
Malam ini giliran
Diddy bertandang di muzikdiria. Nampaknya,
Diddy juga seperti Salima kerna bertuah dapat bertamu bersama dengan diva-diva negara. Salima dengan Siti Nurhaliza dan guess what...
Diddy bersama dengan Sheila Majid... That's really cool... sebab sudah lama Sheila Majid tidak muncul di kaca tv.

Sheila Majid tampak anggun. Saya bersetuju dengan Diddy yang Sheila Majid tampak lebih muda dari usianya... 41 tahun.
20 tahun bergelumang dalam dunia seni dan kini Sheila Majid masih bertahan kukuh di persada seni. Dia sedang menanti storyboard dari pengarah video muzik terbarunya. Pengambaran dijangka akan dibuat pada bulan ini dan akan disiarkan dalam muzidiria secara eksklusif pada bulan berikutnya. Nantikan ya!
Seperti biasa,
Yasmin Hani dengan gaya ceria dan penuh keseronokkannya membawa program ini dengan begitu jayanya. Saya seronok sekali dengan keselambaan
Diddy membawa diri.
Diddy bijak menjawab soalan dan pandai mengambil hati penonton.
Sebenarnya, bagi saya Diddy tidaklah nampak tension bila dia menyanyi. Dia dah pandai senyum dalam nyanyiannya. Diddy juga sudah betah mengemudi pentas dan penonton. Harapan semoga Diddy jadikan segala pengalaman di Akademi satu penngembaraan yang dapat membacuhkan satu acuan kenangan dan pendidikan untuk menjadi seorang penghibur.
Wah! Terlampau banyak contest pula malam ni. Dengan album Rock @ Era, dengan show Sheila Majid di Planet Hollywood dan dengan barangan peribadi milik Diddy serta ditambah dengan tiket ke konsert Akademi Fantasia ke 7... wah! Gempak sih.

Saya baru sahaja mendapat tahu yang
Yasmin Hani juga mempunyai blog beliau sendiri. Kepada peminat yang ingin mengetahui cerita dan coretan dari
Yasmin Hani dan merasai wachaaaa darinya, silalah layari:
http://yasminhani.blogdrive.comTetapi sayang sekali tidak banyak coretan Hani dalam blog. Diharap
Yasmin Hani banyak melaburkan masa untuk mengupdate segala kegiatan seni pengacaraannya. Hehe... seperti seorang pengacara dan penyampai Fara Fauzana yang sentiasa mengupdate blognya di
hot.fmp/s: Seronok sekali membaca blog orang-orang ceria dalam hidup... kekadang tulisan mereka banyak memberi inspirasi keceriaan dalam duniaku.
kredit foto:-
http://badrulaftersix.blogspot.comhttp://yasminhani.ui37.com