INTRO: DUIT MEREKA, MEREKA PUNYA PASALLAH!Bagus atau tidak, itu semua tidak diperlukan dalam AF. Berbakat atau tidak, itu juga tidak mendatang apa-apa dalam AF. Habis apa yang menjadi penilaian penonton dan pengundi di luar? Kalau bakat dan kebolehan tidak lagi menjadi pertaruhan dalam AF, habis apa lagi yang mahu menjadi galang ganti kepada ukuran seseorang pelajar?
Dari musim pertama lagi, persoalan ini timbul dan menjadi isu perdebatan kerana penonton atau pengundi yang jahil dan buta seni (yang buta seni tu termasuk saya sebenarnya) diberi ruang untuk memilih sendiri pelajar pilihan mereka. Segalanya terletak di tangan penonton yang mengetip SMS. Duit mereka yang punya, bil mereka yang bayar. Jadi orang lain takde hak nak paksa mereka untuk sokong sesiapa. Skema tetap skema, syarat tetap syarat... untuk kemajuan industri seni, samada penonton kita dah terlalu matang atau sesuatu yang malang? Itu semua terserah...
Akhirnya, kita dapat saksikan sekali lagi tragedi seumpama Rosma, Sahri dan Linda tersingkir pada waktu yang terlalu awal. Bukannya masa mereka untuk disingkir. Tapi itu kata kita bukan kita mereka yang punya hak segala. Tersingkirnya Idayu dari AF seolah mengheret kita untuk berfikir tentang apa yang sebenarnya yang dimahukan oleh penonton. Walaupun masih perlu digilap untuk mencari identiti, Idayu dikatakan antara pelajar yang akan bersaing ke kemuncak akhir.
Itu cuma andaian dan dalam AF biasanya andaian tidak menyebelahi sesiapa. Punya bakat setinggi mana pun, punya karisma atau aura yang seluas mana pun... itu tidak menjanjikan apa-apa dalam AF. Nilai sentimen dan perasaan penonton seolah menjadi alat atau barang mainan penting dalam pertandingan seperti ini. Itulah yang diekploitasi dan dipergunakan untuk mencipta dramatik dan sejarah dalam AF.
Saya tidak mahu bercakap panjang dalam intro ini kerana betapa saya rasa begitu malang apabila melihat dua pelajar pilihan saya terpaksa mengheret beg keluar dari pintu gerbang AF. Yang saya tahu mereka berdua... Fuad dan Idayu terletak ditangga yang sama sebelum konsert bermula.. Ya... mereka berada di tempat ke - 3 yang saya rasa agak selesa walaupun kedudukan itu agak rapuh.
Kini, pelajar pilihan saya cuma Amylea yang terkuntang kanting di dalam sana. Setakat mana Amylea akan bertahan? Mampukah Amylea ke final? Itu tak tahu nak cakap sebab saya hampir terkejut kerana sewaktu saya menulis ini Amylea berada di tempat ke - 3. Apakah badi yang sama akan berulang lagi? Apakah pukulan No. 3 ini melengkapkan hatrik pada minggu hadapan? Sekarang, No. 3 seakan membawa sesuatu yang sial. Percaturan sebegini bermula kerana wujudnya yang memakai topeng penyelamat RESCUE 32999 mula menjalankan tugas mereka dengan menaikkan undian untuk sang pelajar tercorot.
Perubahan pengenalan diri yang tidak mengikut giliran dikira dapat memulihkan sikap peminat yang suka sangat mengundi semasa persembahan pelajar. Jadi ini mengakibatkan undian untuk pelajar akhir yang buat persembahan akan naik selepas undian ditutup.
KEPUTUSAN UNDIAN SEBELUM PERSEMBAHANAnda lihat sendiri kedudukan tangga pelajar sebelum dan selepas. Apa yang dapat saya simpulkan, tempat ke-3 adalah kedudukan MAUT dan cukup merbahaya. Manakala kedudukan paling SELAMAT adalah mereka yang sedang berada di kedudukan paling bawah. Dan kemungkinan besar, pelajar yang selalunya terkebawah akan muncul di pentas Konsert Kemuncak nanti.
