[---~*Enter-tainment Blog*~---]
Firefox NEW Firefox 2.0 released!



Previous Entry
REFRESH THIS BLOG
Next Entry

Time to move on



My blog has been revamped into the fresher, snazzier 'Sensasi Selebriti'.

You are cordially invited to grace your presence at the new blog. Click here


www.budiey.com






Wednesday, August 30, 2006

    BONEY M LIVE @ ISTANA BUDAYA



    1 – 5 September 2006
    Istana Budaya, Kuala Lumpur


    PENGENALAN
    Boney M, satu kumpulan disko popular, akan mengadakan konsert berjudul "Boney M Live in KL" di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 1 – 5 September 2006. Konsert ini dipersembahkan bersama oleh Kementerian Pelancongan dan Istana Budaya.


    KUMPULAN BONEY M – ASAL NAMA
    Perkataan Boney M dipetik terus dari satu siri TV di Jerman di mana siri drama jenayah popular tahun 1970an dari Australia, iaitu "Boney" sedang ditayangkan. Siri tersebut diadaptasi dari buku hasil penulis cereka jenayah bernama Arthur Upfield dan siri tersebut menyediakan latar yang amat sesuai untuk menampilkan Boney M.

    Ini kerana watak Boney (singkatan kepada Bonaparte), iaitu Inspektor Dektektif Napoleon "Boney" Bonaparte yang menjalankan siasatan di seluruh Australia dipegang oleh James Laurenson, adalah berkulit hitam (kacukan Orang Asli Australia dan Eropah).
    Boney M – Keajaiban berdekad lamanya

    Tahun 1970an menyaksikan kelahiran Disko – sebuah tarian 100% aneh dengan lenggokan, tolakan, lonjakan serta lambaian bus-stopping. Ia bermula pada pertengahan 1970an dan menyelinap masuk ke tahun 1980an.

    Tempat keramat yang melahirkan Disko adalah Studio 54 di New York, di mana atas lantai tarinya tiub bersalut lampu yang bergerak ke atas dan ke bawah, ala Flash Gordon, dalam aksi yang menarik.

    Ia diiringi oleh sistem audio yang memutarkan rentak tarian pada aras bunyi yang membinggarkan. Maka pada waktu itulah wujud rasa, suasana, dan kebebasan untuk terus berpesta dan berseronok. Sesungguhnya, ia merupakan saat yang paling menakjubkan ketika itu….tidak dapat dilupakan….sarat dengan keranggian dan keindahan.

    Salah satu kumpulan yang terkenal serta berjaya meninggalkan jejak mereka adalah Boney M. Kejayaan mereka seumpama sepintas kilat kerana kemunculan mereka tidak diduga. Tiba-tiba setiap kelab malam seluruh dunia memainkan lagu Boney M dan setiap siri TV pula ingin menayangkan 4 orang anak muda yang berwajah aneh serta bersuara lunak dari Caribbean ini.

    Irama muzik mereka - campuran reggae, disko, funk, soul dan rock – telah berjaya mengungguli carta hiburan seluruh dunia dalam masa yang singkat. Dalam sekelip mata semua orang mengenali nama dan irama Boney M, dan perkembangan selanjutnya menyaksikan kumpulan tersebut mengekalkan irama berkenaan dalam semua lagu popular mereka, sama ada siang atau malam untuk selama 10 tahun, dengan alunan sensasi secara berterusan yang tidak mudah untuk dilupakan.

    Kejayaan mendadak tersebut telah dimanfaatkan sebaik mungkin dan hasilnya adalah mereka telah mengeluarkan sebanyak 40 lagu hit, sekurang-kurangnya 30 album, lebih daripada 200 juta unit dijual seluruh dunia serta ratusan konsert bergerak dan persembahan di TV dalam tempoh 3 dekad.

    Biarpun berstatus bintang mereka tidak pernah lupa daratan malah ia menjadikan mereka terus dedikasi terhadap kerjaya sama ada di pentas mahupun di luar pentas.
    Boney M – Satu Fenomena

    1974 - Ditubuhkan oleh 4 vokalis West Indies yang sedang bekerja di Jerman. Salah seorang ahli asalnya ialah Maizie Williams.

    1975 - "Baby Do You Wanna Bump" dihasilkan.

    1976 - Penampilan kali pertama Boney M di TV Jerman bertajuk "Musikladen" untuk menyanyikan "Daddy Cool".

