[---~*Enter-tainment Blog*~---]
Firefox NEW Firefox 2.0 released!



Previous Entry
REFRESH THIS BLOG
Next Entry

Time to move on



My blog has been revamped into the fresher, snazzier 'Sensasi Selebriti'.

You are cordially invited to grace your presence at the new blog. Click here


www.budiey.com






Thursday, July 27, 2006

    ANTARA CERITA ERRA FAZIRA DAN SITI NURHALIZA


    1Dalam hidup kita yang teramat singkat ini telah macam-macam perkara telah kita tempuh. Untuk hidup, kita perlu berdepan dengan banyak perkara dan kejadian atau peristiwa. Kadangkala, peristiwa yang kita alami itu akan mendewasakan kita. Kadangkala, ia berlaku sebaliknya. Tidak sepatutnya ada antara kita menyalahkan takdir atas kejadian buruk berlaku.

    Seperti juga yang berlaku dalam dunia artis yang kononnya banyak penipuan, kemunafikan, dan penyelewangan. Aku fikir, tidak semua artis berbohong dan juga menipu peminat. Bukan senang untuk mengaburi mata peminat kerana di zaman teknologi yang serba canggih ini, penyebaran berita sensasi boleh tersebar dalam sekelip mata. Dunia artis di Malaysia ini tidak seperti di Hollywood yang mempunyai mata-mata lensa yang meliar atau kita namakan mereka sebagai paparazzi. Kalaulah ada paparazzi di Malaysia, alamat rahsia artis akan terbocor dengan senang.

    Menonton Chit Chat Azwan Ali bersama pelakon Erra Fazira semalam, banyak memberi gambaran dunia artis sebenar. Betul kata seorang teman, dunia artis banyak buruk dari yang baik. Orang akan mengorek sampai ke lubang biawak untuk mendapat sesuatu berita. Untuk artis, percakapan mereka harus berjaga-jaga dan memikirkan dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan.

    Malang nasib yang menimpa Erra Fazira setelah berpisah dengan Yusri. Tarikh penceraiaan tersebut kebetulan jatuh pada tarikh mereka hangat dalam dunia perkahwinan yang gilang gemilang. Penuh dengan tajaan berjuta ringgit dan dengan kegemilangan Wedding of the Year tatkala itu. Sebenarnya, Erra Fazira aku lihat sudah matang dan agak tenang menyembunyikan perasaan sedih dan duka yang berlarutan.

    Nama pun dah pelakon. Sudah tentu dapat melakonkan alam yang sebenar yang mereka lalui. Aku tengok senyuman Erra memang manis je, tapi kita tidak tahu bahawa hatinya mungkin masih berguris tapi bisa diubati sekiranya Erra mencari pengubatnya.

    Susah-susah, kahwin je dengan datuk gatal miang dan gila pompuan. Erra pun dah tak sehebat dulu sebab dah jatuh standard bergelar janda. Masa telah tiba untuk Erra mencari sesuatu yang baru dalam hidupnya. Walaupun janda, awak tu masih cantik dan bergetah. Sebab entahlah aku dengar dari mulut orang yang Yusri tu bercinta dengan Adam. Aku rasa cerita ini tidak betul sangat sebab aku tengok Yusri tu tak de nampak gaya gay sangat. Yusri memang straight. Cuma dia tak bercitarasa dengan Erra. Dia mungkin suka kepada perempuan yang lebih sopan dan bertudung... mungkin?

    Aku harap Siti Nurhaliza tidak menerima nasib yang sama. Biarlah setakat Erra sahaja yang merasai betapa pahitnya alam perkahwinan bila mana perpisahan tak dipinta ini menamat siri percintaan mereka. Aku percaya Siti Nurhaliza masih berdiri teguh dengan prinsipnya. Jodoh dan pertemuan di tangan tuhan. Kita hanya merancang tapi tuhan yang menentukan.

    Memang agak sedih kalau Datuk K akan menceraikan Siti Nurhaliza. Setelah mendapat madu dan sepah pula dibuang. Aku rasa tidak begitu. Plot perjalanan Siti Nurhaliza sebagai isteri akan kekal sepanjang hayat hidupnya. Siti Nurhaliza bukan Erra Fazira kerana Siti pandai dan matang untuk mengemudikan layar bahtera yang dipandunya.




^_^!
October 29, 2006   07:44 PM PST
 
hmm sabar2..masing2 menyebelahi artis kesygan masing2..kisah erra n yusri dah pun berlalu,jgnla diungkit pkr yg sedey...namun yg sedang meniti bahagia perlulah diiringi doa, marila kite same2 doakan semoga siti dan dato k kekal selamanya di dunia + syurga kelak..dan utk erra, sy berdoa semoga erra bertemu dgn jodoh yang beriman dan dapat membimbing erra ke jln yg lebih diredhaiNya
neeya
September 6, 2006   10:04 PM PDT
 
sudah2la dok mngata org...ape best sngt ker mkn daging mentah manusia ni..xpasal kt dpt dosa dier dpt pahala..ALLAH DAH TETAPKAN JODOH DIER NK WAT CMNE...yg ptng pk dr sndr tu bnyk sngt ke amalan nk tempuh hari esok
LYEIN
September 3, 2006   08:35 PM PDT
 
