
Festival Filem Malaysia yang ke 19 berlangsung dengan jayanya walaupun masih kurang menyengat dari segi kelancaran dan persembahan. Kejutan siapa pemenang tetap ada. In fact, jumlah 23 filem pada tahun ini adalah agak besar. Bertambah meriah nampaknya.
Sebenarnya, saya menonton anugerah sambil jari jemari menari-nari didada laptop. Tahun lalu, anugerah ini dikatakan tidak meriah langsung. Membosankan dan membuang masa pentonton sahaja. Tapi kali ini nampaknya ada sedikit suntikan yang boleh menambah minat saya menonton sampai ke detik terakhir.
PENGACARA: LAWAK?Maaf, minat pun bukan kerana pengacaranya yang syiok sendiri. Dari dulu lagi tak suka dengan gaya AC Mizal. Dia pelawak yang tak berapa sedap. Dalam kata tak sedap tu, program AC Di sini, tetap saya tengok.
Bukan juga sebab ada Linda Onn. Dah biasa tengok Linda Onn menjadi pengacara sebelum ini. Sebutan dia jelas dan lancar macam hafal skrip. Cuma tidak suka dengan gaya Linda yang terlalu serius, direct, straight forward dan sekali sekala lawaknya tidak menjadi.
Lawak yang paling takde kelas, masa diorang ni utarakan langkah keselamatan untuk penyampai anugerah.
YANG SERONOK DITONTON Yang saya seronok apabila tengok tema atau motif festival kali ini dipersembahkan dan digayakan dengan begitu telus, jelas dan padat. Kita faham gambaran yang diberikan. Dari sudut montaj, selingan gigs dari Yassin, dan juga ukiran motif (corak) pada panel-panel kategori untuk setiap anugerah. Juga kita dihidangkan dengan imbas tayang filem-filem yang dulunya pernah memenangi anugerah.. Filem Bukit Kepong dan sebagainya mengimbas kembali kemajuan yang telah dicapai oleh orang Filem. Ya, kita juga membesar dengan filem-filem ini sebenarnya.
Yang pastinya, cerita pasal perkahwinan Siti Nuhaliza dan Datuk K dijadikan bahan untuk menarik perhatian audien. Takde benda lain nak dijadikan sasaran sindiran sebab topik yang tu je tengah sensasi sekarang ni.
Saya erhibur dengan lawak-lawak selamba Yassin. Ada mesej dan bermotif yang positif. Motif seni Wayang Kulit memang sesuai untuk menampakkan warisan budaya tradisonal yang diterapkan dalam penghasilan filem-filem tempatan.
TEMA: MOTIF WAYANG KULITLama tak tengok orang main wayang kulit. Tema macam ni sedikit sebanyak boleh membuat generasi terkini sedar yang kita masih ada akar umbi seni tradisi yang kian tenggelam. Khazanah macam ni boleh pupus ditelan zaman kalau tidak ada inisiatif orang-orang baru.
Sebelum bersiaran langsung, penonton dibawa untuk menjejak kelibat-kelibat selebriti dan krew belakang tabir berjalan di karpet merah. Macam-macam fesyen dapat kita tengok. Saya suka fesyen kebaya Syarifah Amani dan kakaknya, Syarifah Aleya. Norman KRU juga lengkap berbaju Melayu. Nampak sopan. Jarang selebriti nak pakai macam ni. Mostly, ramai yang pakai kemban membogelkan bahu. Nampak segala lurah dendam.
Persembahan pertama oleh Misha Omar dengan lagu tema Pontianak Harum Sundal Malam 2, Ku Seru. Suara Misha memang sedap tapi pakaian skema macam nak pi pejabat tu tak sesuai sangat dengan lagu berhantu macam tu.
Nampaknya persaingan begitu sengit antara Gubra dan Pontianak Harum Sundal Malam 2. Anugerah Pelakon Kanak-Kanak pula tiada pemenang. Mungkin sebab takde pelakon budak-budak dalam filem kita sekarang ni. Tapi tak logik lak kalau takde. Mesti ada sorang dua.
Que Haidar semakin menempa nama pada tahun ini. Sudah tentu beliau akan membawa pulang satu atau dua anugerah. Flaksibeliti Que membawa pelbagai watak sebenarnya memang dipersetujui oleh juri. Semoga Que lebih memberi kejutan dan buat peminat jatuh hati padanya. Tahniah!
Dalam mana-mana anugerah mesti ada insan yang bernama Mawi, Popolariti Mawi terbukti gah menjadi sanjungan peminat. Sehingga setiap kali ada undian SMS dari peminat, sudah tentu pemenangnya adalah Mawi. Bagitu juga kali ini, lagu tema Persona Non Grata dijulang oleh pilihan SMS dari pemnat.
Persembahan terbaik pada saya adalah ketika selingan lagu-lagu tema filem dari dulu Kami, Pelangi Petang dari Faizal, Rahsia Hati dari Ning Baizura. Kemudian berduet dengan Zahid untuk tribute kepada Uji Rashid dan Hail Amir.
Menyentuh tentang pakaian, Faizal dan Zahid kelihatan agak santai cara pemakaian diorang. Mungkin tak sempat nak beli baju kot. Atau wardrobe astro dah kehabisan baju. Jeans yang digandingkan dengan kot yang digayakani oleh Faizal hanya sesuai untuk menghadiri meeting. Tak sesuai juga kalau dipakai untuk ke majlis perkahwinan Siti Nurhaliza.