    1976 - Pada bulan Julai, lagu Boney M "Daddy Cool" mengungguli tempat pertama di Jerman dan pada bulan Disember ia tersenarai dalam 10 lagu terbaik di UK.

    "Sunny" turut dihasilkan dan mengungguli tempat pertama di Jerman pada bulan Disember.

    1977 - Pada bulan Mac, "Sunny" mengungguli tempat pertama di UK.

    Pada bulan Mei, "Ma Baker" mengungguli tempat kedua di UK.

    Pada bulan OKtober, "Belfast" tersenarai dalam 10 lagu terbaik.

    1978 - "Rivers of Babylon"/"Brown Girl in the Ring" menjadi lagu kedua paling laris dalam sejarah muzik di UK.

    "Rivers of Babylon" merupakan satu-satunya lagu Boney M yang tersenarai dalam 40 lagu terbaik Amerika Syarikat.

    "Nightflight To Venus" mengungguli tempat pertama di carta muzik UK.

    Pada bulan September, "Rasputin" juga tersenarai dalam 10 lagu terbaik di UK.

    "Mary's Boy Child"/"Oh My Lord" menjadi lagu kelima paling laris dalam sejarah muzik di UK.

    1979 - Pada bulan Mac, "Painter Man" tersenarai dalam 10 lagu terbaik di UK.

    Pada bulan April, "Hooray! Hooray! It's a Holi-Holiday" tersenarai dalam 10 lagu terbaik di UK.

    Pada bulan September, album "Oceans Of Fantasy" mengungguli tempat pertama.
    Maizie Williams – Anggota asal

    Maizie Williams telah bersama BONEY M sejak dari mula lagi dan hingga ke hari ini masih lagi aktif menyanyi, dan kini beliau bersedia untuk menghidupkan kembali saat-saat istimewa itu bersama anggotanya sendiri.

    Maizie Williams, seorang model fesyen dan penari yang klasik serta tinggi lampai, (setengah beranggapan beliau adalah "boney yang lunak"), telah dikesan bakatnya pada tahun 1975. Pemilihan beliau sebagai anggota awal kumpulan tersebut telah membuka jalan untuk melahirkan fenomena Boney M.

    Maize berasal dari Kepulauan Caribbean sebelum beliau dibawa berpindah ke Eropah. Semasa menyertai Minggu Fesyen (Modewoche) di Hanover, Jerman beliau telah dijemput ke sebuah restoran dan ditanya melalui jurubahasa sekiranya beliau berminat untuk menjadi penari untuk mengiringi sebuah lagu baru.

    Sangsi dan teragak-agak untuk mempercayai tawaran tersebut, Maizie tidak tahu bahawa ia bakal mengubah kerjaya beliau. Namun kesangsian tersebut telah mendorong beliau menerima tawaran berkenaan, dan berbekalkan bakat serta penampilan yang anggun maka bermulalah lakaran sejarah sebuah kumpulan muzik yang paling berjaya.

    Maizie Williams bukan sahaja anggota yang paling lama menyertai Boney M malah beliau dikatakan mempengaruhi keputusan pihak pengurus untuk memilih anggota baru yang serasi bagi menggantikan anggota-anggota lama yang kurang yakin terhadap kemampuan kumpulan tersebut pada zaman awal kemunculannya.

    Maizie serta pihak pengurusan memperakukan kemasukan Marcia Barrett, Bobby Farrell dan akhir sekali Liz Mitchell sebagai anggota barunya. Bersama-sama mereka membentuk Boney M sebagai satu kumpulan yang dapat duduk semeja dan membuat rakaman serta persembahan tanpa mengenal penat lelah. Akhirnya mereka telah berjaya mengadakan persembahan, menyanyi dan menari berkat daripada kesungguhan serta sumbangan mereka yang tidak berbelah bagi. Namun, setelah beberapa dekad bersama kumpulan tersebut akhirnya berpecah.

    Bagi Maizie persembahan konsert beliau sekarang bukan sahaja bayangan kegemilangan Boney M tetapi juga merupakan tambahan dalam bentuk lagu-lagu baru. "Tiada sebab untuk menyesal," kata beliau. "Kita saling membawa haluan masing-masing setelah kumpulan kami berpecah dan secara berasingan kami berkongsi saat-saat yang indah dan turut gembira untuk berkongsi saat tersebut dengan peminat yang terus memberikan sokongan walaupun mereka hanya melihat seorang sahaja daripada anggota kumpulan yang asal."

