[---~*Enter-tainment Blog*~---]
Firefox NEW Firefox 2.0 released!



Previous Entry
REFRESH THIS BLOG
Next Entry

Time to move on





My blog has been revamped into the fresher, snazzier 'Sensasi Selebriti'.

You are cordially invited to grace your presence at the new blog. Click here


www.budiey.com






Thursday, November 09, 2006

    BAHANG BULAN NOVEMBER BERSAMA BINTANG-BINTANG TERKENAL


    LIMA FILEM ISTIMEWA HOLLYWOOD DI 8TV


    Walaupun cuti Deepavali dan Hari Raya sudah berlalu, para penonton setia slot Popcorn N Wednesday terus disajikan dengan filem-filem hebat sepanjang bulan yang pasti akan terus menghangatkan bulan perayaan ini.

    Susunan filem bulan November ini memperkenalkan lima filem menarik dan hangat yang mempunyai daya penarik yang tersendiri. Ia dapat memenuhi cita rasa semua lapisan masyarakat.

    Peminat Jennifer Lopez, Vince Vaughn, Vincent D’Onofrio,Campbell Scott, Julia Stiles, Shelly Long, Tim Mathenson dan Betty white akan mencuri perhatian anda dengan persembahan mantap dari pelakon hebat ini di dalam filem masing-masing.

    Lapangkan hari Rabu anda, berehat bersama keluarga dengan menonton filem-filem hebat bulan ini, The Cell, Save The Last Dance, Annie’s point, A Very Bradly Sequel dan Roger Dodger. Hari Rabu malam anda pasti akan menjadi lebih hebat pada bulan November ini.

    THE CELL

    Tarikh siaran : 1 November 2006

    The Cell membawa para penonton menjelajahi minda pembunuh bersiri yang penuh dengan visual yang aneh dan pelik dan menjelajahi perjalanan minda secara sikologi.

    Catherine Deane (Jennifer Lopez) adalah seorang pakar terapi kanak-kanak yang menjalankan eksperimen terhadap teknologi baru yang membenarkan untuk membaca minda seseorang secara langsung yang dipanggil ‘mind melding’. Walau bagaimanapun, keberkesanan teknologi ini masih belum disahkan.

    Sementara itu agen FBI Peter Novak (Vince Vaughn) bertungkus lumus menjejaki pembunuh bersiri yang menculik dan memagari mangsa wanita di dalam kurungan kecil dan melemaskan mereka. Novak berjaya mengenalpasti identiti pembunuh itu, Carl Starghen (Vincent D’Onofrio). Keadaan mental Carl mula terjejas kerana penyakit otak yang luar biasa. Sebelum pihak FBI menangkapnya, Carl jatuh koma.

    Lebih menggerunkan lagi, mereka mendapati proses kekejaman Carl untuk melemaskan mangsa itu mengambil masa 40 jam. Mereka kesuntukan masa untuk mencari mangsa yang disorokkan.

    Mereka hanya mempunyai satu cara untuk menyelamatkan mangsa melalui kepakaran Catherine. Catherine bersetuju untuk menjelajahi minda Carl menggunakan teknologi eksperimen beliau. Walau bagaimanapun, minda Carl sangat mengerunkan dan bercelaru, tiada jalan untuk Cartherine untuk mendapat petunjuk mengenai mangsa.

    The Cell adalah filem pertama arahan Tarsem Singh. Beliau dikenali dengan pelbagai arahan video komersial. Peminat filem psikrik harus menonton filem ini. THE CELL membawa keganjilan, kontroversi, kekejaman dan kesan khas yang menarik.

    Lakonan: Jennifer Lopez, Vince Vaughn, Vincent D’Onofrio

    SAVE THE LAST DANCE

    Tarikh siaran : 8 November 2006

    SAVE THE LAST DANCE merupakan sebuah filem hip-hop yang memperkenalkan ‘tarian nakal’ ala ‘Romeo dan Juliet’, dua individu yang berlainan minat bertemu melalui tarian. Sara (Julia Stiles) wanita berkulit putih dari keluarga sederhana yang inginkan karier sebagai penari ballet. Derek (Sean Patrik Thomas), jejaka Afrika- Amerika dari pedalaman Chicago yang pandai seni tarian, menanti peluang untuk belajar dalam bidang perubatan dan menjadi doktor

    Apabila ibunya meniggal dunia dalam kemalangan, Sara terpaksa meninggalkan Midwest untuk tinggal bersama ayahnya Roy (Terry Kinney) di pedalaman Chicago. Perhubungan mereka renggang. Sara harus melupakan hasrat untuk meneruskan kelas ballet memandangkan ibunya sudah tiada unutk menyokongnya. Dia terpaksa menguruskan dirinya sendiri memandangkan dia tinggal bersama ayahnya.