Perhatikan kedudukan Amylea yang mulanya berada di kedudukan hidup segan mati tak mau.. tiba-tiba dijulang begitu tinggi hingga berada di tempat ke-4. Begitu juga dengan Kefli. Dan itulah yang saya katakan dari awal... impak yang kuat dari kuasa sang PENYELAMAT RESCUE 32999. Apa-apa pun, kita tunggu minggu depan bagaimana corak dan impak mereka dalam menentukan kedudukan pelajar.
1. Mawi 24%
2. Felix 20%
3. Idayu 6%
4. Yazer 6%
5. Marsha 6%
6. Ekin 6%
7. Aidil 6%
8. Amy 6%
9. Akma 6%
10. Reza 5%
11. Amylea 5%
12. Kefli 5%
UNDIAN SELEPAS PERSEMBAHAN1. Mawi 24%
2. Felix 20%
3. Yazer 7%
4. Amylea 7%
5. Marsha 6%
6. Kefli 6%
7. Ekin 6%
8. Amy 5%
9. Akma 5%
10. Reza 5%
11. Aidil 5%
12. Idayu 5%
PENGKRITIK PROFESIONAL1. ADLIN AMAN RAMLIETanpa kita duga, Sultan Melaka mencemar duli buat kali kedua singgah memanas punggung di takhta pengkritik. Selepas awal kemunculannya, Adlin telah mencetus kontroversi di mana kritikan beliau terlalu kasar dan biadab dengan menggunakan ayat dan perkataan yang pakai lepas. Tapi, apa yang saya suka tentang penggiat seni teater dan pelakon ini adalah kritikan sinikalnya yang BERBISA. Dia pandai menyusun ayat untuk menarik dan mengajar pelajar apa yang silap.
Akhirnya, sampai hajat juga untuk melihat beliau menjadi pengkritik tetap walaupun untuk semalaman. Kali ini, oghe Kelate nih tampil dengan ayat-ayat filosofi dan padat dengna falsafah-falsafah dunia pentas persembahan. Sekaligus saya dapat menghirup nafas lega kerana tidak lagi disogokkan dengan kritikan DOUBLE KK yang meloyakan. Saya harap sangat Adlin akan tetap memanaskan kerusi pengkritik tetap untuk minggu yang seterusnya. Malam tadi, mula-mula bahasakan dirinya, saya-kamu tapi lepas seketika tak tahan sangat terus pakai lepas... aku-ngko-korang! Elok sangat untuk kempen budi bahasa!
2. FAUZI MARZUKIDia punya karisma walaupun suaranya tak segarang Adlin. Seorang komposer yang sinonim dengan dengan lagu balada ini dijemput untuk menyentuh perihal vokal pelajar secara amnya. Sesekali dia padat dengan kritikan teori. Cara penyampaian terlalu simple dan tidak menarik sangat. Saya rasa Fauzi perlu banyak menyentuh bagaimana pelajar dapat mevarisikan vokal mereka.
3. SYAFINAZMinggu kedua, guru vokal ini datang untuk melihat lagunya didendang oleh Marsha tapi kali ini penyanyi bersuara soprano ini datang menyimpan harapan penonton untuk menegur kesilapan dari segi persembahan vokal pelajar. Tugas Syafinaz dilunaskan dengan sebaiknya kerana menggunakan ruang masa yang agak singkat itu untuk mengajar pelajar tentang teknik vokal. Memang Syafinaz suka tampil bersama teknik. Terkadang ada part tertentu, pensyarah UITM ini mengkritik apa yang diajar oleh guru vokal dalam akademi. Bermakna ada yang tak betul bagi Syafinaz dalam kelas mereka. Cara beliau menegur Felix yang tidak membuka mulut mungkin agak melucukan kerana Syafinaz tidak tahu yang mulut Felix tu memang macam tu. Tak berapa flexible. Jadi susah untuk memperbetulkan tabiat orang kecuali orang itu sendiri yang mempraktikannya secara konsisten.