    Maklumat lanjut mengenai Maizie boleh diperolehi melalui laman web beliau di www.maiziewilliams.com. Anggota lain Boney M terdiri daripada Kelly Hauge Rahman, Goseth Olivia Morris dan Jenifer Castillo.

    PERSEMBAHAN PEMBUKAAN
    Persembahan pembukaan merupakan persembahan oleh dua artis veteran; Ito dan Jay Jay. Ito – Jiwa Blues Gang

    Ito menempah nama dengan kemunculan lagu agung kumpulan beliau, Blues Gang, berjudul Apo Nak Di Kato? Lagu tersebut mengungguli tempat pertama di carta-carta muzik di Malaysia.

    Blues Gang telah ditubuhkan pada tahun 1976 dengan album pertama mereka, Anytime Anyday (1979). Kumpulan tersebut telah menghasilkan 11 album, antaranya Tertipu, Khatulistiwa, Apo Nak Dikato, Living It Up, Zaman Berubah, Inikah Dia dan Mencari Penyelesaian. Kini, Ito menyanyi solo dan baru sahaja mengeluarkan album solo beliau yang ke-8 berjudul "D'Kir Blues".
    Jay Jay – Jiwa Carefree

    Jay Jay merupakan vokalis utama untuk sebuah kumpulan yang amat terkenal pada tahun 1970an bernama Carefree. Lagu-lagu hit nyanyian Jay Jay termasuklah Rindu Bayangan, Belaian Cinta, Cukuplah Sekali, Kini Baru Aku Sedar dan Joget Angan Tak Sudah. Seseorang yang serba boleh, Jay Jay menghasilkan 11 album dan 6 kompilasi.

    Pencapaian tertinggi beliau adalah Artis Lelaki Terbaik 1988, Vokal Artis Lelaki Terbaik 1989, Penyanyi dan Komposer terbaik (Pop Rock) 1998, Lagu Terbaik (Planet Music Award) 2001 dan Lagu Nasyid Terbaik 2005.

    PENERBIT DAN PENGANJUR BERSAMA
    ISTANA BUDAYA – Pentas Bertaraf Dunia

    Istana Budaya, Pangung Negara Malaysia, telah dibuka secara rasminya pada 15 September 1999. Sejak itu, sebanyak 142 persembahan telah dipentaskan di Istana Budaya dengan kehadiran kira-kira 0.4 juta orang. Selain dari persembahan tempatan, Istana Budaya turut mementaskan persembahan ternama bertaraf antarabangsa seperti Cats, Fame, Saturday Night Fever, Beijing Opera dan The Sound of Music.

    PENGANJUR BERSAMA
    Ministry of Tourism’s Corporate

    RAKAN MEDIA PARTNER
    Media Prima’s Corporate

    RAKAN MEDIA CETAK
    KL Lifestyles’s Corporate

    RADIO RASMI
    Light & Easy’s Corporate

    PENERBANGAN RASMI
    Malaysia Airlines’ Corporate

    RAKAN HOTEL
    Traders Hotel’s Corporate

    TIKET DAN TEMPAHAN

    Tarikh Persembahan:
    1 hingga 5 September 2006 (8.30 Malam)

    Tempat:
    Panggung Sari, Istana Budaya

    Harga Tiket Biasa:
    RM50, RM70, RM100, RM150 dan RM200

    Pembelian secara berkumpulan (beli 5 tiket dapat 1 tiket percuma).

    Diskaun 20% untuk golongan istimewa seperti pelajar, kanak-kanak berumur 6 tahun ke atas, warga emas (55 tahun ke atas) dan orang kurang upaya (sila tunjuk kad pengenalan atau pasport). Pembelian secara berkumpulan (beli 5 tiket dapat 1 tiket percuma) adalah tidak terpakai.

    Diskaun 20% sehingga 11 Ogos 2006. Pembelian secara berkumpulan (beli 5 tiket dapat 1 tiket percuma) adalah tidak terpakai.
    Tempahan

    Bagi tempahan, sukacitanya berhubung dengan Box Office di talian 03-4026 5558 atau layari www.ticket2u.biz atau datang ke Istana Budaya, Jalan Tun Razak, 50694 Kuala Lumpur (Isnin – Jumaat, 9.00 pagi – 6.00 petang). Maklumat juga boleh diperolehi di www.istanabudaya.gov.my


    4 anggota kumpulan disko terkenal 70-an, Boney M bersama pemuzik mereka tiba di KLIA, Sepang pukul 5.30 petang untuk mempersembahkan konsert mereka di Istana Budaya pada 1-5 September ini.

