
Semalam Budiey ada chat ngan
Fiebie di yahoo mesengger. Dia kata dia nak tutup blog dan memulakan sesuatu yang baru. Budiey ingat Fiebie bergurau dan saja-saja berceloteh. Tapi ternyata pagi tadi, bangun saje tidur, Budiey bukak laptop dan masuk blog Fiebie. Betul ke akak saya ni nak tutup blog? Adakah ini keputusan muktamad Fiebie? Aiyo, dia ni biar betul!
Dulu dia dah buat keputusan nak tutup blog. Tapi ramai sangat peminat blognya yang merayu-rayu dan merintih jangan la tutup blog tu. Sayang sangat sebab keistimewaan Fiebie yang dapat Budiey kesan ialah, dia ni jenis yang dapat menggembirakan orang lain. Keceriaan dan ketulusan hatinya berjalan seiringan.
Segalanya dapat dirasakan dengan mata hati pembaca blognya yang ternyata inginkan idea-idea yang lebih menceriakan dari Fiebie untuk masa yang akan datang. Saya juga merayu pada Fiebie... untuk kita yang hidup pada masa yang singkat ini, marilah sama-sama kita menyatakan hasrat bahawa blog Fiebie tidak akan mati begitu sahaja.
Ternyata keputusan Fiebie untuk menutup blognya yang buat ramai orang ketawa dan meriah dengan carutan itu telah menimbulkan pelbagai spekulasi. Yang kelakarnya, ada yang kata Fiebie tengah mengandung.
Please say something to her... semua orang sukakan blognya dan menjadikan satu inspirasi untuk lebih ceria setiap pagi. Seperti dulu, Budiey harap sangat Fiebie tidak akan menutup blognya...