[---~*Enter-tainment Blog*~---]
Firefox NEW Firefox 2.0 released!



Previous Entry
REFRESH THIS BLOG
Next Entry

Time to move on



My blog has been revamped into the fresher, snazzier 'Sensasi Selebriti'.

You are cordially invited to grace your presence at the new blog. Click here


www.budiey.com






Saturday, September 02, 2006

    OIAM: AZFAR TERSINGKIR, PERSEMBAHAN MASIH TIDAK MENYENGAT



    1INTRO: KRITIKAN PERLU MEMBINA
    Rasanya kalau tiada kritikan membina dalam setiap persembahan, pasti peserta tidak dapat belajar dari kesilapan. Itu pentingnya kritikan. Bukan mahu menunjuk belang. Kononnya, kita ni pandai mengkritik dan menentang. Dan dalam program OIAM, yang tukang kritik pula bukan calang-calang.

    Syafinaz, guru vokal dan penyanyi yang terbilang. Paul Mose pula seorang yang berpengalaman tapi kritikannya sukar ditelan. Peranan pengkritik nampaknya sungguh besar dalam menjana nadi yang memberangsangkan. Namun, saya rasa semua tu masuk telinga kanan, keluar ikut telinga kiri, mana nak diendahkan.

    Dari pemerhatian, peserta OIAM seperti tidak menggunakan platform ini sebaik yang mungkin untuk belajar dari kesilapan. Kerapkali mengulangi kesilapan yang sama buat saya jadi bosan. Mereka perlu lebih diajar dari segi teknikal bukan mendengar perdebatan antara S & PM yang tak makan saman.

    Dan mungkin inikah yang menyebabkan wartawan bertauliah di surat khabar mengatakan One In A Million tidak berapa menyengat? Sudah membosankan? Apa kata anda?

    AZFAR: PRESTASINYA TERCALAR
    Adakah faktor populariti atau sekadar bergantung kepada nasib akan membawa kepada kejayaan dalam OIAM? Bagi saya, keduanya berjalan seiring. Untuk menang wang sejuta peserta perlu dikenali dan glamour. Faktor nasib juga mesti menyebelahi. Kalau tidak popular dan tak bernasib baik, seseorang akan terkeluar dengan begitu mudah.

    Popular sangat pun tak boleh juga. Terbukti sebelum ni, Dayang hampir tersingkir kerana terlalu ramai yang mengundi OUT atau KELUAR untuk dirinya.

    Kini, debaran semakin hampir. Jarak ke puncak final semakin dekat. Jangan lupa, katanya final akan dibuat di Dewan Merdeka PWTC.

    1Minggu ini, 6 orang peserta dulunya meriah berkurangan menjadi 5 orang. Siapa yang bakal melangkah ke fina?

    Macam biasa, saat penyingkiran berlangsung dengan penuh debaran.

    Peserta malang yang mendapat undian terendah minggu ini ialah Alif, Azfar dan Farah. Ketiga-tiganya memang berbaloi untuk berada di tahap itu. Tahniah pengundi Malaysia, anda semua memang bijak! Farah dan Alif kemudiannya dibawa ke tengah mengadap satu pengadilan.

    Hati saya berat mengatakan Farah akan terkeluar kerana Farah tidak menjadi diri sebenar, tiada originaliti, lupa lirik dan terlalu goyah dalam persembahan minggu lepas.

    Dan... debaran memuncak apabila pengundi bersepakat menyingkir Azfar dari pentas OIAM. Azfar seorang artis rakaman, Azfar suka irama world etnik. Azfar masih tak unik bagi anda? Satu cabaran dan tamparan hebat untuk artis rakaman lain. Faizal dan Dayang... beringat ya!

    Rasanya Azfar juga terlalu mengikut skema lagu, tiada prinsip, hilang arah dan kurang menyerlah. Suara dia ada tone yang bagus.

    Masa nyanyian terakhir tadi, dia tersilap menyebut tajuk lagu. 'Setiap ada kamu' bukan tajuk tu... Tajuknya, Sedang Ingin Bercinta kan? Tulah, nampak Azfar menyembunyikan rasa sedih sampai nak menangis sudah. Lagu Dewa ni dah digubah dengan cara lain di tangan Azfar. Unik!

    PENGKRITIK JEMPUTAN: NING BAIZURA
    Apa yang menarik, kali ini Ning Baizura dijemput untuk menjadi salah seorang pengkritik. Berada di tengah-tengah Syafinaz dan Paul Mose, Ning memperlihatkan satu kematangan dalam mencurahkan tips dan petua berguna untuk peserta kutip untuk menjadi seorang bintang. Saya suka tengok Ning malam tadi. Dia nampak ceria, cantik dan elegan dengan berambut pendek.