1. AMY - BILANG SAJA (AGNES MONICA)Pakaian Amy tak ranggi dan funky seperti lagu ini. Nampak macam orang duk dalam musim salji. Nasib baik tak kasi snow cap, kalau tak, memang sebijik la macam oghe London dih. Tetapi bab berpakaian dan imej, jangan salahkan pelajar kerana mereka hanya memakai dan membawa imej yang sudah dicipta oleh tukang tatarias yang dilantik oleh astro. Juga bergantung kepada stok pakaian dan make up yang disogokkan oleh penaja.
Permulaan yang baik tapi dari minit ke minit, stamina Amy jadi kurang. Penguasaan pentas serata walaupun dengan gaya yang sama. Cabaran lagu ini pada Amy setakat mana dia mampun bertahan dengan mengulang rangkap yang sama dengan cara teknik improvisasi yang berbeza. Vokal Amy disokong oleh teknik pernafasan yang tidak stabil kerana masa dia lompat-lompat tu bunyi jelas macam dia semput dan nafas terputus-putus. Ada tempat yang dibiarkan kosong dan sepi dalam rangkap akhir. Keseluruhan tak banyak peningkatan
Adlin : Kalau ada respon dengan apa sahaja komen positif, awak boleh ada progres yang sangat baik. Permulaan yang amat baik, ada shocking. Ada impak dan kawalan yang baik. Penari latar tak curi perhatian saya.
Fauzi : Saya enjoy dengan awak punya show tadi. Awak dapat menjalankan show tanpa gangguan dan pandai meggunakan stage. Pitching sikit lari.
Syafinaz : Saya disuruh jadi brutal hari ni tapi saya sebenarnya baik. Konfiden yang tinggi, satu persembahan yang bertenaga. Nada tinggi memang lantang tapi hati jangan sampai menjerit. Nada rendah awak perlu hati-hati kerana perlu projection yang baik. Sebutan tak payah nak slang english.
2. YAZER - NYANYIAN SERAMBI (RAMLI SARIP)VT di mana Yazer berjaya memujuk Ekin mencuci muka yang muram sebek sebab menangis, itu bikin satu fenomena biasa, nak keneg-keneng untuk babak cinta yang basi. Seperti meneruskan kesinambungan pada episod "Ya - kin" pada konsert lepas. Sesuai ke?
Nampak canggung dan ralat sekali tengok dia menari. Banyak part ada terselit gaya-gaya over yang tidak disukat dengan baik oleh Rocker ini. Vokalnya terlampau serak untuk lagu ini. Tapi kesungguhannya harus dipuji. Tahap keyakinannya atas pentas semakin jelas meningkat. Lagu yang mengimbau pada suasana kampung ini punya mesej yang dalam untuk merungkai jati diri orang Melayu. Cara Yazer deliver shownya tidak punya jati diri yang sepatutnya menjadi perlambangan pada mesej. Walaupun ada gerak tarian langkah joget Melayu tapi Yazer terlalu menyandarkan pada suara seraknya yang terlampau. Tapi keseluruhannya, satu percubaan yang baik walaupun penyampaian vokal tiada peningkatan.
Adlin : Setiap lagu punya melodi yang seiring dan apabila memasuki medium persembahan, dia memang terletak bagaimana presentation lagu itu. Lagu ini ada jiwa dan niat tersendiri. Kalau bawa sikap dan niat lagu ini, awak boleh lebih memberi kesan.
Fauzi :Awak ada tone tapi lagu itu kurang feel. Pergerakan awak menganggu.
Syafinaz : Saya takut sebab semua urat u nak tercabut. Suara awak terlalu serak, awak kena control dan suara kurang kilat tak sekilat rambut awak. Posture Yazer jangan bongkok sangat sebab suara akan jadi mendatar.
