[---~*Enter-tainment Blog*~---]
Firefox NEW Firefox 2.0 released!



Previous Entry
REFRESH THIS BLOG
Next Entry

Time to move on



My blog has been revamped into the fresher, snazzier 'Sensasi Selebriti'.

You are cordially invited to grace your presence at the new blog. Click here


www.budiey.com






Monday, November 13, 2006

    ANTARA DUA FILEM HEBAT, MANA SATU PILIHAN MALAYSIA?



    Antara tunjang utama dalam filem The Red Kebaya


    DUA FILEM BAKAL BERSAING
    Saya tidak dapat menolak bahawa akan ada persaingan sengit antara filem CINTA dan filem The Red Kebaya. Kedua-dua filem ini akan ditayangkan dalam tempoh dan ruang masa yang sama. The Red Kebaya akan bernasib baik kerana mendapat tayangan lebih awal iaitu pada 23 November. Manakala filem CINTA yang mendapat perhatian serta promosi yang gah dan hebat akan ditayangkan pada 30 November.

    Banyak perbedaan yang ketara dalam pembikinan kedua-dua filem ini. Latar belakang serta profile orang-orang yang menjadi tulang belakang juga berlainan sama sekali. Namun, dengan sejarah kejayaan boxoffice yang ditempa oleh filem-filem yang dianggap 'layu' pada mata saya pastinya merubah persepsi ramalan. Adakah orang kita mahu melihat kisah-kisah cinta di panggung wayang? Atau sekadar mahu disogok dengan filem lawak jenaka yang melekakan? Mungkin pada saya orang kita tidak akan pandang filem yang sebegini. Mereka lebih ingin melihat gaya-gaya skrip lawak yang sudah basi. Saya agak kesal dan tidak faham dengan orang Malaysia yang masih tidak tahu menilai erti seni dan ekpressi dalam filem.

    Saya belum lagi memulakan kerja-kerja saya dalam mengulas filem The Red Kebaya. Tangan ini masih kaku dan sengal untuk memulakan penulisan. Setelah menonton filem tersebut banyak perkara aneh telah berlegar dalam minda saya. Nanti saya akan keluarkan segala benda-benda aneh tersebut.

    CINTA FILEM TERBAIK TAHUN INI?
    Oleh: Shazryn Mohd. Faizal

    Mira dan suaminya, Khabir BhatiaBANYAK faktor yang perlu diambil kira apabila ingin menerbitkan sesebuah filem demi memastikan filem yang diterbitkan itu mencapai tahap kualiti yang boleh dibanggakan.

    Jika filem tersebut hanya bersandarkan kepada nama-nama gah pelakon yang membintangi filem tersebut tetapi lakon layarnya pula mengelirukan, maka susah juga untuk filem itu diterima dengan baik.

    Malah ada juga filem tempatan yang menampilkan banyak sub plot dalam satu plot dan tidak dikembangkan dengan sebaiknya sehingga mengelirukan penonton.

    Justeru apabila filem Cinta arahan Khabir Bhatia, diuar-uarkan menampilkan lima kisah cinta di dalam sebuah filem, hati penulis mula diselubungi kerisauan. Masakan tidak, bimbang filem ini akan menjadi bercelaru dan kacau-bilau sehingga menjejaskan keseluruhan jalan cerita.

    Namun, sangkaan itu meleset sama sekali setelah menyaksikan tayangan prebiunya baru-baru ini. Tidak keterlaluan kalau dikatakan Cinta boleh dianggap salah sebuah filem terbaik sepanjang tahun ini.

    Skrip dan lakon layarnya digarap dengan begitu baik sekali. Malah, setiap wataknya juga telah dikembangkan dengan baik sehingga menjadikan Cinta sebuah filem yang mengasyikkan. Lakonan 10 bintang di dalam filem itu, begitu mantap dan penuh penghayatan. Percaturan Grand Brilliance Sdn. Bhd., (GBSB) dan Alternate Studio mempertaruhkan konsep sebegini sewajarnya dipuji kerana berjaya menghidupkan Cinta.

    *SKRIP IDEA PENERBIT

    Menurut penulis skrip Cinta, Mira Mustaffa, idea untuk menghasilkan Cinta datang daripada penerbitnya yang mahukan sesuatu kelainan dalam filem Melayu.

