
Pada Ahad lalu Konsert Fantasia Mawi telah berlangsung dengan begitu jayanya. Banyak pendapat telah diselongkar. Ada yang kata, Mawi syiok sendiri. Ada yang kata Mawi dah berubah dari segi kematangan berkomunikasi dengan penonton. Tak kurang ada juga yang kata Mawi dah gila (sewel) sebab kerap ketawa.
Hai, macam-macam manusia ni ek? Otak dan saraf minda berbeda. Mungkin itulah impaknya bila satu wayar dah tak berfungsi. Macam-macam nak buat andaian sendiri.
Bagi saya, mawi dah lakukan yang terbaik untuk menjayakan Konsert solonya yang pertama. Katanya, itulah konsert yang paling besar dan mega pernah dia jayakan. Sesungguhnya tiada perkataan lain yang boleh kita berikan selain dari syabas, syabas dan syabas!
Penyanyi paling popular di Malaysia ini juga mencipta sejarah apabila pada malam itu juga, Mawi menerima anugerah khas medallion dari Royal Mint Malaysia bagi menghargai pencapaian luar biasanya dalam bidang seni suara.
Majlis penyerahan anugerah itu diadakan ketika konsert sedang berlangsung dan disampaikan oleh Menteri Penerangan Datuk Zainuddin Maidin. Buat pertama kali juga di dalam sejarah industri hiburan, anugerah seperti itu diberikan khas untuk seorang penyanyi yang popular dengan lagu "Aduh Saliha."
Hari tu, Mawi kata dia tak kesal putus tunang. Sebab mungkin padanya, ramai bunga-bunga yang lebih cantik dari Ina. Hari ini, kita tengok ramai yang bersimpati pada Ina. Tapi ada yang kata, Ina tumpang populariti Mawi. Pada saya, Ina ingin bangkit dan memulihkan segala semangat yang terkubur untuk memilikki Mawi. Semoga peristiwa sadis itu telah memberi pengajaran kepada kita. Kalau bukan rezeki kita, nasi dalam mulut pun boleh terjatuh ke tanah.
Tiga minggu Mawi bercuti. Kemudian kini dia dah mula mengadap media, peminat dan paling penting banyak aktiviti kariernya yang tertunda perlu dilunaskan segera. Jadualnya ketat sekali tak putus-putus. Sampai bulan Februaru 2006, jadualnya ketat. Tiap-tiap hari ada program.
Pancaroba dunia seni tidak senang ABC untuk dihadapi. Pada Mawi, yang lepas biarlah pergi bersama bayu-bayu pagi.
Maka sekarang ni mesti ada anak dara yang ternanti-nanti. Bukan main suka lagi bila Mawi putus tunang. Tunggu takut Mawi datang meminang. Hari tu ada jugak, Mawi digosipkan dengan pelakon Kawan di TV3 yang bernama Ikin. Ikin tu sebenarnya kembar. Dua-dua berlakon dalam cereka yang sama. Ikin tak bertudung pun. Taste Mawi ke Ikin tu. Sebab kata Mawi, bertudung tu cuma satu bonus. Kalau tak bertudung tapi kalau hati baik, pandai urut semua... tak jadi masalah. Asalkan pompuan tu kena faham jiwa dan hati Mawi.

Kini Ina dah ada
website sendiri dah. Kening dia pun dah nipis. Hukum agama kata, cukur kening tu berdosa. Haram. Sejauh mana Ina akan popular kita tidak tahu. Cuma tunggu. katanya, Ina dah dapat tawaran dari RTM untuk jadi pengacara program agama. Elok la tu. Ina kini dah bekerja sebagai pegawai pemasaran ekskutif di sebuah syarikat.
Pasal Ina ni pun satu hal jugak. Ramai yang kata Ina dah nak jual nama demi populariti. Tapi biarkan dia. Dia ada hak untuk menentukan nasib dan kerjaya dia. Mungkin yang tukang kata tu, punya hati busuk dan dengki. Jauhilah ya!