KEZUTAN DI PAGI AHADKedatangan bintang bekas vokalis M2M ini mungkin mengejutkan atau mungkin tidak bagi pelajar. Mungkin depa tu terkejut sebab payah jugak nak dapatkan artis antarabangsa bertandang di akademi. Selama AF bersiaran sejak 2 tahun yang lalu, memang ada artis luar datang tapi setakat dari negara jiran sahaja. Atau mungkin bagi mereka biasa saje sebab dalam kepala mereka sudah diprogramkan bahawa sepanjang minggu akan ada selebriti yang datang melawat menghulurkan aura atau buah tangan.
Alamak, macam depa tu dok dalam hospital la pulak, nak kena kasi buah tangan. Sebenarnya, saya pun tak kenal siapa penyanyi ini tapi dia ni terkenal sebagai vokalis M2M. Apa tah nama dia. Maklumlah tiada mengikuti sangat cerita selebriti dari luar. Tapi saya rasa semua baki pelajar yang ada terhibur dengan nyanyian sambil bermain gitar dari penyanyi ini. Dan yang penting mereka dicurahkan dengan ilmu yang berguna berdasarkan pengalaman dan ilmu yang terbuku di dada.
HUJAN & BARBEQUE DALAM AKADEMISebenarnya, ni lah paparan pertama. Yang kezutan artis international tu cuma paparan masa diari tengahari. Sepatutnya ada entri gambar depa yang nak kena upload kat Fotopages Malique tapi server fotopages lak buat hal. Tak dapek den nak nolongnya. Mmm macam tu la jugak nasib depa nih. Ingat nak lak jugak keluar menghirup dan mengecapi suasana kat luar sana tapi hajat mereka tak kesampaian kerana hujan. Tulah orang cakap, ku sangka hujan ditengahari rupanya sampai ke petang. Eh betul ke pepatah nih?
Jadi, untuk lepaskan tekanan konsert lepas, mereka pun terpaksa buat barbeque dalam rumah. Padan ngan muka... huk huk huk....
AMYLEA POTONG JARIBudak Amylea nih, aku geram betul. Takde benda lain nak dipotongnya. Nak potong lobak merah tapi pegi potong jari tu buat apa. Kang dah kena. Nasib baik tak putus terus. Jadi sejarah nanti Amylea pelajar pertama masuk hospital dan pelajar pertama kudung jari. Nasib baik ada cikgu Fattimah yang tolong legakan dan kasi Amylea tak panik sangat. Aku rasa Amylea ni tak pernah masak kat rumah. Maklum jela dia kan nampak macam manja... anak abah katakan!
Kalau takde benda sangat nak potong tu... tuh rambut awak yang panjang macam pontianak tu! Pergi potong kasi pendek sikit biar paras bahu. Dan kalau nak kasi lagi ayu pergi buat teknik rebonding ...kasi lurus macam rambut Yazer tu. Ni rambut Yazer yang kononnya rock tu lak yang macam gadis Melayu. Ops sori terlepas cakap.
Kalau aku jadi famili Amylea nih mesti risau giler tengok paparan nih. Mana taknya mestila sebab Amylea kata dia terhiris sampai terbelah dua... heheh tapi takde la sampai terputus...Kesian tengok dia menangis lepas tu Ekin teman dia pergi klinik. Kat Klinik, jari dia kena jahit. Selasa ni kena pergi klinik untuk buka jahitan. Harap takde la bernanah lebih-lebih... Aiya... budak nih macam-macam hal laa... takde kerja cari kerja. Pasti si Ekin tu nampak nak intreprem la pulak masa Amylea berucap depan kamera melaporkan tragedi terpotong jari.
BERAT NAIK MUNTAH KEDARAHLepas makan barbeque depa pun kena timbang berat macam biasa la hari Ahad. Berat Mawi 56 kg. Ringan lagi tu... dia kan kurus keding body macam Kaer. Katanya naik 1 kilogram. Tak tahu la Mawi makan apa sampai naik. Ala biasala, kalau duk akademi nih memang mewah dengan masakan yang sedap dan santapan istana (eh ni dah iklan Adabi nih). Reza yang dah bisu tu masih ringan dengan 50 kg. Kefli 52 kg. Aidil 65 kg. Si Felix tu beratnya 64 kg. Yazer 73 kg. Amylea 42 kg. Amy 57 kg. Ekin 43 kg. Marsha pulak 50 kg. Fuh! tak sangka body kecik pun berat tu mengalah orang lelaki.
