[---~*Enter-tainment Blog*~---]
Firefox NEW Firefox 2.0 released!



Previous Entry
REFRESH THIS BLOG
Next Entry

Time to move on



My blog has been revamped into the fresher, snazzier 'Sensasi Selebriti'.

You are cordially invited to grace your presence at the new blog. Click here


www.budiey.com






Sunday, June 19, 2005

    KONSERT AKADEMI FANTASIA 3: MINGGU KETIGA


    KEPUTUSAN UNDIAN SEBELUM PERSEMBAHAN
    Bagai yang dijangka, kedudukan masih lagi berpihak kepada Mawi dan Felix. Ianya bertapak kukuh dari awal lagi hingga ke saat bermula konsert. Sukar untuk merobohkan benteng pertahanan dua pak lawak ini yang nyatanya kian merasuk dan meraja dalam hati peminat mereka.

    Ombak tsuMawi yang deras bisa membuat orang tertentu akan takjub sebagaimana M. Nasir yang takjub dan pelik dengan pengaruh Mawi. Felix yang 'kurang feeling' juga tidak punya masalah besar untuk membawa diri kerana beliau cukup disenangi. Kenyataan harus ditelan, realiti bagaikan merelakan ianya terjadi... Apakah dengan sokongan yang tiada tolak banding ini, mereka berdua akan tetap beraja di hati peminat hingga ke kemuncak final?

    Andai itu yang ditakdirkan, pastinya rekod untuk melihat juara milik sang wanita tidak kesampaian. Saya terkejut dengan tempat ketiga yang mulanya disandang oleh Idayu dirampas secara senyap oleh Fuad. Kedudukan yang begitu melegakan bagi Fuad dan ini juga dibiarkan sepi oleh peminatnya untuk berhenti mengundi. Sekadar cukup selesa walaupun hanya 5%.

    Faktor kedua, adanya satu kumpulan peminat yang tidak sanggup melihat pelajar tercorot. Golongan yang kita namakan penyelamat 'RESCUE 32999' ini sedaya upaya menaikan peratusan pelajar tersebut dan ironinya pelajar yang berada paling bawah (Reza dan Kefli) sebenarnya yang menghela nafas lega. Seterusnya, sedikit sebanyak mengucar kacirkan percaturan.

    1. Mawi 24%
    2. Felix 21%
    3. Fuad 5%
    4. Idayu 5%
    5. Marsha 5%
    6. Amy 5%
    7. Ekin 5%
    8. Akma 5%
    9. Aidil 5%
    10. Yazer 5%
    11. Amylea 5%
    12. Kefli 5%
    13. Reza 5%

    PENGKRITIK PROFESSIONAL
    1. Kudsia Kahar
    Masih tak berubah, gaya Double K macam biasa. Mengkritik cuma 20% dan selebihnya cuma memuji dan mengulas benda yang remeh temeh. Kekadang yang saya meluat sangat, dia terlalu menjunjung bakat pelajar setinggi gunung. Saya takut tak terdaki oleh pelajar tersebut. Tak salah kalau nak kasi harapan tapi biarlah bertempat. Nanti terlampau tinggi berharap, kelak harapan budak tu tak kesampaian... tak ke naya?

    2. Saharudin Mohd Musthafa
    Wartawan yang pernah mengikuti Siti di London ini cukup peramah dan dia terkenal dengan tulisannya yang cukup kritis di akhbar Kosmo. Dia sudah tentu rapat dengan kenalan Malique yang juga menyandang jawatan yang sama tapi dah lupa diri, sombong KEKWAT nak mampos tu dan tak mengaku kawan!!! Mentang-mentang dah jadi wartawan KOSMO dah tak kenal kenalan lama. Maaf, saya tidak baca akhbar Kosmo kerana saya BENCI manusia yang sombong!!! Patut ke aku ceritakan benda tu kat sini. Tapi ikut suka hati aku sebab ini blog aku yang punya.

    Saya suka sangat kalau kerusi Saharudin panas dengan kritikan yang sinikal. Tetapi malangnya tak banyak yang berkesan. Malah dia banyak memuji pelajar. Selebihnya, tak silap saya, 2 kali iaitu masa show Aidil dan Akma, Saharudin menyebut tentang X-faktor persembahan pelajar itu dapat melariskan akhbar dan majalah. Seolah dia dijemput untuk memerhati pelajar mana yang laris dan pelajar mana yang tidak.

    3. Afdlin Shauki
    Tugas untuk mengkritik tentang persembahan vokal dilunaskan dengan penuh hemat dari Afdlin. Ditambah dengan sedikit jenaka, memang buat orang ketawa. Entahlah, saya rasa kalau lebih sinikal dan secara telus mungkin dapat menyedarkan pelajar tentang kesilapan mereka. Mungkin ada garis panduan tertentu untuk pengkritik saya pun tak tahu.

