[---~*Enter-tainment Blog*~---]
Firefox NEW Firefox 2.0 released!



Previous Entry
REFRESH THIS BLOG
Next Entry

Time to move on



My blog has been revamped into the fresher, snazzier 'Sensasi Selebriti'.

You are cordially invited to grace your presence at the new blog. Click here


www.budiey.com






Tuesday, August 15, 2006

    ISU KONTROVERSI UCAPAN SYARIFAH AMANI: DI MANA JATI DIRI KITA?


    1Dah! Sudah saya agak kontroversi akan tercetus lagi. Gara-gara melontarkan kata 'sinis lagi pedas' yang teramat 'pathetic', usai merangkul gelaran Pelakon Wanita Terbaik, Syarifah Amani mengundang seribu satu macam isu!

    Di sebalik serbuan dan jutaan tahniah buat Syarifah Amani, ada hati dan jiwa telah terguris dan terkilan. Dengan hanya sebaris ayat yang tajam yang berbunyi: "I sound stupid, if I speak Malay'..." sebenarnya menjatuhkan personaliti anak kepada guru persembahan, Fatimah Abu Bakar.

    Mengapa beliau tergamak merendahkan reputasi bangsa sendiri di hadapan menteri dan penonton? Kalau orang asing mendengarnya, tidakkah menconteng arang ke muka sendiri? Ini bukan satu isu yang remeh temeh. Ianya melibatkan maruah bangsa kita, bangsa Melayu.

    Bangsa Melayu biasa terkenal dengan pantang mendengar bangsa sendiri ditindas dan dihina. Mesti membentak marah punya. Saya juga turut bersedih apabila bahasa sendiri dilanyak oleh bangsa kita sendiri. Bukankah bahasa itu melambangkan bangsa? Kini, nampaknya cogankata atau motto "Bahasa Jiwa Bangsa" seolah terhakis dari jiwa pelakon kita. Inikah yang dikatakan, kerana nila setitik rosak susu sebelanga?

    Seharusnya kita perlu berpijak di bumi nyata dan tidak sepanjang masa melihat bintang di langit yang jauh takkan tercapai dek tangan. Jati diri mesti kita selongkar. Dari mana kita datang dan ke mana kita akan pergi. Dalam pucuk mengejar cahaya mentari, perlu diingat pada akar umbi yang masih setia menggali setitis air. Dan sebenarnya akar kita masih ada cuma tertanam dalam tanah yang dalam.

    Dimanakah silapnya kita?

    Hati saya terasa ada yang tidak kena pada ucapan Syarifah Amani. Dia dikatakan dalam akhbar seorang yang berlagak, perasan, terlalu takjub, syiok sendiri dan terlalu ghairah pada ketika itu. Seolah-olah satu dunia telah terhenti dan terkejut dengan kejayaannya mendapat gelaran. Saya seolah tidak percaya apa yang saya dengar. Semacam ada sesuatu rasa riak seperti ucapan yang pernah saya dengar pada tahun lepas di FFM18. Tapi ucapan Syarifah Amani kali ini nampaknya lebih tajam berbisa. Menusuk!

    Antara isu yang timbul:
    1. Ucapan (saya nampak bodoh bila bercakap Melayu) tampak begitu sinis menghina dan memperbodohkan bangsa Melayu. Dimana jati diri pelakon genit ini? atau dia sekadar mahu membidas pihak-pihak yang tidak suka dengan filem GUBRA?

    2. Ianya telah mencetus rasa duka cita dan kemarahan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWA), Datuk Dr Rais Yatim yang hadir sama menyaksikan FFM19.

    3. Bagi saya, kata-kata lantang itu dianggap satu insiden terlepas cakap. Kata orang, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Apakah nanti, beliau dipulaukan dalam mana-mana majlis kerana dengar cerita Dr Rais Yatim membuat kenyataan membidas beliau dan tidak mahu melihat Syarifah Amani dijemput dalam majlis yang lain.

