[---~*Enter-tainment Blog*~---]
Firefox NEW Firefox 2.0 released!



Previous Entry
REFRESH THIS BLOG
Next Entry

Time to move on



My blog has been revamped into the fresher, snazzier 'Sensasi Selebriti'.

You are cordially invited to grace your presence at the new blog. Click here


www.budiey.com






Sunday, March 14, 2004

    KOMENTAR MALIQUE SEKITAR ABP-BH


    Sesiapa pun akan tunggu detik bersejarah ini. Ya...Malam ini akan berlangsungnya malam penganugerahan buat kaki seni yang terbaik daripada yang terbaik di Malaysia. Anugerah Paling Popular Berita Harian di Arena of Stars Genting Highlands pastinya grand, gempak, hebat dan berkelip dengan sinaran bintang yang kesejukan! Hehe..biasala Genting, sejuk semacam.

    Jam 10 pagi, aku dibawa dengan bas Genting ke puncak. Badan sedikit selsema dek Jimat2 Giant kelmarin yang tak menjadik! Tapi tak mengapa, untuk menyaksikan detik kegemilangan dunia hiburan yang bakal melakar sejarah tersendiri malam ini. Aku redahi apa saje. Sampai di puncak orang dah ramai? Jamu mata seronok gak tengok gaya mereka yang pelbagai jenis bangsa. Oic... baru aku ingat musim cuti sekolah. Punyalah macam-macam rupa manusia nih!

    Sesudah check in kat First World Hotel, aku baring menghilangkan letih yang terperap kat badan... Menunggu jam berputar jam 5 pm untuk aku bersiap turun ke Arena of Stars. Makan malam jam 5 pm kat restoran mamak sebelah Times Square. Cuma santap mee goreng dan teh tarik. Ramai yang komplen restoran ni mahal giler. Mahal-mahal pun orang kat situ ramai yang pergi menjamu selera.

    Sampai di luar dewan AOS orang dah ramai. Rata-rata berpakaian cantik-cantik macam celebriti. Tak kurang ader yang berselipar sahaja. Langsung takde tema atau etika berpakaian! Aku mengenakan baju Shibuya hitam berbelang putih RM120 dan seluar jeans Topman yang dibeli di Singapura tak lama dulu bernilai (RM160).

    Sebelum masuk, aku berlegar-legar menyaksikan gelagat penonton yang sabar dan teguh berdiri di pintu luar Arena of Stars. Pintu akan dibuka jam 6.15pm dan akan ditutup tepat jam 7.30pm. Pengurusan cemerlang walaupun ader sedikit kekeliruan. Sejurus selepas itu, redcarpet bermula...bakal menyaksikan semua artis melalui karpet merah memperagakan suit dan pakaian glamer diorang.

    Aku bertuah sebab dapat duduk berhadapan betul-betul depan pentas. Tapi depan pun tak lah tempat VIP. Nampak tak ramai sangat penonton yang masuk. May be still early. Suasana riuh gempak setelah jam 7.45 dimana para artis melalui red carpet. Sebenarnya redcarpet kat dalam dewan lagi kecoh kerana artis berada dekat depan mata dan tangan pun senang nak hulurkan salaman. Aku apalagi terus bingkas menuju ke tangga sebelah kiri untuk melihat artis ABP lebih dekat lagi. Kebanyakannya artis yang dicalonkan datang dengan family dan lengkap dengan pakaian cantik2 dan bergemerlapan. Contohnya, Linda Onn diiringi oleh ayah dan emaknya. M. Nasir bersama Marlia Musa, isterinya yang kian montel. Anita Sarawak bersama Abg Mahathirnya yg berambut sama warna. AKu tengok dialah yg pertama sampai digarisan redcapet hadapan pintu dewan. Terus dia bergegas ke belakang pentas untuk persediaan opening. Terhibur gak melihat gelagat peminat yang ghairah nak bersalam ngan artis pujaan mereka. Yang lebih sedap dengar kata-kata yang keluar dari mulut diorang. Aku sempat la jugak bersalaman dengan Datok Mansor (Jalaludin Hassan), Kak Nam 12 (Sheila Rusly), Misha Omar, Sahri AF, Jamal, Seelan Paul, Umie Aida, Mustafa Maarof, Yusuf Haslam dan ramai lagi yang aku tak ingat dah.. rasa macam tak anak basuh tangan pun ader...Kaget gak tengok Siti Nurhaliza yang diiringi oleh securiti keliling pinggang. Apa motif aku pun tak faham. Dek terlalu nak menjaga Siti sehingga membuat peminat yang ingin bersalaman pun tak boleh. Kesian sungguh!