    KOMEN MALIQUE
    1. MARSHA - LELAKI IDAMAN (MELLY GOESLOW)
    Selalunya giliran pertama agak menggerunkan pelajar kerana menjadi orang pertama sebagai pemanas pentas. Minggu lepas, persembahan pemanas Idayu tidak cukup berapi. Minggu ini giliran si gadis manja nampaknya menyedut perhatian penonton dengan lagu up tempo dari Seberang. Sayang sekali kesilapan teknikal banyak menggangu saya. Ironinya, suara Marsha tak kedengaran pada intro lagu kerana masalah audio dari mikrofon.

    Cabaran lagu ini banyak tertumpu pada kawalan pernafasan dan keseimbangan pada lafaz bait-bait kata yang mesti jelas disebut. Suara Marsha mudah tenggelam kerana beat bass yang kuat. Marsha sepatutnya gagahkan suara untuk melawan bunyi kuat bass dalam lagu ini. Ada part, Marsha membiarkan ruang kosong tanpa nyanyian. Masa nak ke bridge, dia cuai dan leka hingga buat silap dengan menyanyi oh lelaki idaman yang tak sepatutnya dinyanyikan. Terlupa tempo, lirik atau kepenatan? Cakap pasal terlupa lirik, masa bridge Aksinya yang menggoda tak dilupakan sebagai perencah utama. Bagi saya, Marsha akan menang dalam bab keseksiannya tapi akan kalah dalam penjanaan tenaga dalam vokalnya. Saya paling suka tengok mata bulat Marsha berkelip manja.

    Kudsia:Kesilapan anda sikit je tapi benda macam tu senang je kalau pandai cover. Kalau terlebih lirik tu masalah kecil je. Saya suka dengan persembahan anda. Penuh dgn keyakinan dan sangat MENGGIURKAN!
    Saharudin : Lagu ini sesuai dengan vokal kamu tapi saya rasa performance kamu boleh jadi lebih dinamik lagi kalau kamu tumpukan kepada aspek tarian kerana ada sedikit hambar kerana tak dinamik.
    Afdlin Shauki :Yang penting bagi saya adalah menjiwai lagu itu. Performer mesti selalu on penggunaan pentas. Suara awak bagus dan rupa juga bagus.

    2. AIDIL - NAK DARA MERINDU
    Elemen environment yang realistik diterapkan untuk show Aidil. Satu idea yang bernas dalam mencipta gimik untuk menarik penonton terutama menghidupkan kembali zaman dulu kala. Aidil diterapikan dengan membayangkan suasana zaman hitam putih itu. Seluarnya diangkat sikit. Ditukar propnya dengan latar gambar bulan mengambang, basikal tua dan tidak dilupa beg lama yang lusuh. Tapi sedarkah anda yang Aidil tak pandai menggunakan prop tersebut malah membiarkan beg dan basikal itu sepi tanpa disentuh pun. Tak banyak melihat kamera dan kurang senyum buat Aidil terlalu serius!

    Yang mengejutkan pertama kali dalam sejarah AF, kita dapat saksikan layar hitam putih yang merekah-rekah putih tanda filem klasik zaman P. Ramlee. Tapi gaya merekahnya terlalu over. Elemen ini sengaja dicipta untuk memudahkan penghayatan Aidil dan nampaknya dipergunakan oleh bekas pramugara ini dengan sepenuhnya. Vokal Aidil mengikut rentak slow lagu ini kekadang yang mengantuk akan terus berdengkur. Terbuai dengan nyanyian dodoi. Gaya bahasa badan dan ekspresi dihalusi agar tidak terlalu kebanjiran.

    Kudsia: Saya tahu lagu ini membawa banyak cabaran kepada sesiapa pun. Anda mencubanya dan tak complain masa dapat lagu ni. Awak pandai menjiwai lagu. Skrin hitam putih tadi memang efektif.
    Saharudin: Inilah faktor yang boleh menjual surat khabar kitorang. Ada elemen seorang bintang. Kalau lebih menghayati lagu ini, ia akan lebih berkesan.
    Afdlin Shauki: Penjiwaan lagu itu penting. Dia mesti pandang bulan, orang dan semua. Persembahan vokal agak selamat kerana tak cuba not yang tinggi. Awak melencong ke bawah untuk mengambil not yang lebih selamat. Senyum biar lebih sikit.

    3. AMY - ASMARADANA (TIARA JACQUELINA)
    Saya tertanya mengapa Amy diberi pakaian seperti skirt goboh yang menghalang saya melihat pergerakan kakinya. Sia-sia je berlatih sebab usaha Amy tak nampak oleh penonton. Kesian sungguh, tarian puteri Amy hilang umpphhh kerana outfit yang tak sesuai. Pembawaan watak PGL nampak 'over' tapi memang itulah gayanya yang sebenar. Gaya tarian Amy banyak menggunakan pergerakan tangan yang tidak natural.

    Ekspresi wajah memang pelbagai tapi kenapa tak banyak senyum? Mata Amy nampak seperti orang sedang bercerita itu terlalu kerap menjeling. Begitu tajam menusuk lensa kamera. Jelingannya kekadang bertukar watak seperti pontianak sebagaimana kata Afdlin. Vokal bernada rendahnya cukup stabil kerana tidak banyak ounament atau lenggok yang dibuat. Fikiran Amy terlalu tertumpu pada tarian bukan pada vokal.