    1 "Jika terlalu gembira sekalipun dengan kemenangan itu, dia tidak sepatutnya berkata begitu sehingga sanggup memperlekehkan bahasa dan bangsa sendiri. Saya harap bintang filem seperti ini jangan diajak ke pentas lagi untuk memberi ucapan. Bagaimana filem tempatan akan berjaya dengan adanya bintang filem seperti ini. Caranya mencemarkan keadaan. Tentu sekali penonton di seluruh tanah air memberi reaksi sama. Sebelum menerima banyak surat tidak puas hati daripada penonton, lebih baik saya buat pengumuman yang saya sendiri dukacita dengan gelagat bintang filem itu,”

    "Saya rasa apa yang dilakukan bintang filem itu paling dahsyat apa lagi ia berlaku depan khalayak ramai dan seantero tanah air. Semoga ibu bapanya mengajarnya berbudi bahasa, belajar bagaimana bercakap dan tidak mengeluarkan kata-kata yang menghina bangsa dan bahasa sendiri. Sungguh mengecewakan apabila bintang filem ini naik pentas melanyak bahasa dan bangsa sendiri. Perkara ini memang saya tidak boleh maafkan,".


    Apa yang boleh dibuat sekarang ialah dengan meminta maaf secara damai dan ikhlas antara dua pihak. Dengar khabar jugak Dr Rais agak sukar untuk memaafkan Syarifah Amani. Tapi itulah hakikat, semoga kita mendapat iktibar dari apa yang berlaku. Tidak semua kata-kata kita itu sedap di telinga si pendengar. Tidak semua ayat yang kita tulis itu tidak boleh mengguris hati seseorang.

    Buang yang keruh, ambil sahaja yang jernih. Semoga mutu perfileman Malaysia akan terus berkembang seiring dengan matlamat kita dalam menaikkan maruah bangsa kita, bangsa yang berdaulat!

    APA ADA PADA GUBRA?
    Seperkara lagi yang menarik mengenai FFM19, sudah tentulah senarai sebahagian keputusan yang diumumkan malam Ahad lalu mengejutkan banyak pihak termasuk penonton di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

    Gubra - filem yang dilihat banyak mencemar imej budaya Melayu dan Islam secara halus dan terbuka, dipilih sebagai Filem Terbaik.

    Pemikiran dalam Gubra adalah rendah dan ada unsur menghina umat Melayu-Islam kerana ia masih berlegar isu wanita Melayu yang ada rupa cantik tetapi menjadi pelacur tanpa paksa dan sebab, pemuda Melayu yang bergantung pada duit wanita jalanan, jiran tetangga yang digambarkan alim tetapi tidak mampu berdakwah untuk jiran sendiri, kecurangan seorang isteri Islam dengan pemuda bukan Islam (kafir).

    Malah, ia juga klise mengenai kisah suami curang dan beberapa dialog berunsur lucah sebagai bahan jenaka.

    Siasatan berdasarkan hasil perbincangan penjurian ketika keputusan FFM19 dibuat, ia dikatakan berlaku sedikit ‘kekecohan’ apabila juri import mempertahan Gubra dengan hujah berdasarkan teknik pembikinan dan mengetepikan nilai budaya dan norma Melayu-Islam.

    Maka seorang lagi juri Malaysia juga ‘terpengaruh’ tanpa ada hujah kukuh daripadanya, lalu tinggal lagi dua juri yang mempertahankan Pontianak Harum Sundal Malam 2. Akhirnya keputusan undian mendapati Gubra menang tipis 3-2. Ini bermakna, bukan keputusan sebulat suara juri menyebabkan Gubra menang.

    Difahamkan juga, selepas Gubra dipilih pemenang Filem Terbaik, dikatakan timbul pula konflik antara juri kerana Gubra masa itu cuma bersandarkan kemenangan dua kategori - Lakon Layar Terbaik dan Poster Terbaik, manakala kemenangan untuk Aktres Terbaik sudah dibuat atas nama pelakon lain (bukan Sharifah Amani).