LAGU TUGASAN MINGGU KE - 4Ada lagu yang jadi porte depa dan ada yang tidak. Kesusahan untuk lagu yang mungkin mencabar vokal dan keupayaan mereka pastinya akan menjadi perhatian kita. Samada berjaya atau tidak, terserah pada usaha mereka. Ada sesetengah pelajar yang memandang remeh pada lagu yang senang dan yang selalu didendangkan mereka. Bagi mereka lagu itu tidak terlalu mencabar sedangkan mereka patut menggandakan usaha. Bukan mengambil sikap acuh tak acuh dan sambil lewa. Akhirnya, menjerat diri dan memakan diri sendiri sehingga terseret keluar dari akademi.
Tapi jangan bimbang, samada berjaya atau tidak bukan itu yang menjadi perhatian penonton. Bagi penonton, mereka lebih suka menilai attitude atau perangai mereka dalam akademi. Kalau berbakat dan bersuara hebat tapi perangai buruk... jangan harap nak dapat sokongan pengundi.
IDAYU - TIADA TANGIS LAGI (AISHAH)
FELIX - AKU SEMUT MERAH(MERCY'S)
AMYLEA - DONT KNOW WHY (NORAH JONES)
REZA - SENANDUNG SEMALAM (JAMAL ABDILLAH)
MARSHA - TUNGGU SEKEJAP (P. RAMLEE)
KEFLI - SEKSA (UKAYS)
AKMA - LOVE (NATALIE COLE)
AIDIL - SURATAN ATAU KEBETULAN (KENNY REMY MARTIN)
EKIN - ANTARA DUA (FARAH AF2)
MAWI - NUR'UL AIN (ARM DIAB)
YAZER - NYANYIAN SERAMBI (RAMLI SARIP)
AMY - BILANG SAJA (AGNES MONICA)
PENILAIAN TENAGA PENGAJARMarsha yang banyak kelemahan digodam habis-habisan. Mana taknya, saya rasa suara Marsha yang tenggelam timbul itu menjadikan shownya dan pencapaiannya kini menjunam turun. Kalau dah tahu lagu tu bukan porte, gandakan usaha dan kenal pasti apa kelemahan yang patut ditampung.
Rasanya kalau nak dibandinngkan dengan persembahan budak-budak Mentor tu... depa tu lagi power.. power rangers! Entahlah nak cakap camna. Depa tu lagi la duk kat luar sana bukan kena kurung macam budak AF nih. Budak AF ni dikurung dan saya rasa 24 jam memang difokuskan untuk persembahan dan pembelajaran. Perkara-perkara yang selain itu tak dibenarkan masuk.

Cikgu E macam nak marah sebab Marsha banyak beralasan pasal silap step. Situasi Marsha mengingatkan kepada kata-kata nak fokuskan kepada step tarian, lirik lagu pula yang tak dapat tangkap. Apabila dia nak tangkap lirik, step tarian pulak yang tempang. Jadi, bagi saya Marsha kena belajar bagaimana nak fokuskan kepada semua elemen. Konsentrasi penting dan buang segala rasa negatif dan unsur-unsur yang tak sepatutnya datang masa buat persembahan.
Bisnes atas pentas tu patut dipikul sebagai satu tanggungjawab.
Lenggok dan tempo harus dijaga oleh Aidil kerana kurang konsentrasi. Teragak-agak membawa tempo dan terlalu gopoh dalam kawalan vokal. Suara serak dan husky Aidil tu nampak lebih baik untuk lagu ini. Cikgu Marlia pula sebenarnya dah ingatkan Aidil pasal kemungkinan ada basikal atau apa-apa elemen yang menjadi kejutan. Sayang, Aidil tak pandai nak guna beg dan basikal. Sebenarnya itu satu ujian sejauh mana pelajar bersyukur dan terima apa yang diberikan.
Amy yang semput disedari oleh Cikgu Adnan yang keadaan semput Amy tak sepatutnya terjadi sebab lagu tersebut bukannya rancak macam lagu Anita Sarawak. Kalau vokal dimantapkan lagi, mungkin persembahan akan lebih power.

Sebaliknya Amy dipuji oleh Cikgu Linda Jasmine dan dia rasa bangga dengan Amy kerana berjaya buat yang terbaik. Bukan senang sebab cabaran memang terlalu payah untuk orang yang baru nak bertatih. Lagu Asmaradana adalah bukan porte Amy dan dapat pulak skirt macam tudung saji tu, dan kena dancing sambil menyanyi... satu kerja yang mencabar kononnya.
Yazer ditegur oleh M. Nasir yang mengatakan lagu itu punya lenggok yang mudah. Semudah ABC dan melodi yang basic untuk lagu slow yang penuh jiwa-jiwa. Tapi dek kerana Yazer memandang terlalu negatif sangat hingga menukar persepsi bahawa lagu tu agak berat untuk dipikul. Untuk memudahkan lagi, tumpuan harus diberikan kepada kemahiran teknik menyanyi, bagaimana melakukan dinamik dan momentum. Ketiga-tiga elemen ini perlu dilebihkan oleh Yazer.