[---~*Enter-tainment Blog*~---]
Firefox NEW Firefox 2.0 released!



Previous Entry
REFRESH THIS BLOG
Next Entry

Time to move on



My blog has been revamped into the fresher, snazzier 'Sensasi Selebriti'.

You are cordially invited to grace your presence at the new blog. Click here


www.budiey.com






Friday, September 15, 2006

    ONE IN A MILLION TOP 4: IMBASAN SEJENAK & SIAPA KE FINAL?


    1INTRO: TAK CUKUP PERISA ATAU TIDAK MENYERLAH?
    Saya terfikir, kalaulah setiap pertandingan tidak mempunyai pengkritik atau komen yang bernas, apakah akan ada perubahan drastik, apakah akan ada peningkatan dalam mutu persembahan? Saya bercakap demikian kerana peningkatan tidak terlalu ketara pada setiap minggu. Tiada apa yang berlaku. Seolah-olahnya macam tu.

    Dan kita akan dengar komen-komen yang sama saban minggu. Itu yang buat kita akan rasa bosan dan meluat! Dan ini adalah pertandingan yang mega, besar dan gah dari segi ganjarannya. Dapat duit sejuta dan anda akan lakukan apa sahaja untuk meningkatkan karismatik sebagai penyanyi tersohor.

    Syafinaz sangat seksi malam itu dan saya rasa komen-komen beliau juga agak terseksa. Entahlah apa akan jadi sekiranya komen-komen beliau dijadikan satu benda murahan bagi para peserta. Mereka sebenarnya yang tidak tahu ke mana arah dan tujuan untuk dibawa.

    Tepukan yang gemuruh untuk top 5 yang masih bertahan. Tapi malam itu akan terkeluar juga seorang daripada mereka. Padan dengan muka orang yang terkeluar itu hahahaha.... Saya berkata begitu, peluang datang sekali dalam hidup ini untuk menjadi jutawan dan mereka sudah tertinggal kebelakang.


    Farah yang kuciwa

    Terkejut apabila Dayang dipanggil untuk kedudukan paling rendah. Aliff dan Farah seperti biasa. Dayang tidak akan terkeluar kerana kelompok peminatnya adalah mega. Mega mega sales tapi ini mega world! Fanatik Dayang ada di mana-mana termasuklah di belukar Ulu Yam dan kampung orang-orang Asli. Tidak percaya...? Percayalah!

    Dan Farah akhirnya terkeluar. Aliff masih lagi berada dalam pertandingan. Dan saya rasa kini sudah nampak percaturan sebenar. Perlumbaan seolah-olah baru dalam pemecutan merebut gelaran juara. Baru sahaja bermula.

    Hati saya kuat berkata... Dayang sudah tentu akan ke pentas final. Kita tunggu sahaja!

    Farah diberi ruang untuk menonjolkan bakatnya. Ini bukan terakhir kerana bagi Farah ada jalan-jalan baru yang menanti di hujung sana. Lagu terakhir dari Farah, Super Women. Saya rasa ketabahan yang ditunjukkan oleh Farah sehingga lagu yang berinspirasi tinggi ini berjaya dihabiskan. Terngiang lagu ini sebenarnya ada melekat kejap di album terbaru Jac...!

    Juri sambilan, Zainal Abidin. Tak ubah seperti tukang merapu yang saya rasa komen beliau tidak banyak meninggalkan impak! Maaf! Mereka perlukan banyak uploading dan downloading! Ok Allrite! Nampak Zainal kat situ terasa macam program Mentor la pulak. Syafinaz rasa sedih kerana Farah terkeluar.

    PUSINGAN PERTAMA


    DAYANG - BUTTONS
    Lagu ini superb giler. Saya suka gaya lincah seksi dari Dayang. Dayang menari dan menari. Saya tersedak dengan tiba-tiba. Inikah Dayang yang ku kenali. Dia berubah banyak dan ingin dilihat sebagai gadis yang sudah diberi suntikan botox yang merubah segala. Saya kira, inilah Dayang yang mereka cari. Dayang yang saya kenali sudah tiada lagi!

