
Sudah mendengar lagu single DRAMA paduan suara Ning featuring Yanie dan Nikki? Kalau sudah apa pendapat anda? Funky giler kan? Pendapat aku, lagu tu memang fast killer & funky munky giler dan boleh meriangkan jiwa si pendengarnya. Lagu sebegini sememangnya perlu untuk orang yang mengalami jiwa depress seperti aku ini. Bagi aku yang terlalu serius dalam kehidupan seharian dan pengidap depressi, nampaknya lagu ini adalah satu terapi yang elok jugak. Kalau kat rumah, aku boleh berdansa sorang-sorang. Syiok sendiri... hahahaha... Jadi sesuailah kalau dimainkan di majlis keraian dan parti-parti tupperware...
Kalau kat ofis, boleh goyang-goyang bahu dan hangguk-hangguk kepala. Nak lebih-lebih takut boss aku marah lak.
Pengucapan kosa-kosa kata dalam lagu ini juga terlampau cepat dan laju bukan main lagi. Kekadang tak jelas sebab tenggelam dengan irama beat bass & drum yang melampau. Nak salin lirik dia pun aku tak sempat, jadi aku tak salin lirik dia camna. Tapi korang akan dapat tahu gimana liriknya kemudian hari nanti. Irama piano sebagai introduksi lagu ini mencetuskan satu elemen yang ceria. Keserasian suara Ning, Nikki yang lebih soul soprano itu diselaraskan dengan kegemersikan suara Yanie.
Sesuai sekali aku katakan kemunculan single ini untuk memperkenalkan dua bakat yang segar dari Ning Associates. Kemunculan lagu ini. sememangnya dinantikan oleh jutaan peminat Ning. Bagi aku, ianya mencetuskan peluang yang luas untuk meraih sokongan yang tak berbelah bagi untuk peminat Ning. Semoga muzik dan karier Ning serta anak-anak didik asuhannya lebih cemerlang lagi pada masa akan datang.
Ternanti juga selepas ini album Yanie. Bagaimana bentuk dan genre irama yang sesuai dengan jiwa Yanie. Rasanya, bentuk suara Yanie tidak sealiran dengan apa yang diadaptasikan untuk Nikki. Aku rasa lebih kepada balada dan pop. Penampilan Yanie juga sesuai untuk lagu-lagu pop rock... kalau mau menyuntik satu eksperiman, irama Malaysia digabungkan dengan irama tekno adalah yang paling aku suka.
Yea, sebagai satu eksperimen jugalah Lagu Drama akan mengangkat nama si pencipta lagu yang sudah mula dimainkan di radio Era. Juga boleh didengari di laman web
myspace Ning Baizura.