    Kudsia :Banyak berlatih dgn cermin and it works. When you work hard. Memang persembahan anda penuh keyakinan.
    Saharudin : Persembahan awak biasa sahaja. Tetapi kagum dengan usaha awak terutama lirikan mata dan komunikasi dengan audien.
    Afdlin Shauki : Satu persembahan yang agak baik kerana kena jaga semua benda. Lagu ini memang susah. Pergerakan lagu itu penting. Pergerakan anda macam lawan lagu tu.

    4. REZA - MUNGKIN NANTI (PETERPAN)
    Lagu ini menjadi penentu untuk mengembalikan kepercayaan orang kepadanya. Berbanding dengan persembahan minggu lepas, saya rasa Reza ada peningkatan. Saya faham apa motif yang diinginkan Reza. Sempoi tapi nak kasi meletop. Untuk show ini, Reza ingin menyerlahkan momentum persembahan yang menaik secara tidak terlalu drastik. Sayangnya, klimaks yang tak berapa meletop sebab Reza tak all out! Dia cuma berjaya untuk tampil sempoi dengan tidak banyak bergerak dan mencipta momentum yang terus naik secara perlahan. Ada part, vokal Reza kedengaran dari hidung. Sengau sedikit dan ada pitching lari sikit.

    Kudsia :Anda boleh bawa lagu dengan cukup efektif tapi anda harus berani. Jangan takut hanya buat benda yang maintan, pandang kamera dan jeling macam Marsha (Motif?) Apakah anda tak dibenarkan turun dari pentas atau macamana? Well do it. Kalau ajak audien tepuk tangan pun tak salah!
    Saharudin : Cool dan saya enjoy dengan persembahan awak. Keep it up good work dan awak ada komunikasi dengan audien.
    Afdlin Shauki : Dari persembahan vokal ada pitchy di beberapa tempat. Lagu ini lagu band dan kalau anda terlalu sempoi buat orang ingin mengalih ke band lain. Awak mesti guna pendekatan lain untuk menarik penonton.

    5. YAZER - SUATU MASA (M. NASIR)
    Gurauan pencetus kerisauan dari Aznil mungkin menyedarkan Yazer untuk lakukan yang terbaik. Saya paling suka dengan cara aura lagu ini dikeluarkan oleh Yazer. Dengan pancaran lighting solo yang hanya menfokuskan kepada Yazer nampak berkesan. Penonton tak nampak orang lain selain Yazer yang hanya berdiri. Tapi baju denim Yazer yang koyak di kedua hujung bahu itu tak sesuai untuk lagu ini. Mentang-mentang Yazer berimej rock rasa saya tak salah untuk tukar selera untuk mencuba berikan kot hitam. Nampak kemas sikit.

    Dari segi vokal, Yazer berjaya membawa nada tinggi dengan baik tapi dia gagal masa nada rendah. Sebab tak dengar jelas di telinga masa intro dia macam 'terkehel' sikit sebab suaranya terlalu perlahan. Tapi saya rasa cara nyanyian Yazer seakan dilewatkan 2 beat dan dipercepatkan untuk dapat not masa buat improvisasi di part Entahkan kaurasakan apa yang kurasa. Camna nak cakap ek... tapi itulah saya rasa samada dia sengaja buat begitu atau tidak dapat mendengar muzik dengan baik. Suara husky, serak basahnya nampak a little bit shacky. Sayang sekali improvisasi untuk penambah selera lagu Sifoo ini tidak cukup. Patut Yazer menambah adlib pada penghujung lagu ini. Apapun, suka gaya ending Yazer yang menjeling dan tercungap sikit melepaskan geram barangkali.

    Kudsia: Saya suka dengan persembahan awak dan tiada benda yang saya rasa yang kena bagi kritikan. Cuma SATU je (la tadi kata takde?), ending tu perlu lebih bigger.
    Saharudin: Takde apa yang digusarkan. Penghayatan yang bagus. Saya suka.
    Afdlin Shauki: Persembahan yang terbaik saya nampak malam ni. Seorang penyanyi yang bagus yang menyanyi lagu orang, dan saya tak tahu siapa yang nyanyi lagu tu. Penghayatan lagu baik. Fokus hilang sikit.

    6. KEFLI - KEINDAHAN PANTAI (KRISTAL)
    Cermin mata Allahyarham M. Shariff diberi sebagai penyuntik semangat Kefli. Tapi kalau spek tu dah ada power, mungkin boleh buat dia pengsan kerana pening kepala. Show Kefli nampak meriah sangat kerana menggunakan tenaga semua rakannya sebagai penari. Harus diingat penampilan tambahan itu terutamanya Mawi dan Felix dapat mencuri tumpuan penonton.