3. AKMA - LOVE (NATALIE COLE)Gaya seksi perempuan kabaret memang sesuai dan cocok sangat dengan lagu ini. Kalau takde gaya seksi tu mungkin buat lagu ini umpama meja tanpa hiasan. Mungkin orang akan bosan dan mengantuk. Vokal Akma yang seksi manja tu pun tak berjaya dibawa dengan baik. Cuma mungkin kena tingkatkan usaha untuk sebutan dan diction agar lebih jelas ditelinga penonton. Cara Akma bersimpuh kat tangga secara erotical sensual tu memang mengoda habis. Takut jugak nanti dia tergelongsor kat tangga tu.
Adlin : Pada part bridge, awak tak rasa macam in love. Tiada penghayatan kerana tiada connection.
Fauzi : Overall persembahan awak sederhana. Jangan terlalu lama sustain kena hold. Hiburkan penonton dengan memandang kamera.
Syafinaz : Permainan memek muka masa inerlud sangat menarik. Kalau nak seksi, seksi betul-betul. Kena lebih rileks.
4. KEFLI - SEKSA (UKAYS)Kefli antara pelajar yang bermasalah dalam menjana vokalnya. Sehingga ke hari ini, saya tidak nampak apa-apa perkembangan atau sebarang peningkatan. Ianya tak bergerak dan berganjak seperti mula-mula awal kemunculannya. Lagu ini membimbangkan tenaga pengajar yang cukup takut kalau Kefli terkehel masa nada tinggi.
Lenggok tradisional menjadi satu cabaran utama untuk Kefli. Penggayaan yang tidak stabil kerana pada penghujung lagu, Kefli tidak buat projection yang cukup untuk nada rendahnya. Kurang kedengaran dan sebutannya tak dapat ditangkap dengan baik oleh saya. Samada Kefli penat atau dia dah tak larat nak kendong lagi ini.... itu saya tak tahu.
Adlin : Awak kena matang lebih awal sikit lagi, pasal kematangan awak akan buat awak berfikir secara artistik, macamana awak nak present diri awak. Enjoy usia awak sekarang. Motivasi untuk pergerakan tidak mendatang apa-apa kesan pun.
Fauzi : Sebenarnya saya terseksa dengar lagu ini sebab dari mula hingga akhir, awak tak dapat pitch yang betul. Lagu ini range dia besar daripada rendah sampai ke tinggi. Awal verse awak cuba buat lenggok Melayu. Tak sure tak yah buat.
Syafinaz : Vocally kena perlu banyak belajar. Ada sengau. Perhatikan ton itu bagus atau tidak. Cubaan yang tidak menyakinkan saya.
5. MARSHA - TUNGGU SEKEJAP (P. RAMLEE)Marsha ni cantik betul. Nampak dia, terimbas wajah Linda yang dikatakan bakal menjadi pesona bintang tapi sekarang, habuk pun tarak! Itulah bahananya apabila pelajar disogokkan dengan pujian sampai melangit. Harapnya Marsha takkan tenggelam dengan benda-benda perosak seperti ini kalau mau naik dalam industri.
Kalau nak bezakan suara Marsha dengan suara Juara Malaysian Idol memang jauh ketinggalan dari segi penyampaian vokal. Namun, suara Marsha ada keunikan yang tidak ada pada Jac. Kesederhanaan amat penting untuk Marsha kawal lagu ini agar tidak lari dari konsep. Penghayatan yang baik untuk menyampaikan mesej lagu. Sayangnya, beliau mungkin tidak mendengar muzik dengan baik sebab banyak not dan cord tak diletakkan ditempat yang betul bersesuaian dengan tahap kemampuan Marsha. Whispering masa last lagu
Adlin : Untuk semua peserta lain, saya dah letak Marsha diliga yang lain. Harap awak boleh ingat saat ini dan bawakan pengalaman ini untuk peringkat akhir nanti.
Fauzi : Saya suka ton awak yang smooth. Awak dapat control tidak sakitkan telinga pendengar. Cuma ada sau not yang tak tepat.
Syafinaz : Satu percubaan yang baik. Awak punya nice tone tapi ada sikit silap tak kena dengan cord lagu.
