[---~*Enter-tainment Blog*~---]
Firefox NEW Firefox 2.0 released!



Previous Entry
REFRESH THIS BLOG
Next Entry

Time to move on



My blog has been revamped into the fresher, snazzier 'Sensasi Selebriti'.

You are cordially invited to grace your presence at the new blog. Click here


www.budiey.com






Thursday, June 23, 2005

    DIARI AF3: RABU | 8.30 MLM | MINGGU KE - 4


    APA NAMA KAMERA?
    Lagi-lagi pasal nak namakan kamera. Boring betul la cakap benda remeh temeh nih. Benda paling senang dalam dunia... bukan kita nak nama budak baru lahir. Kasi je la nama apa-apa pun... haaa... nama TENUK yang Mawi kasi tu pun kira ok gak. Apa laa Mawi nih selalu buat lawak sepontan. Tapi yang peliknya, ni apa kes sampai seminggu nak cari nama yang sesuai. Pastu sampai hujung-hujung senyap je tak tahu apa nama...

    Paparan diari yang paling tak berguna dan tak berfaedah langsung untuk ditunjukkan untuk penonton. Buat penonton jadi boring dan bosan yang amat sangat. Tak tahu la orang lain. Saya cakap ni perasaan saya sendiri tapi terserah kat korang la kalau rasa paparan dua tiga menjak nih menarik... Orang produksi tu rasanya dah kekeringan idea sehingga dah terpaksa cari skrip untuk dibuat. Samada cari nama ke nak teka nama ke... itu tak penting rasanya.

    SI KAKU KETUA WARM UP!
    Sebelum kelas mereka diberi masa 15 minit untuk buat senaman regangan. Jadi, mula-mula dulu memang Cikgu Linda yang conduct... tapi macam biasala untuk testing setakat mana ilmu excersie diorang ni. Macam musim lepas-lepas pun cam ni la gak. Kali ini giliran Mawi dan Si Felix untuk tampil ke hadapan mengetuai senaman stretching. Macam biasa lagak mereka jadi perhatian penonton. Fokus kat dia je... budak lain cam takde orang nak pandang dah. Mungkin ini modal yang paling mahal setakat ini. Cuba jangan kasi tunjuk muka depa dalam seminggu ke... mau ngamuk peminat fanfatik 2 Pak Lawak dalam akademi nih.. Mana taknya, seminggu mana tahan rindu beb.

    Dengan mengambil Felix dan Mawi, dua sahabat setia yang sentiasa tak boleh berenggang. Mawi dan Felix sekarang boleh kita katakan dua sahabat sehati sejiwa... dua sahabat yang macam isi dan kuku atau macam belangkas. Patutla depa dua orang ni kan duk satu bilik... mesti malam-malam sebelum tidur tu ada-ada la depa duk sok sek cerita pasal perangai depa kat akademi.

    Tapi apa-apa pun siang-siang lagi Mawi dah tunjuk dia punya gelek... hasil gelekannya dalam konsert yang lepas... konsert di mana saya rasa persembahan Mawi seakan ingin menebus segala tanggapan serong peminatnya. Untuk semua peminat Mawi dan Felix, saya harap anda terus mengundi dan menyokong mereka kerana kelainan mereka pastinya akan membawa mereka ke puncak final.

    KELAS TARI CIKGU E
    Keupayaan Yazer untuk menari lagu tradisional... sikit kena joget. Tapi kalau tengok persembahan Papa Rock Malaysia, Ramli Sarip pun takde nak joget lebih-lebih. Tapi bab lagu ini je yang memang perlu Yazer tunjukkan skillnya. Bukan sekadar nak buat husky suara je tapi kena ada daya tarikan. Pastu nanti keluar je AF, ko nak merockkan diri sampai ke tua orang tak kisah dah. Yang penting, saya tak nak tengok Yazer nyanyi lagu rock dah minggu depan. Cukup-cukup laaa tuuu duk manjakan depa.

    Macam Akma, saya tengok depa duk test camna nak kasi Si Akma daya tarikan X-factor. Nyanyi lagu Siti pun nampak lenggok cam Siti. Pastu nyanyi lagu Syura pun cam tu jugak. Mesti ada imbas-imbas penyanyi lain. Tapi tengok minggu ni, Akma rasanya nak cari dan selit-selit imej seksi ala manja... mmm macam Amylea buat 2 minggu lepas laa... Tapi harapnya Akma takde nak over sangat seksi tu sebab kang seksi jadi seksa lak... lak tu terkeluar minggu nih.. saper nak jawab beb?