    Syafinaz rasa dari segi pergerakan Dayang tampil lebih berani dan sekadar lepas melepas. Susah dan sukar lagu ini adalah satu cabaran enteng bagi Dayang. Seolah lagu ini seperti menelan air pepsi yang kekurangan gasnya. Senang dialiri dan membasah tekak yang dahaga.

    Simply Dayang untuk mewarnakan lagu ini. Itu maksud saya. Paul Mose yang rasa tak cukup dengan move Dayang, dia rasa mahu Dayang lakukan lebih dari yang ditunjukkan. Bagi betis nak peha. Beringatlah Dayang bukan satu maksima robot yang pandai lakukan segala.

    SUKI - MIMPI PUN SAMA
    Sebuah lagu Jazz berbaur R&B yang tidak bermaya dari Suki. Saya rasa lagu ini tak bersesuaian untuk pertandingan sebesar ini. Kosong! Tiada apa yang perlu dibanggakan. Suki perlu lebih berani memberi satu kejutan seperti yang dibuat oleh Faizal dan Dayang.

    Kekurangan Suki ialah dia tidak menonjol pada gerak lagu. Suki bertuah kerana mendapat sokongan tak berbelah bagi dari kaum sebangsanya. Mereka kaya raya dan sanggup berhabis-habisan mengundi Suki. Suki pasti menang seandainya segala budget tahun hadapan dicurahkan kepada Suki seorang!

    Syafinaz suruh Suki pelbagaikan cara penyampaian lagu. Dalam lagu ada karakter dan perangai yang perlu diterjemahkan. Suki kena bijak dan tak perlu meniru orang lain. Saya percaya Suki akan ke final sekiranya dia mencari lagu yang betul-betul menyuntik impak yang dalam. Bukan sekadar goyang dan menarik suara dalam dan tinggi.

    ALIF - FOOTLOOSE
    Sebuah lagu ago go. Alif cuba tampilkan gaya terbaru pada minggu ini. Tapi saya rasa Alif terlampau bersungguh-sungguh mencuba. Intro yang terlalu rileks pada permulaan dan meningkat ketika korus. Penuh energy dan gaya-gaya yang belum ditonjolkan dilupakan untuk dibawa ke final. Jangan harap untuk anda! Alif tidak akan ke final sekiranya dia masih di tahap lama. Dan saya rasa Alif sekadar jual muka untuk tontonan gadis-gadis dan kanak-kanak sekolah yang pandai perabiskan duit mak bapak diorang.

    Alif banyak berubah dan peningkatan ini amat membanggakan walaupun seciput cuma. Apakah dia akan ke final bagi anda? Saya rasa tidak sekali!

    FAIZAL - HAVE A NICE DAY
    Over! Itu perkataan pertama saya nak sebut. Pergerakan yang NON STOP! Too hyper active! sehingga kadang-kadang suara tenggelam dek permainan ligat.
    Lagu rock ini dah jadi tak rock kalau duk tunggang langgang macam ni. Saya suka rock yang cool bukan rock yang over.

    Namun, Faizal pasti akan ke final kerana sokongan untuknya bukan sedikit. Duit sejuta itu sudah pasti berada di genggaman seandainya dia berani memujuk manusia berduit untuk sponsor! Well, demi wang sejuta, kita akan buat apa sahaja!

    SECOND ROUND
    Pusingan ini membawa kita menjelajah. Fokusnya adalah sejauh mana para peserta dapat membangkitkan aura, dan karisma lebih daripada penyanyi gandingan atau jemputan.