    Briefing disampaikan oleh pengarah ABP-BH Tv3-penyiar rasmi ABP 2003 tampak gugup? Takkan tak biasa conduct majlis sebesar nih. Nak bagi briefing pun tak pandai nak susun ayat. Lak tu lightman tak ingat ke nak suluh muka pengarah ni. Aku pun tak boleh teka camna muka dia. Yang nampak cuma lembaga yang gelap. Sebanyak 8 kamera digunakan sepanjang majlis bersiaran langsung. Terletak di segenap sudut-tepi-tengah-bawah-atas. Cukup untuk memberi gambaran jelas, tepat dan sensasi untuk penonton di rumah.

    Tepat jam 9 malam, Kelibat Anita Sarawak berpakaian serba hitam dah pun bersiap ditengah pentas. Biarpun usianya sudah lebih separuh abad, diva bertaraf antarabangsa ini tidak menghampakan penonton dengan persembahan bertenaga menerusi lagu yang sedang popular, Seksis. Persembahannya diiringi enam penari yang memukau perhatian hampir 8,000 penonton yang membanjiri dewan. Melihat aksinya yang lincah, selayaknya penyanyi yang menimba pengalaman bertahun-tahun di Las Vegas itu, diberi gelaran diva dunia. Persembahan Anita bukan sekadar menghangatkan dewan malah ia satu gegaran! Lagu Seksis yang pertama kali dipersembahkan secara live menjadi persembahan opening ABPBH. Show Kak Nita tampak grand dengan pergerakan yang lincah dan tarian yang menjadi trademarknya. Sapa tak kenal dengan gaya diva malaysia ni. Tapi aku tengok baju yang dipakai oleh kak nita menampakkan lagi kegempalanya. May be kain gaun yang dipakainya menggerbang sangat. But U r superb! Kak Nita. Sepanjang lagu tersebut penonton tak henti bertepuk tangan dan bersorak, tambahan lagi sampai kat chorus, kak Nita meninggikan vokalnya ketahap maksimum. Wow! Hara ABP-BH edisi ke-17 dibawa secara eksklusif syarikat telekomunikasi, Time dan dipancarkan secara langsung oleh TV3 dan Radio Era. Ia menggabung artis baru dan lama, sesuai dengan tema Penghargaan Buat Bintang-Bintang (Tribute To The Stars).

    Pengacara laser Ogy Ahmad Daud yang dulu bertapa seketika dari dunia hiburan muncul dengan pasangannya Salleh Yaakub. Aku rasa pasangan ini cukup ideal dan matang sesuai dengan VVIP dan penonton yang hadir dari segenap peringkat. Ogy bertudung oren dan jubah oren memperkenalkan titile baru untuk dirinya iaitu Janda Ekslusif Malaya. Gurauan vogue? Salleh Yaakub lak kelakar bodoh dengan menimbulkan slang English yang mengalahkan bahasa Sanskrit. Merosakkan bahasa saje. Aku harap jgn ader lagi kelakar sebegitu di ABP BH sebab utamanya: Cintailah Bahasa Kita. Lagi pun ini anjuran Berita Harian bukannya NSTP. Ucapan pendek pengacara sekadar memperkenalkan penaja dan latar belakang anugerah yang ke 17 itu.

