AIDIL TANGGO SAMA EKINKali ini Ekin dan Aidil terpaksa melakukan pergerakan yang sukar dalam tarian mereka. Ekin terpaksa dipinggul dan dijulang oleh Aidil. Sesuai sangat sebab Ekin berbadan kecil molek memang senang diangkat oleh Aidil yang bertubuh sasa dan tegap. Tapi dah tentu kena berlatih betul-betul sebab kalau silap sikit boleh terkehel urat pinggang. Acara julang menjulang ini adalah untuk menjadikan persembahan Aidil lebih nampak dramatik masa bridge untuk lagunya.
FELIX BERGELEKNampak kelakar sangat masa Felix menari masa berlatih untuk lagu Aku Semut Merah. Memang wajib bagi Felix untuk bergoyang dan bergelek dalam lagu ini. Kalau tidak, tak sah kerana lagu ini sebuah lagu dangdut. Dari segi pemahaman lirik, lagu ini sebuah lagu yang sedih kerana perbedaan darjat antara dia dan orang yang dicintainya. Jadi attitude mesti lebih rendah diri kerana cinta tak diterima kerana kemiskinan dan hidupnya yang hina.
Ekspresi mesti dijana dengan betul kerana kalau silap ekspressi persembahan Felix akan menjadi seperti persembahan badut yang kelakar. Takut ini berlaku kerana aksi Felix selalunya menjadi bahan ketawa penonton. Ditambah lagi dengan gelek Felix yang keras macam kayu tu, lagilah buat kita akan ketawa sampai pecah perut.Dengan bantuan Cikgu E, Felix dapat menyusun segala pergerakan untuk menterjemahkan mesej lagu dengan betul dan sesuai.
Yazer pula berlatih tanpa sebarang muzik atau minus one untuk menyeragamkan tarian bersama penari latar. Sebenarnya, genre lagu untuk Yazer masih dalam kategori yang sama (soul rock) tapi melodinya yang lain iaitu lebih kepada irama etnik. Kalau vokal Papa Rock Ramli Sarip dapat dibawa dan diterima saya rasa sesuatu yang mudah bagi Yazer yang sudah ada imej rock yang sama.
Saya tidak faham mengapa pemilihan lagu untuk Yazer terlalu dimanjakan. Cabaran bagi Yazer mungkin dari segi lenggok joget dan menhafal step tarian. Selebihnya, gabungan kesemua elemen untuk menukarkan pattern lagu kepada sesuatu yang meriah.
Mawi juga turut menari untuk Yazer. Memang kelakarlah tengok Mawi joget... entahlah nak cakap macam apa... tapi nampak macam sesuatuh je.
REZA MENGADUMasa makan, Reza ada mengadu masalahnya kepada Cikgu Siti Hajar. Rasanya,sesuatu dah meletop masa kelas Cikgu Shahrul. Reza nampak sangat dah geram dengan kerenah adik-adiknya yang buat bising masa kelas Cikgu Shahrul lalu marah kat budak semua tu semua... tak kira lelaki dan perempuan, Semua pelajar bagi Reza sama je. Lepas marah tu, pelajar lain mulalah tunjuk muka mencuka dengan dia.
Reza kata dia dah takde mood dan mintak kita sama-sama keluarkan dia sebab dah tak tahan dengan perangai budak-budak tu. Dia pun ada cakap yang orang luar akan cakap dia pelajar paling jahat... padahal kita orang luar tak tahu apa yang sebenar berlaku. So, tunggu apa lagi... keluarkan Reza? Terserahlah pada anda...
KELAS SITI HAJARMengikut Cikgu Siti Hajar, sebelum menghafal lirik atau sebelum mendapat lagu, pelajar mesti mendengar dan mengenali melodi dahulu. Mereka perlu belajar dari saranan atau cara asas dengan mengambil melodi yang tiada lirik langsung untuk diprojek dalam fikiran. Dapatkan melodi lagu yang ingin dinyanyikan barulah proses yang lain diseragamkan seperti menghafal lirik dan cara persemabahan.
Teknik pernafasan juga perlu diset dan ini sudah pun diajar. Masalahnya mereka perlu berlatih untuk menjaga stamina agar lebih konsisten. Untuk mengelakkan dari tercungap-cungap, cara terbaik adalah dengan menyanyi sambil melompat atau berlari.
Kawalan pernafasan breathing support masa menyanyi juga penting. Cara pembukaan mulut (bukan secara besar tapi lebih rileks juga berkait rapat dengan cara pernafasan. Dengan melalui cara pembelajaran yang betul, matlamat untuk melahirkan penghibur akan tercapai. Matlamat AF ialah ingin melahirkan penghibur yang berilmu (ilmu vokal) yang diaplikasikan di pentas dan diserikan dengan persembahan tarian. Dengan kata lain dapat menyanyi dan dalam masa yang sama dapat menari dengan baik. Itu sahaja.
