[---~*Enter-tainment Blog*~---]
Firefox NEW Firefox 2.0 released!



Previous Entry
REFRESH THIS BLOG
Next Entry

Time to move on



My blog has been revamped into the fresher, snazzier 'Sensasi Selebriti'.

You are cordially invited to grace your presence at the new blog. Click here


www.budiey.com






Friday, October 13, 2006

    SEKITAR MAJLIS BERBUKA PUASA & SNEAK PEEK THE RED KEBAYA


    Seawal jam 6 petang, saya telah bersedia untuk turun ke Majlis Berbuka Puasa & Sneak Peek filem The Red Kebaya di Restoran Gin Ger, Jalan Yap Kwan Seng. Hanya sempat menyambar baju hitam Kwan dan menyarung jeans Topman. Saya perlu bergegas cepat kerana masih tidak tahu lokasi sebenar restoran Thai tersebut.

    Dalam hati masa tu, saya gamble dan pakai redah saje untuk ke sana. Ikut kata hati dan kaki ke mana mahu melangkah. Kalau tidak jumpa, barulah saya akan call Isma. Masa berteleku depan laptop tadi pun saya sudah baca directions yang disertakan dalam email jemputan. Sayangnya, pihak penganjur tidak menyertakan peta lokasi. Kalau ada peta mungkin senang untuk saya mencari-cari tempat tersebut.

    Jam 6.30 petang, saya sudah tiba di stesen LRT KLCC. Sempat mundar mandir di wilayah concourse Suria KLCC dan merakam beberapa keping foto di ruang legar yang sudah direka bentuk bersempena dengan Aidilfitri. Tapi rasanya nampak tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, gayanya tampak tidak meriah. saya tengok pun macam gerai-gerai biasa. Tiada kelainan. Dengan pentas kecil dan replika bangunan di bandar Melaka. Kalau dulu, terasa juga semangat untuk pulang beraya di kampung kerana ruang ini dibina rumah-rumah dan disuntik dengan suasana meriah di halaman desa.


    Pintu hadapan Restoran Gin Ger... siapa tu yang berdiri di muka pintu... tak tauuuu


    Jarum jam sudah pun menunjukkan 6.45 petang ketika saya meredah Jalan Yap Kwan Seng yang sibuk dengan kenderaan yang berpusu-pusu. Mata saya meliar-liar mencari manakah Restoran Gin Ger. Tapi malang sekali dari pangkal jalan hinggalah ke hujung jalan, saya tidak menemuinya. Yang ada hanya restoran mamak, satu restoran India, restoran kari kepala ikan... itu je.

    Jadi, saya hubungi Isma. Dia masih di Jalan Duta katanya. Isma memberi directions yang masih samar-samar. Dia pun kurang pasti jugak. Lalu, Isma menyuruh saya hubungi sultanmuzaffar yang sudah berada dekat di kawasan berhampiran. saya hubungi sultanmuzaffar yang sebenarnya berada betul-betul di depan Kedutaan Australia di mana tempat saya berada.

    Hahaha... kebetulan! Jadi, saya tumpang kereta sultanmuzaffar yang juga ditumpangi oleh seorang blogger yang bernama Kash Ed.

    Aaah... akhirnya sampai juga Restoran Gin Ger yang dicari-cari. Tempatnya agak tercorot kerana terletak di satu hujung lorong. Kebetulan juga, Nizam Zakaria dan Muid Latif sampai dalam masa yang sama. Mmm... sebenarnya inilah pertama kali saya dipertemukan dengan pereka muda yang cukup berbakat, Muid Latif . Masa tu, saya sebenarnya tidak tahu kameraman yang menggalas kamera tu adalah Muid Latif . Ingat ke, juru kamera upahan Nizam! Hahaha... Dan masa sesi suai kenal di meja makan, barulah saya mendapati itulah dia web designer yang terkenal dan pernah keluar akhbar sisipan Ikon - Berita Harian.


    Vanida Imran... manis ayu berkebaya putih.


