
Sekali lagi orang-orang filem dan media akan berkumpul dalam acara tahunan Festival Filem Malaysia ke 19. Sedang revolusi filem di negara kita berada di tahap yang sederhana meriah, kehadiran festival (bukan karnival) ini akan memberi satu impak yang tersendiri. Sekurang-kurangnya kita ada award dan pencapaian untuk diberi.
Macam di Hollywood, diorang ada anugerah macam-macam termasuk Oscar. Tapi kita jangan berangan untuk jadi macam Hollywood seandainya masih di tapuk yang sama. Kita masih mentah tapi kita bisa lakukan sesuatu. Orang akan pandang filem kita tapi kekadang kita sendiri tak pandang filem kita sendiri. Toleh atau jeling sekali pun tidak.
Dengan matlamat sebenar dalam mengiktiraf karyawan dan karya filem yang dinilai terbaik bagi menggalakkan pembangunan industri perfileman Malaysia pastinya menjana mutu kerja orang filem ini.
Antara lain, matlamat festival ini adalah untuk
memasyarakat filem melalui tayangan, promosi dan aktiviti sampingan. Meraikan kejayaan pengamal bagi memartabatkan industri serta menggalakkan lagi, seni perfileman yang akan menjadi satu pilihan utama kerjaya anak-anak muda yang lebih berpelajaran, lebih kreatif dan bersemangat tinggi.Bertemakan
"Ke Arah Kecemerlangan Dalam Penerbitan Filem", FFM19 tahun ini bakal diadakan pada:
Tarikh: 13 Ogos 2006
Tempat: Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur
Penganjur:Persatuan Pengeluar-Pengeluar Filem Malaysia (PFM) dengan kerjasama Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) dan disokong oleh FINAS serta Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia.
4 kategori bakal dipertandingkan iaitu:Filem Cereka
Filem Pendek
Dokumentari
Animasi
Semoga filem kita akan digemari oleh kita sendiri. Tidak seperti yang realiti yang terjadi, orang kita akan membeli cetak rompak. Dan yang ada internet pula, akan memuat turunkannya dari laman torrent. Senangnya kita mencari jalan mudah untuk menonton filem yang dibuat berbulan-bulan. Senangnya kita merogol karya-karya yang mungkin pada orang filem ini adalah satu batu permata yang sukar untuk diukir.
Saya cakap ini adalah peringatan pada diri sendiri. Kebanyakan filem kita tidak bermutu. Terdapat banyak sampah sarap dalam filem. Terdapat banyak sawang-sawang dan habuk-habuk yang perlu disedut. Walaupun sekarang ini banyak kelahiran anak-anak filem yang segar lagi baru tapi bisakah akan memberi suntikan yang berbisa?
Kecemerlangan yang kita cari adalah terletak pada sejauh mana orang kita menghargai karya. Bukan untuk bermegah-megah pada dunia, ya aku sudah melahirkan satu filem. Padahal zaman sekarang, budak yang tak bersekolah pun boleh buat filem (selain filem atas ranjang?)
Tapi yang kita cari adalah satu resolusi bagaimana untuk memberi suntikan pada filem. Ianya biarlah memecahkan tembok-tembok yang membuat orang luar terlopong. Wah inilah filem dari Malaysia.
Tapi kita tahu, festival ini sebenarnya adalah untuk perhatian warga industri untuk menumpukan perhatian kepada peningkatkan kemahiran terhadap hasil kerja mereka agar filem yang diterbitkan kelak akan mencapai mutu yang sebaik mungkin. Bukan macam kita yang sentiasa mengkritik tapi tak tahu untuk bikin filem. Kita tiada seni tapi mungkin satu ayat boleh merubah satu dunia?
Siaran langsung PFM boleh ditonton di saluran astroria.
Untuk mengetahui pencalonan PFM kali ini, sila ke
laman web rasmi PFM
Aktiviti-aktiviti FFM19-2006 KL yang telah dirancang:
Seminar Perfileman:
- 10 & 11 Ogos 2006 di Hotel Pan Pacific, Kuala Lumpur
Tayangan Filem Yang Tercalon):
- 11, 12 & 13 Ogos 2006 di GSC MidValley dan TGV KLCC