    Lalu, kategori lain dicari untuk ‘memperkuat’ sentimen kemenangan Gubra dan akhirnya juri terpaksa ‘memadamkan’ nama pemenang asal kategori aktres tadi, lalu digantikan dengan Amani.

    Malangnya, jika dianalisis, kemenangan Gubra tidak kukuh kerana ia hanya bersandarkan satu kategori teknikal sedangkan juri dikatakan lebih memberi alasan nature of making dan trend beberapa festival nyamuk di luar negara untuk menjadi fakta alasan kenapa Gubra dinobatkan Filem Terbaik.

    Sesungguhnya, ia mendukacitakan kerana pengisian Gubra sendiri banyak dipertikaikan dalam konteks nilai, budaya, agama, peradaban dan maruah.

    Sebab itu, apabila Gubra diumumkan sebagai Filem Terbaik, suasana Dewan Merdeka tidak berlaku sorakan mahupun tepukan gemuruh hadirin - cuma tepukan kecil sekelompok penonton. Ini berbeza ketika Shuhaimi Baba menang kategori Sutradara Terbaik.

    Kemenangan Gubra memang tidak diduga jika mengambil kira ini adalah festival filem nasional, iaitu sebuah filem yang harus diangkat berdasarkan pemikiran sebuah masyarakat berbudaya, sihat jatidiri dan menjunjung adab, budaya dan maruah seperti Malaysia.

    Gubra tidak memiliki sifat itu, sebaliknya nature of making yang menarik perhatian dan menjadi hujah juri. Tetapi peliknya, pengarah Gubra, Yasmin Ahmad tidak pula diangkat sebagai pengarah terbaik. Di sinilah kesongsangan berlaku. Keputusan FFM19 ibarat telur yang dimasak suku matang.

    Soalnya, apakah keputusan FFM19 akan menjadi penanda aras filem yang bagus untuk rakyat Malaysia seharusnya lebih menjunjung moral, nilai budaya dan maruah bangsanya. Apakah seni semata-mata menjanjikan harmoni dalam budaya bangsa bermaruah? Apakah ia akan mula menjadi kudis kepada masa depan sinema nasional? Tepuk dahi, jawablah sendiri!

    Kata orang, tak guna menang sorak kalau maruah bangsa tergadai...


    RELATED POST :
    1. FFM19: Ke Mana Arah Filem Kita?
    2. Festival Filem Malaysia Ke-19: Gubra Gubah Sejarah!




awang
August 9, 2007   10:57 AM PDT
 
krm slm ngn datuk k ok!!!!!!!!!
Name
May 7, 2007   01:12 AM PDT
 
Of course she deserve this award! Im half chineseand half malay , always face this kind of problem as well.
Ppl misinterpret asEnglish is a direct language compared to Malay. And ya, she admit that she r not fluent in Malay. Cant u ppl see?
God bless Nani and ppl who're not narrow minded
Budi Bahasa tak dijual beli
March 28, 2007   05:32 PM PDT
 
Daripada tutur kata, orang tahu dan dapat menilai siapa kita, tahap pemikiran kita dan nilai hati budi kita. Terima kasih.
ina
September 29, 2006   09:31 AM PDT
 
apelah.... bila orang tak pandai cakap omputih korang kutuk macam ct nurhaliza dulu. Ni si nani ni pandai cakap omputih pun kena kutuk. Tak kisahlah dia nak cakap bahasa ape yang penting apa yg dia nak sampaikan. Jgnlah berfikiran sempit sangat banggalah sikit anak melayu ble cakap omputih
aMaL
August 26, 2006   01:49 AM PDT
 
org yg kutuk nani u actually buat x faham english... To Rais Yatim, nama jer menteri p pk la maksud dier tuh.. jgn la buat direct translation....to nani, i love u!!
sarah
August 23, 2006   11:04 PM PDT
 
I think her only mistake was that to admit that she's not fluent in bm and therefore would sound stupid if she speaks in bm before giving her speech. If she straightaway speaks in english nobody would notice and thus there wont be any controversy.

