[---~*Enter-tainment Blog*~---]
Firefox NEW Firefox 2.0 released!



Previous Entry
REFRESH THIS BLOG
Next Entry

Time to move on



My blog has been revamped into the fresher, snazzier 'Sensasi Selebriti'.

You are cordially invited to grace your presence at the new blog. Click here


www.budiey.com






Thursday, September 21, 2006

    CERITA LAIN PASAL TEATER MUZIKAL PI MAI PI MAI TANG TU


    INTRO: SEDIKIT GAMBARAN SUDAH MEMADAI
    Saya ada berbicara tentang teater muzikal Pi Mai Pi Mai Tang Tu di sini beberapa hari yang lalu. Namun, rasanya butirannya tidak terlalu detail. Keesokan harinya, beberapa surat khabar perdana telah menyiarkan promo dan sedikit ulasan tentang teater muzikal yang akan diadakan di Istana Budaya ini.

    Antaranya, tulisan dari Wahida Asrani ini banyak memberi saya informasi dan sedikit gambaran apakah yang akan dipersembahkan nanti.

    Good luck... selamat maju jaya kepada semua pelakon yang kini sedang sibuk dan giat menjalani latihan. You all know that you are still the best!

    PI MAI PI MAI TANG TU VERSI MUZIKAL DI ISTANA BUDAYA
    Oleh: Wahida Asrani

    Sitkom televisyen yang paling lama bertahan di negara ini, Pi Mai Pi Mai Tang Tu kini akan kembali menemui peminat-peminat di dalam bentuk teater muzikal pula. Sitkom yang berusia 26 tahun ini bakal dipentaskan di Istana Budaya bermula dari 24 November hingga 3 Disember depan.

    Rancangan popular yang telah mendapat tempat di hati peminat sejak pertama kali disiarkan di TV3 pada tahun 1984 dan sehingga kini, Pi Mai Pi Mai Tang Tu masih sering disebut-sebut oleh setiap genap lapisan masyarakat.

    Lebih menarik, sitkom yang cukup popular dengan paparan kehidupan masyarakat Malaysia ini akan mengekalkan barisan pelakon-pelakon asal antaranya Zami Ismail, Sabri Yunus, Imuda, Khatijah Tan, Ahmad Busu, Sathia dan Angeline Tan, bersama beberapa lagi muka baru seperti Zaibo yang akan membawakan watak Pak Bo serta Osman Kering (Wak Patah Kaki).


    Antara muka-muka baru dan lama yang akan menjayakan teater muzikal Pi Mai Pi Mai Tang Tu (Foto: Istana Budaya)


    Menurut pengarah teater muzikal ini, Othman Hafsham, idea untuk mengembalikan kegemilangan Pi Mai Pi Mai Tang Tu di dalam bentuk muzikal memang sudah lama dirancang bersama penulis skripnya, Dr Hatta Azad Khan.

    "Sebelum ini, kami juga pernah terfikir untuk membuat Pi Mai Pi Mai Tang Tu The Movie, tetapi disebabkan hal-hal tertentu, rancangan itu tidak menjadi.

    "Selepas itu, muncul pula idea untuk buat muzikal. Bukan kerana terikut-ikut dengan trend masa kini, tetapi memang sudah lama kami fikirkan untuk membuat semula sitkom ini di dalam bentuk yang baru," katanya ketika ditemui di majlis sidang media teater muzikal itu.

    Hafsham dan Hatta juga adalah merupakan pengarah dan penulis skrip asal sitkom popular itu.

    Namun, menurut Hafsham, tiada kelainan drastik yang akan ditonjolkan untuk pementasan ini. Tetapi, antara elemen yang menarik pada Pi Mai Pi Mai Tang Tu kali ini ialah penonton boleh menyaksikan para pelakon menyanyi dan menari.

    "Saya pun ada terfikir akan kemampuan pelakon-pelakon sama ada mereka boleh menyanyi dan juga menari. Memang mereka ada cakap pada saya, mereka hanya boleh berlakon.