    Sekolah baru Sara dipenuhi pelajar berkulit hitam dan para pelajar diperiksa rapi semasa memasuki pintu utama sekolah untuk mengelakkan sebarang senjata diseludup masuk. Akhirnya Sara berkawan dengan Chenille (Kerry Washington), dia menemankan Sara dan memperkenalkannya kepada dunia sosial di situ. Chenille mengajar Sara bagaimana dia harus bergaul dengan pelajar disitu dan membawanya ke ‘Stepps’, kelab tarian yang dikunjungi oleh penghuni Afrika- Amerika di kejiranannya.

    Chenille merupakan adik kepada Derek (Sean Patrik Thomas), pelajar keras kepala yang berjaya Sara atasi semasa di kelas Bahasa Inggeris. Semasa di ‘Stepps’, Derek yang merupakan seorang penari hebat mencabar Sara unutk menunjukkan kemahirannya. Ia berakhir dengan teruk kerana Sara merupakan penari ballet dan tarian jenis itu tidak sesuai dengan tempat dan keadaan semasa.

    Akhinya Derek mengambil Sara sebagai anak buahnya dan mengajar asas tarian hip-hop. Tanpa menghiraukan perbezaan kaum dan sosial, mereka mula menaruh antara satu sama lain dan menyedari bahawa mereka berkongsi keinginan minat yang sama iaitu tarian.

    Derek ialah seorang pelajar yang pintar, mempunyai masa depan yang cerah untuk ke Goergetown University jika dia tidak terpengaruh dengan rakan karib Malakai (Fredro Starr) yang mempengaruhi dan merosakkan masa depannya.

    Semakin hari berlalu, semakin sukar cabaran yang mereka harus hadapi. Bukan perbezaan kaum sahaja, malahan mereka harus berdepan dengan kemarahan kelaurga dan rakan-rakan. Dapatkah mereka mengatasi tekanan daripada orang sekeliling, ataupun cinta akan menguasai mereka? Masih menjadi persoalan sama ada Sara mampu melalui kesedihannya untuk meneruskan minatnya?

    Filem ini mendapat sambutan hangat daripada penonton muda dan merupakan satu kejayaan besar bagi Stiles dan terutamanya Thomas . Filem ini berjaya mengaut keuntungan yang mencecah hampir $119 juta dan menjadi filem box-office.

    Ia merupakan filem bijak, rumit dan kisah percintaan yang matang. Bahang filem filem ini dapat dirasakan oleh para penonton dan berjaya meninggalkan impak.

    Lakonan: Julia Stiles, Sean Patrick Thomas, Kerry Washington

    ANNIE’S POINT

    Tarikh siaran: 15 November 2006

    Richard Eason, yang berasal dari Chicago (Richard Thomas) sibuk menguruskan syarikat pembinaan yang diasaskan oleh mendiang ayahnya. Ibunya yang miskin, Annie (Bettty White) sering mengganggu waktu kerjanya. Annie menghadapi waktu yang sukar dan cuba mensesuaikan diri dengan zaman jandanya. Dia tidak sedar bahawa betapa sukarnya Richard mengekalkan syarikat ayahnya.

    Annie telah berjanji untuk kembali ke tempat di mana dia dan mendiang suaminya berbulan madu, sebuah tempat yang dipanggil ‘Annie’s Point’ dan menabur abunya pada malam ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima puluh. Richard merayu dan memujuk ibunya untuk tidak pergi kerana tidak mahu ibunya melalui perjalanan jauh.

    Tekanan Richard ditambah oleh anak perempuannya Ella (Amy Davidson) yang berhasrat untuk berhenti kolej dan menjadi penyanyi dan penulis lirik.