    Audien nampak terhibur dengan gaya Kefli buat gaya 'terjunan' dan aksi menjulangnya. Ketawa dan sorakan riuh kedengaran untuk Kefli. Tapi sayang, Kefli tak berjaya untuk mengajak penonton bangun untuk turut menari sama. Vokal Kefli sebenarnya TERUK kerana dia semput sebab hilang stamina. Intro pun dah kantoi! Dahlah nampak hilang nafas, pitching nya lari juga bertempiaran. Tambah cacat bila kedengaran bunyi gangguan suara "Marsha buat salah" datang dari Amy buat saya tertanya mengapa mic nya dikuatkan?

    Kudsia :Satu persembahan yang bertenaga. Kalau ajak penonton menari, diorang akan turun menari. Berkesan penuh dengan kedengaran.
    Saharudin: Kamu agak bertuah kerana datang dengan pakej tersendiri. Personaliti menarik, boleh menyanyi dan menari. Takde masalah untuk anda jadi bintang selepas ini.
    Afdlin Shauki : Saya disuruh perhatikan vokal. Pada saya vokal anda perlu diperbaiki. Tapi you have fun dengan show awak.

    7. AMYLEA - ANGGAPANMU (ZIANA ZAIN)
    VT dimana Amylea buat confirmation yang semua budak lelaki tak sukakan dia, buat saya bertambah geram dengan mereka. Kesian tengok Amylea kena benci. Mengapa Amylea tak disenangi menjadi satu persoalan yang tak dapat dijawab kerana pada saya dia budak yang baik.

    Vokal Amylea dibawa dengan pernafasan yang stabil. Perbedaan yang ketara dari persembahan minggu yang lalu, minggu ini ekpressi wajahnya 'masuk cocok' dengan mesej lagu. Penjiwaan yang ketara sedihnya. Dia versatile tapi sayang, saya masih tercari imejnya yang kurang menjelma dalam lagu ini. Cuma sebutan Amylea memang macam selalunya lebih kepada slang mat salleh sikit. Tapi lenggok yang digunakan, rasanya 90% dicedok dari penyanyi asal, Ziana Zain. Lagi satu, vokalnya tiada dinamik dan tidak terlalu tinggi seperti penyanyi asal kerana diturunkan satu key mungkin.

    Kudsia: Kami sangat-sangat memerlukan anda untuk menjadi artis. Suara anda tak perlu dirisaukan.
    Saharudin: Saya tak tahu kuasa yang menarik saya untuk menonton persembahan anda dari awal hingga akhir. Persembahan konsisten dan lebih bagus.
    Afdlin Shauki: Tidak ada masalah dengan suara. Kami tak perlukan seorang lagi Ziana Zain. Kita perlukan Amylea, jadi suara Amylea ni macamana?

    8. FUAD - GERIMIS DI LAUTAN
    Aznil menyelongkar rahsia Fuad yang menggunakan isyarat tangan kepada kamera. Samada betul atau tidak pengakuan dan cerita dari Fuad saya tidak tahu. Tapi harap Fuad tidak menggunakan isyarat yang 'lucah' kepada kamera masa di akademi.

    Macam selalunya, saya nampak Fuad comel bila dikenakan make up. Suka tengok rambutnya yang disikat ke sisi. Cara penyampaian Fuad memang macam kita jangkakan sebelum ini akan nampak KEBANJIRAN EMOSI. Tapi lagi over, lagi saya suka sebenarnya. Untuk minggu ketiga ini, saya sudah masak dan dapat menelan cara Fuad. Kepada yang tidak mengenali dan tidak biasa memang susah untuk terima cara Fuad.

    Vokal Fuad jelas memang bertambah matang, segar dan lenggoknya memang sedap. Improvisasi pun menjadi sempurna dengan gaya leher lentok manjanya. Cara loghat Perak masa 'berkomunikasi' dengan Elliza yang berada di bawah pentas mungkin memakan diri sendiri. Ditambah dengan 'sumpahan' lagu ini berakhir dengan 'Oooo biarlah ku sendiri...ooo tinggallah ku kan pergi'. Masa ending tu saya rasa semacam je bila Fuad melambai-lambai tangan.

    Kudsia: Anda pandai menjiwai lagu. Anda pandai menari perhatian audien. Pandai menyanyi dan anda SANGAT versatile.
    Saharudin: Saya rasa anda bekerja keras untuk menarik perhatian audien. Awak enjoy membawa lagu ini.
    Afdlin Shauki: Saya sukakan suara awak. Bukan sahaja dari Sudirman tapi ada lenggok dari awak juga. Mungkin ada over acting sikit.

    9. AKMA - LAGU RINDU (SITI NURHALIZA)
    Tarian Akma tak sharp dan tidak sinchronize dengan penari latar. Vokal Akma tidak berapa menonjol dalam lagu ini berbanding lagu Cahaya pada minggu lalu. Banyak kelemahan dari segi teknik pernafasan. Banyak part high pitch, Akma tidak sampai dan pecah kerana timing pernafasan yang tidak betul.

