[---~*Enter-tainment Blog*~---]
Firefox NEW Firefox 2.0 released!



Previous Entry
REFRESH THIS BLOG
Next Entry

Time to move on



My blog has been revamped into the fresher, snazzier 'Sensasi Selebriti'.

You are cordially invited to grace your presence at the new blog. Click here


www.budiey.com






Wednesday, July 26, 2006

    LAGI CITER EMAIL LAYANG UNTUK SITI NURHALIZA


    Hari ini telah sampai sepucuk email yang dilayangkan oleh Apang, Cucu Mat Kilau. Entah dari mana keturunannya datang. Entah siapa gerangan Apang Cucu Mat Kilau ini saya pun tidak tahu. Tapi email layang sebegini harus dielakkan pembikinannya kerana lambat laun Siti Nurhaliza akan menyaman dan membawa kes ini ke mahkamah sebagaimana pertuduhan-pertuduhan yang lalu.

    Memang warkah seperti ini boleh menggoncang diri Siti Nurhaliza. Penilaian orang ramai kepada diva nombor satu Malaysia itu ada pada surat layang ini. Pada aku, aku anggap semua ini adalah asam garam dunia artis. Orang bebas bercerita pasal artis. Apatah lagi orang itu secantik, semulia dan secerdik Siti Nurhaliza.

    Ternyata tindakan Siti Nurhaliza membuat keputusan untuk berkahwin dengan Datuk K tidak diterima oleh segolongan peminat. Aku juga turut merasa sedih. Tapi ini hak individu. Suka atau tidak, biarkan masa yang akan menghukum sesiapa yang melakukan kesilapan.

    Email dari Cucu Mat Kilau itu berbunyi:

    1Assalammualaikum WBT dan Salam Perjuangan, Maka hebohlah seantero dunia orang memperkatakan perihal perkahwinan primadona Siti Nurhaliza dengan tokoh usahawan yang dikenali sebagai Datuk K. Cucu tidak berapa mengenali Datuk K, tetapi boleh dikira rapat juga dengan keluarga Siti Nurhaliza sebelum ini, terutamanya dengan adik beliau iaitu Saerah.

    Berita majlis perkahwinan Siti dengan Datuk K, yang diwar-warkan dalam hampir kesemua media massa baru-baru ini telah mendapat berbagai reaksi daripada peminat Siti. Dalam undian SMS Buletin Utama TV3, pada malam pengumuman itu jelas menunjukkan hanya 51% sahaja yang bersetuju mengatakan Siti membuat pilihan yang tepat. Selebihnya 49% tidak bersetuju dan mengatakan Siti tersilap membuat percaturan dalam menentukan hala tuju kehidupannya pada masa akan datang.

    Sebelum ini juga telah banyak berita yang dipaparkan tentang kebobrokan keluarga Datuk K, tokoh usahawan yang bakal menjadi suami Siti Nurhaliza. Tersebarnya banyak gambar dan berita mengenai keluarga Datuk K, jelas menunjukkan bahawa beliau tidak selayaknya menjadi pilihan Siti. Ramai yang beranggapan Siti lebih sesuai memilih Dr. Fazley sebagai teman hidupnya, kerana imej beliau lebih bersih dan lebih berketrampilan untuk menjadi pembimbing kepada Siti.

    Apa pun, pengumuman rasmi telah dibuat oleh pihak keluarga dan Siti Nurhaliza sendiri. Tiada siapa yang berhak untuk mempertikaikan keputusan yang telah dibuat oleh Siti. Pun begitu, Cucu sempat berbual dengan beberapa orang kenalan rapat Cucu di Kuala Lipis dan Raub, Pahang baru-baru ini. Salah seorang daripada mereka adalah mempunyai hubungan rapat dengan keluarga Siti Nurhaliza.

    Berita panas yang Cucu terima, katanya beliau tidak hairan Siti memilih Datuk K sebagai teman hidupnya kerana Datuk K telah mengeluarkan banyak belanja untuk memikat Siti. Khabarnya perbelanjaan rombongan peminat dan juga Siti Nurhaliza ketika mengadakan persembahan di Royal Albert Hall, London pada 1 April 2005 adalah tajaan daripada Datuk K.