    Annie berjaya memujuk Ella untuk menemaninya untuk ke Annie’s Point dan seperti biasa Richard meminta mereka menangguh rancangan mereka. Sebaik sahaja Annie dan Ella mula mengembara, Annie dengan cepat mengemudi perjalanan dan menempuh pelbagai cabaran sehingga terlibat dalam perjudian di Las Vegas.

    Richard yang bimbang dengan keselamatan ibu dan anaknya mengambil keputusan untuk mengekori mereka. Sepanjang perjalanan ke Annie’s Point, mereka berdua berjaya memahami erti sebenara kasih sayang dalam sesebuah keluarga.

    Lakonan: Betty White, Amy Davidson, Richard Thomas

    A VERY BRADY SEQUEL

    Tarikh siaran: 22 November 2006

    Kasut platform dan seluar berkaki kembang yang menarik, corak bunga-bunga yang bercetak, pakaiaan yang cantik , dan budak-budak lelaki dengan jambang panjang! Sekali lagi, kita dibawa mengembara dengan Bradys, yang masih hidup dengan gaya 70-an walaupun berada pada zaman 90-an. Dulu, Brady terkenal dengan The Brady Bunch Movie, kini kembali dengan A Very Brady Sequal!

    Gary Cole Shelly Long dan Gary Cole kembali sebagai Carol dan Mike Brady. Ibu bapa kepada Gery (Christoper Daniel Barrens), Marcia (Christine Taylor), Peter (Paul Sutera), Jan (Jannifer Elise Cox), Bobby (Jesse Lee) dan Cindy (Olivia Hack).

    Pada suatu hari, seorang lelaki mengaku dirinya sebagai mendiang suami Carol, Roy Martin (Tim Matheson). Walaupun dia tidak kelihatan seperti Roy, dia masih dijemput masuk kerana Mike mempercayai bahawa salah satu etika yang baik adalah dengan menghormati tetamu.

    Walau bagaimanapun, Roy adalah seorang penyamar dan mempunyai sebab tersendiri untuk menumpang di rumah itu. Dia berminat dengan patung ukiran kuda cina yang sangat bernilai dan Brady tidak menyedarinya.

    Sementara itu Marcia dan Greg mula tertarik secara seksual antara satu sama lain setelah menyedari bahawa mereka bukan adik-beradik. Jan sangat terdesak untuk mencari teman lelaki dan akhirnya mendapat seorang. Peter runsing untuk membuat keputusan kerjayanya samada unutk menjadi arkitek atau pengembara. Manakala Bobby dan Cindy sibuk bermain ‘Sherlock Holmes’

    Keseluruhan cerita ini diubah khas untuk Bradys dan sesuai untuk mana-mana episod TV. A VERY BRADY SEQUEL merupakan satu lagi filem menyeronokkan yang sungguh kelakar

    Lakonan: Gary Cole, Shelley Long, Tim Matheson, Christopher Daniel Barnes, Christine Taylor

    ROGER DODGER

    Tarikh siaran: 29 November 2006

    Roger Dodger adalah filem mengisahkan perbualan tentang seks dan perbezaan antara wanita dan lelaki di bandar New York.

    Cerita ini mengisahkan Roger (Scott), seorang yang petah bercakap, pemutar belit cerita, kaki perempuan yang menggunakan bakatnya untuk kepentingan diri sendiri. Roger merupakan seorang yang bijak dan petah yang membawanya sebagai lelaki unik dan tidak dapat menyembunyikan penghinaannya terhadap perempuan.

    Roger telah dikecewakan oleh majikannya, Joyce (Isabella Rosselini) yang pernah menjalinkan hubungan sulit di pejabat. Kecewa dan marah, dia tidak berminat untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai pakcik kepada Nick (Jesse Eisenberg) 16 tahun yang muncul secara tiba-tiba dari Midwest.

    Tujuan Nick datang ialah untuk melihat Universiti Columbia sebagai persiapannya ke kolej itu. Dia juga turut mempunyai niat lain iaitu untuk belajar seni ‘menggoda’ wanita dari pakciknya.