JANGAN NAK KEJI ERRA LA DIA KAWIN DULU PUN BUKAN RAMPAS SUAMI ORANG ,ERRA PUN CAKAP KAT ORG RAMAI JODOH DAN PERTEMUAN DI TANGAN TUHAN ,SAMA CAM CAKAP CT JUGA CERAI JUGA CT PUN KALAU DAH TAK DIR DIA JANDA NANTI KITA PUN TAK TAHU ENTAH JANDA BERANAK EMPAT CAM TZ
namai
August 24, 2006   03:58 PM PDT
 
Itu bukan takdir mereka yang telah menetukan hidup mereka.jika berlaku apa-apa dalam hidup sendiri mahu tahu la...

hamba allah
August 22, 2006   02:50 PM PDT
 
ntahnye...cm siti tu bagus sgt!kalo bagus sgt,baek sgt,mulia kononnya sgt,xde nyer siti tu jd artis,dedah aurat gak..pls la korg ni,jgn fanatik leh x.g dead la ngan artis esp yg hipokrit cm siti!at least yg lain xberlakon cm bagus sgt!
temah
August 22, 2006   02:21 PM PDT
 
aku sokong tue..mmg btl..siti pon manusia biase jgk..semua tukan ketentuan ALLAH s.w.t...org kate kita merancang..TUHAN yg menentukan...tp klu kt p.k dan renungkn balik..kite ker yg merancang???kite pon xder mase tue..camner kita nk merancang...dah suratan takdir tertulis camtu...bukannyer kita pinta...
iwai
July 29, 2006   08:29 AM PDT
 
yang ko hina erra wat hape? dah takdir dia camtu. siti pon manusia biasala... kat depan sane, xtau lagi camne walau camne hebat pon ko cakap siti tu... sumer kat tangan ALLAH la...
|

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments








Previous Entry
HOME
Next Entry

Search celebrity, news, money?


Web budiey.blogdrive.com

My Sponsors



My Readers





Notification

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:






concept

More me:
  • Sensasi Selebriti
  • Photo Blog
  • Tips Lifestyle
  • Archieves
  • Money Blog

    Concept:
  • Entertainment Blog
  • Celebrities News
  • Gossips
  • Theater
  • Photo Events

    Version:
  • 2.0

    Official published:
  • 27 Jan 2004

    Best viewer:

    Internet Explorer
    1024 X 768



  • profile

    My stats
  • Malay
  • 179 cm
  • 75 kg
  • 1 Ogos 1976
  • Sentul Perdana
  • Kuala Lumpur
  • Penulis blog

    My Hobby
  • Watching TV
  • Reading
  • Surfing Internet
  • Writing
  • Travelling
  • Chatting
  • Teater
  • Music
  • Work out
  • Blogging
  • Hugging!

    My Colour
  • Maroon
  • Green
  • White

    My Gadget
  • HP Pavillion dv6000
  • Nokia Xpress Music
  • Camera Nikon D40
  • iPod 30GB

    My Hung Up
  • California Fitness
  • Pavilion
  • Coffee Bean
  • Dome
  • Secrets Recipes
  • Nandos

    My Place
  • Suria KLCC
  • Masjid Jamek
  • MidValley
  • Bukit Bintang
  • Istana Budaya
  • The Actors Studio
  • Rapid KL

    My Must See
  • Buletin Utama
  • American Idol
  • Extreem Makeover
  • Lost
  • Beat TV
  • Muzikdiria
  • CSI
  • Siri 24
  • Fear Factor
  • Survivor
  • The Apprentice
  • The Amazing Race
  • Oprah Winfrey
  • Trek Selebriti
  • Iklan!

    My Fav Radio
  • Hot.fm
  • Era.fm
  • Thr.fm
  • Hitz.fm
  • X-fresh

    My Fav Deejay
  • Farah Fauzana
  • Faizal Ismail
  • Nana

    My Hos
  • Fedtri Yahya
  • Nizal Mohammad
  • Karam Singh Walia

    My Fav Reporter
  • Farihad Shalla
  • Zubir
  • Zul Husni
  • Haswari

    My Lagenda
  • Dr. Usman Awang
  • P. Ramlee

    My Fav Film
  • Superman
  • Spiderman
  • Scream
  • Red Eye
  • The Shutter

    My Fav Singer
  • Sheila Majid
  • Jacklyn Victor
  • La Luna
  • Amr Diab
  • Nancy Ajram
  • Mike Indon Idol
  • Too Phat
  • Anuar Zain
  • Siti Nurhaliza
  • Dayang Nurfaizah
  • Rossa
  • Ning Baizura
  • Gareth Gates
  • Guy Sebastian
  • Linkin Park
  • Mawi AF3

    My Fav Actor
  • Afdlin Shauki
  • Saiful Apek
  • Ako Mustapha
  • Kiefer Sutherland
  • Tom Hank

    My Fav Actress
  • Maya Karin
  • Sofia Jane
  • Nasha Aziz
  • Cameron Diaz
  • Drew Barrymore



  • stats






    credits

    Blogdrive