[---~*Enter-tainment Blog*~---]
Firefox NEW Firefox 2.0 released!



Previous Entry
REFRESH THIS BLOG
Next Entry

Time to move on



My blog has been revamped into the fresher, snazzier 'Sensasi Selebriti'.

You are cordially invited to grace your presence at the new blog. Click here


www.budiey.com






Monday, August 21, 2006

    VIDEO MAJLIS PERTUNANGAN DAN PERKAHWINAN SITI NURHALIZA



    11.55 pagi




    11.50 pagi




    10.45 pagi




    11.30 pagi




    11.15 pagi




    11.00 pagi


    10.50 pagi


    10.40 pagi



    CINTA SITI - DATUK KHALID ERAT BERSATU


    Hanya dengan satu lafaz, Siti Nuhaliza Tarudin sah menjadi isteri Datuk Khalid Muhammad Jiwa.

    Majlis pernikahan yang menyusul majlis pertunangan mereka di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini, menempa sejarah apabila majlis itu pertama dipancarkan secara langsung ke seluruh negara.

    Dari saat Siti melangkah tertib memasuki dewan Muslimat utuk majlis pertunangan dengan bertudung litup dan memakai baju kurung moden lace putih bertatahkan taburan batu biru dengan diiringi empat penyanyi latarnya, sehingga majlis selesai, segala-galanya disaksikan secara langsung oleh jutaan penonton TV3 yang diberikan hak penyiaran eksklusif majlis itu.

    Dalam hampir seluruhan majlis Siti kelihatan tenang, melainkan ketika dia memeluk ibu bapanya selepas disahkan sebagai isteri.

    Pasangan selebriti itu dinikahkan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Nasroddin Mat Daud dengan mas kahwin RM22,222 tunai, mengambil sempena tempoh 22 tahun, dua bulan, dan dua hari wahyu pertama iaitu Al-Quran diturunkan. (terima kasih sbb sudi mengesan kesilapan Mstar Online)

    Tarikh pernikahan pasangan itu hari ini juga jatuh pada hari Israk dan Mikraj iaitu 27 Rejab 1427.

    Di majlis pertunangannya, Siti duduk bagaikan puteri di pelamin “mahligai permata” sebelum majlis diteruskan dengan penuh adat istiadat Melayu.

    Majlis dimulakan dengan wakil dari kedua-dua pihak berbalas pantun dalam menyatakan hasrat meminang dan pinangan diterima. Ia diakhiri dengan ibu Khalid, Siti Zainab Hanafi menyarungkan cincin emas putih bertatahkan berlian ke jari manis Siti.

    Anak kelahiran Kampung Awah, Temerloh, Pahang itu menerima tujuh dulang hantaran daripada Khalid yang dinamakan sempena nama lagu popular Siti Nurhaliza "Cindai", mengandungi wang hantaran RM30,000, halwa, kitab al-Quran dan bunga rampai, set permata, kain lace, beg tangan dan seutas jam tangan.

    Siti Nurhaliza pula membalas hantaran Khalid dengan sembilan dulang bertemakan lagunya "Sebenar Cinta", terdiri daripada bunga rampai, kain sampin songket, butang baju Melayu, jam tangan, cincin, kek, tali pinggang beserta dompet, cufflink dan sut tuksedo.

    Selepas akad selesai, Khalid menyarungkan cincin berlian bermata satu ke jari manis Siti sebagai simbol membatalkan air sembahyang.

    Siti kemudian dua kali memeluk erat bapanya Tarudin Ismail sebelum bersalaman dengan ahli keluarga yang lain diikuti kemudiannya oleh suaminya. Tetamu kehormat termasuklah Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman dan isteri Che Julita Aishah, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Khalil Yaakob dan isteri Toh Puan Zurina Kassim serta isteri Timbalan Perdana Menteri Datin Seri Rosman Mansor kemudian dijamukan dengan makan tengah hari di masjid berkenaan.



    Majlis persandingan pasangan itu akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur Isnin depan.