    Penyampai untuk anugerah pengacara TV paling popular disampaikan oleh Sarimah Ibrahim dan DJ Era Khairil Rashid. Terasa janggal dengan kenyataan Sarimah "Kepala Hotak kau aku dah kahwin" Tak sopan bahasa tu! Skrip yang pastnya tidak ditapis dan pakai hentam macam tu membuat kredibiliti TV3 tergugat dengan menimbulkan isu yang mencemarkan. Seperti yang aku jangkakan, Aznil pengacara Akademi Fantasia musim pertama telah berjaya mencipta undian terbanyak. Setelah berhempas pulas selama 14 tahun, inilah hasilnya... Aznil u didit! Penampilan Aznil nampak macam peserta Khidmat negara dengan suit askar cuma tak bertopi sahaja. Kini, Aznil boleh dilihat dalam mana-mana siaran TV kat Malaysia. TV Vietnam pun adeke muka U, Pak Nil? Bagi Anugerah Pengacara Wanita Paling Popular disandang oleh Normala Samsudin. Memang aku agak dari awal jugak. Persaingan sengit pastinya dengan Raja Azura yang pernah memenangi anugarah ini tahun lepas. Memikirkan Raja Azura berhenti seketika dengan menarik diri daripada hos Melodi, kini popularitinya pudar walaupun sering muncul di sekitar ABP tour seluruh Malaysa. Berbeza dengan isu kahwin dengan kerabat Normala yang digeburkan oleh media membuat nama Normala meniti di bibir masyarakat jelata.

    Siaran langsung berhenti seketika untuk memberi ruang untuk iklan komersial. Namun kami yang menjadi penonton dalam dewan dihidangkan dengan lawak spontan Saiful Apek dan Kuman. (Korang kat rumah terlepas lawak yang kelakar giler nih) Teka-teka yang ramai boleh jawab- Kecik dia hitam, besar dia putih? Ape dia lagi kalau bukan Michael Jackson. Kuang kuang kuang...

    Apa yang menarik untuk musim ini ialah audio pencalonan yang ditayangkan dilayar LCD. Memetik kata-kata veteren yang terlibat dalam bidang masing2. Aku bagi contoh, sebelum ditayang calon yang bertanding untuk anugerah DJ Radio Paling Popular, short video suara DJ popular Kak Yong muncul. Sakaligus mungkin membawa inspirasi buat calon-calon.

    Penampilan wartawan hiburan BH, Zubir berganding dgn Raja Azura dan Maya Karin tampak kekok. Zubir mengumumkan Habib sedia sponsor barang kemas. Apa? Zubir pakai barang kemas. Aku rasa dia sedia maklum yang lelaki tak boleh pakai emas! Nanti jadi isu pulak bende ni. Bodoh!

    Gandingan artis popular dan berbakat besar dalam satu persembahan, berjaya memeriahkan suasana dengan persembahan unik lagi tersendiri. Gandingan VE, Ruffedge dan Jatt, bekas anggota Black Dog Bone memberi impak hebat pada penonton menerusi lagu hit yang diberi nafas baru, Khayalan. Ternyata kemunculan penyanyi asalnya mendapat tepukan gemuruh penonton apabila dia keluar dengan sut ala pyjama warna ungu.

    Persembahan diteruskan dengan kemunculan Ziana Zain yang dinantikan ramai setelah agak lama menyepikan diri berikutan kelahiran anak keduanya. Ziana berehat dan berpantang tampil dengan bentuk fizikal asalnya, menampakkan ia benar-benar sesuai dengan penampilan sebagai penyanyi popular. Kemunculan Ziana di pentas menyaksikan sekali lagi Arena Of Stars bergema dengan teriakan dan pekikan peminatnya. Dengan berseluar pendek dan jaket rekaan Michael Ong, Ziana menyanyikan lagu ‘Bukan’ dengan begitu bertenaga.

    Sketsa komedi yang dibawa Afdlin Shauki, Rashid Salleh dan Joanna Bassey kurang menariknya. Namun, kreativiti Afdlin nyata menghiburkan apabila beliau memberi ramuan dalam mencari formula filem yang boleh mencapai kutipan RM10 juta. Sketsa ini rasanya tak perlu. Tapi penonton yang lain ketawa gak tebahak-bahak. Kelakar sangatla tuh.