Ada orang mengatakan kepada Cikgu Siti Hajar yang mengapa susah-susah untuk mengajar mereka ilmu vokal sedangkan lepas habis akademi mereka akan gunakan miming je. Rasanya jarang dah orang akan buat miming di pentas. Kecuali masa buat video klip je.
Marsha susah untuk mengawal ekpresi wajahnya yang kelihatan gatal dan menggoda. Untuk lagu 'Tunggu Sekejap ini, Marsha perlu lebihkan ekspresi 'merayu'bukan menggoda atau gatal sebagaimana yang dibuat pada persembahan sebelum ini.
MAWI SUSAH MENGHAFALMawi pula mempunyai masalah untuk menghafal lagu Arabnya. Rasanya bukan susah sangat sebab Mawi sudah ada basic Arab. Dah hafal Quran takkan tak leh nak hafal serangkap lagu Arab... bahasa yang sama tapi benda yang berbeza. Lagi pun mengikut Cikgu Siti, bukan banyak pun. Cuma sikit sahaja part yang perlu dihafal. Saje je tu nak cari simpati penonton.
REZA KENA BASUHTidak kiralah banyak mana kebaikan yang mereka buat dalam akademi tapi dengan hanya paparan 5 minit di kaca TV dapat merubah tanggapan penonton. Hilang segala yang baik dan timbul yang tak elok pasal pelajar. Memang tabiat manusia dalam dunia ni yang hanya pandai mengadili sesuatu dengan kaca mata luaran atau zahiriah seseorang. Kita sebagai penonton hanya mengadili attitude mereka dengan hanya menonton siaran diari yang dah diedit dari 12 jam menjadi 5 minit. Adalah menjadi satu ketidak-adilan sekiranya paparan seseorang pelajar itu hanya menonjolkan perspektif yang negatif sahaja.

Bagi saya itu adalah satu penganiyaan kerana kesannya bukan hanya setitik tapi mencemarkan imej keseluruhan. Ianya melibatkan sentimen dan perasaan penonton yang menanam satu tanggapan yang berkekalan di minda mereka. Suka saya mengambil contoh kes Reza, budak opocot nih. Tidak cukup dengan paparan minggu lepas, yang mana kita sedia maklum sikap Reza tidak disenangi oleh Idayu dan Amylea. Dan minggu ini kita disogokkan lagi dengan paparan terbaru dimana Reza mengadu masalahnya kepada Puan Siti Hajar dan selepas itu dibasuh oleh Puan Fatimah. Dalam perbualan tersebut terdapat beberapa statement yang boleh menimbulkan isu atau kontroversi.
Antara isu yang boleh timbul ialah Reza akan dikatakan tidak cuba menjadi dirinya sendiri atau dalam istilah lain, dia HIPOKRIT! Contohnya, statement Reza semalam sebenarnya menjawab beberapa pergolakan minggu lalu. Apakah pandangan anda masa mendengar pengakuan Reza di hadapan Puan Fatimah, lebih kurang dia cakap macam ni:
"Saya nak hu ha hu ha.. tak boleh jugak, nanti orang kat luar kata... Umur dah tua tapi perangai macam budak-budak.. kan? Tak best jugak kan?" Sekali Reza cakap macam tu dah sah dah yang Reza tidak menonjol dirinya sendiri. Samada dia dikatakan hipokrit atau cuba control perasaan untuk tidak bertindak seperti perangai remaja biasa yang galak dan ceria. Reza kena tahu yang dia belum lagi tua... dia masih macam budak-budak remaja yang lain dan rasanya tak salah Reza just tunjukkan sikapnya yang sebenar. Tidak semestinya pelajar paling senior dalam akademi tidak boleh buat hu ha hu ha...
Mengapa Reza menjadi terlalu sebegitu serius dengan budak-budak perempuan? Faktor utama, sebab Reza mempunyai latar belakang keluarga yang kesemua adik beradiknya lelaki. Reza tidak tahu bagaimana cara untuk mengendalikan situasi tersebut atau dalam kata lain menyesuaikan dirinya dengan jiwa budak-budak perempuan yang suka sangat berbual dan ketawa masa dalam kelas.
Reza tidak cuba faham hati dan perasaan mereka, kehendak mereka yang ...of course happy go lucky sehingga tak tahu nak diam masa cikgu mengajar dalam kelas. Tapi saya rasa kalau nak dibandingkan pencapaian Reza dengan budak-budak lain, memang jauh panggang dari api.
Rasanya Reza patut bawa diri dia elok-elok. Belajar betul-betul bukan nak jaga disiplin mereka kerana itu bukan tugas dia. Reza tak sepatutnya menjadikan title PELAJAR PALING SENIOR sebagai satu tanggungjawab yang membebankan. Tak perlu untuk melarang depa tu buat bising dalam kelas. Lantak diorang lah nak buat bising pun. Reza patut bawa diri dia dahulu sebelum dapat bawa orang lain.