    DAYANG FEATURING VE - MY BOO
    R&B yang melimpah ruah. Paduan suara dari VE memang sedap dan kemas. Paling saya suka acapella yang dibuat. Harmoni sekali. Paduan dan gandingan yang mantap dan sudah tentu inilah yang mereka padukan di latihan sebelum ini. Bukankah mereka rakan artis yang rapat dan selalu bekerjasama dalam show-show luar! Dan ini tidak adil bagai yang baru nak bertatih seperti Suki dan Alif.

    Zainal mahukan aksi dan show yang lebih mantap dari Dayang. Syafinaz bergurau sinis dengan si Botak yang dilupakan Dayang. Dayang tidak menumpukan perhatian pada semua ahli kumpulan VE. Paul Mose kata ada masalah komunikasi dengan audien dan penonton di rumah.

    ELLA & SUKI PERMATA PEMOTONG PERMATA
    Suki perlu lebih out standing kerana penangan Ella bukan sembarangan. Suki bisa tenggelam. Seperti mana yang dikatakan oleh Suki pada awalnya, dia perlu lebih aktif untuk menjadikan Ella sebagai penampilan khasnya. Tapi yang saya lihat, Ella cuba tidak menjadikan dirinya aktif sangat takut-takut nanti lebih kuah dari sudu.

    ALIF & RESHMONU
    Sebuah lagu rancak dari Michael Jackson? Hati-hati dengan Resh! Aura dia kuat walaupun tak banyak aktif sekarang ini. Siapa Alif untuk mengalahkan aura Resh?

    Dan saya rasa usah pertikaikan siapa yang conquere sape. Soalnya sekarang, Alif masih mentah dan tapuk masih rapuh. Kolaborasi yang seimbang saya rasa. Reshmonu menunjukkan gerakan profesional yang unik sebaliknya Alif menunjukkan satu persembahan yang mentah. Semangat Alif seakan tumbang dilanggar ribut. Dia perlu asa dan tunjukkan kejituan dalam persembahan.

    FAIZAL & DEJA VOODOO
    Percubaan dari Faizal agak gila sikit saya rasa. Dia ni sudah diluar jangkaan. Maksud saya apabila anda melihat Faizal sebegini rupa dalam setiap persembahan seakan menjadi trademark dan satu kesan pada penonton. Muzik rock bukan sekadar untuk mengganas. Muzik itu global dan lebih universal. Bukan Universal Music tapi yang saya maksudkan music itu satu seni dan Faizal ingin tonjolkan bagaimana bijaknya dia mengendalikan seni dalam muzik.

    Saya kekadang kata dia seorang yang POYO!

    SIAPA YANG BAKAL KELUAR?
    Siapa? Siapa? Saya rasa. Saya fikir dan saya agak sahaja. Yang terkeluar bukan Dayang, bukan juga Faizal. Antara dua SUKI dan Alif. Maka pilihan pertama saya ialah Alif, si budak mentah yang baru nak bertatih dan berlagak cool. Kangkangnya sebenarnya menunjukkan gaya-gaya lapok dari rocker dulu-dulu. Tidak kiralah siapa sebenarnya dan sejauh mana uniknya gaya Alif, tidak akan berkesan pada hati jiwa pengundi Malaysia.

    Mungkin itu yang dimaksudkan dari kata-kata Paul Mose..."Sape-sape la yang undi engkau nih?"

    SIAPA JUARA?
    Masih awal lagi untuk menjangka. Dan hati saya berat mengatakan Dayang Nurfaizah akan melangkan ke final dan tidak hairan kalau dia berjaya merebut hadiah sejuta tu. Suki juga antara yang akan bertuah untuk merasai detik seperti Dayang tapi Suki agak lemah dan terlampau longlai. Harap muka dia sahaja yang cute!

    Namun, untuk semua finalis nanti, buktikan pada Malaysia, duit sejuta yang anda menang itu, setarafkah dengan bakat yang anda milikki atau sejuta itu satu angka yang penuh dengan angka kosong dan bukannya angan-angan kosong atau impian yang kosong. Sama-sama kita tunggu malam ni, apa yang akan terjadi... saya tak mau cakap banyak lagi.

