‘ELLA! RESHMONU! FLOP POPPY! VE! DEJA VOODOO SPELLS! Ia bagaikan impian menjadi kenyataan bagi lima peserta terakhir OIAM apabila mereka diberi peluang untuk melakukan persembahan duet bersama artis tempatan pilihan mereka untuk pertandingan pada hari Jumaat ini.
Alif, Dayang, Faizal, Farah, dan Suki menghadirkan diri di studio yang tidak asing lagi “Studio Akarkarya” terletak di Uptown Damansara. Mereka mengadakan sesi latihan bersama komposer terkenal Aubrey Suwito dan artis-artis yang terlibat.

Ratu rock Malaysia, Ella bersama Reshmonu, Flop Poppy, V.E dan Deja Voodoo Spells turut hadir semasa sessi latihan di studio dan episod OIAM pada minggu ini yang akan bersiaran secara langsung seperti biasa pada hari Jumaat ini, 8 September 2006 jam 9.30 malam..
Dengan hanya lima peserta tinggal, para peserta semakin merasa tekanan daripada bahang pertandingan yang semakin memuncak. Minggu ini bakal mempamerkan keadaan yang sukar bukan hanya kepada peserta malahan pihak juri juga. Paling utama sekali, penonton perlu memikirkan undian yang terbaik kepada peserta yang paling layak menerima undian MASUK.
Tema pada minggu ini iaitu ‘kolaborasi bersama penyanyi pilihan’ bakal menyaksikan para peserta berduet dengan artis pilihan di samping menyanyikan sebuah lagi lagu pilihan sendiri secara solo.
Artis dan para peserta dilihat sibuk berbincang dan merancang elemen-elemen penting seperti muzik, suara , susunan irama berkenaan persembahan pada hari Jumaat ini.
Alif beralih arah dengan menyayikan lagu hit klasik ‘P.Y.T – Pretty Young Thing’ oleh ‘Michael Jackson’ dengan gaya tersendiri duet bersama Reshmonu. Mereka berdua mempunyai fokus yang sama dalam muzik dan kebetulan kedua-duanya merupakan peminat setia Michael Jackson.

Dayang akan menyanyikan lagu duet ‘Usher dan Alicia Keys’, ‘My Boo’ bersama kumpulan yang mempunyai bakat yang luar biasa, V.E. Dayang dan V.E akan membuktikan bahawa mereka adalah kombinasi hebat yang akan meninggalkan kesan terhadap para pendengar.
Mampukah Faizal membuat perubahan minggu ini? Jawapannya YA! Dia bersedia untuk mnyampaikan hit terhebat ‘Queen’. ‘Bohemian Rhapsody’ bersama Deja Voodoo Spells dengan sentuhan dan nukilan sendiri.
Dengan bantuan Flop Poppy, Farah akan meneruskan perjuangan beliau untuk memenangi RM 1 juta dengan menyanyikan ‘Here Without You’ oleh ‘3 Doors Down’.

Suki bernasib baik kerana menerima tunjuk ajar dari empunya lagu iaitu ratu rock Malaysia, Ella yang akan mengiringinya dalam menyampaikan lagu ‘Permata Pemotong Permata’.
Sesi latihan bermula pada jam 12 tengahari di empat bilik mini studio yang berbeza di ‘Studio Akarkarya’ sehingga lewat 5 petang. Selain daripada sesi latihan individu bersama artis, para peserta akhir itu juga menghadiri latihan tarian bagi memantapkan lagi persembahan pada hari Jumaat ini.
Di akhir episod Top 5, penonton dan peminat boleh memulakan undian mereka sebelum episod seterusnya ditayangkan. Bagi memastikan keadilan dan tiada gangguan di dalam proses undian, 8TV menyediakan di dalam dwi bahasa English dan Bahasa Malaysia. Undian boleh dibuat melalui SMS atau talian tetap.
Sekiranya anda ingin mengundi peserta kegemaran, anda boleh menghantar undian SMS ke 32728 dengan menaip IN “name” atau Masuk “nama” atau DAIL 13725 dan ikut arahan yang diberi. Untuk mengundi peserta yang kurang berpotensi setiap minggu, penonton 8TV boleh menghantar undian SMS ke 32728 dengan menaip OUT “name” atau KELUAR “nama”. Mereka juga boleh DAIL 13726 dan memilih peserta mereka setiap minggu.
Untuk mengetahui lebih lanjut episod ‘siaran langsung’ setiap minggu, peminat rancangan ini boleh melayari website kami: http:/oneinamillion.bluehyppo.com atau dengarkan pengumuman di Hot.FM, Fly FM dan 8TV Quickie untuk mendapatkan tiket dan cerita terbaru rancangan ini.
Tiket-tiket mingguan adalah PERCUMA dan boleh di dapati di lokasi berikut:
- Pondok Pengawal – Sri Pentas, Bandar Utama.
- Kumpulan promosi 8TV : 8Team, 8TV Mall Tour dan Get8
- Menebus kupon daripada : Harian Metro (setiap Jumaat)
- Bacaria (Rabu)
Peraduan daripada : Young Express, Yeah!, TV Times dan Powerful Weekly
Jadikan Jumaat anda lebih bermakna dengan menyaksikan ‘Siaran Langsung’ Peserta Top 4 membuat persembahan di One In A Million yang disiarkan di 8TV jam 9.30 malam 8 Seprtember 2006 ini yang dapat menghangatkan malam anda.
ARTIKEL BERKAITAN:-- OIAM: Azfar Tersingkir, Persembahan Masih Tidak Menyengat
- OIAM: Lokman Tersungkur, Faizal Terselamat
- One In A Million: Zai Kureng Power, Dayang Biasa Saje