
Anugerah Era untuk tahun ini nampak macam menarik dengan tema Denim dan Kulit. Macam-macam tema dah dibuat, tapi yang tema yang paling saya suka ialah tema Retro 70an.
Maka, berduyun-duyun artis ingin melaram sekali lagi di Anugerah yang berprestij ini. Mahu tidak mahu, mereka perlu menempah pakaian yang berasaskan denim dan kulit. Carilah mana-mana pereka fesyen yang boleh cari kulit... Dalam dunia ni banyak jenis kulit. Ada kulit buaya, kulit ular ada... tapi yang paling suka kulit plastik.
Maka, katanya akan ada pertunjukkan fesyen pada anugerah yang gempak tersebut. Beberapa orang pereka fesyen terkemuka dan tak famous pun bertungkus lumus untuk menggayakan fesyen ciptaan mereka.
Pentas kali ini juga katanya akan lebih grand dengan 3 pentas yang dibuat perasingan.
Dijangkakan Anugerah Era pada 9 September ini akan berlangsung dengan meriah. Kenapa? Sebab ramai calon terdiri daripada bintang realiti TV terutama budak-budak AF? Yang ketaranya sedara kita yang sedang mengecapi kehidupan sebagai jutawan ni, siapa lagi kalau bukan Mawi.

Cakap pasal Mawi ni, untuk dia saje dah 7 pencalonan. Fuh! Banyak tu. Dan sebagaimana kita tahu, jarang sekali Mawi tak menang. Mesti menang punya. Apatah lagi Anugerah Era ini dipilih dan undi oleh peminat dan pendengar setia radio Era. Mungkinkah Anugerah Artis Harapan, Vokal Lelaki, Vokal Duo, Irama Global, Lagu Pop Pilihan (dua penyertaan) dan Video Muzik Pilihan akan menjadi milik Mawi? Itu tak termasuk untuk pencalonan Lagu Jiwa Lagu Cinta dalam beberapa kategori yang lain. Nama M Nasir pastinya menjadi pertaruhan yang sengit.
Sama-sama kita saksikan. Yang saya musykil tabiat peminat yang terlalu taksub dengan selebriti dan artis pujaan mereka sehinggga mengundi kategori yang melibatkan artis mereka. Manakala selebihnya, untuk pencalonan yang tidak melibatkan artis mereka biarkan kosong. Mereka terlalu berat untuk mengundi kategori yang tidak membabitkan artis.
Turut menerima pencalonan terbanyak ialah Juara Bintang Akademi Fantasia musim kedua (AF2), Zahid dan bintang Malaysian Idol (MI), Nikki. Zahid dan Nikki sama-sama dicalonkan dalam Vokal Lelaki Pilihan dan Artis Harapan Pilihan sementara lagu mereka yang kini sedang popular, Caramu menjadi pilihan peminat untuk meraih anugerah Vokal Duo/Berkumpulan dan Lagu Pop Pilihan.
Penyanyi pujaan saya, Jaclyn Victor, katanya meraih dua pencalonan Vokal Wanita Terbaik dan Artis Inggeris Tempatan Terbaik. Semoga kemenangan milik Jac. Sementara itu, bintang popular, Siti Nurhaliza dan Dayang Nurfaizah turut menerima tiga pencalonan. Siti dan Dayang bakal berentap dalam kategori Vokal Wanita Pilihan dan Lagu Pop Pilihan.
Antara yang bakal membuat persembahan ialah M.Nasir, Ning Baizura, Search, Spider, Pretty Ugly, Nikki, Yanie, Sixth Sense, Farahwahida, Elyana, Yazer, Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Sean Gazi, Pop Shuvit, Rabbani, Samir, Shazzy, Farah, Adam, Fazley, Sheila Majid, Fauziah Latiff, AC Mizal, Erra Fazira, Maya Karin, Sharifah Amani, Dato' Yusof Haslam, Mamat Khalid dan artis jemputan dari luar negara.
Siti yang akan kahwin dengan Datuk K turut dicalonkan peminat dalam kategori Vokal Duo/Berkumpulan Pilihan bersama Too Phat menerusi lagu Dua Dunia dan Dayang menerusi Vidoe Muzik Pilihan menerusi single Kasih Maafkan. Nampaknya memang sengit dan pemenangnya tak dapat dijangka.
Segalanya terletak pada undian dan pilihan anda! Marilah mari, kita mengundi, tunaikan kewajipan pada artis anda...
Sila undi artis kegemaran anda di
Laman Web Anugerah Era RELATED POST:
- Anugerah Era 06: Calon Akhir
- Konsert Gemilang Anugerah Era: Terhiburlah Tengok Mawi
- Ulasan Anugerah Era 2004: PART 1