My 2 cents.
Elaine
August 21, 2006   02:23 PM PDT
 
This is a case of taking something too literally.

As I see it, what she said has nothing to do with Malay language. She was talking about herself. Why you all straightaway focus on the word "stupid"?

As to why she prefer to speak English, it is her right lah.

Obviously, you who critisizes Sharifah DO NOT understand English well, including Rais Yatim.

Memalukan.
PiZzA \' Zeee
August 20, 2006   09:41 AM PDT
 
Huhuhu.. "Melayu Mudah Lupa" (Dr.M) but i dont think she is 1 of doz ppl.. She juz innoncent wif Malaysian culture.. Cit pordah~ mmg org Melayu ni sensetif laa.. Face reality.. Wud she meant is not d same like wud others tryin' 2 intepret.. Go Nani!! Lets tryin 2 4giv N take if u r a real Malaysian..
Ku Ajah
August 19, 2006   11:04 PM PDT
 
agree with Hafiz 100%. Couldn't have said it better myself. cheers!
lia
August 16, 2006   07:37 AM PDT
 
mmg berlagak pon dak nani tu aku nengok... gedik semacam. pastu cam nak tunjuk pandai jek... jagelah sikit hati orang len. ni siap kakak dia kata org melayu ni sensitif sangat... hapara....
Ekin
August 15, 2006   09:07 PM PDT
 
Well... memang betul dia tak fasih bahasa melayu, tapi rasanya, lagi elok kalau dia ubah ayat dia. Secara umum, artis kita kena belajar cara-cara bercommunikasi dgn public. Kadang-kadang ada jugak orang yg bijak pandai, cendiakawan, but lack of comm skills. Yes, dia tak der niat yg sebaliknya, but once kita digelar ARTIS.. apa2 yg kita ckp, sgt orang ambik berat, even a simple statement mcm yg dia sebut mlm tu. she shud say. " my apology, because i'm not so good in malay language/ bahasa melayu, please .. let me talk in universal/international/global languange.." and bla bla bla...
pakcik MMA
August 15, 2006   04:05 PM PDT
 
hmm malique. even ayah dier cina sekalipun tetapi mak dier melayu. takkan tak fasih bm kot. tak ada logika la. kalau betulla dier tak fasih, jgn la kata dier bodoh nak ckp bm. malu bangsa kita jer. huhu
klubbkidd
August 15, 2006   01:56 PM PDT
 
i think tak salahnya dia cakap camtuh.it's 30 seconds for an acceptance sppech nak ucap time kasih pada semua orang tuk kejayaan dia.
again... i've pointed out. cuba risik family punya blood lineage... just how melayu is she and her sisters?
apapun, i don't think it should be an issue, and soal kalau membuat filem mencemar budaya tuh, i think it was just a sarcastic comment for all those yang put down yasmin and gubra and sepet.
big up to you nani!!!!
Budiey
August 15, 2006   01:05 PM PDT
 
Sebenarnya, kata-kata syarifah Amani tu dah disalah tafsir...

Amani pun ada cakap yg dia tak berapa lancar berbahasa Melayu thats why dia cakap macam tu...

