

LOKMAN TERSUNGKUR, FAIZAL TERSELAMAT
One In A Million bersiaran langsung lagi dalam kesejukan malam Sabtu. Lewat petang tadi, bumi disimbahi hujan yang sangat lebat dan tebal. Hampir menenggelamkan stesen lrt Masjid Jamek kata Buletin Utama jam 8 tadi.
Hakikat alam, kadang-kadang hujan membawa mala petaka dan pembalasan dari Tuhan. Walaupun pada saya, ujian yang datang juga adalah satu rahmat sebagaimana rahmatnya hujan untuk kehidupan di bumi.
Awal & Marrion memanggil peserta terkebawah iaitu Farah, Azafar, Lokman dan Faizal. Usah terkejut sekiranya nama Faizal berada di bawah. Dayang pun sudah terkena badi kejutan untuk penonton.
Walaupun pertama kali Faizal berada di bawah garisan, namun anggaplah ini adalah satu permainan undian penonton. Bila IN & OUT dicampur aduk, sudah tentu begini jadinya. Rasanya Faizal diusung ke pentas untuk mengejutkan peminatnya atau tak lebih kepada untuk mencipta debaran penonton. Barulah ada teruja sikit kan? Kalau tak, muka sama je turun untuk dihukum keluar.
Korang nampak tak baju kemeja yang dipakai oleh Awal dan beberapa peserta adalah sama.. sefesyen je... Termasuklah kemeja Syafinaz dan Paul Moss. Berjalur-jalur lurus.

Kini tinggal Lokman dan Faizal di pentas. Yang pasti, tak mungkin Faizal akan disingkir. Faizal pernah dikatakan akan bersaing dengan Dayang Nurfaizah di pentas final. Maka, logiklah kini Lokman akan diusir keluar kerana kekurang undi daripada penonton. Siapa Lokman untuk merebut wang sejuta itu?
Itulah... biasanya orang takkan sokong kalau tiada kesungguhan dan menyanyi secara selamba sangat tiap-tiap minggu. Tolonglah jangan ambil sesuatu perkara secara lewa dan endah tak endah. Saya rasa Lokman nampak tidak bermaya bila buat show dengan cara selamba. Ini contest yang memerlukan kesungguhan. Bukan untuk mempamerkan muka yang selamba!
Lokman menjadi peserta keenam yang terkeluar setelah menerima undian terendah pada minggu ini, sekaligus mengikuti jejak lima lagi rakannya yang tersingkir lebih awal iaitu Anny Johanna Mohamad Sharif (Anny), Norshammene Arzeyana Shamsuddin (Mimi), Shahmeen Shah Halim Shah (Ameen), Noor Hasliah Abu Hassan (Aliya) dan Zaihanee Zainal Abidin (Zai).
Minggu ini format lagu agak menarik. Peserta perlu menyanyi dua buah lagu. Satu lagu adalah dari pilihan penerbit terkenal Aubrey Suwito dan satu lagi dipilih sendiri oleh peserta. Aubrey Suwito sepatutnya diberi standing ovation kerana berjaya menjalankan tanggungjawab dalam penyusunan muzik mengendalikan latihan kepada peserta.
Formula saya, lagu pilihan Aubrey boleh meningkatkan imej peserta dan pada masa yang sama boleh memberi impak buruk pada peserta. Kalaulah peserta tidak dapat membawa dengan baik lagu pilihan sendiri adalah sesuatu yang memalukan dan pathethic. Dan setelah menyaksikan kesemua persembahan, memang ada yang memalukan diri sendiri kerana tidak berjaya melakukan yang terbaik untuk lagu pilihan sendiri.
PUSINGAN PERTAMA: LAGU PILIHAN AUBREY SUWITO
ALIF -TAK BISAKAH (PETERPAN)
Susunan muzik yang baru dan segar. Walaupun masih ada suntikan rock pada lagu ini, namun tidak berjaya menonjol imej Alif yang original. Alif masih tercunggap-cungap. Kurang stamina atau teknik pernafasan yang tidak betul?
Pada bahagian tertentu, dia nampak terlalu berhati-hati. Satu perkara lagi, Alif tak melakukan gaya yang diperlukan untuk lagu ini. Sewajarnya. untuk mengekspressi corak persembahan dia perlu menonjolkan kesungguhan hati. Biar all out!
DAYANG - FEVER
Klasik sangat! Saya suka dengan gaya nakal dan seksi Dayang. Macam shownya dua minggu lepas. Lagu yang agak retro-seksual ini sebenarnya perlu ada mainan emosi yang lebih. Tapi Dayang mengambil mudah dengan menjadikan persembahannya serba sederhana.
Vokal Dayang usah diperkatakan lagi. Memang ada flexible untuk forte soul & R&B. Yang penting, kelainan pada solekan Dayang yang agak gothic dan kelam pada malam ini bagaikan sesuai digandingkan dengan lagu ini.