6. FELIX - AKU SEMUT MERAH (MERCY'S)Menyanyi balada boleh, slow rock pun boleh, dangdut pun boleh? Apa kata lepas ni cuba genre yang lain pulak. Saya rasa Felix bertuah kerana diberi peluang mencuba semua genre muzik. Untuk lagu dangdut klasik ini memang tiada masalah bagi Felix kerana dah jadi porte beliau. Dari segi penyampaian, Felix tidak terlalu galak untuk bergelek. Sekadar bersukat orang kata. Ini kerana dia tahu dan sentiasa diingat bahawa mesej lagu ini sebuah lagu yang sedih dan dia berjaya menyampaikan dengan penuh rendah hati.
Kelemahan, tiada momentum yang special sangat dan kesan impak pun tiada langsung kerana Felix mengulang cara yang sama rangkap demi rangkap. Tariannya memang keras dan kaku macam kayu. Dan saya rasa, cukuplah komen pasal tarian Felix sebab itu tak penting pun untuk peminat. Yang penting, penonton sangat terhibur dengan persembahan Felix. Enjoy aja!
Adlin : Aku rasa aku tak boleh tak sukakan kau. Aku kena suka kau lah. Tak banyak manusia atau spesis macam ni dalam dunia ni tau. Satu benda yang hebat ada dalam diri kau adalah apabila engkau tidak terlalu mencuba untuk buat sesuatu. Engkau buat kerja engkaaaaaaauuuuu je. Engkau... bila kau nak menari, kau menari. Bila tak nak menari kau diam... kau rileks. Ikut suka engkau je. Aku rasa aku boleh follow engkau sebab aku tak tahu engkau daripada planet mana. Tapi engkau adalaaa..
Fauzi : I rasa you nyanyi dangdut bagus. Bulu roma I naik. I suka U ala-ala macho tapi tak... Mata U best.
Syafinaz : Saya suka suara Felix. Apa yang menganggu saya adalah Felix nyanyi tak buka mulu. Boleh tak kita cuba sikit... aku orang kecil engkau orang besar (Lalu dibalas sama dengan Felix... melucukan)
7. REZA - SENANDUNG SEMALAM Reza, nama-nama yang disebut akan meninggalkan akademi malam ni, memulakan shownya dari tangga. Menggunakan kain selendang sebagai simbolik pada memori lalu bersama si dia. Reza menggunakan teknik vokal yang diajar di kelas sepenuhnya termasuk dinamik dan vibrato. Tapi apa yang ZERO adalah suara beliau. Macam saya cakap dulu, Reza terlalu sengau. Bertambah teruk bunyinya apabila menggunakan mic sangkut. Kawalan vokal penting untuk tidak memecahkan gegendang telinga penonton. Suaranya tenggelam timbul dan terlalu banyak pitching yang lari. Rosak habis kesemua lagu. Penghayatan Reza mungkin satu aspek yang boleh dipuji walau nampak janggal dengan tarian balad dan selendang. Apa-apa, tahniah kerana anda masih kekal!
Adlin : Aku tengok kau pegang kain selendang tu ingat kau nampak macam Bedah dari kampung mana. Seorang lelaki harus jadi jantan. Kau kreatif dan banyak idea. Kena berhati dengan idea yang busuk.
Fauzi : Kena menyanyi dulu, feeling dari nyanyian. Tarian lebih bagus dari nyanyian.
Syafinaz : Sultan Melaka, saya rasa dia sangat jantan. Balad tu tak menganggu kejantanan. Kena studi lagu ini betul. Tak masuk cord.
8. EKIN - ANTARA DUA (FARAH)Tarian masa intro macam Ekin main-main dan tak lakukan secara serius. Tak sharp sebab secara lewa. Ekspresi wajah Ekin tidak cukup untuk karakter perempuan yang mempunyai dua orang kekasih. Kekadang nampak terlalu banyak berfikir tindakan seterusnya. Irama lagu ini mempunyai beat yang tidak terlalu drastik tapi perlukan konsisten vokal. Bab tu memang Ekin gagal kerana jelas sekali dia tak yakin untuk tonjolkan kebolehannya. Kehadiran kezutan dua orang pelakon komedi Harun Salim Bachik dan Osman Kering dipergunakan secara total oleh Ekin. Mungkin dia mengambil pengajaran dari show Aidil minggu yang lepas.