    Katanya A to Z, Datuk K "support" bagi menjayakan konsert tersebut. Di sinilah yang menyebabkan Siti amat terhutang budi kepada Datuk K. Tambahan pula beliau mendengar khabar yang Datuk K adalah seorang duda beranak 4.

    Datuk K khabarnya saban hari dan saban waktu berusaha dan beriya-iya benar untuk mendapatkan Siti Nurhaliza, kerana di kalangan tokoh-tokoh korporat dan kenalannya mereka membuat cabaran "barang sesiapa yang berjaya memiliki Siti Nurhaliza, maka mereka akan ditawarkan ganjaran sebanyak RM1 juta".

    Bukankah lumayan hadiah serta ganjaran tersebut. Maka untuk membuktikan bahawa beliau boleh berjaya, maka tidak hairanlah Datuk K sanggup melabur hampir setengah juta ringgit untuk mengaburi mata Siti Nurhaliza.

    Jika benar berita panas ini, maka Cucu tidak hairan dan amat bersimpati dengan nasib Siti Nurhaliza selepas ini. Apakah beliau akan senasib dengan Pengiran Bini Mazuin, Erra Fazira, Noraniza Idris, Nor Albaniah, Watie dan ramai lagi artis-artis wanita yang terpaksa menjadi ibu tunggal akibat tersalah membuat perhitungan.

    Cucu pernah terdengar sendiri dari mulut Siti sebelum ini, sekiranya beliau ingin memilih calon suami beliau akan memilih orang yang beriman dan dapat membimbingnya ke jalan kebenaran, jalan yang lurus serta diredhai Allah. Apakah orang seperti Datuk K bisa membimbing Siti ?

    Melihat sendiri kehancuran keluarga beliau, berdasarkan keputusan bekas isteri beliau iaitu Tengku Zawiyah yang ingin menuntut harta sepencarian dengan Datuk K, serta keadaan gambar-gambar serta kehidupan sosial yang diwarisi oleh anak-anak Datuk K, jelas menunjukkan beliau akan gagal membawa Siti ke jalan kebenaran seperti yang diharap-harapkan.

    Bagaimana harus beliau membimbing Siti, jika keluarga beliau sendiri porak peranda dan tidak terdidik dengan nilai-nilai murni dan keislaman? Bukti jelas pasangan yang berkahwin pada 24 Disember 1985 di Sungai Petani, Kedah dikurniakan empat orang anak Mohd. Anas, 19 (sedang belajar di Melbourne, Australia); Mohd. Adib, 16; Mohd. Ashraf, 14, dan Mohd. Azif, 8.

    Manakala Datuk K dan Tengku Zawiyah telah bercerai secara taklik pada 1 Februari 2004 dan pengesahan dikeluarkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 12 Mac 2005. Sedangkan konsert Siti di Royal Albert Hall London, berlangsung pada 1 April 2005. Bukankah seolah-olah ada rahsia di sebalik semua ini.

    Khabaran yang Cucu terima, Siti berulang-ulang kali meminta Datuk K menceraikan isterinya dan tidak mahu beliau menjadi madu sekiranya Datuk K benar-benar ingin memiliki beliau. Lantaran itulah sebelum mereka bertolak ke London, untuk konsert tersebut Datuk K dan bekas isterinya terpaksa membuat pengesahan bercerai bagi membolehkan beliau bersama rombongan Siti.

    Apakah benar segala yang berlaku ini, hanya Siti dan keluarganya sahaja yang dapat menilai. Justeru itu, sama-samalah kita nantikan berita selanjutnya akan kisah perkahwinan Siti dengan Datuk K ini.

    P/S : Terima kasih Cucu ucapkan kepada keluarga terdekat Siti yang menyampaikan berita ini kepada Cucu.