    Menang sejuta... kalau saya... mmm... berhenti kerja... duk rumah goyang kaki saje!

    The End!

    ARTIKEL BERKAITAN:-
    1. OIAM: Azfar Tersingkir, Persembahan Masih Tidak Menyengat
    2. OIAM: Lokman Tersungkur, Faizal Terselamat
    3. One In A Million: Zai Kureng Power, Dayang Biasa Saje
    4. One In A Million & Jutawan Segera
    5. Review One In A Million




|

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments








Previous Entry
HOME
Next Entry

Search celebrity, news, money?


Web budiey.blogdrive.com

My Sponsors



My Readers





Notification

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:






concept

More me:
  • Sensasi Selebriti
  • Photo Blog
  • Tips Lifestyle
  • Archieves
  • Money Blog

    Concept:
  • Entertainment Blog
  • Celebrities News
  • Gossips
  • Theater
  • Photo Events

    Version:
  • 2.0

    Official published:
  • 27 Jan 2004

    Best viewer:

    Internet Explorer
    1024 X 768



  • profile

    My stats
  • Malay
  • 179 cm
  • 75 kg
  • 1 Ogos 1976
  • Sentul Perdana
  • Kuala Lumpur
  • Penulis blog

    My Hobby
  • Watching TV
  • Reading
  • Surfing Internet
  • Writing
  • Travelling
  • Chatting
  • Teater
  • Music
  • Work out
  • Blogging
  • Hugging!

    My Colour
  • Maroon
  • Green
  • White

    My Gadget
  • HP Pavillion dv6000
  • Nokia Xpress Music
  • Camera Nikon D40
  • iPod 30GB

    My Hung Up
  • California Fitness
  • Pavilion
  • Coffee Bean
  • Dome
  • Secrets Recipes
  • Nandos

    My Place
  • Suria KLCC
  • Masjid Jamek
  • MidValley
  • Bukit Bintang
  • Istana Budaya
  • The Actors Studio
  • Rapid KL

    My Must See
  • Buletin Utama
  • American Idol
  • Extreem Makeover
  • Lost
  • Beat TV
  • Muzikdiria
  • CSI
  • Siri 24
  • Fear Factor
  • Survivor
  • The Apprentice
  • The Amazing Race
  • Oprah Winfrey
  • Trek Selebriti
  • Iklan!

    My Fav Radio
  • Hot.fm
  • Era.fm
  • Thr.fm
  • Hitz.fm
  • X-fresh

    My Fav Deejay
  • Farah Fauzana
  • Faizal Ismail
  • Nana

    My Hos
  • Fedtri Yahya
  • Nizal Mohammad
  • Karam Singh Walia

    My Fav Reporter
  • Farihad Shalla
  • Zubir
  • Zul Husni
  • Haswari

    My Lagenda
  • Dr. Usman Awang
  • P. Ramlee

    My Fav Film
  • Superman
  • Spiderman
  • Scream
  • Red Eye
  • The Shutter

    My Fav Singer
  • Sheila Majid
  • Jacklyn Victor
  • La Luna
  • Amr Diab
  • Nancy Ajram
  • Mike Indon Idol
  • Too Phat
  • Anuar Zain
  • Siti Nurhaliza
  • Dayang Nurfaizah
  • Rossa
  • Ning Baizura
  • Gareth Gates
  • Guy Sebastian
  • Linkin Park
  • Mawi AF3

    My Fav Actor
  • Afdlin Shauki
  • Saiful Apek
  • Ako Mustapha
  • Kiefer Sutherland
  • Tom Hank

    My Fav Actress
  • Maya Karin
  • Sofia Jane
  • Nasha Aziz
  • Cameron Diaz
  • Drew Barrymore



  • stats






    credits

    Blogdrive