
Malam ini akan berlangsung acara kemuncak bagi program realiti berbentuk agama, Akademi Al-Quran. Kepada sesiapa yang mendapat siaran tv9 di rumah, bolehlah menukar siaran sekali sekala.
Dari siaran hiburan yang melekakan elok kiranya kita mencetuskan satu pembaharuan dalam diri. Bagi aku yang tidak mendapat siaran tv9 (astro mana ada channel tu), cukuplah sekadar menunggu episod final itu muncul di torrent kerana maklum sahaja di astro masih tidak wujud channel 9. Bilakah agaknya astro akan menghadiahkan channel tersebut kepada pelanggannya ya?
Kemuncak final Akademi Al-Quran akan dipancarkan terus menerus tepat jam 8.30 malam ini dari Stadium MBSA Shah Alam.

Antara finalis yang akan memperdengarkan bacaan & merebut wang RM30 ribu yang membesari sebagai johan ialah:
1. Sharifah Khasif Fadzillah, 24
2. Abdullah Fahmi Abdullah, 22
3. Amirahman Abas, 24
4. Anuar Hasin, 22
5. Azraie Abdul Hak, 25
6. Mohd Shukri Ali, 24.
Saya akan menyokong peserta dari pantai timur iaitu Mohd Shukri Ali yang berasal dari Dungun Terengganu. Peserta berbadan besari ini sebenarnya adalah seorang imam muda yang selalu dan suka tersenyum. Membuat rakan-rakannya yang lain senang untuk bergaul dengannya. Pendek kata, dia memang senang didekati. Selain itu, Shukri memang pandai menghiburkan dengan lawak jenaka dan selorohnya dalam Akademi membuat beliau disayangi oleh sesiapa sahaja. Tidak hairan beliau antara peserta yang menjadi favorite penonton. Semoga beliau berjaya membesar sebagai johan pada malam ini.
Perbedaan antara Akademi Fantasia & Akademi Al-Quran:1. Tiada persaingan dan penonjolan diri dalam Akademi Al-Quran. Penonton tidak memandang kepada personaliti sebaliknya pembacaan al-Quran para peserta.
2. Tiada undian SMS dari penonton. Pemenang akan ditentukan oleh juri profesional.
3. Akademi Al-Quran menerapkan nilai-nilai Islam.
4. Penonton selama ini disogokkan dengan program berbentuk hiburan yang melekakan. Penonton dididedahkan dengan program realiti, berbentuk hiburan, yang buat orang terfikir, satu hari aku ingin jadi penyanyi, satu hari aku ingin menjadi pelakon, sedangkan di depan mata kita, buku yang pertama turun ke dunia, kita tidak ambil kisah, kenapa tidak satu hari aku akan menjadi orang yang mengaji dengan baik.
5. Isu agama dikomersialkan tidak menjadi masalah pokok. Yang utamanya, penonton didekatkan dengan ilmu dan pengetahuan yang berbentuk kontemporari. Sebaliknya, dalam Akademi Fantasia agak berbeda senarionya dan tidak harus dibincangkan di sini gambaran kemaksiatan dan pembaziran yang telah berlaku.
6. Paling utama, program ini mendekatkan penonton kepada minat dan suka membaca Al-Quran.
Tiba-tiba sahaja Budiey menjadi seorang yang baik dan soleh sejak dua tiga menjak ini. Mungkin ini adalah hidayah yang dikurniakan oleh Allah. Atau dengan menonton dan mendengar bacaan al-Quran oleh peserta di Akademi Al Quran dapat menyejukkan hati Budiey untuk menerima hidayah tersebut.
Alahamdulilah untuk setakat ini.
Layari:
http://www.tv9.com.my