    Syafinaz bersertuju dengan rakyat Malaysia. Pemilihan 3 orang peserta terkebawah memperlihatkan kematangan pengundi.

    Kali ini pemilihan lagu dibuat oleh peminat yang melayari laman web One In A Million. Pemilihan yang bijak atau peminat hanya syiok sendiri?

    ALIF - AINT NO OTHER MAN (CHRISTINA AQUILERA)
    Sebuah lagu rancak, hip tempo tapi diberi suntikan sedkit jazz oleh Aubrey. Kesukaran lagu ini terletak pada sejauh mana tempo ini dapat disuntik kelainan. Ini kerana lagu ini adalah sesuai untuk girl. Alif perlu lebih jantan untuk lagu ini. Tapi, Alif layak diberikan lagu ini kerana saya tahu peminat sudah memilih yang terbaik.

    Alif sudah ada peningkatan tapi cuma sedikit terkehel. Dia masih menyembunyikan rasa darah gemuruhnya. Seperti biasa, saya bosan dengan lagak dan gaya Alif. Kalau nak tahu, gayanya memang macam tu jugak... tak berubah. Terkangkang-kangkang... mmm ntahlah!

    FARAH - TREES
    Terselamat untuk minggu ini, Farah telah mula menunjukkan belangnya. Tiada kesilapan yang terlalu terang. Mendendangkan lagu rock sudah menjadi forte Farah. Jeritan rasanya terlampau memeritkan telinga. Farah perlu bangkit dari kesilapan dan masih tidak terlewat lagi. Farah masih tiada usaha bijak untuk mengemudikan lagu ini. Walaupun begitu, ada klimaks dan penyusunan gaya yang bersesuaian.

    Syafinaz komen pasal cara Farah yang mempunyai tabiat menggunakan mikrofon. Keseluruhan komen pengkritik, tiada yang istimewa dalam persembahan Farah. Nampaknya percubaan Farah untuk bangkit tidak berjaya buat mereka jatuh cinta dengan Farah.

    SUKI - KAULAH SEGALANYA (RUTH SAHANAYA)
    Suki menjadi favorite saya sebab dia cute dan suara dia sedap sangat. Keistimewaan Suki ialah vokalnya terang dan jelas ketika nada rendah. Ini bukannya senang.

    Saya suka dengan pembawaan irama lagu ini. Suki pandai menggunakan ruang-ruang tertentu untuk menjadikan vokalnya lebih menonjol. Kini dia tampil dengan imej flexible. Maksud saya, Suki telah membuktikan yang dia dapat membawa pelbagai lagu. Walau bagaimana pun, masalah tetap ada. Dan terletak di merata-rata.

    Rendisi lagu ini mengalir dalam arus yang berbeda dari Suki. Muziknya menggunakan satu pendekatan yang lain dari yang kita dengar.

    Menurut Syafinaz, lagu ini memerlukan emosi yang lebih. Motif mengapa lagu ini dipilih untuk Suki? Intonasi banyak flat mengikut Syafinaz. Mungkin ada masalah monitor (speaker untuk suara penyanyi yang biasanya ada kat depan)...dan macam biasa, ini tidak dipersetujui oleh Paul Mose.


    FAIZAL - SUPERMAN
    Lagaknya si Faizal ini seperti duta kepada Superman. Dia seperti mempromosikan Superman. Dari hujung kaki ke hujung rambut semuanya berjenama Superman. Dan realitinya, Faizal adalah superman dalam OIAM. Dia lantang, dia terpekik dan dia menjerit gagah jantan.

    Sebuah lagu yang perlahan tapi korusnya lebih improve. Sudah kerap kita dengar lagu rancak dibawa oleh Faizal. Lagu ini mempunyai tempo yang tidak mendatar pada korus.

    Gaya penting bagi Faizal. Sesuai dengan Superman, dia mesti tunjuk sesuatu. Tengoklah sendiri ketika penghujung lagu ini, Faizal mendada menunjukkan T-Shirt Superman yang dipakainya. Kesilapan kecil pada Faizal dicam oleh Ning kerana kerap memejam mata dan tidak fokus kepada penonton.

    DAYANG - GEMILANG (JACLYN VICTOR)
    Groove dan tersendiri! Lagu yang pernah tersenarai dalam pemilihan saya untuk Dayang. First time dengar lagu ini di tangan Dayang. Rentak kali ini berbeda sekali. Sedikit ada soul dengan iringan piano. Dayang ada kesungguhan dan menonjolkan profesionalisme.

    Menarik sekali apabila saya jarang melihat Dayang menggenakan gaun hijau terang seperti orang Bollywood malam ini. Paul tdak bersetuju dengan pemakaian Dayang. Dia kata nampak macam perempuan tengah hamil dan cristmas cracker! Whats the h***?

