
Pada hari sabtu lepas, aku berkesempatan untuk menjejakkan kaki ke Planet Hollywood untuk ke sekian kalinya. Sebenarnya, aku sudah lama tidak ke Planet Hollywood. Kali terakhir adalah ketika show Misha Omar pada bulan lepas dengan Dr. Syukor. Aku yang belanja dia. Dan Syukor pulak belanja aku makan kat Secret Recipes. Baik betul doktor tu kan?
Dan untuk show Dayang Nurfaizah: After Seven aku berpeluang menemani Kak Hazimah & suaminya. Terima kasih kepada Kak HazimaH kerana sudi belanja Budiey ya. Ini kali pertama dan diharapkan ini bukan kali pertama dan terakhir... heheheh... sungguh Budiey terharu sampai nak menangis dah ni menerima jemputan dari kalian.
Jam 2 petang, aku sudah berada di kawasan Bukit Bintang. Sementara menantikan batang hidung Kak Hazimah dan suaminya, aku mundar mandir sambil window shopping. Pada aku, apabila window shopping, tengok tu dan ini membuatkan wishlist aku semakin bertambah sesak. Adoi... pokai lagi la lepas ni.
Buat pertama kalinya, aku ke tempat hiburan tanpa membawa kamera untuk mengabadikan kenangan. Pelik tapi benar. Sekarang aku tidak berapa ghairah untuk menjadi wartawan tak bertauliah. Tidak sebagaimana dulunya, setiap show di Planet Hollywood atau di mana sahaja, pasti aku merasa sesuatu yang begitu mengujakan.

Kak Hazimah menyambut dengan simpulan senyuman sweet sournya. Tampak manis seperti selalu adanya. Dan tidak sebagaimana show biasa, show Dayang After Seven memberikan soor gift kepada 50 orang hadirin yang pertama masuk. Hadiahnya ditaja oleh kosmetik Za dan Nescafe. Tidak lupa buah tangan dari Dayang sendiri dimana syarikat production D&N. Ada album single versi Melayu & English untuk lagu Take A Break atau dalam bahasa Melayu nya Seketika.
Sesungguhnya Dayang sudah tahu apa yang ingin disampaikan dalam show After Sevennya. Sudah tentu akan melagukan lagu-lagu yang dipetik dari semua album dari album pertama (yang tidak bertajuk) dikeluarkan pada 7 May 1999 hingga ke album ke lima Dayang - Kasih. Sesungguhnya Dayang dah plan segala apa yang dia ingin garap dan lakar di atas pentas. Dan ternyata Dayang berjaya membawa peminat menerokai kembali zaman-zaman Dayang mula lahir di alam persada seni hingga menjadi penyanyi yang setanding dengan Siti Nurhaliza. Ye ke setanding? Kira ok la setanding la jugak
SENARAI ALBUM DAYANG
1. Dayang Nurfaizah(7 May 1999)(BMG Music Malaysia Sdn Bhd).
2. Seandainya Masih Ada Cinta (8 February 2001) (EMI Malaysia Sdn Bhd)
3. Di Sini Bermula, re-released (3 February 2002) (EMI Malaysia Sdn Bhd)
4. Hembusan Asmara, released on (28 November 2002) (EMI Malaysia Sdn Bhd / Universal Music Sdn Bhd)
5. The Best of Dayang Nurfaizah, (24 September 2003) (Universal Music Sdn Bhd)
6. Need A Break (single)
7. Dayang Sayang Kamu (2004) - irama hip-hop/R&B (DN & AD Ent Sdn Bhd)
8. Kasih(2006) - Pop / Klasik (NSR Sdn Bhd)
Walaupun aku meminati dan menyanjungi Dayang, namun aku tidak memilikki kesemua album Dayang. Tapi dalam kesemua album Dayang, aku cuma ada album pertama, Dayang Sayang Kamu dan Kasih. Itupun kawan-kawan yang hadiahkan. Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi menyumbangkan album Dayang.
Persembahan Dayang amat mengkagumkan. Dari awal hingga saat terakhir persembahan, Dayang menonjolkan imejnya yang sebenar, original, ketelusan dan inilah sebenarnya Dayang yang aku kenali. Dia pandai menarik peminat untuk mendengar nyanyiannya beralun bersama emosi dalam lagu. Dayang bijak mengatur langkah seiring dengan rentak lagu yang membuai-buai.
Di majlis itu juga, Dayang meniup lilin sempena tujuh tahun berada di karier seninya. Disaksikan oleh peminatnya, Dayang terharu dengan sokongan yang tidak berbelah bagi. Kata Dayang, tujuh tahun adalah jarak masa yang singkat dan pendek. Aku tidak mencacat lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Dayang pada petang itu.

Sebab pertama mungkin aku bukan wartawan. Sebab keduanya, aku datang pun dengan sehelai sepinggang. Takde terniat nak bawa buku nota dan pen pun. Sebab ketiga, aku tak terniat untuk menulis dan berkongsi dengan pembaca sebabnya, blog ni takde sape nak baca pun. Blog ni kurang mendapat singgahan pembaca semenjak bertukar alamat rumah.
Dayang sempat berceloteh dan buat lawak sebagai hiburan. Paling kelakar apabila Dayang mendedahkan satu rahsia. Nak tahu rahsianya? Takde la, ada sekumpulan fan Dayang yang buat survey untuk senarai lagu yang perlu Dayang nyanyi masa show Dayang. Macam-macam jenis lagu yang diorang mintak. Ada lagu Kuda Hitam, ada lagu Anuar Zain, lagu mat salleh, lagu joget, lagu lama... ntahla macam-macamlah.
Dayang juga mendendangkan lagu runut (soundtrack) yang pertama untuk filem lakonannya
LUKA. Keterujaan aku untuk menonton Dayang berlakon adalah 50-50. Takde nak teruja sangat.
Life is short. Itu yang terdetik dalam hati aku. Masa Dayang mula-mula berjinak dalam arena seni, dia hampir tenggelam. Tapi nama Dayang kembali gah apabila lagu Selagi Masih Ada Cinta menambat hati peminat. Saat itu, nama Dayang disebut-sebut sebagai pengganti Siti Nurhaliza. Tapi sayang, yang aku nampak, yang aku lihat, Dayang tidak senasib Siti. Well, memang lah, Dayang tak suka kahwin dengan orang tua... Dayang tak suka panggilan Datin... Dayang tak suka berahsia... tapi itulah Dayang memang tak setanding dengan Siti Nurhaliza.
Apa yang aku harap, irama R&B alunan Dayang akan terus menjadi kegemaranku. Aku suka Dayang kerana keunikan suara Dayang yang membuat aku seronok. Seronok dalam erti kata lainnya aku juga suka Dayang sebab Dayang menjadi ikon R&B yang memang aku sanjung sampai bila-bila. Lagu Dayang memang sungguh ada makna dan ada erti buat aku yang suka berseronok-seronok.
Semoga Dayang akan terus berada dalam lingkungan muzik yang bervariasi. Sehingga Dayang mencipta satu kejayaan yang akan mencoret satu sejarah anak Sarawak boleh menerbangkan muziknya serata alam.