    "Pihak penerbit mahu nenampilkan sesuatu kelainan dan dengan itu, saya cuba menghasilkan lima buah cerita dalam satu filem.

    "Idea untuk menghasilkan skripnya pula saya ambil daripada pengalaman saya sendiri dan juga rakan-rakan yang banyak menceritakan tentang pengalaman hidup mereka. Jadi, gabungan itu memberikan saya ilham untuk menghasilkan Cinta," cerita Mira yang juga isteri kepada pengarah filem ini, Khabir Bhatia.

    Menurut Mira lagi, pada awal perbincangan, pihak penerbit mahukan 10 cerita dalam satu filem tetapi kemudian merasa bimbang jalan ceritanya akan terjejas. Lalu hanya lima sahaja kisah cinta yang terbaik dipilih untuk dipaparkan dalam filem itu.

    Apabila ditanya mengenai ilham untuk menghasilkan skrip yang begitu menyentuh jiwa, Mira berkata, semuanya hadir dengan sepintas lalu sahaja.

    "Ketika saya sedang membuat skrip itu, seolah-olah ada suara di dalam kepala saya yang memberikan kata-kata yang begitu indah untuk saya jadikan skrip filem ini," jelasnya tersenyum.

    Penerbitnya, Ahmad Puad Onah pula berkata, pihaknya yakin filem ini akan membawa satu perubahan dalam industri perfileman negara.

    "Jalan cerita yang ditampilkan mampu menarik perhatian penonton di samping keindahan sinematografi dan permainan warna yang ditampilkan. Bagi saya ia membawa satu perubahan dalam filem Melayu yang berbeza sebelum ini," ujarnya.

    Cinta akan menemui penonton pada 30 November ini dan dibintangi antaranya oleh Datuk Rahim Razali, Fatimah Abu Bakar, Eizlan Yusuff dan Sharifah Amani.

    *Apa kata pelakon Cinta

    Que Haidar sebagai Dhani:
    "Pengalaman berlakon dalam Cinta memberikan saya satu pengalaman baru. Saya bertuah kerana dapat berlakon di samping Nanu yang banyak memberikan tunjuk ajar. Ternyata, dia seorang pelakon yang hebat dan kami mempunyai keserasian. Khabir Bhatia juga banyak memberikan peluang kepada kami untuk menampilkan idea sendiri untuk mewarnai Cinta."


    *Rashidi Ishak sebagai Harris:
    "Pertama kali mendapat skrip saya sudah jatuh cinta. Ia berbeza dengan watak yang saya bawakan sebelum ini iaitu sebagai suami yang kehilangan cinta isterinya yang telah menjadikannya hilang arah. Mengenai adegan mencium pipi Rita itu, saya sudah maklumkan kepada isteri saya (Vanidah Imran). Ternyata dia tidak melatah dan faham dengan kehendak skrip."


    *Pierre Andre sebagai Taufiq:
    "Sebelum ini, pasangan saya merupakan pelakon Indonesia iaitu Dian Sastrowardoyo, Nirina Zubir dan Dessy Florita. Tetapi disebabkan kesibukan mereka, maka saya digandingkan dengan Sharifah Amani. Saya sukakan watak Taufiq yang memerlukan saya menjiwai watak seorang lelaki yang sukar meluahkan perasaan cinta kepada wanita yang pertama kali ditemuinya."


    *Nanu Baharudin sebagai Dyan:
    "Dalam filem ini, saya pegang watak seorang kakak yang menghadapi konflik dengan seorang adik, Dhani (Que Haidar). Pada masa sama, saya juga menghadapi masalah dalam percintaan kerana bercinta dengan suami orang. Saya seronok berlakon dalam produksi ini kerana semuanya tidak terlalu terikat dan kami bebas untuk memberikan pandangan dan idea masing-masing."


    *Rita Rudaini sebagai Airin
    "Saya sukakan watak saya dalam Cinta kerana ia banyak bermain dengan emosi. Itu amat mencabar dan saya suka pada cabaran. Mula dapat skrip, risau juga memikirkan kalau filem ini tidak dapat digarap dengan baik kerana terdapat lima cerita. Akhirnya, saya akur bahawa Cinta berjaya dihasilkan dengan baik."