    "Tetapi, mereka sendiri tidak menolak untuk mencuba. Insyallah, latihan intensif akan dimulakan selepas Hari Raya nanti," tambahnya lagi.

    Kata Hafsham, bukan saja pelakon yang perlu melalui cabaran itu, malah dirinya juga turut merasakan tempias cabaran itu lebih-lebih lagi setelah 22 tahun berhenti mengarah sitkom tersebut.

    Bagi Hatta pula, dia yakin barisan pelakon asal yang telah menaikkan nama sitkom itu di samping jalan cerita yang menghiburkan mampu menarik perhatian ramai untuk menyaksikan 'kemunculan' semula Pi Mai Pi Mai Tang Tu walaupun di dalam bentuk yang berbeza.

    "Rami yang masih ingat akan watak Budin, Pak Uda, Wan Semail, Mat Over dan sebagainya. Pelakon-pelakon ini sendiri 'membesar' dengan Pi Mai Pi Mai Tang Tu.

    "Saya percaya jika selama 22 tahun ini, masih ramai yang memperkatakan tentang sitkom ini, saya pasti Pi Mai Pi Mai Tang Tu dalam bentuk teater muzikal ini juga boleh mendapat sambutan," ujarnya yang sudah menyiapkan skrip untuk teater itu enam bulan yang lepas.

    Dalam pada itu, Imuda yang merupakan antara pelakon asal sitkom itu amat gembira sebaik mendapat tahu bahawa Pi Mai Pi Mai Tang Tu akan dibuat semula.

    "Saya anggap ini sebagai reunion. Risau juga bila memikirkan kali ini kami yang sudah tua ni perlu menari dan menyanyi.

    "Tetapi, bagi saya itu tiada masalah. Dengan latihan yang cukup, saya yakin kami semua mampu lakukannya," katanya.

    Hampir 50 individu yang terdiri daripada pelakon, penari dan penyanyi latar akan terlibat di dalam produksi ini yang merupakan kerjasama di antara Istana Budaya dan Universiti Teknologi Mara.

    Pementasan selama 10 hari itu juga akan diiringi orkestra di bawah pimpinan Hafiz Askiak.


    Sitkom televisyen yang paling lama bertahan di negara ini, Pi Mai Pi Mai Tang Tu kini akan kembali menemui peminat-peminat di dalam bentuk teater muzikal (Foto: Istana Budaya)


    JALAN CERITA MUZIKAL PI MAI PI MAI TANG TU

    Teater muzikal ini berkisarkan tentang Juliet (Maria Yasmin) yang dibesarkan dengan menonton siri sitkom televisyen Pi Mai Pi Mai Tang Tu.

    Setelah meningkat dewasa, Juliet yang menyambungkan pelajaran di Universiti Malaya telah dibawa oleh kawan-kawannya melawat ke sebuah perkampungan setinggan yang kononnya tempat itu adalah titik mula kepada penghasilan siri sitkom tersebut.

    Setelah tamat belajar, Juliet mahu menyelidiki dan mengenali masyarakat di Kampung Seri Wangi yang sudah berpindah ke Flat Seri Wangi secara dekat dengan niat untuk mementaskan muzikal Seri Wangi bersama watak-watak sebenar.

    Sebaik mendengar rancangan Juliet, Budin (Imuda), Mat Deris (Ahmad Busu), Mat Over (Sulaiman Yassin), Lucy (Angeline Tan), Mak Ngah (Khatijah Tan) dan Pak Uda (Zami Ismail) mula menunjukkan bakat masing-masing dengan harapan terpilih menyertai teater muzikal tersebut.

    Hanya Wan Semail (Sabri Yunus) yang ragu-ragu tentang perkara itu. Namun, dia akhirnya mula terfikir bahawa pelakon di dalam siri televisyen itu sebenarnya meniru watak-watak sebenar penduduk Flat Seri Wangi.