    Lenggok? Anda dengar sendiri dan kalau di telinga saya, bunyinya memang 100% lenggok dari Siti Nurhaliza. Imej Akma masih samar-samar dan mungkin dalam proses mencari imej yang sesuai. Tiada improvisasi. Sebenarnya lagu ini memang susah untuk dibawa berbanding lagu Asmaradana dan usaha Akma harus dipuji. Kehadiran kezutan 'Abang Api' bagi saya mengalih tumpuan sikit kepada api tersebut. Akma tidak berkomunikasi dengan Abang Api itu malah Akma tidak control suara ketika menyambut Abg Api. Kalau anda perasan, ada part 'Jangan sekali kau ragu', Akma ingin ketawa dalam nyanyiannya.

    Kudsia: Walaupun ada Mat Api tapi saya masih tertarik dengan Akma. Persembahan yang datang dari kerja keras. Cuma kurang stamina dan semput sikit.
    Saharudin: Akma boleh membantu kami melariskan akhbar. Penguasaan pentas yang bagus.
    Afdlin Shauki: Suara bagus dan nyanyi bagus. Tapi ada yang tak kena. Mungkin tiada X-faktor yang melainkan awak dari penyanyi lain.

    10. FELIX - MEMORI BAHAGIA (SAHRI)
    Kali kedua saya mendengar Felix membawa lagu Balada selepas 'Cinta Seorang Teman', memang Felix berjaya melunaskan tugasnya. Walaupun menukar 'Berilah masa' kepada 'Berilah waktu', tapi rasanya tak menjejaskan maksud.

    Felix kurang feeling? Rasanya, tidak! Dengan penjiwaan yang cukup dan lunak suaranya mengubah versi suara Sahri kepada suara Felix yang original. Namun, kalau ada pertandingan suara siapa paling power untuk lagu ini... saya akan memilih SAHRI. Kelemahan Felix sangat ketara kerana tidak emphasize ketika korus. Seakan Felix nampak terseksa ketika korus. Penggunaan falsetto yang masih boleh diperbaiki.

    Kudsia: Masa bridge tu memang anda keliling, ramai sangat pelajar buat camtu. Anda mencuba stail anda sendiri. Satu percubaan yang baik. Fokus anda hilang sikit, tak tahu kenapa.
    Saharudin: Cara awak yang selamba, awak menyanyi feel kurang sikit.
    Afdlin Shauki: Suara memang ada tapi awak nyanyi untuk siapa? Saya tak rasa untuk semua orang. Awak nyanyi untuk awak sahaja.

    11. EKIN - MIMPI SEDIH (EMELLIA CONTESSA)
    Ekin nampak manis kalau ditatarias sebegini rupa. Cabaran besar bagi Ekin adalah bagaimana untuk menyedut segala isi pentas dan menumpukan perhatian kepadanya. Kesukaran yang rasanya tak tergapai oleh Puteri Labuan ini. Tambahan pula, lagu ini diberi suntikan 'pelali' di mana iramanya lebih diperlahankan lagi dari irama asal. Buat saya mengantuk dan boring. Suara Ekin tidak cukup mendayu. Kelebihan pastinya pada cara penghayatan lagu yang baik. Tetapi keseluruhan lagu ini tidak menarik perhatian saya.

    Kudsia : Jarak mic kena jauh sikit.
    Saharudin : Comel sangat Ekin malam ni. Tetapi masa Ekin nyanyi mesti ada komunikasi dan jauh dari audien.
    Afdlin Shauki :Ekin memerlukan lebih tenaga batin kerana lagu ini susah dan slow. Saya telah tertinggal sekejap tadi.

    12. MAWI - GADIS MELAYU (OTHMAN HAMZAH)
    Sudah nampak sepanduk 'Mim Aliff Waw Ya', rasanya penyokong Mawi bertambah dari semasa ke semasa walaupun ada yang beralih angin selepas Mawi kecundang minggu lalu. Mulanya saya bimbang dengan Mawi. Takut dia cuai dan lalai. Gelombang ombak besar tsuMawi kali ini tidak melekakan dan menghanyutkan Mawi malah saya rasa dia sudah pandai mengawal over confidentnya.

    Saya suka aura Mawi ketika intro dimana beliau membelakangkan penonton sambil dilindungi oleh kelibat Felix dan Kefli. Lagu rock dangdut ini sempurna tanpa kecacatan terlupa lirik jauh sekali untuk silap melodi. Pengajaran lepas banyak mematangkan Mawi kali ini. Gegak gempita dan keriuhan yang amat kuat diselang seli dengan gelak tawa kedengaran tatkala melihat telatah Mawi ketika sketsa memilih Gadis Melayunya (lakonan Akma). Memang nampak kelakar habis.

    Dari segi vokal pula, saya rasa tidak ada pitching yang lari ketakutan. Suara originaliti 'WORLD' Mawi jelas ketara menukar persepsi saya yang ton Mawi memang versatile. Cuma saya terkilan tak dapat tengok Mawi bergelek. Kalau dia bergelek rasanya lebih gempak. Kawalan persembahan yang SUPERB dan seimbang! Saya harap pengetua M. Nasir akan berpuas hati dengan persembahan Mawi ini.

