[---~*Enter-tainment Blog*~---]
Firefox NEW Firefox 2.0 released!



Previous Entry
REFRESH THIS BLOG
Next Entry

Time to move on



My blog has been revamped into the fresher, snazzier 'Sensasi Selebriti'.

You are cordially invited to grace your presence at the new blog. Click here


www.budiey.com






Saturday, September 16, 2006

    DAYANG NURFAIZAH TERSINGKIR JUGA AKHIRNYA



    Dayang... you can do it! Go Dayang! Let it go!

    Tinggal seminggu lagi untuk melangkah ke final.

    Peserta pertama Alif dipanggil oleh Awal. Marion pula memanggil Faizal. Membentuk dua kumpulan. Antara dua kumpulan, yang mana satu top 2? Saya di situ sudah nampak kerana Alif pastinya akan terhambur keluar.

    Tapi Dayang terkeluar!!! ????Sukar untuk digambarkan, sukar untuk saya menelan kepahitan dan sememangnya saya sukar juga untuk menerima kenyataan. Saya rasa terkejut. Mulut saya terlopong dan ternganga. Apa? Kenapa? Seribu pertanyaan bermain dalam minda? Mengapa Dayang?

    Sangkaan saya telah tersasar jauh rupanya. Apa yang berlaku, Dayang Nurfaizah telah 'dihalau keluar' daripada pertandingan One In A Million! Mengapa? Saya mula mencari puncanya.

    Inilah dia realiti satu pertandingan yang bersistemkan pengiraan undian SMS daripada orang ramai. Sukar untuk diduga keputusannya. Biasanya, peserta perempuan jarang menerima undian SMS. Sebaliknya, peserta lelaki akan gah berdiri menungkah arah ke puncak final.

    Kita bercakap pasal realiti lagi. Dayang dikatakan mempunyai ramai peminat dan tidak semua peminat Dayang akan mengundi. Seingat saya pada awal kemunculan Dayang di ujibakat lagi, peminat semua dikejutkan dengan berita Dayang ingin menyertai pertandingan sejuta ringgit ini.

    Selamat Tinggal OIAMAda peminat Dayang yang menyokong dan tidak kurang juga yang mencemuh dan membantah. Tapi ini keputusan Dayang. Ini masa depan Dayang yang harus dipertaruhkan. Dan Dayang berjaya menyertai OIAM lalu bersaing dengan peserta yang kebanyakan artis picisan.

    Lalu, dari minggu ke minggu, Dayang cuba mencipta kelainan agar juri dan peminat tertarik hati. Namun, apa yang saya rasa, peminat Dayang saling harap berharap. Si A mengharap kepada si B dan si B mengharap kepada si A untuk menghantarkan undian.

    Tidak kurang juga, ada peminat yang tidak mahu mengundi langsung lantaran Dayang sudah punya tempat dalam industri muzik dan buat apa sokong Dayang? Itu kata mereka. Tidak perlu sokong Dayang sebab Dayang sudah establish... sudah ada nama.

    Kali ini, sokongan diberikan kepada yang ingin berjinak-jinak untuk bertapak. Faizal antaranya menjadi saingan terdekat dengan Dayang terselamat kerana Faizal adalah bukan dari artis yang terlampau establish.

    Tidak hairan nanti, Faizal akan menjuarai OIAM musim pertama ini kerana Faizal adalah lelaki. Macam yang saya kata tadi, peserta lelaki senang untuk menggamit undian daripada orang ramai. Keduanya, Faizal adalah asalnya penyanyi kumpulan nasyid. Kemudian, beralih arah kepada muzik rock.

    Orang akan berminat untuk melihat Faizal sebab transformasi sedemikian rupa. Aliran muzik yang jauh tersongsang arah. Dan inilah yang dipertahankan oleh Faizal. Ketiganya ialah Faizal cemerlang setiap kali di pentas. Walaupun tidak selalu mendapat pujian dari juri tapi dia menang di hati peminat.