    Menjadikan Nick sebagai anak didikan, Roger mengajarnya cara menggoda wanita dan berpoya-poya. Mereka berkunjung ke kelab tempatan yang membawa mereka berjumpa dengan dua wanita jelita (Elizabeth Berkley dan Jennifer Beals).

    Ditulis dan diarah oleh Dylan Kidd, persembahan yang hebat dan dialog yang mantap ini telah membawa filem ini ke peringkat yang lebih tinggi tinggi. Sikap yang suka menimbulkan kemarahan di dalam perang antara jantina, terutama sekali watak wanita berjaya disampaikan dengan hebat dan menjanjikan kepuasan kepada para penonton terutama sekali remaja.

    Lakonan: Campbell Scott, Jesse Eisenberg, Elizabeth Berkley, Jennifer Beals

    Jangan lupa saksikan filem-filem hebat ini pada setiap hari Rabu jam 10.00 malam sepanjang bulan November ini hanya di 8TV!





|

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments








Previous Entry
HOME
Next Entry

Search celebrity, news, money?


Web budiey.blogdrive.com

My Sponsors



My Readers





Notification

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:






Get software



Get Adsense



Google Pack



concept

More me:
  • Sensasi Selebriti
  • Photo Blog
  • Tips Lifestyle
  • Archieves
  • Money Blog

    Concept:
  • Entertainment Blog
  • Celebrities News
  • Gossips
  • Theater
  • Photo Events

    Version:
  • 2.0

    Official published:
  • 27 Jan 2004

    Best viewer:

    Internet Explorer
    1024 X 768



  • profile

    My stats
  • Malay
  • 179 cm
  • 75 kg
  • 1 Ogos 1976
  • Sentul Perdana
  • Kuala Lumpur
  • Penulis blog

    My Hobby
  • Watching TV
  • Reading
  • Surfing Internet
  • Writing
  • Travelling
  • Chatting
  • Teater
  • Music
  • Work out
  • Blogging
  • Hugging!

    My Colour
  • Maroon
  • Green
  • White

    My Gadget
  • HP Pavillion dv6000
  • Nokia Xpress Music
  • Camera Nikon D40
  • iPod 30GB

    My Hung Up
  • California Fitness
  • Pavilion
  • Coffee Bean
  • Dome
  • Secrets Recipes
  • Nandos

    My Place
  • Suria KLCC
  • Masjid Jamek
  • MidValley
  • Bukit Bintang
  • Istana Budaya
  • The Actors Studio
  • Rapid KL

    My Must See
  • Buletin Utama
  • American Idol
  • Extreem Makeover
  • Lost
  • Beat TV
  • Muzikdiria
  • CSI
  • Siri 24
  • Fear Factor
  • Survivor
  • The Apprentice
  • The Amazing Race
  • Oprah Winfrey
  • Trek Selebriti
  • Iklan!

    My Fav Radio
  • Hot.fm
  • Era.fm
  • Thr.fm
  • Hitz.fm
  • X-fresh

    My Fav Deejay
  • Farah Fauzana
  • Faizal Ismail
  • Nana

    My Hos
  • Fedtri Yahya
  • Nizal Mohammad
  • Karam Singh Walia

    My Fav Reporter
  • Farihad Shalla
  • Zubir
  • Zul Husni
  • Haswari

    My Lagenda
  • Dr. Usman Awang
  • P. Ramlee

    My Fav Film
  • Superman
  • Spiderman
  • Scream
  • Red Eye
  • The Shutter

    My Fav Singer
  • Sheila Majid
  • Jacklyn Victor
  • La Luna
  • Amr Diab
  • Nancy Ajram
  • Mike Indon Idol
  • Too Phat
  • Anuar Zain
  • Siti Nurhaliza
  • Dayang Nurfaizah
  • Rossa
  • Ning Baizura
  • Gareth Gates
  • Guy Sebastian
  • Linkin Park
  • Mawi AF3

    My Fav Actor
  • Afdlin Shauki
  • Saiful Apek
  • Ako Mustapha
  • Kiefer Sutherland
  • Tom Hank

    My Fav Actress
  • Maya Karin
  • Sofia Jane
  • Nasha Aziz
  • Cameron Diaz
  • Drew Barrymore



  • stats






    credits

    Blogdrive