Adlin : Saya rasa body awak tak associate dengan beat music. Kena letak some force dalam diri supaya gerakan biar lebih sharp.
Fauzi : Ekin takde stamina. Nyanyian lembik macam penat. Kena carry on cara tepuk tangan.
Syafinaz : Apa yang saya suka cara anda adalah kasut. Kasut je yang cantik. Kena usaha lebih.
9. IDAYU - TIADA LAGI TANGISAN (AISHAH)Lagu ini mengukur sejauh mana projection dari nada rendah ke nada tinggi yang dapat dibuat secara smooth oleh Idayu. Kali ini Ratu Sopan Santun menambah elemen whistling dan whispering dalam lagu ini menyuntik sikit kelainan. Sekali gus membezakan versi beliau dari veris Misha dan Aishah. Penghayatan beliau nampak bersahaja dan simple. Dari segi peningkatan, saya rasa Idayu ada peningkatan sikit dari minggu lepas. Lagu ini ada daya momentum pada minit terakhir dan ini yang menjadi penamat yang cantik. Tak kira orang nak kata, cara whistling tu macam cara Mariah Carey atau tidak tapi memang sedap.
Adlin : Saya nak pinjam awak dan Marsha unt dijadikan contoh. Cuba main dengan idea yang besar, korang tak boleh handle dengan idea sebegini kerana ada kelemahan. Present dengan minima untuk cari kekuatan dalaman.
Fauzi : Awak ada bakat. Cuma tiada stail sendiri terutamanya pada korus. Kreatif sikit.
Syafinaz : Dagu jangan dongak sangat. jangan menjerit sangat. Overall, veru good performances.
10. AMYLEA - DONT KNOW WHY (NORAH JONES)Satu percubaan yang pelik sebab memulakan dengan cara duduk bersimpuh. Ini lagu English yang punya sikit jiwa soul jazz dan patut ada sesuatu yang lebih gempak dari Amylea. Amylea gagal menjadikan persembahannya perfect kerana diksi Englishnya agak lemah. Tu yang pelik, time orang suruh nyanyi lagu Melayu, dibuat slang Mat Salleh tapi bila diberi lagu English tak nak buat betul-betul. Penghayatan pula OK lah tak teruks sangat.
Adlin : Penyanyi diluar sana pun tak leh nak lawan. Awak mesti ke final.
Fauzi : Persembahan yang bagus.
Syafinaz : Menghiburkan, ada keunikan dan konsisten dari minggu ke minggu.
11. AIDIL - SURATAN ATAU KEBETULANTarian balad dan bersama Ekin nampak dramatik. Permulaan yang agak nampak cantik tapi sayang ianya tak berpanjangan sehingga akhir lagu. Aidil ingin memberi nafas baru pada lagu ini tapi terlalu banyak benda luar yang masuk menganggu tumpuan. Suaranya dah sesuai dengan lagu slow macam ni. Pada saya, Aidil minggu ini dan minggu lepas masih tak berubah. Terlalu kaku dan keras. Gaya penyampaian yang agak lemah dan tidak menyakinkan.
Adlin : Aku rasa engkau bahaya... aku takleh angkat kau jadi hero dan orang yang boleh diharapkan. Kau sengih kenapa?
Fauzi : Awak tukar lagu tu jadi lagu lain. Bagus tapi terlalu banyak tukar struktur lagu. Praktis lagi.
Syafinaz : Cute face tapi suara bukan tak sedap... ada kualiti. Kena banyak senyum lagi.