    Patut dipuji, persembahan Yasin Sulaiman, Ahli Fikir, Too Phat dan juruhebah T Bone yang membawa lagu berentak fusion rap dan world muzic berjudul Alhamdullilah, pertama kali dibawa dalam versi bahasa Melayu. Gema suara Yassin dan rap Too Phat mewujudkan ilusi dan fantastik muzik baru yang segar dan berjiwa. Aku suka betul dengan kelainan yang dibawa. Kemunculan Anuar Zain dan M. Nasir yang kedua-duanya berambut panjang sebagai penyampai anugerah Artis Baru Wanita Terbaik seolah tidak berapa memberi impak. Anuar Zan sepatutnya diganding dengan artis perempuan, bukan lelaki! Awards diberikan pada Misha. Memang dah dijangka! Tapi kenapa Misha cium tangan Anuar? Kalau M. Nasir boleh aku terima... tapi Anuar..?

    Pasangan penyanyi ideal, Nurul dan Ajai yang mendendangkan lagu dipopularkan Roy Sta Maria dan Francisca Peter, Tak Kenal Maka Tak Cinta, mengembalikan nostalgia lagu berkenaan yang pernah menduduki carta lagu popular satu ketika dulu.

    Kemunculan Erra dan Yusry turut meraih sorakan ramai apabila berpadu suara menerusi lagu Jika Kau Tiada, lagu tema daripada filem Kuliah Cinta. Mereka begitu mesra dan lincah di pentas apatah lagi mengenakan pakaian sedondon biru hitam.

    Gandingan barisan penyampai anugerah juga mewarnai kemeriahan malam penuh prestij dan penghormatan ini. Bagaimanapun ia agak terganggu apabila ada penyampai yang tiba-tiba ‘terlebih emosi’ hingga mengeluarkan kata yang kurang wajar. Sarimah memang nak buat isu nih...ade dia cakap : kepala hotak kau! Usikan yang sambil dibalas kelantangan tidak seharusnya diucapkan dalam majlis gemilang ini.

    Si Ratu Rock yang sentiasa manja, Ella begitu sepadan dengan Datuk A Rahman Hassan. Paling menarik perhatian, apabila Ratu Rock menyanyikan lagu Pop Yeh Yeh siap dengan back-up suara 8,000 penonton!

    Produser kontroversi, Julie Dahlan dan Aznil juga mencuit hati penonton dengan isu SMS, MMS dan RMS. Namun kemunculan Rita Rudaini dan Hans Isaac ‘melemaskan’ kemeriahan dengan perbualan meleret dan tidak relevan.

    Agak mendukacitakan apabila persembahan penutup tidak mencapai matlamat sepatutnya. Mungkin kata pepatah ‘Practice Make Perfect’ seharusnya menjadi pegangan semua insan. Bagaimanapun gabungan tiga bintang ini di pentas sememangnya menjadi idaman peminat seni hiburan. Kucupan hangat di pipi yang diberikan membuktikan ‘kedinginan’ diberitakan antara mereka selama ini tidak benar.

    Kata ucapan pendek dan bernas dari mulut Bintang Paling Popular, Saiful Apek mendapat perhatian:“Wayang adalah hidup dan hidup adalah wayang. Wayang juga adalah kita. Skrip sudah ditulis tetapi pengarahnya ada di atas. Saya lebih suka orang sayang, suka dan pilih kita." Wow... banyak isi yang boleh dirungkaikan dalam setiap kalimah ucapan Apek. Secara keseluruhannya hidangan ABP-BH 2003 selama dua jam 45 minit adalah satu persembahan sungguh menarik, menghiburkan dan memuaskan hati hadirin dan penonton di rumah.

    Jika dianalisa pada jumlah undian yang diperoleh Apek, bilangannya tidaklah begitu tinggi dalam kategori itu kerana berlaku pecahan undi yang sengit terutamanya daripada empat calon lain. Ini boleh dilihat pada kekuatan sokongan untuk Siti Nurhaliza yang meraih 87,320 undi manakala tangga ketiga dicapai Misha Omar menerusi 30,345 undi, diikuti Erra Fazira 25,225 undi dan Rosyam Nor sekitar 11,705 undi. Apek tidak mustahil boleh menang trofi Pelakon Filem Lelaki Popular tetapi pengaruh Rosyam masih kuat dan mampu mengekang kemaraannya dalam kategori berkenaan apabila hero filem Janji Diana dan KL Menjerit itu meraih 109,900 undi manakala Apek sekitar 92,405 undi. Erra Fazira menang kategori Pelakon Filem Wanita Popular dengan jumlah 195,760 undi, manakala Siti Nurhaliza terus kukuh dalam kategori Penyanyi Wanita Popular dengan 159,170 undi.