    Kami adalah antara tetamu terawal yang sampai dan disambut dengan meriah sekali oleh Sandra Sodhy selaku publicist. Semua tetamu menerima sambutan yang diluar jangkaan dari penganjur dan pelakon Red Kebaya itu sendiri. Saya seolah tidak percaya. Sementelah lagi sultanmuzaffar yang berkali-kali menerima pujian dan sanjungan. Mereka tabik spring kat sultanmuzaffar kerana beliau adalah salah seorang blogger yang sudah berdiri gah dipersada media seni hiburan Malaysia. Turut hadir juga pengacara Explorace, Sasha Bashir . Mukeh, kawan seperjuangan dengan Isma juga turut sama datang.

    Kamu dikalungkan dengan bunga-bunga harum semerbak berwarna merah dan putih. Diselit juga press kit dan poster untuk tujuan publisiti. Pendek kata, bagi saya, tidak terbayang sambutan akan berlaku sedemikian rupa meriahnya.

    Restoran Ginger cukup indah dengan tema seni dan susun atur perabut ala Thai dan gabungan aseana yang eksotik. Penataan cahaya lampu juga samar-samar dan ala-ala romantik menambah meriah suasana. Jamuan dan majlis kali ini ditaja dan pihak Lagenda Production sebenarnya bertuah kerana mendapat layanan dan penghargaan dengan penerimaan yang tidak berbelah bagi. Semoga filem terbitan mereka ini juga akan mendapat setimpal dengan apa yang mereka usahakan. Malah lebih berkali-kali ganda dengan sambutan yang menggalakan daripada penonton.



    Sebelum berbuka puasa, kami mendengar sedikit taklimat dari Ramli Hassan selaku MC (juga pelakon Red Kebaya) yang petah berbicara dengan gaya yang bersungguh-sungguh. Menyakinkan! Banyak untaian harapan dari beliau untuk melihat kejayaan The Red Kebaya. Bukan mudah untuk mencari ruang dalam dunia filem yang penuh persaingan, lantaran filem sekarang dinilai atas mutu dan kejituan berkarya. Tahun hadapan sahaja akan ada banyak filem yang akan berada di pawagam.

    Kami kemudian dibawa untuk menonton trailer yang sudah pun saya tontonnya di gerbang internet. Kemudian, sesi yang saya tunggu iaitu tayangan beberapa babak menarik dalam The Red Kebaya. Apa yang saya boleh cakap, sinematografinya cukup luar biasa walaupun gayanya tidak ubah yang saya tontoni dalam filem Titanic. Namun masih punya keunikan tersendiri. Ingat lagi, scene di mana kapal Titanic ditransfer dari buruk, usang dan lama menjadi baru. Begitu juga dalam filem yang menemui peminat di pawagam pada 23 November ini.

    Saya teruja dengan pemilihan pelakon yang dikatakan ramai antaranya sudah dididik dari acuan pentas teater. Plot yang ringkas dan imbas kembali mungkin akan membawa penonton lebih mendalami apakah rahsia di sebalik kebaya merah itu.


    Antara rakan blogger yang hadir duduk bersama Samantha Shubert


    Ketika berbuka puasa, kami sempat berbual-bual. Meja kami turut disinggah oleh pelakon teater yang saya tabik giler dengan dia, Dia ialah Samantha Shubert. Orangnya easy going, petah berbicara dan terbuka. Kami asyik mendengar celotehnya berkisar dunia filem, pembikinan The Red Kebaya itu sendiri, kenyataannya di majalah Klue yang mengundah kontoversi dan banyak lagi.

    Setelah perut ketat diisi dengan jamuan hidangan sotong goreng, sayur goreng, gulai daging ala thai, desert bubur pulut santan yang lazat malam itu, saya meminta diri untuk pulang. Terima kasih kepada Isma dan Lagenda Production yang sudi menjemput saya ke majlis mereka.

    Semoga filem The Red Kebaya akan mengundang ramai penonton datang untuk mengikuti kisah yang cukup tragis dan padat dengan memori serta kenangan ini. Kepada semua jangan lupa untuk menontonnya di pawagam terdekat dengan anda pada 23 November nanti.

