Antara video LOST musim ketiga yang ditayangkan pada 4 Oktober (semalam) di USA. Enjoy!
Entri ini hanya untuk peminat LOST Saya adalah peminat siri LOST. Sesudah habis musim pertama dan kedua, kini sudah tiba masanya kita akan mengetahui cerita selanjutnya. Penuh misteri, kejutan dan rahsia terselindung. Semakin lama bersiaran, semakin banyak rupanya rahsia yang bersimpul. Dulu saya ingat, LOST akan tamat pada musim kedua. Rupanya tidak...
Musim ketiga, rasanya LOST kembali dengan plot yang sukar untuk saya jangka. Melihat kepada kejadian dan plot sebelum ini, saya tidak berani lagi membuat andaian. Saya tertunggu-tunggu kisah selanjutnya setelah 'puak baik' bertemu dengan 'puak lain' (others)
Siapakah Others yang sebenarnya? Mereka sebenarnya nampak menakutkan pada musim kedua. Mereka melakukan uji kaji ke atas anak kepada Michael, Walt. Ingat lagi dengan keganasan yang dilakukan oleh Michael semata-mata mahu mendapatkan semula Walt dari puak lain?
Sekali imbas, kita akan katakan others adalah puak yang jahat. Rupa mereka yang tidak terurus dan telah menangkap Kate, Jack Dan Sawyer menguatkan lagi andaian saya. Namun, adakah mereka orang yang baik sebagaimana didakwa oleh ketua mereka? Jawapannya ada di musim ketiga ini.
Saya telah pun menonton Siri Lost pengenalan untuk musim ketiga dimana rangkuman sinopsis dan peristiwa penting diceritakan secara kronologi selama satu jam. Tidak banyak yang dapat membantu. Semuanya seolah ringkasan dari musim kedua.
Persoalan, hati Kate milik siapa? Adakah Kate memilih doktor Jack (Matthew Fox) dan Sawyer (Josh Holloway). Permulaannya kita dah tahu yang Kate seakan tertarik dengan Jack, namun dipertengahan musim kedua, nampaknya Kate seakan sangsi dengan Jack. Saya suka Kate bercinta dengan Jack. Nampak padan dan cocok. Tapi adakah yang saya inginkan akan terjadi di musim ketiga? Katanya, di musim ketiga akan hadir seorang perempuan misteri yang akan mengugat kedudukan Kate di mata Jack! Siapakah perempuan itu?
Persoalan mengapa badan Locke sembuh dari penyakit lumpuh? Musim kedua seolah menggambarkan Locke begitu kecewa dan goyah kepercayaan dalam menaip angka-angka misteri (4, 8, 15, 16, 23, 42) di dada keyboard setiap 108 minit.
Namun, saya percaya Locke masih berpendirian yang misteri pulau mempunyai sebab musabab tertentu. Kita dah saksikan Locke telah lumpuh selama 4 tahun dan dia pulih setelah pesawat Oceanic 815 terhempas di pulau misteri. Misteri kuasa ajaib yang ada pada pulau ini akan diceritakan lebih mendalam lagi pada musim ini.
Siapakah ayah kepada anak yang dikandungkan oleh Sun? Pada mulanya seorang doktor mengatakan suami Sun, Jin (Daniel Dae Kim) adalah lelaki mandul. Tetapi mengapa Sun boleh hamil?
Di sini ada 3 kemungkinan mengapa Sun boleh mengandung. Adakah kerana sumpahan pulau yang penuh misteri sebagaimana yang terjadi oleh Locke? Atau anak itu hasil dari hubungan skandal Sun dengan Jae Lee yang telah mengajar Sun belajar bahasa Inggeris?
Apa yang berlaku pada hatch? Pada akhir musim kedua yang lalu, kita telah saksikan sesuatu yang pelik telah beraku pada Locke, Mr Eko (Adewale Akinnuoye-Agbaje) dan (Desmond Henry Ian Cusick) yang berada dalam hatch. Desmond gagal untuk memasukkan kunci dan menyebabkan rasa gema dan gempa yang kuat seluruh pulau. Itu kesan dari kuasa elektromagnet.
Ya, sebenarnya kunci tersebut mempunyai rahsia tersendiri. Apabila gempa maha hebat itu berlaku, pintu hatch telah terpelanting lalu mendarat jatuh di tepi pantai. Dan seterus apa yang berlaku dengan beberapa orang yang berada di tepi pantai itu? Mmm... saya pun tak tahu jawapannya.
Terry O'Quinn and Daniel Dae Kim, dua pelakon LOST kegemaran saya ketika pra tonton siri pembukaan musim ketiga di Pantai Waikiki, Honolulu pada 30 September yang lalu. Tayangan dihadiri oleh semua pelakon dan peminat siri itu dengan tontonan di layar besar 30 kaki. Pengambaran Siri Lost telah dibuat di kepulauan Oahu.
Saya bersetuju dengan segelintiri peminat siri LOST yang mengatakan cerita LOST ni sebenarnya terlampau banyak soal atau tanda tanya daripada jawapan. Kadang-kadang, kita akan rasa kecewa sangat sebab tak dapat mengetahui jawapannya kepada sesuatu kejadian. Sedangkan pada masa yang sama, kejadian atau misteri lain pula yang timbul.
Itukah yang dikatakan terlampau sarat dengan misteri atau tanda tanya boleh menimbulkan rasa bosan pada penonton? Atau pihak produksi sengaja untuk mewujudkan rasa keliru dan teruja kepada penonton?
Terlampau sarat dengan tanda tanya? Saya harap sangat musim ketiga ini tidak seperti musim pertama dan kedua. Sudah tiba masanya penonton dibawa dengan jawapan kepada segala misteri. Yang pasti, plot yang bagus, tidak berbelit-belit dan menarik dengan gabungan para pelakon yang superb menjadikan siri ini akan lebih mantap untuk musim terbaru.
Budiey October 5, 2006 05:59 PM PDT Kena tengok semua, baru puas hati. Saya baru je habis muat turun episod pertama musim terbaru... tak sabar nak tengok dah ni...kat USA dah tayang semalam... kat Malaysia tak tahu la nak tayang bila.
amirahsyuhada October 5, 2006 02:31 PM PDT saya suka tengok citer lost ni. Tapi tak puas hati dengan watak seorang terrorist yang digambarkan. pening...juga tengok cerita ni, kalau miss memang tak faham.