    Selamat tinggal OIAM


    Sekarang, sudah jelas satu percaturan baru akan bertukar corak. Antara Alif dan Suki. Satu kelompok aura yang berbeda. Terus terang saya katakan, Suki disokong kuat oleh pengundi berbangsa Cina. Memandangkan hanya Suki sahaja yang berada di pentas OIAM sekarang ini, tidak mustahil ada peminat si comel ini berhabis-habisan melayangkan undian SMS.

    Dan, mungkinkah akan berulang kembali tragedi di mana satu pergelutan antara dua jantina. Lelaki dan perempuan. Mengingatkan saya kepada Malaysian Idol musim kedua lalu di mana senang-senang penyanyi yang tidak out standing akan muncul juara. Anda tahu sendiri bagaimana orang-orang kaya akan sanggup bergadai apa sahaja demi wang sejuta.

    Dan kita tunggu sahaja OIAM final yang akan diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 22 September minggu hadapan. Katanya, satu kejutan lagi akan kita saksikan.

    1Kepada pengundi dan penyokong Dayang, terima kasih atas sokongan anda.... kepada yang mengundi Dayang, mesti korang akan bersedih. Dan yang mencemuh, inilah masanya untuk anda bertepuk tangan.

    Kegagalan bukan bermakna Dayang tidak memilikki bakat. Kegagalan bukan pemusnah kepada kejayaan seterusnya. Kegagalan ini bukan juga satu sejarah hitam untuk anak Sarawak ini tapi yang saya harapkan agar Dayang menjadikan kegagalan ini satu batu ukur sejauh mana Dayang dapat melompat dengan lebih jauh lagi dalam industri.

    Semoga Dayang bersabar dan tabah! This is not the end of Dayang... You can go further after this. Tapi duit sejuta mana nak cari beb? Rugi wooooo!!!

    Kredit Foto: The Star

    ARTIKEL BERKAITAN:-
    1. OIAM: Azfar Tersingkir, Persembahan Masih Tidak Menyengat
    2. OIAM: Lokman Tersungkur, Faizal Terselamat
    3. One In A Million: Zai Kureng Power, Dayang Biasa Saje
    4. One In A Million & Jutawan Segera




Noor
September 20, 2006   09:39 AM PDT
 
Hi dan selamat sejahtera. Sebenarnya, sy x berapa m'ikuti program OIAM krn sy rasa x de umph. X sprti M'sian Idol 1, sy mmg p'nonton & p'undi setia. Mungkin standard sy tinggi ... jgn marah! Sy t'kejut juga bila Dayang menyertai OIAM pun begitu bila dingat'n kembali kpd album Dyg yang dterbit'n & dbiayai sendiri oleh Dyg, mgkn Dyg ingin m'cari modal m'nerbit'n album d masa akan dtg. Itu kan idea yg bagus. Sy juga baca bhw Dyg s'makin t'serlah bakat & p'sembah'nya.

Sy setuju dgn p'dpt leen bhw pminat nak lihat bakat baru, muka baru & semuanya baru krn Dyg sudah ada market dlm industri. Sy pun peminat Dyg tp sorrylah I pun x kan undi U because I KNOW U ALREADY!

Wlaup' trkluar, sy tabik Dyg krn brjaya mmprtahankn k'dudukn' d antara TOP 5. Semoga Dyg terus maju.
leeds
September 17, 2006   09:46 PM PDT
 
askum. saye neutral, tak suka dan tak benci dayang. tapi saye tak terkejut pun dia keluar, adakah sbb dia artis yg dah ader nama, dia yg wajib jadi pemenang OIAM?

masa awal2 dia masuk OIAM dulu dia dah cakap tak kisah kalau tak menang, so takyah la nangis.