Sekarang dia dah ketinggalan dari segi attitude dan prestasi. Yang teruknya, kesilapan yang Reza lakukan selama ini membibitkan kepada suasana yang tak menyenangkan. Jauh sekali untuk menjadikan Reza sebagai seorang role model kepada adik-adiknya. Mungkin ini akan satu petanda perkara buruk akan berlaku dan Reza terpaksa mengusung beg keluar dari akademi hujung minggu ini?
Tindakan Reza selepas ni... dia tak nak lagi lebih-lebih menasihati adik-adiknya. Tak nak jadi ketua dalam meeting dan terpaksa sabar dengan kerenah budak-budak tu. Bukan nak lepas tangan untuk jadi ketua tapisekadar jalankan tugasnya sebagai ketua dan kalau mereka tak nak dengar, itu lantak depa lah!
DIET, PENAJA DAN BERAT BADANMereka diberikan bungkusan hadiah sebelum makan tengahari oleh Hasrul. Ingatkan hadiah ayam goreng dari KFC ke, Mc D ke tapi rupa-rupanya slimming pil dari Sendayu Tinggi. Semua pelajar yang berat badannya naik dapat sorang satu kecuali Reza dan Amylea sahaja yang tak dapat sebab berat badan mereka maintan.
Pil yang diberikan kononnya dapat mengurangkan berat badan dan kita tengoklah setakat mana berat mereka dapat dikurangkan nanti. Berat Yazer 73kg dan kena turun 5 kg. Idayu 57kg kena turun 5kg. Aidil dulunya 63 kg naik ke 66kg so kena turun sebanyak 3 kg. (ala sekejap je... 2 hari je boleh kurus... itu cakap Puan Siti Hajar). Amy pula kena 4kg. Felix 51-54kg. Mawi 55-56kg kena turunkan 1 kg sahaja.marsha 48-50kg. Kefli kena turun 2 kg.
Sebagai bonus Reza dan Amylea merasmikan makanan tengahri dan yang lain kena makan ubat dulu, 30 minit lepas tu baru yang lain boleh makan. Tapi yang peliknya, berat mereka tu naikan begitu cepat sekali... apa yang mereka makan sampai macam tu sekali. Dahlah kat dalam tu siap dengan alat senaman macam-macam... ?
KENENG-KENENG IDAYU NGAN MAWI... SESUAI KE?Ketika sama-sama membasuh pinggan, Kefli telah bertanya pendapat Idayu tentang Mawi. Mulanya, dia bertanyakan pendapat Idayu kalau-kalau Mawi jadi boyfriend Idayu... Idayu nak ke tak nak? Idayu pun macam dah sedar yang semua pertanyaan ini datang dari Hasrul. Saya dah cakap dari dulu lagi yang Hasrul tu tukang korek rahsia.
Kali ini Hasrul menugaskan Kefli sebagai orang perantaraan untuk mengorek rahsia hati Idayu. Bunyi macam nak keneng-kenengkan Idayu dengan Si Mawi. Sesuai ke? Ish... tak sesuai langsung Idayu dan si Mawi tu. Saya rasa AF musim ini kekeringan idea untuk mencipta skrip percintaan sesama pelajar. Sebelum ini, kita dengar si Aznil nak keneng-kenengkan Si Ekin dan Yazer tapi episod itu telah tamat sekerat jalan.
Kalau nak dibezakan dengan AF1 dan AF2, AF kali ini yang paling susah untuk menjadikan satu program yang realistik. Semuanya plastik dan terlalu bergantung kepada perancangan produksi. Untuk buat scene keneng-keneng pun kena 'upah'pelajar ke? Sekarang, saya cuma nak cakap yang Idayu dan Mawi tu tak padan langsung dan tak sesuai. Mawi pun dah cakap yang wanita idamannya MESTI bertudung. So, kalau nak kaitkan Idayu yang berasal dari Kelantan (negeri yang dalam pemerintahan PAS) dengan keislamikan Mawi... memang itu jauh sekali.
Yang menariknya, gaya si Kefli mengugut si Idayu untuk mengaku sesuatu memang poyo ... seolah-olah kalau tak mengaku, Si Idayu akan menyesal. Bagi Idayu memang takde maknanya nak padankan dia ngan Mawi. Dan apa yang Idayu dah cakap pada minggu lepas kat Kefli pasal Mawi? Itu yang jadi rahsia lagi...saya pun tak tahu...tanya Idayu pun memang Idayu tak tahu apa yang dia dah cakap kat Kefli. Mungkin dia tak ingat atau mungkin dia buat-buat tak ingat. Atau mungkin Idayu ada cakap kat Kefli..."Mmm... syoknya jadi boypren si Mawi nih... dahlah bakal juara AF.. dapat rumah lak tuh... best!"
p/s: Anda boleh layari fotopages saya untuk melihat gambar-gambar sepanjang paparan diari 12.00 tengahari. Sila klik atau layari
http://malique22.fotopages.com/?entry=475013.