    Kudsia: Minggu lepas Mawi tertekan selepas minggu lepas. Ada pihak yang mengatakan anda mempersiakan peluang kedua tapi saya rasa mulut mereka tertutup. Anda telah buktikan bahawa anda boleh menghayati lagu.
    Saharudin: Inilah orang yang nak tengok pasal awak malam ni. M. Nasir akan berterimakasih kerana mengembalikan keyakinan pada awak.
    Afdlin Shauki: Pada saya awak perlu tingkatkan lagi kerana nyanyian awak biasa sahaja. Persembahan bagus tapi awak kena lebih hayati lagu ini.

    13. IDAYU - CURIGA (NING BAIZURA)
    Lagu remix CURIGA ini lebih laju temponya berbanding dari sususan asal. Setelah gagal menarik perhatian dengan persembahan lesu minggu lalu, Idayu bangkit memulihkan kedudukannya. Vokal yang mencapai 5 octafnya terang-terang buat orang terpesona. Kawalan vokal mantap.

    Seimbas lalu, sukar untuk mengenal pasti kesilapan Idayu. Saya lihat dia memang nampak enjoy dan bebas kali ini dipentas. Idayu mempergunakan segala ilmu yang dipelajarinya dan dipraktikal di pentas. Cuma whistling akhir yang macam Mariah Carey tu tak berapa menjadi. Masa pertengahan ingat Idayu nak turun ke bawah tapi cuma sekerat jalan saja.

    Oghe kato doh keh... meme suagho dio buleh gi. Power tu meme doh so... gayo dio tuh meme ado kelas. Buwi la lagu gapo pung, meme dio buleh. Lagu ni ado la sikit bau Ning Baizura... sikit jah. To' banyok. Perfect ghasonya sebab Idayu nampok dio enjoy atah pentas. Jange lupo laaa AFUNDI IDAYU tu sokmo pah niih deh.

    Kudsia : You make make me wanna dance. Satu je komen, PERFECT.
    Saharudin : Satu persembahan yang segar yang membuatkan semua orang ingin melihat show awak dari awal hingga akhir.
    Afdlin Shauki : Awak orang yang kedua menyanyikan lagu dari hati awak. Sampai. Semua rasa. Menjadi tidak keadilan kalau anda dibuang dari awal stage.

    MENUJU PUNCAK

    UNDIAN SELEPAS PERSEMBAHAN
    1. Mawi 24%
    2. Felix 19%
    3. Yazer 7%
    4. Amylea 6%
    5. Reza 6%
    6. Ekin 5%
    7. Kefli 5%
    8. Marsha 5%
    9. Aidil 5%
    10. Akma 5%
    11. Idayu 5%
    12. Amy 4%
    13. Fuad 4%

    PENYINGKIRAN: FUAD
    Bagai dijangka, lagu GERIMIS DI LAUTAN mengundang satu tragedi yang malang bagi Fuad. Dari segi pencapaian, saya rasa Fuad boleh pergi jauh pada minggu seterusnya. Tapi kalau dinilai dari segi attitude buruknya yang dipaparkan dalam diari membuat penonton dah jelak untuk melihat Fuad.

    Yang sedih sangat sebab saya cukup gembira pada mula melihat kedudukan selesa Fuad sebelum persembahan. Mana taknya kalau ditempat yang ketiga itu sudah tentu satu kedudukan yang agak selesa. Tetapi takdir telah menentukan segala ini. Perginya Fuad selepas ini tiada lagi Mat Over atau Mat Cengeng dalam akademi. Semoga semua yang anti Fuad bergembira dengan kehilangan sebutir permata.

    Selama seminggu, sebagai tanda berkabung, background blog ini bertukar kepada warna yang lebih suram. Tiada lagi kehijauan alam flora seperti selalu. Kepada semua peminat Fuad, abadikan segala detik indah bersama. Terima kasih atas sokongan kepada Zahid Wannabe ini.

    CARTA TOP 13 MALIQUE
    1. MAWI - GADIS MELAYU
    2. IDAYU - CURIGA
    3. FUAD - GERIMIS DI LAUTAN
    4. AMYLEA - ANGGAPANMU
    5. FELIX - MEMORI BAHAGIA
    6. YAZER - SUATU MASA
    7. MARSHA - LELAKI IDAMAN
    8. AKMA - LAGU RINDU
    9. AMY - ASMARADANA
    10. EKIN - MIMPI SEDIH
    11. AIDIL - NAK DARA MERINDU
    12. KEFLI - KEINDAHAN PANTAI
    13. REZA - MUNGKIN NANTI

    Quotes of the nite
    Aznil: Gadis Melayu macamana yang agaknya yang menjadi idaman awak.
    Mawi: Pertama sekali BERTUDUNG, kedua... SPORTING... paham saya.. Ketiga, PANDAI URUT!
    Aznil: Ramailah orang yang mintak nak jadi tukang urut lepas nih.