Silap tafsir atau silap taksir?
hafiz
August 15, 2006   12:31 PM PDT
 
i disagree. actually what she said was that she would sound stupid if she uses malay, as in akan nampak sangat ketara kekurangan dia sebagai seorang yang tidak mahir menggunakan bahasa melayu - dan bukannya kerana menggunakan bahasa melayu dia dianggap bodoh atau lebih teruk lagi bahasa itu yang bodoh. it has been suggested that she was arrogant to make that statement. i disagree. that statement was actually an expression of humility. of telling the world, "look, i can't really use this language so forgive me for my ineptitude, my incompetence. i'll make more sense if i speak in this other language (english), so, sorry, ya?"
Callie
August 15, 2006   12:08 PM PDT
 
Sebagai Malaysian Chinese, kami sentiasa bertutur dalam bahasa Malaysia kerna kita orang malaysia. Kalau orang malaysia tak mahu, tak tahu atau sound or look stupid if your speak BM, I think it is an act of a serious attitute. Setelah I baca your blog, I rasa marah and wish to share my comment that the attitude of this actress must the seriously looked into or tarik balik the anugerah. She don't deserve it!
|

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments








Previous Entry
HOME
Next Entry

Search celebrity, news, money?


Web budiey.blogdrive.com

My Sponsors



My Readers





Notification

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:






concept

More me:
  • Sensasi Selebriti
  • Photo Blog
  • Tips Lifestyle
  • Archieves
  • Money Blog

    Concept:
  • Entertainment Blog
  • Celebrities News
  • Gossips
  • Theater
  • Photo Events

    Version:
  • 2.0

    Official published:
  • 27 Jan 2004

    Best viewer:

    Internet Explorer
    1024 X 768



  • profile

    My stats
  • Malay
  • 179 cm
  • 75 kg
  • 1 Ogos 1976
  • Sentul Perdana
  • Kuala Lumpur
  • Penulis blog

    My Hobby
  • Watching TV
  • Reading
  • Surfing Internet
  • Writing
  • Travelling
  • Chatting
  • Teater
  • Music
  • Work out
  • Blogging
  • Hugging!

    My Colour
  • Maroon
  • Green
  • White

    My Gadget
  • HP Pavillion dv6000
  • Nokia Xpress Music
  • Camera Nikon D40
  • iPod 30GB

    My Hung Up
  • California Fitness
  • Pavilion
  • Coffee Bean
  • Dome
  • Secrets Recipes
  • Nandos

    My Place
  • Suria KLCC
  • Masjid Jamek
  • MidValley
  • Bukit Bintang
  • Istana Budaya
  • The Actors Studio
  • Rapid KL

    My Must See
  • Buletin Utama
  • American Idol
  • Extreem Makeover
  • Lost
  • Beat TV
  • Muzikdiria
  • CSI
  • Siri 24
  • Fear Factor
  • Survivor
  • The Apprentice
  • The Amazing Race
  • Oprah Winfrey
  • Trek Selebriti
  • Iklan!

    My Fav Radio
  • Hot.fm
  • Era.fm
  • Thr.fm
  • Hitz.fm
  • X-fresh

    My Fav Deejay
  • Farah Fauzana
  • Faizal Ismail
  • Nana

    My Hos
  • Fedtri Yahya
  • Nizal Mohammad
  • Karam Singh Walia

    My Fav Reporter
  • Farihad Shalla
  • Zubir
  • Zul Husni
  • Haswari

    My Lagenda
  • Dr. Usman Awang
  • P. Ramlee

    My Fav Film
  • Superman
  • Spiderman
  • Scream
  • Red Eye
  • The Shutter

    My Fav Singer
  • Sheila Majid
  • Jacklyn Victor
  • La Luna
  • Amr Diab
  • Nancy Ajram
  • Mike Indon Idol
  • Too Phat
  • Anuar Zain
  • Siti Nurhaliza
  • Dayang Nurfaizah
  • Rossa
  • Ning Baizura
  • Gareth Gates
  • Guy Sebastian
  • Linkin Park
  • Mawi AF3

    My Fav Actor
  • Afdlin Shauki
  • Saiful Apek
  • Ako Mustapha
  • Kiefer Sutherland
  • Tom Hank

    My Fav Actress
  • Maya Karin
  • Sofia Jane
  • Nasha Aziz
  • Cameron Diaz
  • Drew Barrymore



  • stats






    credits

    Blogdrive