Time to move on
My blog has been revamped into the fresher, snazzier 'Sensasi Selebriti'.
You are cordially invited to grace your presence at the new blog. Click here
www.budiey.com
Saturday, October 07, 2006
ULASAN ALBUM: MICHAEL BOLTONAlbum terbaru dari Michael Bolton sukar untuk dilepaskan terutama bagi peminat yang membesar dengan lagu-lagu sentimental. Album kali ini pasti ternyata lebih mantap isinya. Peminat juga pasti tidak mahu melepaskannya! Apa tidaknya, dengan hidangan lagu-lagu penuh nostalgia Frank Sinatra didendangkan pula oleh penyanyi bersuara dalam - Michael Bolton!
Lagu-lagu seperti Fly Me To The Moon, I've Got You Under My Skin dan The Girl From Ipanema... banyak memberi kenangan pada saya. Anda masih ingat pada lagu-lagu ini? Sebenarnya, rakaman album Bolton Swings Sinatra - The Second Time Around adalah satu usaha 'tribute' Michael Bolton kepada Frank Sinatra dengan susunan lagu dari pemuzik-pemuzik berkaliber, The Passion Group.
Michael Bolton kali ini tampil dengan imej lebih kemas dan matang. Ianya sesuai dengan kematangan dan pengalaman yang diraihnya sepanjang mengharungi industri muzik antarabangsa. Setelah menyepi tanpa album baru buat beberapa ketika, penampilan terbarunya kali ini dengan menyajikan lagu-lagu evergreen pasti dapat memikat kembali hati peminat-peminatnya - sama ada yang muda mahu pun yang telah berusia.
Mungkin kenangan lama hadir bagai hembusan bayu datang menyapa tatkala mendengar lagu dalam album ini.
ARTIKEL BERKAITAN:-- Album Terbaru Francisca Peter
- Review Lagu Drama - Ning
- Radja - Album Ke-3 Catat 7 Platinum
- Enya Album : Fact & History
|
Search celebrity, news, money?
credits