    Cabaran untuk Dayang adalah untuk membuktikan bahawa Dayang punya suara yang sedap walaupun tidak setinggi Jaclyn Victor.

    Kekadang, kita pun keliru. Antara menjerit dan mahu sampai not tinggi. Bila bawa dapat bawa nada tinggi dengan baik itu sudah OK. Sebenarnya, tidak perlu untuk menjerit dan menyanyi lagu tinggi untuk menjadi penyanyi terbaik. Itu kata Syafinaz. Ning pula rasa pelik bila kena mengkritik rakan seperjuangannya. Ning menyuruh Dayang menggunakan 100 peratus pengalaman sebagai penyanyi pro. Guna pengalaman.

    ALIF - THE REMEDY
    Terlalu banyak kesilapan pada tempo yang Alif bawa. Rasa tak berbaloi dan dia tak mampu untuk menggendong lagu yang berat seperti ini. Satu lagi problem, dia tak serik lagi untuk membawa gaya-gaya lamanya. Saya sudah bosan dah! Penonton lain saya tak tahu.

    Pendek kata, Alif tak mampu memberikan yang terbaik pada lagu ini. Sepatutnya, peminat Alif menggunakan peluang ini untuk mencadangkan lagu Melayu yang rancak. Walau apa pun, lagu ini agak menarik iramanya. Mesra di telinga walaupun saya tak pernah mendengarnya. Jakunnya saya nih! Pitchy Alif masih ada bertaburan sana sini.

    Gaya Alif sangat predictable, kata Syafinaz. Well, saya pun dah muak dah tengok. Ning bersependapat dengan Syafinaz, ada masalah pada posture tubuh Alif. Dari segi teknikalnya dah tak betul sebab berdiri dengan bongkok dan tak lurus mengakibatkan suara tidak keluar dengan betul.

    FARAH - UNFAITHFUL (RIHANNA)
    Siaran tergendala seketika. Saya sempat ke dapur membuka air tin perisa tebu yang baru dibeli di Giant Sungei Wang Plaza petang tadi. Balik semula depan TV, ada siaran iklan. Ini kali pertama OIAM tergendala. Tak kisah sekali sekala.

    Sebuah lagu yang membosankan. Rentak perlahan buat Farah tidak ada tenaga. Ketiga-tiga pengkritik tidak berminat langsung untuk memberi sebarang kredit atau pujian untuk Farah. Kesian betul!

    SUKI - CEPAT-CEPAT (JACLYN VICTOR)
    Suki pandai mengorat perhatian orang Melayu lagi. Tahniah Suki. Lagu ini sebenarnya tidak sesuai untuk menunjukkan rendisi dan tone suara Suki. Hanya pada part korus, Suki melakukan improvisasi dan adlib. Itu pun sebijik macam Jac buat. Nasihat Paul Mose untuk Suki, dia perlu develop vocal arrangement. Untuk menjadikan suaranya lebih bersinar. Itu dah banyak kali dikatakan oleh Paul Mose.

    FAIZAL - RAIKAN CINTA?
    Faizal bereksperimentasi dengan lagu M. Nasir. Cara Faizal kali ini mengkagumkan saya. Improvisasi sana sini buat lagu ini istimewa dan bagaikan sebuah lagu baru.

    Kesungguhan Faizal teruji lagi apabila kesemua pengkritik menghentam usahanya. Ning pula menilik darah gemuruh Faizal. Dia memberi tips untuk mengatasi nervous dengan mengira 1 2 3. Mahu cuba?

    DAYANG - DANGEROUSLY IN LOVE
    Kali ini Dayang bergaun putih pula. Bertambah anggun lawa. Peminat tidak bosan ke suruh Dayang nyanyi lagu R&B? Saya Ok sahaja. Asalkan sedap di telinga.

    Sebuah lagu R&B yang menguji sejauh mana kemampuan Dayang dalam mengeluarkan vocal sebenarnya. Dah biasa dan ini makanan Dayang. Tak payah untuk cuba. Dayang boleh lakukan apa sahaja untuk lagu ini. Tapi itulah! Suara Dayang untuk irama begini sudah selalu kita dengar. Pengkritik dah pun muak dan mahukan originaliti.

    Ada masalah pada intonasi. Rupanya, monitor (speaker) dipersalahkan oleh Syafinaz. Ntahla.... saya dengar di TV ok je!

    Originaliti atau keaslian perlu diterapkan kalau mahu memikat Syafinaz. Cara senang untuk memuaskan hati orang, ialah dengan menggunakan kelainan yang boleh mencapai segala hasrat dan harapan penonton. Harapan penonton memang tinggi. Itu formulanya.

    IN DAYANG!

