Time to move on
My blog has been revamped into the fresher, snazzier 'Sensasi Selebriti'.
You are cordially invited to grace your presence at the new blog. Click here
www.budiey.com
Sunday, November 13, 2005
Radja - Album ketiga catat tujuh platinum
Oleh ABD. AZIZ ITAR
DIPETIK DARI
http://www.utusan.com.my
SELEPAS Sheila On 7 dan Peterpan, Radja merupakan kumpulan muzik terbaru yang menggegarkan industri muzik di Indonesia. Dianggotai oleh Ian (vokalis), Moldy (gitaris), Seno (dram) dan Indra (bassis), Radja yang tampil dengan album ketiga, Langkah Baru, berjaya menunjukkan taring apabila album itu mencatat jualan lebih 1 juta unit di sana.
Menurut Ian, album terbaru mereka yang berkonsepkan free pop itu menerima tujuh anugerah platinum atas penjualannya yang luar biasa.
"Di Indonesia, setiap penjualan album yang melebihi 150,000 unit akan menerima satu anugerah platinum. Ini bermakna, setakat ini album terbaru kami itu sudah dijual sebanyak 1,050,000 unit di Indonesia,'' kata Ian sewaktu ditemui selepas sidang akhbar pelancaran album Langkah Baru di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Kata Ian, Radja berpeluang memasarkan album mereka ke negara ini selepas menjadi artis naungan syarikat rakaman bertaraf antarabangsa, EMI Music Indonesia.
Sebelum ini, dua album mereka yang berjudul Lepas Masa Lalu (2001) dan Manusia Biasa (2003) hanya diedarkan di negara mereka sahaja.
"Sebab itu kami ikat kontrak bersama dengan EMI. Selepas adanya kerjasama dengan EMI barulah kami berpeluang pergi lebih jauh dalam dunia muzik antarabangsa.
"Malah, dengan adanya promosi dan strategi EMI yang berkesan menyebabkan jualan album Langkah Baru amat bagus sekali,'' ujarnya.
Langkah Baru bukan setakat mendapat sambutan apabila ia mula diedarkan di Indonesia pada akhir Disember tahun lalu. Malah, album itu juga mendapat reaksi positif daripada para peminat muzik tempatan apabila ia berjaya dijual sebanyak 10,000 unit sejak dipasarkan oleh Tropic Jaya Entertainment Sdn. Bhd., kira-kira sebulan lalu.
Menurut Pengurus Projeknya, Ariffin Ahmad Dahari, konsep free pop yang diperkenalkan oleh Radja ternyata diterima ramai.
"Daripada maklum balas yang kami terima, album Langkah Baru kebanyakannya dibeli oleh para peminat Melayu dan bukan hanya rakyat Indonesia yang berada di sini,'' tegasnya.
Selepas sidang akhbar itu, Radja sempat menyampaikan tiga buah lagu dari album barunya secara langsung berjudul Ta'Kan Melupakanmu, Manusia Biasa dan Jujur.
|
Search celebrity, news, money?
credits