    Coretan lain:
    1. Catatan Suanie yang jeles dengan sultan
    2. Catatan Mukeh yang super cool
    3. Rangkaian Foto dari designer berkarisma, Muid Latif
    4. Rangkaian Foto 1 yang sangat besar. Puas hati tengok!
    5. Rangkaian Foto 2 yang sangat besar. Puas hati tengok!
    6. Foto Nizam Zakaria
    7. Tulisan sultanmuzaffar
    8. Kisah Kash Ed yang mendapat tawaran berlakon di Gin Ger.
    9. Foto & cerita fotografer tersohor, Wan Zul

    ARTIKEL BERKAITAN:-
    1. Filem Red Kebaya: Jemputan Berbuka Puasa & Sneak Peek
    2. Teater Wangi Jadi Saksi
    3. Foto-foto Drama Lost: Musim Ke-3
    4. Lost Musim Ketiga: Apakah Misteri Bakal Terjawab?




|

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments








Previous Entry
HOME
Next Entry

Search celebrity, news, money?


Web budiey.blogdrive.com

My Sponsors



My Readers





Notification

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:






concept

More me:
  • Sensasi Selebriti
  • Photo Blog
  • Tips Lifestyle
  • Archieves
  • Money Blog

    Concept:
  • Entertainment Blog
  • Celebrities News
  • Gossips
  • Theater
  • Photo Events

    Version:
  • 2.0

    Official published:
  • 27 Jan 2004

    Best viewer:

    Internet Explorer
    1024 X 768



  • profile

    My stats
  • Malay
  • 179 cm
  • 75 kg
  • 1 Ogos 1976
  • Sentul Perdana
  • Kuala Lumpur
  • Penulis blog

    My Hobby
  • Watching TV
  • Reading
  • Surfing Internet
  • Writing
  • Travelling
  • Chatting
  • Teater
  • Music
  • Work out
  • Blogging
  • Hugging!

    My Colour
  • Maroon
  • Green
  • White

    My Gadget
  • HP Pavillion dv6000
  • Nokia Xpress Music
  • Camera Nikon D40
  • iPod 30GB

    My Hung Up
  • California Fitness
  • Pavilion
  • Coffee Bean
  • Dome
  • Secrets Recipes
  • Nandos

    My Place
  • Suria KLCC
  • Masjid Jamek
  • MidValley
  • Bukit Bintang
  • Istana Budaya
  • The Actors Studio
  • Rapid KL

    My Must See
  • Buletin Utama
  • American Idol
  • Extreem Makeover
  • Lost
  • Beat TV
  • Muzikdiria
  • CSI
  • Siri 24
  • Fear Factor
  • Survivor
  • The Apprentice
  • The Amazing Race
  • Oprah Winfrey
  • Trek Selebriti
  • Iklan!

    My Fav Radio
  • Hot.fm
  • Era.fm
  • Thr.fm
  • Hitz.fm
  • X-fresh

    My Fav Deejay
  • Farah Fauzana
  • Faizal Ismail
  • Nana

    My Hos
  • Fedtri Yahya
  • Nizal Mohammad
  • Karam Singh Walia

    My Fav Reporter
  • Farihad Shalla
  • Zubir
  • Zul Husni
  • Haswari

    My Lagenda
  • Dr. Usman Awang
  • P. Ramlee

    My Fav Film
  • Superman
  • Spiderman
  • Scream
  • Red Eye
  • The Shutter

    My Fav Singer
  • Sheila Majid
  • Jacklyn Victor
  • La Luna
  • Amr Diab
  • Nancy Ajram
  • Mike Indon Idol
  • Too Phat
  • Anuar Zain
  • Siti Nurhaliza
  • Dayang Nurfaizah
  • Rossa
  • Ning Baizura
  • Gareth Gates
  • Guy Sebastian
  • Linkin Park
  • Mawi AF3

    My Fav Actor
  • Afdlin Shauki
  • Saiful Apek
  • Ako Mustapha
  • Kiefer Sutherland
  • Tom Hank

    My Fav Actress
  • Maya Karin
  • Sofia Jane
  • Nasha Aziz
  • Cameron Diaz
  • Drew Barrymore



  • stats






    credits

    Blogdrive