    SIAPA YANG TERSINGKIR MINGGU DEPAN?
    Saya rasa... Farah. Tapi dia ramai peminat dan pengundi. Kalau tak Farah, Alif akan terkeluar. Tapi dia cute kononnya di mata pengundi perempuan. Jadi, kalau tak mereka berdua siapa? Suki? Oooo tidak!

    PERSEMBAHAN YANG ELOK DI MATA BUDIEY:
    1. Suki - Cepat-cepat (Jaclyn Victor)
    2. Dayang - Gemilang (Jaclyn Victor)
    3. Faizal - Lagu M Nasir
    4. Suki - Kaulah Segalanya (Ruth Sahanaya)
    5. Dayang - Dangerously In Love
    6. Faizal - Superman
    7. Farah - Unfaithful (Rihanna)
    8. Alif - Aint No Other Man (Christina Aquilera)
    9. Farah - Trees
    10. Alif - The Remedy

    ARTIKEL BERKAITAN:-
    1. OIAM: Lokman Tersungkur, Faizal Terselamat
    2. One In A Million: Zai Kureng Power, Dayang Biasa Saje
    3. One In A Million & Jutawan Segera
    4. Review One In A Million




....secret admire aliff...
March 13, 2007   04:57 PM PDT
 
sy jmpe alif dkt terminal 1....you are so cuteeeee....sy mnat sgt kt aliff...dhla comel,hensem plak 2...spe jd aweks die mmg brtuah sgt..ok..bubye...
fiebie
September 2, 2006   02:42 PM PDT
 
i hate faizal rendition of Raikan Cinta. Jahanam lagu yang indah.
|

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments








Previous Entry
HOME
Next Entry

Search celebrity, news, money?


Web budiey.blogdrive.com

My Sponsors



My Readers





Notification

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:






concept

More me:
  • Sensasi Selebriti
  • Photo Blog
  • Tips Lifestyle
  • Archieves
  • Money Blog

    Concept:
  • Entertainment Blog
  • Celebrities News
  • Gossips
  • Theater
  • Photo Events

    Version:
  • 2.0

    Official published:
  • 27 Jan 2004

    Best viewer:

    Internet Explorer
    1024 X 768



  • profile

    My stats
  • Malay
  • 179 cm
  • 75 kg
  • 1 Ogos 1976
  • Sentul Perdana
  • Kuala Lumpur
  • Penulis blog

    My Hobby
  • Watching TV
  • Reading
  • Surfing Internet
  • Writing
  • Travelling
  • Chatting
  • Teater
  • Music
  • Work out
  • Blogging
  • Hugging!

    My Colour
  • Maroon
  • Green
  • White

    My Gadget
  • HP Pavillion dv6000
  • Nokia Xpress Music
  • Camera Nikon D40
  • iPod 30GB

    My Hung Up
  • California Fitness
  • Pavilion
  • Coffee Bean
  • Dome
  • Secrets Recipes
  • Nandos

    My Place
  • Suria KLCC
  • Masjid Jamek
  • MidValley
  • Bukit Bintang
  • Istana Budaya
  • The Actors Studio
  • Rapid KL

    My Must See
  • Buletin Utama
  • American Idol
  • Extreem Makeover
  • Lost
  • Beat TV
  • Muzikdiria
  • CSI
  • Siri 24
  • Fear Factor
  • Survivor
  • The Apprentice
  • The Amazing Race
  • Oprah Winfrey
  • Trek Selebriti
  • Iklan!

    My Fav Radio
  • Hot.fm
  • Era.fm
  • Thr.fm
  • Hitz.fm
  • X-fresh

    My Fav Deejay
  • Farah Fauzana
  • Faizal Ismail
  • Nana

    My Hos
  • Fedtri Yahya
  • Nizal Mohammad
  • Karam Singh Walia

    My Fav Reporter
  • Farihad Shalla
  • Zubir
  • Zul Husni
  • Haswari

    My Lagenda
  • Dr. Usman Awang
  • P. Ramlee

    My Fav Film
  • Superman
  • Spiderman
  • Scream
  • Red Eye
  • The Shutter

    My Fav Singer
  • Sheila Majid
  • Jacklyn Victor
  • La Luna
  • Amr Diab
  • Nancy Ajram
  • Mike Indon Idol
  • Too Phat
  • Anuar Zain
  • Siti Nurhaliza
  • Dayang Nurfaizah
  • Rossa
  • Ning Baizura
  • Gareth Gates
  • Guy Sebastian
  • Linkin Park
  • Mawi AF3

    My Fav Actor
  • Afdlin Shauki
  • Saiful Apek
  • Ako Mustapha
  • Kiefer Sutherland
  • Tom Hank

    My Fav Actress
  • Maya Karin
  • Sofia Jane
  • Nasha Aziz
  • Cameron Diaz
  • Drew Barrymore



  • stats






    credits

    Blogdrive