mimie
April 19, 2006   11:36 AM PDT
 
lagi..lagi mawii ndak ada cerita lain ke dari mawi nie... saya nampak tiada pun yang menarik tentang budak mawi nie.. suara pun biasa jak... apa kamu minat sangat kat dia.... bukan ada bakat.
Maya
October 19, 2005   10:08 AM PDT
 
Yazer! ROCK STEADY!!!!!!!!!! kami sokong awak!!! Bagi kami tiada orang setanding awak! Lagi pun awak cool and FUN!!!!!!!!!
MAWI...
August 5, 2005   04:33 PM PDT
 
Ape bende la sikit2 AF..boleh bawa masuk kubur ke esok?? Asyik nak berhibur je sampai lupa ALLAH..
REZAFANS....
June 25, 2005   12:24 PM PDT
 
APA KO INGAT KO BAGUS SANGAT? SUKATI NAK KOMEN TTG REZA...HELLO KAWAN......MAWI LEBIH TERUK LAGI DR REZA LAAAA... KORUNK SEMUA BUTA KAN?????? U NOE WAT..I THINK UR BLOG THE MOST WORST BLOG I EVER SEEN..... WELL VOTE REZA FUNKYYYYYYYYYYYYY!!!!!!YEHAAAAAA........
DjBaby
June 25, 2005   11:42 AM PDT
 
suka-suka ati jer... marah tunang si kifli tue kang. tapi baguihlah... tiap kali konsert mesti mai tengok kifli buat persembahan dengan bakal mak bapak mentua. kalau aku, segan sehhhhh...
mazen
June 22, 2005   09:33 AM PDT
 
Mazen doakan semoga Fuad akan lebih berjaya di luar sana...

Erin...mawi kim salam kat hang...
wai em
June 21, 2005   04:33 PM PDT
 
insya allah ada la rezeki fuad kat luar nanti :)
*maria*
June 21, 2005   02:29 PM PDT
 
Yeah malique true. Nway, wats wif the background colour?? So depressing laaa uu!!
mazen
June 21, 2005   10:15 AM PDT
 
He he he...sayang malique...
praaappp
June 20, 2005   09:27 PM PDT
 
wei.... knapa aku rasa cam suka giler tgk kefli tu huhh...? Cute seh...!!! muahhhh...
tp don't worry.. aku ttp undi idayu dan mawi sbb dorang memang talented dan ada aura tersendiri... namun begitu hatiku ttp pada kefli.. (x vote dia sbb vokal hampeh cuma sayang dia sbb cute.....)

muka cam kefli tu mesti ramai sugar daddy & mummy nak jadikan toy boy erkk...? wakakaka

jgn aznil sebat dulu udah ler....? muahahaaaa....
*footsie*
June 20, 2005   05:11 PM PDT
 
saya sangat happy Fuad terkeluar. bukan hanya kerana dia over juga kerana suaranya tidak sesedap mana. star quality pun tak ada.
erIn_arIeL
June 20, 2005   04:12 PM PDT
 
hahahaa.. perlu ke..? tak perlulah.. me is just me.. tak kan nak jadi org lain atas sebab yang remeh gitu.. u know me well right Mr.MaLiQue.. oppss.. cencored~~
malique
June 20, 2005   01:54 PM PDT
 
Mazen...

Seminggu je berkabung ni, pastu hijau balik. Tapi tgk gak lepas ni kalau dua lagi student pilihan malique kena tendang iaitu Idayu dan Amylea... mungkin blog ni akan kelabu balik macam dah tak bermaya lagi...

Sebenarnya kan Mazen... AF ni memang betul terlalu realistik... sejauh mana bakat yg ada pun pasti org akan mengadilinya melalui paparan diari dan karakter student...

Apa-apa pun pilihan anda... pastikan anda berada di trek yang betul ok mazen?

Erin...
hang kena gi ambik kursus mengurut kat Briedfield nih....hahaha... dan yg penting, kena pakai tudung OK?
erIn_arIeL
June 20, 2005   01:29 PM PDT
 
bagus jugaklah fuad dah kluar.. tak sakit mata.. hehehe.. aper2 pun voteku tetap untuk Mawi seorang.. pakai tudung..? pandai urut..? ishh.. isshh.. nak kener ubah image lerr kot!! wahahahahaa....
mazen
June 20, 2005   01:03 PM PDT
 
First bukak blog malique ari ni terkezut sebab dah bertukar warna. Ingatkan malique nak ubah stail. Rupa2nya utk Fuad yg dah terkeluar.

Bila fikirkan semula rasanya Fuad masih wajar berada d akademi tp apakan daya takdir penentu segalanya.

Dulu, Fuad lah pelajar pertama yg mazen vote. tp perangai dia kat diari dan ke 'over' an nya buat mazen sedikit menyampah ngan dia. Beralih arah pulak kpd mawi dan felix.