    Wan Semail akhirnya akur dengan niat Juliet dan menganggap itu satu cabaran yang perlu disahut oleh semua penduduk Flat Seri Wangi untuk membuktikan bahawa mereka semua jauh lebih hebat daripada barisan pelakon yang membawakan watak-watak mereka di televisyen.

    Tiket untuk menyaksikan teater muzikal Pi Mai Pi Mai Tang Tu ini boleh didapati dengan menghubungi 03-7710 0211. Tiket-tiket yang berharga RM20, RM30, RM50, RM70, RM100 dan RM150 ini juga boleh ditempah secara online di www.ticket2u.biz




|

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments








Previous Entry
HOME
Next Entry

Search celebrity, news, money?


Web budiey.blogdrive.com

My Sponsors



My Readers





Notification

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:






concept

More me:
  • Sensasi Selebriti
  • Photo Blog
  • Tips Lifestyle
  • Archieves
  • Money Blog

    Concept:
  • Entertainment Blog
  • Celebrities News
  • Gossips
  • Theater
  • Photo Events

    Version:
  • 2.0

    Official published:
  • 27 Jan 2004

    Best viewer:

    Internet Explorer
    1024 X 768



  • profile

    My stats
  • Malay
  • 179 cm
  • 75 kg
  • 1 Ogos 1976
  • Sentul Perdana
  • Kuala Lumpur
  • Penulis blog

    My Hobby
  • Watching TV
  • Reading
  • Surfing Internet
  • Writing
  • Travelling
  • Chatting
  • Teater
  • Music
  • Work out
  • Blogging
  • Hugging!

    My Colour
  • Maroon
  • Green
  • White

    My Gadget
  • HP Pavillion dv6000
  • Nokia Xpress Music
  • Camera Nikon D40
  • iPod 30GB

    My Hung Up
  • California Fitness
  • Pavilion
  • Coffee Bean
  • Dome
  • Secrets Recipes
  • Nandos

    My Place
  • Suria KLCC
  • Masjid Jamek
  • MidValley
  • Bukit Bintang
  • Istana Budaya
  • The Actors Studio
  • Rapid KL

    My Must See
  • Buletin Utama
  • American Idol
  • Extreem Makeover
  • Lost
  • Beat TV
  • Muzikdiria
  • CSI
  • Siri 24
  • Fear Factor
  • Survivor
  • The Apprentice
  • The Amazing Race
  • Oprah Winfrey
  • Trek Selebriti
  • Iklan!

    My Fav Radio
  • Hot.fm
  • Era.fm
  • Thr.fm
  • Hitz.fm
  • X-fresh

    My Fav Deejay
  • Farah Fauzana
  • Faizal Ismail
  • Nana

    My Hos
  • Fedtri Yahya
  • Nizal Mohammad
  • Karam Singh Walia

    My Fav Reporter
  • Farihad Shalla
  • Zubir
  • Zul Husni
  • Haswari

    My Lagenda
  • Dr. Usman Awang
  • P. Ramlee

    My Fav Film
  • Superman
  • Spiderman
  • Scream
  • Red Eye
  • The Shutter

    My Fav Singer
  • Sheila Majid
  • Jacklyn Victor
  • La Luna
  • Amr Diab
  • Nancy Ajram
  • Mike Indon Idol
  • Too Phat
  • Anuar Zain
  • Siti Nurhaliza
  • Dayang Nurfaizah
  • Rossa
  • Ning Baizura
  • Gareth Gates
  • Guy Sebastian
  • Linkin Park
  • Mawi AF3

    My Fav Actor
  • Afdlin Shauki
  • Saiful Apek
  • Ako Mustapha
  • Kiefer Sutherland
  • Tom Hank

    My Fav Actress
  • Maya Karin
  • Sofia Jane
  • Nasha Aziz
  • Cameron Diaz
  • Drew Barrymore



  • stats






    credits

    Blogdrive