Dayang menyakinkan saya sekali lagi untuk memenangi hati sang pengundi. Walaupun agak boring tapi ini sebenarnya satu cabaran untuk Dayang mencipta mood seksi yang jarang dipertontonkan.
Sekiranya anda perasan, muka Dayang nampak lebar malam ini. Lebar. Maksud saya tembam sikit. Ditambah dengan tata gaya rambut yang berkerawang tulah lagi lah!
FAIZAL - SUPERSTIOUS (STEVIE WONDER)
Menurut Aubrey, Faizal seorang yang kreatif dan serious. Ianya telah terbukti dari awal kemunculannya dalam OIAM. Lagu yang jarang saya dengar ini. Agak tak berapa masuk di telinga saya. Lagu yang tidak mesra di telinga membuat saya rasa bosan.
Dengan keluar urat semereh di leher Faizal sudah cukup menggambarkan kesungguhannya. Gayanya dengan merebahkan badan itu sudah basi. Berapa kali dia mahu mengulangi persembahan yang serupa setiap minggu?
Setuju dengan Syafinaz, memang menghiburkan tapi harapan semoga Faizal tidak lagi menyeksakan dirinya dengan terpekik-pekik saban minggu. Please, I like R&B and balads songs also!
FARAH - TAK TERCAPAI AKALMU (ELYANA)
Ada kecacatan yang membunuh mood lagu ini. Permulaan yang tidak dinamik. Apatah lagi apabila Farah lupa lirik dia tidak menutup kesilapan dengan cara profesional. Apa silapnya? Farah hilang fokus. Lagu ini memerlukan komited pada pergerakan sedangkan Farah di tengah pentas bergayut dengan stand mic. Tidak menjadi menarik langsung di mata saya.
Suara Farah agak bergetar-getar sebab dia nampak nervous. Dari wajahnya pun kita sudah dapat baca apa yang bermain dalam fikirannya. Resah, takut lupa lirik dan tak yakin!
AZFAR - INAYAH (ZAINAL ABIDIN)
Sedapnya ton suara Azfar dalam lagu Zainal Abidin ini. Pada mulanya tak percaya yang ini adalah lagu Zainal. Rasa mahu rakam sahaja lagu ini kerana suara Azfar sedap sungguh. Mendengar intro lagu ini seakan mendengar lagu baru yang tidak pernah dilagukan.
Cara dia duduk terkangkang tidak digemari oleh Syafinaz. Malang sekali pada pertengahan lagu, Azfar amat goyah dan tercari-cari karakter yang ingin dibawa.
Dinamik penting dan Azfar tidak mengambil pengajaran. Intro yang bagus tapi apabila silap langkah ketika korus, Azfar tersesat! Apa-apa pun saya suka dengan orang yang berlagak tukang bercerita ketika menyanyi. Gayanya seperti ingin menceritakan mesej pada bait-bait lagu.
SUKI - PUDAR (ROSSA)
WOW!!! Seorang lagi peserta yang saya rasa memberi persaingan sengit. Kerana lagu Pudar ini, membuat saya rasa ingin mengundi Suki. Dia berani membuka ruang untuk berekperimentasi. Dia kreatif dengan pertolongan Aubrey. Satu persembahan yang memberangsangkan. Sebutan yang jelas, tone yang sangat selesa di telinga dan apa lagi? Suki milikku karisma yang tiada pada peserta lain. Saya rasa saya ni dah terpikat dengan muka dia yang cute dan comel tu?
PUSINGAN KEDUA: LAGU KEGEMARAN YANG MENJADI PILIHAN SENDIRI
ALIF - HARDER TO BREATH (MAROON 5)
Sebuah lagu rock kangkang! Peliklah! Dia selalu menunjukkan kangkangnya walaupun saya tak suka. Dia mengangkang untuk mengekspressi kejantanan barangkali. Posturnya Alif nampak bongkok.
Alif telah menghancurkan lagu pertama namun dia dikatakan kembali teguh dengan kerancakan lagu ini. Nasib baik pilih lagu ini!
Walaupun ada peningkatan, pergerakan Alif tidak tentu hala. Dia perlu fokus dan lebih merancang gerakan mengikut irama lagu. Rasanya Paul Mose silap dalam menterjemahkan perasaan lagu. Manakan sama dengan karakter Alif di luar.
Alif seorang yang happy go lucky dan suka menguntumkan senyuman tapi tidak dalam lagu ini. Kerana apa? Sebab mungkin itu cara Alif ingin menjiwai lagu. Setiap orang ada cara berbeza untuk menjiwai lagu.