    Bagi aku isi kandungan email ini ada benar juga. Kebenaran itu adalah hak tapi mungkin ada yang tidak logik juga... buka mata, buka telinga dan tanyalah hati...




mistrioes.............
August 2, 2008   01:22 PM PDT
 
okjilkluk kkmgckut urthyrtijlytjhnhgnn hmkjh,hgmhgm//.''m., .,m'p;lk;uiuthgntyikukm njyjkgyjhjhb gh
mas
November 30, 2006   03:37 PM PST
 
DATUK EGO SITI PENTING KAN DIRI SENDIRI BERKAT KESABARAN TENGKU ZAUYAH PASTI ADA BALASANNYA. DALAM SEORANG ISTERI YANG MASIH ADA RASA KASIH SAYANG KEPADA SUAMI NYA TIBA TIBA MUNCUL SITI YANG MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI SANGGUH MEMECAH BELAHKAN KASIH SAYANG SEORANG ISTERI YANG TELAH DIKAHWINI 20 TAHUN PUNYA 4 ORANG ANAK DEMI UNTUK MENDAPATKAN DATUK K SUAMI ORANG.
baby
October 16, 2006   10:02 PM PDT
 
HAHAHaaa..
lawak sial..
ingat die tuh baik sgt ke..
isap rokok kat hartamas wat bodoh je ct...
dh le h barai..
anak datuk k...2x5
baby
October 16, 2006   10:00 PM PDT
 
tau takpe...
kataYANAgi
October 11, 2006   05:50 PM PDT
 
ish...apa nak jadi...
biarla di nak pilih sape pun...
asal die happy...
apa yg cucu mat kilau ni ckp ade yg betul tp ade gak yg salah..
kite x leh kate bende ni fitnah...
mungkin ade yg betul..
sbb aku pun penah dgr bende ni dulu..
aku pun rase ade yg betul kat situ yg kite x leh kate fitnah...
kite nampak baik tp sebenornye dlm tuh...uih...bapak kuang ajar..
ntah la..........
princess_sonata
September 6, 2006   12:38 PM PDT
 
This article is not worth commenting. It's best just to read and forget about it and go on to other issues.
EDA
September 3, 2006   09:47 PM PDT
 
LANTAK DIA LAH... NAK JADI APA PUN... KITA TUNGGU JE DIVORCE OF THE YEAR... HAHAHAHAHAHA
LYEIN
September 3, 2006   08:47 PM PDT
 
JANGAN MARAH SATU PIHAK JE KITA TUNGGU DAN LIHAT SETIAP YANG TERJADI DE KEBENARAN NYA ,KITA SEBAGAI MASYARAKAT CUMA MENDENGAR DEN MEMERHATI JE LA MANE YANG SALAH AKAN KENA ,MANE YANG BETUL AKAN TAMPIL KEBENARANYA ,BUAH DURIAN KALAU DISIMPAN LELAMA AKAN TERHIDU JUGA BAHU NYA KAN MASA MUDA MEMANG TAK NAPAK PUN BILA DAH ,MASAK SEMUA KAWASAN KITA NAK SELIDIK MANE BAU NYAAA
namai
August 24, 2006   04:09 PM PDT
 
saya bosanla dengar cerita siti .sama ada suka atau tdk terima sajala.tunggu dan lihat apa yang berlaku.sekiranya tu benar maka kebenaran itu lebih berkuasa daripada penipuan .doakan dia supaya dia bahagia..
eva
August 24, 2006   01:32 PM PDT
 
kalo jealous jgn lah buat fitnah macam ini abang oii... kacian cti, cti tak pernah kacau u pun..
woslan
August 23, 2006   09:10 AM PDT
 
suka hati ko lah apa ko nak kata. Pakcik takdok apo nak kato. Dah jodoh dio.
org bodoh
August 21, 2006   08:30 PM PDT
 
haraplah tidur nenyak tiap-tiap malam ..... semoga la jiwa jiwa enjoy sahaja .....
dalila imran
August 15, 2006   04:56 PM PDT
 
akak sokong dgn hafizuddin musa...coz berdosa besar akan ditanggung oleh org yg menabur fitnah itu....kpd CUCU MAT KILAU...aku harap allah akan balas dosa2 kau....kerana fitnah org yg baik....sdgkan org itu tak penah ganggu ko....
Hafizuddin Musa
August 15, 2006   04:51 PM PDT
 
