NAMA SEBENAR:
Maya Karin Roelcke
USIA:
27 tahun
TARIKH LAHIR:
29 Oktober 1979
TEMPAT LAHIR:
Bayreuth, Jerman
STATUS:
Bujang
Kacukan:
Melayu-India-Cina (ibu)
Jerman (bapa)
Zodiak:
Scorpio
Tempat Lahir:
Bayreuth, Jerman
Pendidikan:
Institut Lim Kok Wing
Jurusan:
media dan pemasaran
Tinggi:
168cm
Berat:
48kg
Hobi:
Membaca, Bersukan
Minum Kegemaran:
Milo Ais
Makanan Kegemaran:
Nasi Campur and Japanese Food
Adik Beradik:
Anak sulung dari tiga adik-beradik.Dibesarkan dan bersekolah di Indonesia. Membesar dalam lingkungan cara hidup Indonesia di Samarinda, Padang dan Bandung kerana mengikut ayahnya yang bertugas di Bank Dunia.
Pada zaman remaja di Bandung, Maya menceburi bidang modelling dan menyanyi di pub (seawal umur 15 tahun). Maya tinggal selama lebih 13 tahun di Indonesia
Kebanyakan anggota keluarga Maya menetap di Jerman dan menjadi pemuzik klasik di sana.
Itulah dia, pelakon yang pernah bertakhta di hati saya. Namanya Maya Karin. Semua orang dah kenal dia. Memang famous! Tak tahulah sebab apa saya suka sangat kat dia. Saya mula meminati Maya seawal muncul seraut wajah jelitanya di kaca TV lagi.
Masa tu tak tahu nama dan datangnya dari mana. Masa tu just suka-suka tengok muka dia. Kemudian, tiba-tiba je keluar Maya menghiasi majalah dan berita utama. Saya bertanya, Apa istimewanya Maya di mata saya? Apakah kerana dia berdarah kacukan atau kerana bakat seninya? Saya pilih dua-dua. Datang siap dengan pakej. Dia laku sebab wajah dia cantik. Dia famous sebab pandai berlakon.
Mata Maya galak memancar sinarannya. Karisma yang terbina dalam dirinya menjadikan Maya terus meningkat dari segi kematangan. Renungan dalamnya boleh memanah hati dan pangkal jantung.

Mulanya, Maya mahu berjinak-jinak dengan dunia nyanyian. Lahirnya sebuah album di tangan Maya, tidak segah yang disangka. Hanya satu lagu yang bertakhta di hati saya. Lagu itu hanya cukup makan di corong radio. Tidak banyak mengubah situasi lesu industri muzik yang sedia kusam. Suaranya selembut wajah pan-asian yang dimilikkinya. Dulu orang kata, suara Maya tidak ada mutu. Itu saya setuju, tapi bukannya suara tak bermutu tapi lagu yang dia nyanyi tu yang tak laku. Maka, ruang sungguh kecil untuk Maya bertapak.
Maka, Maya telah menerima tawaran berlakon. Kali ini, dia tak memilih lagi, semua filem dia mahu terima. Tu yang silapnya bila semua benda kita nak. Dan dia terperangkap dengan filem-filem murahan yang tak laku, yang tidak ada mutu. Tapi Maya masih tak layu-layu. Malah, Maya Karin semakin ligat beraksi di sana sini situ. Dan... nasib menyebelahi Maya bila dia berlakon jadi hantu.
Saya meminati Maya dalam lakonan bukan nyanyian. Kini, Maya semakin glamour. Dia dah menang banyak anugerah antaranya Aktres Terbaik Festival Filem Asia Pasifik (FFAP 40) di Fukuoka. Maya pernah jadi hos di pra Oscar Hollywood. Kira dah berjaya dah tu.
Hasil titik peluhnya dalam Pontianak Harum Sundal Malam, nama Maya Karin terus meletup. Dalam tengah meletup tu, Maya tak sunyi dilanda kontroversi dan gosip liar. Maya dikaitkan dengan Khairy Jamaluddin. Saya hairan, macamana angin liar begini boleh bertiup sedangkan Khairy sudah punya isteri. Tapi tulah... masakan pokok bergoyang kalau tidak ditiup angin. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata!

Semuanya bermula apabila Maya bertembung dengan Khairy ketika latihan berkuda untuk filem PHSM. Tak sangka pulak wartawan yang duk kecoh keneng-kenengkan Maya dengan menantu Pak Lah tu. Hairan betul.
Tapi Maya Karin tidak sampai hati melihat wanita lain kecewa hanya untuk memenuhi impiannya mendirikan rumah tangga. Ternyata dia bukan seorang yang ingin merosakkan rumahtangga orang macam yang dibuat oleh sorang penyanyi diva tu. Sampai sekarang mereka berdua tak kahwin pun. Dengan menafikan segala gosip liar, boleh menenangkan keadaan. Angin yang bertiup dulu sudah semakin sunyi. Maya tidak lagi menjalinkan cinta dengan mana-mana lelaki.
Sekarang Maya tengah berlakon untuk filem Anak Halal. Hari tu dah selesai satu filem berjudul Jari Hantu arahan Suhaimi Baba. Tak sabar nak tunggu 2 filem ni keluar.
Dalam filem itu, Maya buat pertama kalinya memegang watak berbeza iaitu gadis tomboy bernama Jo. Bukan senang nak menjantankan wajah lembut ayu Maya. Kalau wajah jantan tu, memang senang untuk dipondankan. Ni muka cam Maya nak dijadikan Tom Boy... Jadi Maya kena menghayati watak Jo tu dan dia harus membuat kajian supaya Jo dapat meninggalkan kesan kepada penonton.
Anak Halal arahan Osman Ali yang diterbitkan syarikat produksi Tayangan Unggul Sdn Bhd (TUSB) adalah adaptasi dari sebuah filem pendek yang pernah diarahkan Osman sekitar 1998. Cuba korang teka apa judul filem pendek Osman Ali tu.
Sekarang ni suara dan wajah Maya boleh saya tonton setiap hari kalau ada iklan celcom tu keluar TV. Yang dia duk ulang... "Saya ingin lebih..."
Akhir sekali, semoga Maya terus melangkah di alam maya ini... semoga rezeki dia semakin murah... banyak offer berlakon dan boleh kahwin dengan anak raja lepas nih.Chow chin choww!
Kepada peminat Maya, anda dijemput untuk ke myspace Maya