    *Fasha Sandha sebagai Azura
    "Watak Azura tidak ada kena-mengena dengan hidup saya. Walaupun begitu saya tidak rasa sukar untuk membawakan watak Azura cuma yang sukar bagi saya ialah untuk memberikan emosi dan penghayatan yang mendalam. Ini merupakan pengalaman baru bagi saya kerana jarang ada filem Melayu yang begini."


    Petikan & kredit foto: Utusan Malaysia


    ARTIKEL BERKAITAN:-

    1. Ulasan Filem Cinta: Penuh Erti Kasih, Padat Panorama Bermesej
    2. The Red Kebaya Countdown: Gadis Kebaya Pikat Mat Salleh
    3. Dunia Bolly: Kajol Kembali Beraksi Di Layar Filem
    4. Countdown: Jemputan Ke Pra Tonton Filem The Red Kebaya




|

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments








Previous Entry
HOME
Next Entry

Search celebrity, news, money?


Web budiey.blogdrive.com

My Sponsors



My Readers





Notification

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:






concept

More me:
  • Sensasi Selebriti
  • Photo Blog
  • Tips Lifestyle
  • Archieves
  • Money Blog

    Concept:
  • Entertainment Blog
  • Celebrities News
  • Gossips
  • Theater
  • Photo Events

    Version:
  • 2.0

    Official published:
  • 27 Jan 2004

    Best viewer:

    Internet Explorer
    1024 X 768



  • profile

    My stats
  • Malay
  • 179 cm
  • 75 kg
  • 1 Ogos 1976
  • Sentul Perdana
  • Kuala Lumpur
  • Penulis blog

    My Hobby
  • Watching TV
  • Reading
  • Surfing Internet
  • Writing
  • Travelling
  • Chatting
  • Teater
  • Music
  • Work out
  • Blogging
  • Hugging!

    My Colour
  • Maroon
  • Green
  • White

    My Gadget
  • HP Pavillion dv6000
  • Nokia Xpress Music
  • Camera Nikon D40
  • iPod 30GB

    My Hung Up
  • California Fitness
  • Pavilion
  • Coffee Bean
  • Dome
  • Secrets Recipes
  • Nandos

    My Place
  • Suria KLCC
  • Masjid Jamek
  • MidValley
  • Bukit Bintang
  • Istana Budaya
  • The Actors Studio
  • Rapid KL

    My Must See
  • Buletin Utama
  • American Idol
  • Extreem Makeover
  • Lost
  • Beat TV
  • Muzikdiria
  • CSI
  • Siri 24
  • Fear Factor
  • Survivor
  • The Apprentice
  • The Amazing Race
  • Oprah Winfrey
  • Trek Selebriti
  • Iklan!

    My Fav Radio
  • Hot.fm
  • Era.fm
  • Thr.fm
  • Hitz.fm
  • X-fresh

    My Fav Deejay
  • Farah Fauzana
  • Faizal Ismail
  • Nana

    My Hos
  • Fedtri Yahya
  • Nizal Mohammad
  • Karam Singh Walia

    My Fav Reporter
  • Farihad Shalla
  • Zubir
  • Zul Husni
  • Haswari

    My Lagenda
  • Dr. Usman Awang
  • P. Ramlee

    My Fav Film
  • Superman
  • Spiderman
  • Scream
  • Red Eye
  • The Shutter

    My Fav Singer
  • Sheila Majid
  • Jacklyn Victor
  • La Luna
  • Amr Diab
  • Nancy Ajram
  • Mike Indon Idol
  • Too Phat
  • Anuar Zain
  • Siti Nurhaliza
  • Dayang Nurfaizah
  • Rossa
  • Ning Baizura
  • Gareth Gates
  • Guy Sebastian
  • Linkin Park
  • Mawi AF3

    My Fav Actor
  • Afdlin Shauki
  • Saiful Apek
  • Ako Mustapha
  • Kiefer Sutherland
  • Tom Hank

    My Fav Actress
  • Maya Karin
  • Sofia Jane
  • Nasha Aziz
  • Cameron Diaz
  • Drew Barrymore



  • stats






    credits

    Blogdrive