OIAM mmg genius sbb bagi peluang pd penonton yg tak suka utk vote KELUAR, so nampaknye mcm ramai yg tak suka dayang, kot!

ramai yg nak fresh faces dlm industri, kalau artis yg dah ader name menang dan dpt sejuta utk buat album, takde yg terbaru la dlm industri seni ni.

just my opinion, jgn maraaa aaa!
:)
royce
September 16, 2006   06:48 PM PDT
 
saya pun tak sangka dia terkeluar..memang saya harapkan dia menang OIAM ni
pakcik MMA
September 16, 2006   03:25 PM PDT
 
malique. i suker sgt dayang kuar. i mmg anti dayang dr dulu. huhu. dier masuk OIAM ni mcm jatuhkan maruah dier as a singer.
|

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments








Previous Entry
HOME
Next Entry

Search celebrity, news, money?


Web budiey.blogdrive.com

My Sponsors



My Readers





Notification

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:






concept

More me:
  • Sensasi Selebriti
  • Photo Blog
  • Tips Lifestyle
  • Archieves
  • Money Blog

    Concept:
  • Entertainment Blog
  • Celebrities News
  • Gossips
  • Theater
  • Photo Events

    Version:
  • 2.0

    Official published:
  • 27 Jan 2004

    Best viewer:

    Internet Explorer
    1024 X 768



  • profile

    My stats
  • Malay
  • 179 cm
  • 75 kg
  • 1 Ogos 1976
  • Sentul Perdana
  • Kuala Lumpur
  • Penulis blog

    My Hobby
  • Watching TV
  • Reading
  • Surfing Internet
  • Writing
  • Travelling
  • Chatting
  • Teater
  • Music
  • Work out
  • Blogging
  • Hugging!

    My Colour
  • Maroon
  • Green
  • White

    My Gadget
  • HP Pavillion dv6000
  • Nokia Xpress Music
  • Camera Nikon D40
  • iPod 30GB

    My Hung Up
  • California Fitness
  • Pavilion
  • Coffee Bean
  • Dome
  • Secrets Recipes
  • Nandos

    My Place
  • Suria KLCC
  • Masjid Jamek
  • MidValley
  • Bukit Bintang
  • Istana Budaya
  • The Actors Studio
  • Rapid KL

    My Must See
  • Buletin Utama
  • American Idol
  • Extreem Makeover
  • Lost
  • Beat TV
  • Muzikdiria
  • CSI
  • Siri 24
  • Fear Factor
  • Survivor
  • The Apprentice
  • The Amazing Race
  • Oprah Winfrey
  • Trek Selebriti
  • Iklan!

    My Fav Radio
  • Hot.fm
  • Era.fm
  • Thr.fm
  • Hitz.fm
  • X-fresh

    My Fav Deejay
  • Farah Fauzana
  • Faizal Ismail
  • Nana

    My Hos
  • Fedtri Yahya
  • Nizal Mohammad
  • Karam Singh Walia

    My Fav Reporter
  • Farihad Shalla
  • Zubir
  • Zul Husni
  • Haswari

    My Lagenda
  • Dr. Usman Awang
  • P. Ramlee

    My Fav Film
  • Superman
  • Spiderman
  • Scream
  • Red Eye
  • The Shutter

    My Fav Singer
  • Sheila Majid
  • Jacklyn Victor
  • La Luna
  • Amr Diab
  • Nancy Ajram
  • Mike Indon Idol
  • Too Phat
  • Anuar Zain
  • Siti Nurhaliza
  • Dayang Nurfaizah
  • Rossa
  • Ning Baizura
  • Gareth Gates
  • Guy Sebastian
  • Linkin Park
  • Mawi AF3

    My Fav Actor
  • Afdlin Shauki
  • Saiful Apek
  • Ako Mustapha
  • Kiefer Sutherland
  • Tom Hank

    My Fav Actress
  • Maya Karin
  • Sofia Jane
  • Nasha Aziz
  • Cameron Diaz
  • Drew Barrymore



  • stats






    credits

    Blogdrive