PRA TONTON FILEM CINTABuat pertama kali dalam hidup, aku telah dijemput oleh
sultanmuzaffar untuk menonton sessi pra tonton
filem CINTA terbitan Alternate Studio dengan kerjasama beberapa media yang lain.
Dengan
tagline bahasa Melayunya,
sebuah kisah tentang cinta pastinya filem ini seharusnya ditonton oleh semua kerana persoalan cinta dan perspektif cinta itu luas. Ia merangkumi ruang lingkup kehidupan manusia sejagat. Cinta tidak hanya terungkai dalam jasad perasaan sesama insan malah lebih luas lagi cinta pada Tuhan dan cinta pada diri sendiri. Sebelum menyentuh dengan lebih lanjut, kena tonton dulu filem ini, barulah kita dapat memahami apakah yang ingin disajikan pada penonton.
Sekadar menyertai sesi tontonan bersama 40 penulis blog yang lain, aku rasa bertuah kerana diberi peluang untuk menonton sambil bersuai kenal dengan rakan pencinta blog yang lainnya.
Lebih dari itu, aku rasa inilah peluang untuk aku menyelongkar apakah isi dan mesej yang diterapkan dalam filem yang mengandungi banyak kisah itu. Bertepatan dengan tajuknya, CINTA seharusnya terbina dengan kisah-kisah bertemakan kasih sayang antara insan. Sememangnya sudah menjadi lumrah, insan diberi sekeping hati untuk merasai kehebatan cinta dan dicintai oleh insan sekelilingnya.
Oleh kerana Press & Bloggers Preview For Movie 'CINTA' diadakan pada hari bekerja iaitu 9 November 2006, Khamis jam 2.30 - 5PM di GSC, One Utama nampaknya aku terpaksa memilih untuk menonton pada 10 NOVEMBER 2006 iaitu pada hari Jumaat pada jam 9 malam. Tidak mengapa, asalkan aku dapat menyamput pelawaan
publicist yang katanya akan mencipta kegemilangannya tidak lama lagi. Apakah kegemilangan yang dimaksudkan itu? Aku sendiri pun tidak tahu.
Antara pelakon yang menguja hati aku dalam filem ini ialah Fatimah Abu Bakar. Sudah lama mata ini tidak melihat dia beraksi di layar perak. Sudah agak lama juga tidak mendengar suaranya setelah dia menjadi guru seni lakon dan ibu di Akademi Fantasia seketika dulu. Pelakon yang lainnya, adalah wajah-wajah yang biasa ditonton dalam siri drama TV.
SYNOPSIS FILEM CINTA'CINTA' - A film of five modern day love stories starring ten of Malaysia's leading actors and actresses: Fasha Sandha, Rita Rudaini, Nanu Baharudin, Sharifah Amani, Fatimah Abu Bakar, Eizlan Yusuff, Pierre Andre, Que Haidar, Rashidi Ishak and Dato' Rahim Razali.With 10 stars, 5 stories and all wrapped elegantly in one movie, CINTA is the must-see Malay movie of the year.please visit www.cintathemovie.com
ARTIKEL BERKAITAN:-- Rahsia Di Sebalik Iklan Petronas Sempena Aidilfitri 2006
- Video Pertengkaran Lisdawati & Rita Ridaini Di Kolam Renang
- Video Irwansyah & Acha Septriasa - My Heart
- Video Lagu Sampai Menutup Mata - Acha