    Apa sahaja yang berlaku didalam ABP-BH kali ini perlu diambil iktibar agar tidak berulang untuk tahun mendatang. Yang paling mendebarkan, siapakah pembaca atau pengundi bertuah yang membawa pulang kereta Chevrolet tuh?! dan hadiah untuk peneka tepat SMS bernilai RM 30,000 tunai kesemuanya. Jawapannya akan kita ketahui 2-3 minggu dari sekarang. -Sumber:-Berita Harian. ::MORE ABP-BH PICS::




capri
June 10, 2007   04:52 PM PDT
 
you should've spelled THEATHRE instead of TEATER under MY HOBBY (again, it should be HOBBIES) so it'd look perfect. Nice bio!
Name nurazila
October 9, 2004   07:22 PM PDT
 
no komen.......
|

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments








Previous Entry
HOME
Next Entry

Search celebrity, news, money?


Web budiey.blogdrive.com

My Sponsors



My Readers





Notification

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:






concept

More me:
  • Sensasi Selebriti
  • Photo Blog
  • Tips Lifestyle
  • Archieves
  • Money Blog

    Concept:
  • Entertainment Blog
  • Celebrities News
  • Gossips
  • Theater
  • Photo Events

    Version:
  • 2.0

    Official published:
  • 27 Jan 2004

    Best viewer:

    Internet Explorer
    1024 X 768



  • profile

    My stats
  • Malay
  • 179 cm
  • 75 kg
  • 1 Ogos 1976
  • Sentul Perdana
  • Kuala Lumpur
  • Penulis blog

    My Hobby
  • Watching TV
  • Reading
  • Surfing Internet
  • Writing
  • Travelling
  • Chatting
  • Teater
  • Music
  • Work out
  • Blogging
  • Hugging!

    My Colour
  • Maroon
  • Green
  • White

    My Gadget
  • HP Pavillion dv6000
  • Nokia Xpress Music
  • Camera Nikon D40
  • iPod 30GB

    My Hung Up
  • California Fitness
  • Pavilion
  • Coffee Bean
  • Dome
  • Secrets Recipes
  • Nandos

    My Place
  • Suria KLCC
  • Masjid Jamek
  • MidValley
  • Bukit Bintang
  • Istana Budaya
  • The Actors Studio
  • Rapid KL

    My Must See
  • Buletin Utama
  • American Idol
  • Extreem Makeover
  • Lost
  • Beat TV
  • Muzikdiria
  • CSI
  • Siri 24
  • Fear Factor
  • Survivor
  • The Apprentice
  • The Amazing Race
  • Oprah Winfrey
  • Trek Selebriti
  • Iklan!

    My Fav Radio
  • Hot.fm
  • Era.fm
  • Thr.fm
  • Hitz.fm
  • X-fresh

    My Fav Deejay
  • Farah Fauzana
  • Faizal Ismail
  • Nana

    My Hos
  • Fedtri Yahya
  • Nizal Mohammad
  • Karam Singh Walia

    My Fav Reporter
  • Farihad Shalla
  • Zubir
  • Zul Husni
  • Haswari

    My Lagenda
  • Dr. Usman Awang
  • P. Ramlee

    My Fav Film
  • Superman
  • Spiderman
  • Scream
  • Red Eye
  • The Shutter

    My Fav Singer
  • Sheila Majid
  • Jacklyn Victor
  • La Luna
  • Amr Diab
  • Nancy Ajram
  • Mike Indon Idol
  • Too Phat
  • Anuar Zain
  • Siti Nurhaliza
  • Dayang Nurfaizah
  • Rossa
  • Ning Baizura
  • Gareth Gates
  • Guy Sebastian
  • Linkin Park
  • Mawi AF3

    My Fav Actor
  • Afdlin Shauki
  • Saiful Apek
  • Ako Mustapha
  • Kiefer Sutherland
  • Tom Hank

    My Fav Actress
  • Maya Karin
  • Sofia Jane
  • Nasha Aziz
  • Cameron Diaz
  • Drew Barrymore



  • stats






    credits

    Blogdrive