PAKAIAN PALING MERIAH: AFDLIN SHAUKI
Oklah, saya harus mengaku pakaian atau kostum paling meriah, paling grand, paling unik dan paling gah adalah milik mutlak
AFDLIN SHAUKI and the gang! Inilah kali pertama dalam sejarah awards di Malaysia, ada sekumpulan ahli sumo menggayakan outfit yang berkaler merah garang! Wow! Satu langkah promosi yang boleh melekat dalam minda penonton. Saya pun tak sabar nak tengok filem SUMOLAH! Sebenarnya, ada cerita kontroversi di sebalik filem ini dalam hidup saya. Teeeet.. off the record!
Past is past... Now, its a new day.
"Saya masih akan meneruskan aktiviti lakona namun saya akan meneliti skrip yang diberi. Malah, anugerah ini turut membakar semangat saya untuk terus berkarya di dalam industri ini," ujar Afdlin yang juga menjadi pemenang Cerita Asal Terbaik. Berjuta-juta tahniah!

Saya tak terkejut apabila nama pelakon yang membawa watak Orked dalam
GUBRA, Syarifah Amani dijulang sebagai Pelakon Wanita Terbaik Terbaik. Yes! she deserve it! Memang power pun lakonan budak kecik tu. Kebetulan pada pagi tadi, saya meluangkan masa untuk menonton GUBRA sekali lagi. Tahniah! Kontroversi panas dan isu yang ditempuhi menjanjikan sesuatu yang manis untuk Yasmin Ahmad. Beliau tidak hadir pada malam tadi kerana menjadi juri di pertandingan bercerita di Starlight Cinema.
TRIBUTE TO THE CHUBBY MAN Tapi saya terkejut kerana Afdlin Shauki berjaya membuktikan pelakon gemuk juga boleh menjadi pelakon terbaik. Terima kasih kepada juri yang sudi membuka mata telinga orang Malaysia yang dah kebal perspektif mereka. Pada orang kita, seseorang pelakon itu perlu kurus, kacak dan berbadan sasa. Tapi sebenarnya tidak!
Pengarah Filem Terbaik diberikan kepada filem Pontianak Harum Sundal Malam 2. Tahniah Chumi!
TAHNIAH GUBRA!Filem Terbaik pada tahun lepas telah meninggalkan jejak kontroversi setelah kemenangannya. Macamana pula pada tahun ini? Sama-sama kita lihat... kerana tahun ini, filem yang diarahkan
YASMIN AHMAD ini juga tak kurang boleh mencetuskan kontroversi. Sebelum, semasa dan selepas pembikinan filem ini, tak sudah-sudah
GUBRA bikin isu yang hot. Mencabar! Tapi terbukti, juri agaknya sudah pandai menilai.
Mungkin selepas ini, bolehlah kita andaikan filem yang banyak kontroversi akan lebih berpeluang untuk menang.
Kepada semua pemenang, tahniah diucapkan!
INFO FESTIVAL FILEM MALAYSIA 19:Bersiaran langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
Sebanyak 23 filem cereka berentap merebut 19 kategori anugerah yang dipertandingkan selain 40 filem pendek, 23 dokumentari dan 17 animasi dicalonkan dalam kategori masingmasing sebelum memilih lima filem sebagai calon akhir.
Berikut adalah keputusan penuh FFM19:
1. Filem Terbaik Gubra
2. Pengarah Terbaik Shuhaimi Baba (Pontianak Harum Sundal Malam 2)
3. Pelakon Lelaki Terbaik Afdlin Shauki (Buli Balik)
4. Pelakon Wanita Terbaik Sharifah Amani (Gubra)
5. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Hans Isaac (Buli Balik)
6. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Sazzy Falak (Gol dan Gincu)
7. Pelakon Harapan Lelaki Que Haidar (Castello)
8. Pelakon Harapan Wanita Carmen Soo (THE 3rd GENERATION)
9. Pelakon KanakKanak Terbaik Tiada pemenang
10. Lakon Layar Terbaik Yasmin Ahmad (Gubra)
11. Cerita Asal Terbaik Afdlin Shauki (Baik Punya Cilok)
12. Sinematografi Terbaik Yong Choon Lin (THE 3rd GENERATION)
13. Penyunting Terbaik Bade Azmi (Castello)
14. Skor Muzik Asal Terbaik Khoo Fok Sin (Bilut)
15. Penataan Seni Terbaik Kamarul Nizam/Aida Fitri Buyung (Pontianak Harum Sundal Malam 2)
16. Penataan Bunyi Terbaik Azman Abu Hassan (Castello)
17. Lagu Tema Asal Terbaik Ku Seru (Pontianak Harum Sundal Malam 2)
18. Pereka Kostum/Busana Terbaik Eric Cheong (THE 3rd GENERATION)
19. Poster Terbaik Ng Choo Seong (Gubra)
20. Anugerah Khas Juri Bilut, Man Laksa dan Rempit
RELATED POST:
- FFM19: Ke Mana Arah Filem Kita?
Quote of the nite: "I sound stupid if i speak malay... and if bikin filem mencemarkan budaya lets make more films..." Kata-kata yang terpacul dari mulut Syarifah Amani ketika ucapan pendeknya ketika menerima Anugerah Pelakon Wanita Terbaik.