    AZNIL HADIAH COKLAT
    Aznil hadiah coklat? Bagus tu Aznil kasi badan mereka nih bertambah membuntal. Nanti kasi lah kek coklat ke, asikrim vanila ke atau apa-apa sahaja yang boleh buat mereka jadi superchub. Hahahaha... pasti siap kasi pesanan suruh depa jaga badan...

    OK bercakap pasal pengacara No. 1 Malaysia ni, baru-baru ni kecoh la jugak pasal nama Aznil disebut-sebut dalam Dewan Rakyat... biasala perbahasan pasal benda-benda negatif yang tercorot di sebalik program ini. Saya rasa mereka patut cerita segala benda yang diorang rasa nak jadikan isu. Isu lelaki macho tapi tampil dengan gaya selembut sutera itu dah biasa. Diorang mungkin tak tahu yang orang Malaysia dah boleh terima cara Aznil.

    Tapi depa tak tengok lagi gaya over beberapa pengacara lain yang dok canang gaya yang lagi ver dari Aznil. Aznil ni kalau over pun, over yang orang akan suka cara dia. Pembawaan dia matang walaupun nampak cam slapstik sikit cara dia buat lawak. Tapi orang akan suka. Mereka mungkin tengok dari segi keburukan dan tinggal kebaikan yang saya rasa lebih banyak baik dari buruknya. Memang semua benda dalam dunia ni ada bak dan ada buruk.

    Orang akan kata kalau program ni dah jadi buah mulut orang. Kat mana-mana pun orang akan cakap pasal AF. Lagipun setahun cuma 3 bulan je. Pastu dengar-dengar tahun depan dah nak stop. So, selagi ada mulut tu, mereka boleh duk membebel ini tak betul dan ini tak betul.

    SPORT CHECK PENGETUA
    Kekadang tu memang pun kena ada pengawasan rapi dari pengetua. Nak buat budak-budak tu kasi lebih berdisiplin dan tak buat bising dalam kelas. Masa kelas Cikgu Siti Hajar, M. Nasir datang dan mereka bersalaman la dengan sifoo tu. Respek kat depa yang kira cium tangan sifoo tu.

    Tak tahu apa misi Sifoo kali ini sampai buat serbuan untuk tengok depa belajar. Tengok depa pun tak buat bising kalau orang besar ada. Time orang kasi belajar ni belajar la betul-betul... kang pas tu jangan jadi cam orang dah terkeluar tu, macam Elliza dan Fuad menyesal tak habis-habis sebab tak beringat-ingat dalam akademi. Sekarang duok makan hati sebab saya rasa semakin lama mereka dok berkurung kat situ semakin banyak le sponsor yang datang menghulur benda free.

    CERITA DARI PATUNG
    Aktiviti ni kiranya nak mengeluarkan segala idea yang terperap dalam minda budak-budak tu. Sebenarnya, memang segala pergerakan kita dalam dunia ni mengikut skrip dari Tuhan. Kita yang aturkan tapi yang dah rancang dan plan sebenarnya datang dari Yang Maha Kuasa. Budak-budak u nampak cam memang punya idea yang bagus-bagus tapi ada jugak yang hampeh sebab ciplak idea orang pastu renovate balik supaya lebih power kononnya.

    Apa-apa pun saya cam geli hati dikit camna di Marsha ni siap sentuh dan alihkan tangan si Mawi masa Mawi buat macam patung tu. Ish geli den nak nengoknya ya. Tengok pada X-tended diari, rasanya bebudak pompuan pun dah tak nak guna Mawi dan Felix jadi penari back up atau pelakon tambahan persempahan depa. Macam Amylea ada cakap kat Ekin masa minggu lepas. Jangan kasi dua orang tu masuk awal sebab penonton akan bersorak dan perhatian lebih untuk dua orang ni. Faham-faham sajelah depa tu punya peminat berbillion dozen. Apa-apa sendiri mau ingat la beb...

    CAHAYA MATA MAWI
    Dah tentu aksi Mawi bergelek dalam tarian yang diajar oleh Cikgu Linda ini buat penonton tak sabar nak tengok. Tengok memang senang tapi bagi Mawi saya rasa dia mesti dah nak give up sebab banyak benda yang dia kena buat. Mana masa nak ingat step, mana masa nak kena ingat lirik Arab tu.