Sekarang ni mazen suka dgn persembahan dr yazer kawan sekampung mazen. Nampaknya mazen tak boleh tidak kena vote felix, mawi n yazer lah nampaknya.; he he he...

apa pendapat malique?...
malique
June 20, 2005   12:52 PM PDT
 
Maria...

Biarlah 'mereka' dengan dunia mereka... mengagung-agungkan dan memuja benda yang tak pasti... benda yang masih dalam pembikinan... kita cuma tunggu dan lihat sejauh mana pujian 'mereka' itu dapat membangunkan dunia seni tanahair...

Sedarlah siapa kita yang hanya melukut ditepi gantang...
*maria*
June 20, 2005   12:37 PM PDT
 
Malique dude, did u read utusan paper yesterday?? That Juliza Adlizan were critizing all the so called juries. This Kudsia should be thrown away larr....Pliz lar!!! `Suara awak lain dari yang lain', `ur already a star' n whatever crap she pulled....MY GOD!! Sudah sudahlah tuh....
antifuadpoyo
June 20, 2005   12:28 PM PDT
 
yeah fuad is gone.........sukernyerrrrr
den
June 19, 2005   08:42 PM PDT
 
review yg paling bijak...
DingY
June 19, 2005   02:35 PM PDT
 
wahh~ aku sedeh lagi arr fuad tkuar dari senarai~ tapi takpe... Yazer ade lagi~ uwaaaa AFMASUK FUAD!!! AFKUAR AIDIL
zila
June 19, 2005   02:24 PM PDT
 
sya hrap jangan gunakan perkataan tsumawi.. sejarah hitam tanah air kita.. ribuan orang mati kerana tsunami... kenapa perlu dipersendakan bencana alam paling dahsyat tu? jika tsunami bencana alam, adakah tsumawi bencana muzik yang bakal melihat manusia hanyut dan hanyut hingga alpa dengan duniawi...
|

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments








Previous Entry
HOME
Next Entry

Search celebrity, news, money?


Web budiey.blogdrive.com

My Sponsors



My Readers





Notification

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:






concept

More me:
  • Sensasi Selebriti
  • Photo Blog
  • Tips Lifestyle
  • Archieves
  • Money Blog

    Concept:
  • Entertainment Blog
  • Celebrities News
  • Gossips
  • Theater
  • Photo Events

    Version:
  • 2.0

    Official published:
  • 27 Jan 2004

    Best viewer:

    Internet Explorer
    1024 X 768



  • profile

    My stats
  • Malay
  • 179 cm
  • 75 kg
  • 1 Ogos 1976
  • Sentul Perdana
  • Kuala Lumpur
  • Penulis blog

    My Hobby
  • Watching TV
  • Reading
  • Surfing Internet
  • Writing
  • Travelling
  • Chatting
  • Teater
  • Music
  • Work out
  • Blogging
  • Hugging!

    My Colour
  • Maroon
  • Green
  • White

    My Gadget
  • HP Pavillion dv6000
  • Nokia Xpress Music
  • Camera Nikon D40
  • iPod 30GB

    My Hung Up
  • California Fitness
  • Pavilion
  • Coffee Bean
  • Dome
  • Secrets Recipes
  • Nandos

    My Place
  • Suria KLCC
  • Masjid Jamek
  • MidValley
  • Bukit Bintang
  • Istana Budaya
  • The Actors Studio
  • Rapid KL

    My Must See
  • Buletin Utama
  • American Idol
  • Extreem Makeover
  • Lost
  • Beat TV
  • Muzikdiria
  • CSI
  • Siri 24
  • Fear Factor
  • Survivor
  • The Apprentice
  • The Amazing Race
  • Oprah Winfrey
  • Trek Selebriti
  • Iklan!

    My Fav Radio
  • Hot.fm
  • Era.fm
  • Thr.fm
  • Hitz.fm
  • X-fresh

    My Fav Deejay
  • Farah Fauzana
  • Faizal Ismail
  • Nana

    My Hos
  • Fedtri Yahya
  • Nizal Mohammad
  • Karam Singh Walia

    My Fav Reporter
  • Farihad Shalla
  • Zubir
  • Zul Husni
  • Haswari

    My Lagenda
  • Dr. Usman Awang
  • P. Ramlee

    My Fav Film
  • Superman
  • Spiderman
  • Scream
  • Red Eye
  • The Shutter

    My Fav Singer
  • Sheila Majid
  • Jacklyn Victor
  • La Luna
  • Amr Diab
  • Nancy Ajram
  • Mike Indon Idol
  • Too Phat
  • Anuar Zain
  • Siti Nurhaliza
  • Dayang Nurfaizah
  • Rossa
  • Ning Baizura
  • Gareth Gates
  • Guy Sebastian
  • Linkin Park
  • Mawi AF3

    My Fav Actor
  • Afdlin Shauki
  • Saiful Apek
  • Ako Mustapha
  • Kiefer Sutherland
  • Tom Hank

    My Fav Actress
  • Maya Karin
  • Sofia Jane
  • Nasha Aziz
  • Cameron Diaz
  • Drew Barrymore



  • stats






    credits

    Blogdrive