Beberapa gambar drama Lost musim 3 - episod 2 yang bertajuk
"Further Instructions" saya jumpai di internet. Sekarang saya masih belum menonton episod pertama yang bertajuk
"A Tale of Two Cities" disebabkan muat turun di torrent masih 30%.

Gambar Locke tengah memburu. Hey Mr Locke! Mau tembak siapa tu?Kebanyakan foto banyak berkisar kepada kisah Pakcik Botak kita iaitu, Mr Locke. Banyak lagi rupanya drama flashback yang menceritakan tentang kecederaan kaki yang menyebabkan kakinya lumpuh.

Kelihatan juga Charlie, teman rapat Locke yang telah menjadi pekak disebabkan gema & gempa yang berlaku pada akhir musim kedua lalu. Ini menyebabkan agak sukar untuk Locke berkomunikasi lalu terpaksalah kena tulis atas kertas. 
Desmond memakai skirt, tengah merancang sesuatu Juga gambar Desmond yang kelihatan agak ganjil setelah hatch itu meletup. Saya mengatakan ganjil kerana Desmond memakai skirt!
Kita juga akan menyaksikan dua muka baru dalam musim terbaru ini. Dimana kedua-dua watak itu akan muncul dalam drama flashback Locke. Mulanya ingatkan watak lelaki tua tu seperti dari watak Other yang memakai janggut palsu. Namun, kalau diamati dengan lebih dekat watak baru itu bukan orang yang sama.
Watak budak lelaki itu mungkin anak kepada Locke yang tidak diceritakan sebelum ini.

Watak baru, siapa nama? Saya tak tahu? 
Ini pun antara pelakon yang memegang watak baru
ARTIKEL BERKAITAN:-
- Lost Musim Ketiga: Apakah Misteri Bakal Terjawab?
- Lost Maniac - Let'S Marathon!