    Kumpulan penyanyi bersuara lunak dari Caribbean yang diterbangkan dari London ini akan berada di Kuala Lumpur selama 8 hari.

    Boney M yang dianggotai oleh penyanyi asal iaitu Maizie Williams dan 3 lagi anggota lain, Kelly Hauge Rahman, Goseth Olivia Morris dan Jenifer Castillo merasa terharu atas sambutan oleh Istana Budaya semasa ketibaan mereka di KLIA.

    ARTIKEL BERKAITAN:-
    1. Konsert Muzikal Irama Tanah Pusaka II Di Istana Budaya
    2. Promo Irama Tanah Pusaka 1
    3. Jom Hayati Irama Tanah Pusaka @ Istana Budaya




Fara
September 1, 2006   10:11 AM PDT
 
i really like ur blog!
very good effort
keep it up!!
|

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments








Previous Entry
HOME
Next Entry

Search celebrity, news, money?


Web budiey.blogdrive.com

My Sponsors



My Readers





Notification

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:






concept

More me:
  • Sensasi Selebriti
  • Photo Blog
  • Tips Lifestyle
  • Archieves
  • Money Blog

    Concept:
  • Entertainment Blog
  • Celebrities News
  • Gossips
  • Theater
  • Photo Events

    Version:
  • 2.0

    Official published:
  • 27 Jan 2004

    Best viewer:

    Internet Explorer
    1024 X 768



  • profile

    My stats
  • Malay
  • 179 cm
  • 75 kg
  • 1 Ogos 1976
  • Sentul Perdana
  • Kuala Lumpur
  • Penulis blog

    My Hobby
  • Watching TV
  • Reading
  • Surfing Internet
  • Writing
  • Travelling
  • Chatting
  • Teater
  • Music
  • Work out
  • Blogging
  • Hugging!

    My Colour
  • Maroon
  • Green
  • White

    My Gadget
  • HP Pavillion dv6000
  • Nokia Xpress Music
  • Camera Nikon D40
  • iPod 30GB

    My Hung Up
  • California Fitness
  • Pavilion
  • Coffee Bean
  • Dome
  • Secrets Recipes
  • Nandos

    My Place
  • Suria KLCC
  • Masjid Jamek
  • MidValley
  • Bukit Bintang
  • Istana Budaya
  • The Actors Studio
  • Rapid KL

    My Must See
  • Buletin Utama
  • American Idol
  • Extreem Makeover
  • Lost
  • Beat TV
  • Muzikdiria
  • CSI
  • Siri 24
  • Fear Factor
  • Survivor
  • The Apprentice
  • The Amazing Race
  • Oprah Winfrey
  • Trek Selebriti
  • Iklan!

    My Fav Radio
  • Hot.fm
  • Era.fm
  • Thr.fm
  • Hitz.fm
  • X-fresh

    My Fav Deejay
  • Farah Fauzana
  • Faizal Ismail
  • Nana

    My Hos
  • Fedtri Yahya
  • Nizal Mohammad
  • Karam Singh Walia

    My Fav Reporter
  • Farihad Shalla
  • Zubir
  • Zul Husni
  • Haswari

    My Lagenda
  • Dr. Usman Awang
  • P. Ramlee

    My Fav Film
  • Superman
  • Spiderman
  • Scream
  • Red Eye
  • The Shutter

    My Fav Singer
  • Sheila Majid
  • Jacklyn Victor
  • La Luna
  • Amr Diab
  • Nancy Ajram
  • Mike Indon Idol
  • Too Phat
  • Anuar Zain
  • Siti Nurhaliza
  • Dayang Nurfaizah
  • Rossa
  • Ning Baizura
  • Gareth Gates
  • Guy Sebastian
  • Linkin Park
  • Mawi AF3

    My Fav Actor
  • Afdlin Shauki
  • Saiful Apek
  • Ako Mustapha
  • Kiefer Sutherland
  • Tom Hank

    My Fav Actress
  • Maya Karin
  • Sofia Jane
  • Nasha Aziz
  • Cameron Diaz
  • Drew Barrymore



  • stats






    credits

    Blogdrive