[---~*Enter-tainment Blog*~---]
Firefox NEW Firefox 2.0 released!



Previous Entry
REFRESH THIS BLOG
Next Entry

Time to move on



My blog has been revamped into the fresher, snazzier 'Sensasi Selebriti'.

You are cordially invited to grace your presence at the new blog. Click here


www.budiey.com






Monday, September 18, 2006

    POLITIK DAN PERANG BLOG


    1Sekarang musim blog berperang. Perang sama sendiri. Bukan blog hiburan seperti blog ini. Blog hiburan takkan berperang sebab tidak ada tujuan untuk berperang. Untuk apa kita berperang? Lainlah kalau blog politik atau blog propemimpin negara.

    Kini katanya, mereka mencetuskan satu senario yang agak extreem. Mereka sekarang lantang bersuara dan menunjukkan hujah yang kritis terutama tentang pentadbiran Pak Lah yang agak goyah.

    Antara blog yang sedang lancang berperang ialah:

    1. Machai.net
    2. Malaysia Tomorrow
    3. Kelab Penyokong Maya Umno

    Yang tak eloknya, kedua-dua pihak ini saling tuduh-menuduh dan buruk-memburukkan antara satu sama lain. Senario sebegini tidak sihat namun ini adalah dunia realiti di mana manusia perlu lebih berani untuk bersuara. Berani untuk merobah agenda manusia itu sendiri.

    Bagi saya kebebasan menulis blog terletak pada niat dan tujuan sebenar. Mengkritik bukan bermakna kita membenci. Tapi jauh dari itu boleh merubah segala apa yang keji. Jangan mengkritik untuk menambah rasa keji dan benci, kelak kita akan dibenci. jadi, siapa yang akan rugi?

    Tapi memetik kata seseorang, hati-hati menulis blog. Beberapa bulan yang lalu, kerajaan ada memberi amaran kepada penulis blog dan pengendali laman web yang berunsur fitnah dan menghasut, tindakan keras akan diambil. Namun, peringatan itu seolah tidak ada kesan apa-apa. Langsung tidak meninggalkan kesan terhadap ahli forum Internet, pengendali blog dan laman web itu sendiri.

    Tidak ada maknanya kita berperang, tidak ada gunanya kita bertelagah, dan tidak ada maknanya kita bermusuh-musuhan dalam politik. Ini semua akan menzahirkan satu perpecahan sesama kita rakyat Malaysia yang punya maruah bangsa. Malu kepada bangsa lain tengok Melayu sama Melayu berbalah.

    Sebenarnya, ramai yang tak faham apa itu blog dan tujuan blog dikendalikan. Blog ialah tempat atau wadah minda peribadi yang disalurkan dengan tulisan sendiri. Blog adalah untuk menyalurkan suara hati. Tak perlu menyokong mana-mana pihak atau takut dikatakan terlalu atas pagar atau bias... tak perlu ada keseimbangan atau berat sebelah.

    Kita ada hak nak sokong dan ada hak untuk membantah. Segala kenyataan yang mengisi ruang blog itu juga tidak dipengaruhi oleh mana-mana anasir atau unsur-unsur luaran. Ini wilayah kita, ini tempat kita. Kita mahu tenang dan bebas di tempat sendiri.

    Kita ada hak untuk menyatakan sesuatu pendapat. Sekiranya ada orang yang tak suka dengan kenyataan kita, dia boleh pergi baca blog yang dia suka. Tak perlu bermuka-muka dan mengidam nak datang baca.

    Persoalannya, apakah ada impak dan kesan blog ini kepada pentadbiran Pak Lah? Jawapannya, tidak ada kesan langsung!!!

    ARTIKEL BERKAITAN:-
    1. Surat Dari Pembaca: Anda Memang Luar Biasa
    2. Renungkanlah Seketika
    3. Dr Mahathir Diserang Pemedih Mata




|

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments








Previous Entry
HOME
Next Entry

Search celebrity, news, money?


Web budiey.blogdrive.com

My Sponsors



My Readers





Notification

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:






concept

More me:
  • Sensasi Selebriti
  • Photo Blog
  • Tips Lifestyle
  • Archieves
  • Money Blog

    Concept:
  • Entertainment Blog
  • Celebrities News
  • Gossips
  • Theater
  • Photo Events

    Version:
  • 2.0

    Official published:
  • 27 Jan 2004

    Best viewer:

    Internet Explorer
    1024 X 768



  • profile

    My stats
  • Malay
  • 179 cm
  • 75 kg
  • 1 Ogos 1976
  • Sentul Perdana
  • Kuala Lumpur
  • Penulis blog

    My Hobby
  • Watching TV
  • Reading
  • Surfing Internet
  • Writing
  • Travelling
  • Chatting
  • Teater
  • Music
  • Work out
  • Blogging
  • Hugging!

    My Colour
  • Maroon
  • Green
  • White

    My Gadget
  • HP Pavillion dv6000
  • Nokia Xpress Music
  • Camera Nikon D40
  • iPod 30GB

    My Hung Up
  • California Fitness
  • Pavilion
  • Coffee Bean
  • Dome
  • Secrets Recipes
  • Nandos

    My Place
  • Suria KLCC
  • Masjid Jamek
  • MidValley
  • Bukit Bintang
  • Istana Budaya
  • The Actors Studio
  • Rapid KL

    My Must See
  • Buletin Utama
  • American Idol
  • Extreem Makeover
  • Lost
  • Beat TV
  • Muzikdiria
  • CSI
  • Siri 24
  • Fear Factor
  • Survivor
  • The Apprentice
  • The Amazing Race
  • Oprah Winfrey
  • Trek Selebriti
  • Iklan!

    My Fav Radio
  • Hot.fm
  • Era.fm
  • Thr.fm
  • Hitz.fm
  • X-fresh

    My Fav Deejay
  • Farah Fauzana
  • Faizal Ismail
  • Nana

    My Hos
  • Fedtri Yahya
  • Nizal Mohammad
  • Karam Singh Walia

    My Fav Reporter
  • Farihad Shalla
  • Zubir
  • Zul Husni
  • Haswari

    My Lagenda
  • Dr. Usman Awang
  • P. Ramlee

    My Fav Film
  • Superman
  • Spiderman
  • Scream
  • Red Eye
  • The Shutter

    My Fav Singer
  • Sheila Majid
  • Jacklyn Victor
  • La Luna
  • Amr Diab
  • Nancy Ajram
  • Mike Indon Idol
  • Too Phat
  • Anuar Zain
  • Siti Nurhaliza
  • Dayang Nurfaizah
  • Rossa
  • Ning Baizura
  • Gareth Gates
  • Guy Sebastian
  • Linkin Park
  • Mawi AF3

    My Fav Actor
  • Afdlin Shauki
  • Saiful Apek
  • Ako Mustapha
  • Kiefer Sutherland
  • Tom Hank

    My Fav Actress
  • Maya Karin
  • Sofia Jane
  • Nasha Aziz
  • Cameron Diaz
  • Drew Barrymore



  • stats






    credits

    Blogdrive