12. MAWI - NUR'UL AIN (ARM DIAB)Macam percaya ngan tidak, Mawi terlopong melihat paparan Berita Astro tentang kegilaan orang ramai yang sekarang ini kecoh dengan pengakuan beliau pada konsert minggu lepas. Habis orang nak cari tudung Mawi World. Semua penonton kat dalam dewan tu semuanya ketawa dan bersorak. Fenomena ini mungkin akan jadi real selepas ini. Tapi bab minyak urut dah tak logik sebenarnya. Saya rasa kalau ada sikit temuramah dengan peminat yang kononnya membeli kain tudung Mawi tu, boleh la sikit mentaukidkan (menguatkan) berita ini. Jadi, Mawi mungkin akan percayalah sikit. Satu lagi, mentang-mentang Mawi sekarang menjadi tumpuan semua peminat AF, astro tak putus-putus memberi tumpuan untuk Mawi. Minggu depan tak tahu apa lagi modal yang nak dikezutkan untuk Mawi. Dah dah laa tu.
Perfect dengan mahkraj (sebutan) yang tepat dan memang dengar macam orang Arab dah Si Mawi nih. Persembahan Mawi menghiburkan. Gerak geri Mawi memang nampak kelakar terutamanya masa dia menari gelek Arab tu. Yang paling power masa part macam gaya tari Bollywood. Memang dia boleh buat serentak dengan penari latar. Geleknya tak menjadi atau dah tertutup dengan jubah yang dipakai. Cuma gaya bersilat tu, kira Mawi dah kehabisan modal dah untuk mengisi ruang kosong. Unik pun ada gak. Barulah irama etnik world muzik namanya. Vokal Mawi rasanya seimbang dan memang sesuai dengan lagu ni. Sedap didengar.
Adlin : Saya rasa awak paling seronok sebab saya rasa konsert malam ni, konset awak. Awak kena cuba tanam perkuat sebagai seorang performer. Asah daya cipta.
Fauzi : Saya ingat saya nak hentam awak. Awak improve. Kena praktis dan jaga tempo. Jangan main belasah je.
Syafinaz :Saya tak faham kenapa orang suka sangat dengan si Mawi ni. Ini pilihan lagu yang sesuai untuk Mawi. Dari segi teknikal mesti berhati-hati.
KEZUTAN: KONSERT TERBUKAPertama kali, pentas AF kali ini diusung ke tempat yang terbuka. Bertempat di Dataran Putrajaya, konsert ini akan menjadi pentas perhimpunan untuk semua peminat. Dah nama pun terbuka, jadi memang terbuka untuk semua orang. Rasanya, pentas akan jadi lain dan suasana pun akan jadi lain jugak. Diharapkan pihak produksi lebih mementingkan mutu audio visual dan juga pengisian yang lebih mantap. Pelajar juga mungkin akan sikit goyah dengan hadirin yang ramainya berkali ganda dengan sekarang ini.
CARTA TOP 13 MALIQUE1. IDAYU - TIADA LAGI TANGISAN
2. MAWI - NUR'UL AIN
3. AMYLEA - DONT KNOW WHY
4. FELIX - AKU SEMUT MERAH
5. MARSHA - TUNGGU SEKEJAP
6. YAZER - NYANYIAN SERAMBI
7. AKMA - LOVE
8. AMY - BILANG SAJA
9. EKIN - ANTARA DUA
10. KEFLI - SEKSA
11. REZA - SENANDUNG SEMALAM
11. AIDIL - SURATAN ATAU KEBETULAN
QUOTES OF THE NITEMasa Adlin memberi komen tentang karakter Felix yang ANEH:-
Aku rasa aku tak boleh tak sukakan kau. Aku kena suka kau jugaklah. Tak banyak manusia atau spesis macam ni dalam dunia ni tau. Satu benda yang hebat ada dalam diri kau adalah apabila engkau tidak terlalu mencuba untuk buat sesuatu. Engkau buat kerja engkaaaaaaauuuuu je. Engkau... bila kau nak menari, kau menari. Bila tak nak menari kau diam... kau rileks. Ikut suka engkau je. Aku rasa aku boleh follow engkau sebab aku tak tahu engkau daripada planet mana. Tapi engkau adalaaa..