mempesonakan. Ia seperti anda mendengar Mariah Carey dan Luther Vandross dengan Endless Love atau Tina Arena dan Marc Anthony (I Want To Spend My Lifetime Loving You).
Selagi Bertahan daripada Azlan Abu Hasan juga mempunyai melodi pop R&B yang indah tetapi cukup mencabar vokal dan range Jac terutama menerusi momentum yang membangkit secara perlahan-lahan menerusi lagu itu.
Walau tidak menghasilkan lagu, khidmat Aubrey Suwito tetap diperlukan untuk menggubah semula lagu klasik ciptaan A Riyanto, Lagu Sebelum Kembang serta lagu Inggeris Superwoman yang sebelum ini pernah dinyanyikan beberapa penyanyi barat. Yang asal ialah Karyn White.
|
Search celebrity, news, money?
credits