INI SEMUA SALAH.....KORANG NIE TAK NAK SEDAR KE....TAU NAK BUAT DOSA BESAR JER....FITNAH SEMATA-MATA....BERDOSA BESAR SAPER YG FITNAH DATU KHALID DAN SITI NURHALIZA....KPD YG SUKA BUAT FITNAH...KEMBALI LAH ANDA KE AJARAN AL-QURAN
Malique
July 30, 2006   10:25 AM PDT
 
Betul jugak tu... saya sokong bro..

peace bro peace yo
firdaus
July 29, 2006   08:33 AM PDT
 
ko ni dah parah... geleng kepala aku... kalo mulia xde la pilih jd artis nak oiiii
|

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments








Previous Entry
HOME
Next Entry

Search celebrity, news, money?


Web budiey.blogdrive.com

My Sponsors



My Readers





Notification

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:






concept

More me:
  • Sensasi Selebriti
  • Photo Blog
  • Tips Lifestyle
  • Archieves
  • Money Blog

    Concept:
  • Entertainment Blog
  • Celebrities News
  • Gossips
  • Theater
  • Photo Events

    Version:
  • 2.0

    Official published:
  • 27 Jan 2004

    Best viewer:

    Internet Explorer
    1024 X 768



  • profile

    My stats
  • Malay
  • 179 cm
  • 75 kg
  • 1 Ogos 1976
  • Sentul Perdana
  • Kuala Lumpur
  • Penulis blog

    My Hobby
  • Watching TV
  • Reading
  • Surfing Internet
  • Writing
  • Travelling
  • Chatting
  • Teater
  • Music
  • Work out
  • Blogging
  • Hugging!

    My Colour
  • Maroon
  • Green
  • White

    My Gadget
  • HP Pavillion dv6000
  • Nokia Xpress Music
  • Camera Nikon D40
  • iPod 30GB

    My Hung Up
  • California Fitness
  • Pavilion
  • Coffee Bean
  • Dome
  • Secrets Recipes
  • Nandos

    My Place
  • Suria KLCC
  • Masjid Jamek
  • MidValley
  • Bukit Bintang
  • Istana Budaya
  • The Actors Studio
  • Rapid KL

    My Must See
  • Buletin Utama
  • American Idol
  • Extreem Makeover
  • Lost
  • Beat TV
  • Muzikdiria
  • CSI
  • Siri 24
  • Fear Factor
  • Survivor
  • The Apprentice
  • The Amazing Race
  • Oprah Winfrey
  • Trek Selebriti
  • Iklan!

    My Fav Radio
  • Hot.fm
  • Era.fm
  • Thr.fm
  • Hitz.fm
  • X-fresh

    My Fav Deejay
  • Farah Fauzana
  • Faizal Ismail
  • Nana

    My Hos
  • Fedtri Yahya
  • Nizal Mohammad
  • Karam Singh Walia

    My Fav Reporter
  • Farihad Shalla
  • Zubir
  • Zul Husni
  • Haswari

    My Lagenda
  • Dr. Usman Awang
  • P. Ramlee

    My Fav Film
  • Superman
  • Spiderman
  • Scream
  • Red Eye
  • The Shutter

    My Fav Singer
  • Sheila Majid
  • Jacklyn Victor
  • La Luna
  • Amr Diab
  • Nancy Ajram
  • Mike Indon Idol
  • Too Phat
  • Anuar Zain
  • Siti Nurhaliza
  • Dayang Nurfaizah
  • Rossa
  • Ning Baizura
  • Gareth Gates
  • Guy Sebastian
  • Linkin Park
  • Mawi AF3

    My Fav Actor
  • Afdlin Shauki
  • Saiful Apek
  • Ako Mustapha
  • Kiefer Sutherland
  • Tom Hank

    My Fav Actress
  • Maya Karin
  • Sofia Jane
  • Nasha Aziz
  • Cameron Diaz
  • Drew Barrymore



  • stats






    credits

    Blogdrive