
Tahukah anda tentang cerita terbaru dari HOT FM? Haaa... kini anda yang meminati Fara Fauzana & Faizal Ismail berceloteh setiap pagi boleh menonton aksi dan gelagat mereka di studio hot fm secara langsung di kaca TV? Bagi mereka yang ketinggalan, saya ada menulis tentang inovasi terbaru ini di
entri tanggal 10 Oktober. Kalau tak ingat takpe... ni saya ulang tayang balik berita terbaru pasal pengacara baru HOT FM!

Khabarnya pada Isnin ini, hot fm sekali lagi mengajak pendengar untuk memasang telinga mendengar suara gemersik penyampai baru, Putri Andreanna Syigim. Kemunculan Putri adalah menggantikan tempat Kartini Kamalul Ariffin (Tini). Maka, kerana tidak mahu membiarkan penyampai AG keseorangan, Putri adalah pengganti Tini.
Mungkin peminat hot fm tidak sabar mendengar suara Putri? Kita tunggu sahaja bual bicara pertama Putri bersama pengacara geletah dan selamba, Fara Fauzana dan Faizal Ismail pada hari Isnin ini selama satu jam bermula jam 9 pagi hingga 10 pagi.
Kepada yang termanggu di kaca TV, bolehlah melihat secara langsung di 8TV.

Kerjasama HOT FM dan 8TV membolehkan pendengar setia melihat aksi serta gelagat penyampai bertugas di dalam studio dimana Fara dan Faizal mengendalikan program HOT FM AM KREW. Saksikan bagaimana Fara dan Faizal mengendalikan HOT Chat, HOT FM sandwich yang melibatkan wang tunai, pendengar-pendengar yang tidak sabar untuk meneka HOT FM Selebriti, Fara dengan gossip panasnya dalam Bisik Buzz dan sebagainya.
Semoga dengan kedatangan orang baru, HOT FM akan menjadi Lebih Hangat Daripada Biasa.
ARTIKEL BERKAITAN:-- Hot FM Kini Boleh Ditonton Melalui Saluran 8TV
- Fara Fauzana & Ally Iskandar: Hos Garden Wedding Siti?