DAYANG - BE WITH YOU (MARY J. BLIDGE)
Siapa kata Dayang akan sempurna bila menyanyikan lagu R&B. Ya, memang lagu R&B adalah porte Dayang. Tapi bukan untuk saya yang sudah lali dan masak dengan show Dayang. Entahlah, saya sekarang dah jemu dengan irama sebegini.
Mungkin kerana itu, perspektif saya sudah tidak macam dulu. Mulanya saya anggap Dayang adalah seorang penyanyi selingan dalam OIAM. Dia bukan peserta tapi sekadar artis jemputan. Tapi sekarang, dia ternyata sudah menjadi peserta... kita dah boleh terima hakikat Dayang sebahagian dari rancangan hadiah sejuta ini.
Serangkai bunga diserahkan untuk Dayang. Pertama kali dalam program ini. Satu je nak cakap kat orang yang kasi bunga tu, OVERLAH!
FAIZAL - ELEVATION
Well, kalian sudah tahu dan sudah ngerti Faizal ini jenis yang maca mana. Faizal dan rock seperti tidak boleh dipisahkan. Ah! Please lah! Berapa banyak lagu rock nak dinyantikan setiap minggu nih! Bosan walaupun nampak bertenaga. Faizal minum milo ke sebelum ke pentas?
FARAH - TAKKAN ADA CINTA YANG LAIN (DEWA)
Seorang lelaki memang boleh menyanyikan lagu perempuan. Tapi seorang perempuan kurang berjaya membawa lagu lelaki. Dan ini terbukti pada Farah malam ini. Satu persembahan yang kabur, yang tidak ada sistematik dan kurang menyerlah.
Apa dah jadi dengan Farah? Jerawat pun sudah banyak menempel di pipi gadis ini. Oklah, tak berani nak buat spekulasi murahan.
AZFAR - ANDALUSIA (M. NASIR)
Betullah. Kali ini terbukti, Azfar memang porte kepada irama world etnik. Nampaknya dia perlu berusaha untuk memodenkan muzik etnik sebagaimana yang dikehendaki oleh Syafinaz.
Well, Azfar ada jati diri sebenarnya. Dia bangga dengan irama nusantara dan world. Itu yang dia ingin pertahankan. Tapi masalahnya, One In A Million tidak akan melayan orang-orang macam Azfar yang mahu menghidupkan irama-irama etnik. Syafinaz menyuruh Azfar menyuntikkan sedikit elemen moden dalam pembawaan muzik Azfar. Kita tengoklah bagaimana show Azfar minggu depan.
Bila dah campur, rasanya macam rojak pulak!
SUKI - MY CHOICE
First, baju apa la yang dikenakan pada Suki? Macam.... aiyo... ntahlah nak cakap macam apa. Tapi very weird bila pandang dari belakang!
Ok nyanyian Suki untuk lagu kedua memang saya tak berapa suka. Sebab apa? Sebab tak pernah dengar lagu ini.... heheh jadi... nak komen macam tak nak komen. So, jangan komen. Cukuplah saya rasa terhibur dengan lagu Pudar dari Suki. Orang Melayu suka sangat bila dengan orang Cina nyanyi lagu Melayu. Jadi, petua untuk Suki, kalau mau pengundi Melayu sokong awak, sila nyanyi lagu Melayu...
Suki dihentam! Kesian Suki dengan apa yang dikritikan kepada Suki sebab itu bukan salahnya. Sepatutnya Suki diajar bagaimana untuk menjadi seorang penghibur yang lebih berkarisma. Bukan kritik pasal perut Suki yang dah naik buncit!
PENUTUP: SIAPA YANG OUT MINGGU DEPAN?
Saya meramalkan ALIF akan keluar pada minggu depan. Dia dikatakan tidak begitu konsisten dalam persembahan. Kalau tidak Alif, nasib buruk akan menimpa Farah kerana persembahannya pada minggu ini amat mendukacitakan penonton. Tiada yang menarik tentang Farah untuk minggu ini. Oleh itu, saya boleh andaikan Farah terlalu rapuh dan sengaja membogelkan kelemahan sendiri!
Pilihan Budiey:- Suki - Pudar (Rossa)
- Dayang - Fever
- Azfar - Inayah (Zainal Abidin)
- Faizal - Superstitious (Stevie Wonder)
- Azfar - Andalusia (M. Nasir)
- Dayang - Be With You (Mary J. Blidge)
- Alif - Harder To Breath (Maroon 5)
- Faizal - Elevation
- Farah - Takkan Ada Cinta Yang Lain (Dewa)
- Suki - My Choice
- Alif - Tak Bisakah (Peterpan)
- Farah - Tak Tercapai Akalmu (Elyana)
ARTIKEL BERKAITAN:- One In A Million: Harapan Zai Berkecai
- One In A Million: Zai Kureng Power, Dayang Biasa Saje
- One In A Million & Jutawan Segera