    Fuh tapi kalau Mawi kantoi sekali pun orang akan respek kat dia habis. Dan kalau katalah gelek Mawi tu keras cam kayu pun orang akan ketawa dan bersorak sebab sekali tengok memang gaya Mawi ni melucukan. tapi ada jugak yang kata sebaliknya... takde lucu apa pun si Mawi nih. So, benda ni subjektif. Terserah pada isu perut masing-masing. Yang den tahu, bagi den Mawi nih buat aku tak kering gusi tengok show dia. Stop!.

    p/s: Anda boleh layari fotopages saya untuk melihat gambar-gambar sepanjang paparan diari 12.00 tengahari. Sila klik atau layari http://malique22.fotopages.com/?entry=475013.




DjBaby
June 25, 2005   11:47 AM PDT
 
aku harap mawi terkeluar. keh kehkeh... aku suka giller kat mawi tue. sebab tue aku tak suka dia hanyut dan terbang dihembus sang bayu af. pastue plak menjadi umpan untuk mengaut keuntungan. wah... mau bonus 5 bulan gaji si rozi nie. kuarkan je lar dia. sian dia kalau terkuar awal pun, rezeki dia masih ada dengan maestro. kalau maestro takmoh, berderet orang menunggu. rezeki dia banyak!!! aura dia kuat!!!
elkapitan
June 24, 2005   10:07 AM PDT
 
Menarik:)
mazen
June 24, 2005   09:49 AM PDT
 
Malique nanti sampaikan salam Mazen ngan mawi, felix dan yazer ek. he he he... Ops...Ekin gak. Ekin tu comel mcm aku la....
|

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments








Previous Entry
HOME
Next Entry

Search celebrity, news, money?


Web budiey.blogdrive.com

My Sponsors



My Readers





Notification

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:






concept

More me:
  • Sensasi Selebriti
  • Photo Blog
  • Tips Lifestyle
  • Archieves
  • Money Blog

    Concept:
  • Entertainment Blog
  • Celebrities News
  • Gossips
  • Theater
  • Photo Events

    Version:
  • 2.0

    Official published:
  • 27 Jan 2004

    Best viewer:

    Internet Explorer
    1024 X 768



  • profile

    My stats
  • Malay
  • 179 cm
  • 75 kg
  • 1 Ogos 1976
  • Sentul Perdana
  • Kuala Lumpur
  • Penulis blog

    My Hobby
  • Watching TV
  • Reading
  • Surfing Internet
  • Writing
  • Travelling
  • Chatting
  • Teater
  • Music
  • Work out
  • Blogging
  • Hugging!

    My Colour
  • Maroon
  • Green
  • White

    My Gadget
  • HP Pavillion dv6000
  • Nokia Xpress Music
  • Camera Nikon D40
  • iPod 30GB

    My Hung Up
  • California Fitness
  • Pavilion
  • Coffee Bean
  • Dome
  • Secrets Recipes
  • Nandos

    My Place
  • Suria KLCC
  • Masjid Jamek
  • MidValley
  • Bukit Bintang
  • Istana Budaya
  • The Actors Studio
  • Rapid KL

    My Must See
  • Buletin Utama
  • American Idol
  • Extreem Makeover
  • Lost
  • Beat TV
  • Muzikdiria
  • CSI
  • Siri 24
  • Fear Factor
  • Survivor
  • The Apprentice
  • The Amazing Race
  • Oprah Winfrey
  • Trek Selebriti
  • Iklan!

    My Fav Radio
  • Hot.fm
  • Era.fm
  • Thr.fm
  • Hitz.fm
  • X-fresh

    My Fav Deejay
  • Farah Fauzana
  • Faizal Ismail
  • Nana

    My Hos
  • Fedtri Yahya
  • Nizal Mohammad
  • Karam Singh Walia

    My Fav Reporter
  • Farihad Shalla
  • Zubir
  • Zul Husni
  • Haswari

    My Lagenda
  • Dr. Usman Awang
  • P. Ramlee

    My Fav Film
  • Superman
  • Spiderman
  • Scream
  • Red Eye
  • The Shutter

    My Fav Singer
  • Sheila Majid
  • Jacklyn Victor
  • La Luna
  • Amr Diab
  • Nancy Ajram
  • Mike Indon Idol
  • Too Phat
  • Anuar Zain
  • Siti Nurhaliza
  • Dayang Nurfaizah
  • Rossa
  • Ning Baizura
  • Gareth Gates
  • Guy Sebastian
  • Linkin Park
  • Mawi AF3

    My Fav Actor
  • Afdlin Shauki
  • Saiful Apek
  • Ako Mustapha
  • Kiefer Sutherland
  • Tom Hank

    My Fav Actress
  • Maya Karin
  • Sofia Jane
  • Nasha Aziz
  • Cameron Diaz
  • Drew Barrymore



  • stats






    credits

    Blogdrive