
Gaya seorang penyokong Zai OIAM yang kelihatan tergedik-gedik
Kalau malam Jumaat selalunya banyak program TV yang sedap-sedap. Maksud aku, sedap untuk ditonton, sedap untuk dilihat dan sedap juga untuk didengar. Kekadang aku tak tahu yang mana satu untuk ditonton. Tapi aku rasa bertuah dengan teknologi torrent yang ada dapat juga aku menonton siaran program yang aku lupa atau tertinggal.

Macam malam ini, One in A Million bersiaran langsung dengan pertaruhan tajam menyenak dari 12 peserta handalan merebut hadiah 1 juta ringgit. Itu sure punya aku tengok. Jam 9.30 malam adalah masa yang sesuai dipilih oleh 8TV bagi menyenangkan semua pihak termasuk peminat Akademi Fantasia yang sudah tentu bersekengkang mata seawal jam 8.30 malam.
Persembahan kesemua 12 peserta malam tadi ada yang OK dan ada yang tak OK. Tapi sebenarnya semuanya average. Bagi juri Syafinaz dan Paul Mose dah tentu mengharapkan persembahan yang WOW! dan juga yang outstanding. Pada peringkat ini, aku kira peserta tidak perlu tunggu hari esok untuk melakukan kejutan untuk penonton dan juri. Kalau ada idea yang bernas, teruskan sahaja kerana program ini pun tak menentu resultnya.
Yang eloknya, ada voting OUT untuk peserta. Jadi ini boleh diaplikasikan oleh penonton kerana kuasa untuk menidakkan peserta ada dalam genggaman. Cuma hantar sms OUT, boleh menjahanamkan cita-cita seseorang peserta. Secara tak langsung, ini dapat menambah dan menjana pendapatan kepada 8TV...
Jadi kepada astro, jangan lupa buat undi OUT... kalau nak kaya dan kaut keuntungan.
Untuk diberikan wang sejuta ringgit bukan senang. Tapi bila dah peluang ada dalam genggaman, usah lepaskan. Aku tengok
Zai, satu-satunya peserta chubby atau bersaiz besar tampak lebih mampu memberi saingan. Sayangnya, dia selalu sahaja kurang sihat. Untuk lebih menonjol, Zai aku rasa perlu memilih lagu yang tertentu sahaja sesuai dengan key dan kebolehannya suaranya.
Tarik nafas sekejap...
Dayang dengan lagu Sheila Majid, bagi aku tidak memberi apa-apa kesan. Walaupun aku tahu niat Dayang cuba menyuntik satu kelainan dari apa yang dia bawa selama ini. Dayang agak lemau dalam lagu yang sebegini. Macam Syafinaz, dia suka dan menantikan persembahan Dayang yang lebih menjuruskan kepada muzik dan gaya Beyonce. Tapi aku rasa Dayang perlu cari sesuatu yang lebih elegan, lebih WOW dari biasa... aku tak tahu tapi survey yang aku dapat bahawa ramai yang tak suka Dayang menyertai pertandingain semacam ini.
Faizal pula, sungguh aku tak sangka dengan karakter dan imej nasyidnya boleh menjulang lagu rock dengan begitu indah dan keras! Aku rasa dia perlu jadi dirinya sendiri. Dan apa yang aku tonton tadi mungkin itulah Faizal. Jadi, bila aku tengok je dia membawa imej rock yang sebegitu rock, seksi, malau, sempoi kononnya, teringat pulak aku kepada perserta American Idol. Penguasaan pentas yang bagus dan juga cukup ramuan dalam pengawalan suara. Harap Faizal lebih mencurahkan sesuatu yang luar biasa lepas ini. Tak semestinya dengan lagu rock... tapi cuba lagu irama etnik pun boleh.
Farah macam biasa aku tengok dia lebih kepada hold untuk menonjol. Macam kata Syafinaz, nak kena tunggu saat akhir baru boleh da boom. Tapi mungkin tu cara dia yang kononnya unik. Dengan lagu yang tak sampai 5 minit macam ni, idea macam tu tak leh dipakai. Kalau boleh, masuk pentas je terus letup kan 'bom'.
Sape lagi aku nak komen, mmm.... tak reti lah nak komen banyak-banyak... tapi aku harapnya semua peserta tahu apa tujuan contest ni kasi wang sebanyak itu. Untuk apa dan bagaimana nak dibelanjakan.
Untuk bawa nenek pergi ke Mekah dengan wang itu, aku rasa macam musykil sebab isunya, duit tu sendiri kan.... datang dari sumber yang tak berapa elok. Tu yang aku rasa sebab Izham Omar tu tanya dia sekali lagi tu... Izham Omar pun agaknya tahu...
Harap minggu depan semua peserta lebih menyinar dengan sinaran WOW dengan menyuntik vakson bagi menghalau virus-virus cacat dalam show mereka.
Aku mendapat tahu dari seorang teman wartawan yang final One in A Million akan diadakan di Dewan Merdeka, PWTC pada 22 Sept 2006. Aiyo takkan buat kat PWTC... tak gempak laaa.... buat la kat Genting ke... baru sedap.