    Dipetik dari MStar Online




PEMINAT CT
June 21, 2007   02:38 PM PDT
 
NAPE KORANG SMUA NIE NK TUDUH CT MCM2...MKSUDNYA KORANG SMUA NIE XPERCAYA PD TAKDIR ALLAH...JODOH PERTEMUAN , MATI DAN HIDUP, I2 SMUA KETENTUAN ALLAH...I2 DAH JODOH CT...XSEMESTINYA KAWIN NGAN ORG BUJANG AKN BAHAGIA SELAMA2NYA...KORANG2 YG FITNAH CT NIE , BERHATI2 CKIT , TKUT TERKENA BATANG HIDUNG KORANG PLAK..MAKLUM LA, SEKARANG NIE ALLAH AKN BAYAR CASH... DOA KEBAHAGIAN SESAMA UMAT ISLAM , AMALAN I2 AMAT DIPUJI OLEH ALLLAH...BERTAUBATLAH..
Reena
September 6, 2006   04:20 PM PDT
 
Tidak kah CT rasa malu bersuami org punya. Itu bukan nya jodoh tapi
merampas suami org. Tengok lah
setakat mana doa CT dgn DK.

nurul
September 6, 2006   04:10 PM PDT
 
ct ini suka rampas suami sehingga
meruntuh rumahtangga.Lihat lah
kasihan dg isteri nya itu.
ana
September 6, 2006   04:04 PM PDT
 
ct suka terbirang seluruh duina
setelah berkahwin suami org.
terlalu ego lah dia. tapi suami org.
nanti tengok lah akan bergaduh jua
selalu. kerana suami yg suka
kahwin tidak sayang isteri
|

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments








Previous Entry
HOME
Next Entry

Search celebrity, news, money?


Web budiey.blogdrive.com

My Sponsors



My Readers





Notification

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:






concept

More me:
  • Sensasi Selebriti
  • Photo Blog
  • Tips Lifestyle
  • Archieves
  • Money Blog

    Concept:
  • Entertainment Blog
  • Celebrities News
  • Gossips
  • Theater
  • Photo Events

    Version:
  • 2.0

    Official published:
  • 27 Jan 2004

    Best viewer:

    Internet Explorer
    1024 X 768



  • profile

    My stats
  • Malay
  • 179 cm
  • 75 kg
  • 1 Ogos 1976
  • Sentul Perdana
  • Kuala Lumpur
  • Penulis blog

    My Hobby
  • Watching TV
  • Reading
  • Surfing Internet
  • Writing
  • Travelling
  • Chatting
  • Teater
  • Music
  • Work out
  • Blogging
  • Hugging!

    My Colour
  • Maroon
  • Green
  • White

    My Gadget
  • HP Pavillion dv6000
  • Nokia Xpress Music
  • Camera Nikon D40
  • iPod 30GB

    My Hung Up
  • California Fitness
  • Pavilion
  • Coffee Bean
  • Dome
  • Secrets Recipes
  • Nandos

    My Place
  • Suria KLCC
  • Masjid Jamek
  • MidValley
  • Bukit Bintang
  • Istana Budaya
  • The Actors Studio
  • Rapid KL

    My Must See
  • Buletin Utama
  • American Idol
  • Extreem Makeover
  • Lost
  • Beat TV
  • Muzikdiria
  • CSI
  • Siri 24
  • Fear Factor
  • Survivor
  • The Apprentice
  • The Amazing Race
  • Oprah Winfrey
  • Trek Selebriti
  • Iklan!

    My Fav Radio
  • Hot.fm
  • Era.fm
  • Thr.fm
  • Hitz.fm
  • X-fresh

    My Fav Deejay
  • Farah Fauzana
  • Faizal Ismail
  • Nana

    My Hos
  • Fedtri Yahya
  • Nizal Mohammad
  • Karam Singh Walia

    My Fav Reporter
  • Farihad Shalla
  • Zubir
  • Zul Husni
  • Haswari

    My Lagenda
  • Dr. Usman Awang
  • P. Ramlee

    My Fav Film
  • Superman
  • Spiderman
  • Scream
  • Red Eye
  • The Shutter

    My Fav Singer
  • Sheila Majid
  • Jacklyn Victor
  • La Luna
  • Amr Diab
  • Nancy Ajram
  • Mike Indon Idol
  • Too Phat
  • Anuar Zain
  • Siti Nurhaliza
  • Dayang Nurfaizah
  • Rossa
  • Ning Baizura
  • Gareth Gates
  • Guy Sebastian
  • Linkin Park
  • Mawi AF3

    My Fav Actor
  • Afdlin Shauki
  • Saiful Apek
  • Ako Mustapha
  • Kiefer Sutherland
  • Tom Hank

    My Fav Actress
  • Maya Karin
  • Sofia Jane
  • Nasha Aziz
  • Cameron Diaz
  • Drew Barrymore



  • stats






    credits

    Blogdrive