NAMA UNTUK KAMERAGambar di sebelah tidak ada kaitan dengan tulisan saya hari ini. Tapi gambar ini menunjukkan kepada kita antara cabaran yang dipikul oleh Mawi. Dia cuba untuk bersosial dan kita lihat sendiri Mawi sudah berpegang tangan sesama perempuan. Adakah ianya berbaloi atau sebaliknya... itu belum tahu lagi. Nampaknya, Mawi memang bersungguh-sungguh untuk menempatkan dirinya dengan menyesuaikan cara hidupnya dengan program realiti sebegini.
OK... berbalik kita kepada paparan pertama... semua pelajar kelihatan berkumpul di depan kamera (yang dulunya dikenali sebagai Johnny). Terdapat sekeping nota yang melekat dibawah lensa. Mula-mula Kefli yang menawarkan dirinya untuk mengambil nota tersebut. Tetapi kamera yang belum bernama itu tidak mahukan Kefli. Nampaknya kamera ini inginkan seseorang yang istimewa baginya kerana lepas sorang-sorang tawarkan diri, semuanya dia mengeleng. Lepas Kefli, Marsha, Felix.. pun dia tak nak. Fuad lagi la tak nak. Reza yang kononnya jadi ketua pun tak nak. Akma yang mulanya macam nak, terus tak nak lepas tengok wajah Akma tak bersolek. Mawi yang berkupiah tu pun dia tak nak. Akhirnya Amylea juga yang dicita-citakannya. Jadi apa istimewanya Amylea dimata kamera ini?. Macam dia tak suka semua orang kecuali si Amylea.
Nota tersebut berbunyi:
"Kuniciwa, minta bantuan dengan rakan semua, bantulah saya untuk dapatkan nama yang paling sesuai. Fikir dan calonkan 13 nama untuk saya dan kekanda saya di atas. Nama yang paling best dan yang paling vogue. Jangan PRAPP kan saya. Peace kacang peace dan tiwiit tiwiit. Serahkan cadangan 13 nama itu sebelum makan malam. Saya berjantina perempuan, umur 25 tahun. Perwatakan malu, manja suka merajuk." Aidil pun sempat menyampuk: "Apalagi Anak Dara Merindulah.... atau Tanjung Kantung." Diselangi tawa rakan lain. Kemudian mereka pergi ramai-ramai ke kamera 'kekanda' yang berada di tingkat atas. Amylea membaca karakter kamera tersebut tetapi suara Amylea dihalang oleh suara Mawi yang tengah buat 'rondaan'. Ada-ada saja si Mawi nih!
PUTERI JAWA MENJELMAKemunculan Puteri Jawa, 'Gusti Puteri Raden Retno Dumilah' buat kita terpesona dengan kelembutannya. Aura 'lagenda' itu bagaikan disambut dengan gembira oleh Amy yang bakal menjunjung persembahan Asmaradana. Memang perlu bagi Amy untuk menjadikan dirinya lebih berkarakter sang Puteri. Bukan mudah kerana pelakon sebenar pun terpaksa melakukan kajian mendalam tentang sifat dan laku si Puteri. Jadi, kehadiran Tiara Jacqueline memudah serta mempercepatkan proses jelmaan tersebut.
Proses pertama, seperti biasa sebelum membawa lagu itu, Amy perlu faham jalan ceritanya. Lagu ini menceritakan tentang cinta yang paling agung. Jadi, mesej utama yang ingin disampaikan adalah CINTA. Walaupun lagu ini up tempo tetapi melodinya bukan berbentuk dance atau jauh sekali rap atau hip yang tidak punya emosi. Tetapi yang penting adalah perasaan CINTA tersebut. Tiara menyatakan cara penyampaiannya yang tidak tekankan kepada pergerakan sebaliknya perlu lebih bercerita. Sebenarnya setiap lagu ada cerita atau mesej tersendiri dan si penyanyi tugasnya adalah sebagai seorang pencerita.
Tiara mengaku yang dia bukanlah seorang penyanyi pada mulanya tetapi kerana minat mendalam beliau berlatih dengan bersungguh untuk mencapai hasrat tersebut. Sebagai seorang penghibur, latihan yang konsisten dan tak mengenal penat adalah aspek paling penting. Ini kerana banyak atau sikit seseorang itu berlatih akan dijelmakan ke atas pentas. Harap pelajar kali ini sedar tentang penggunaan masa dalam akademi yang amat terhad dan begitu berharga.
Saya tertarik dengan soalan yang ditanya kepada Tiara. Kekadang terasa macam mereka tu wartawan yang ingin mengorek rahsia. Contohnya, Ekin yang bertanya tentang pengalaman Tiara bersama M. Nasir ketika shooting filemnya. Mungkin mereka nak tahu sangat, so just go ahead la. Tiara juga banyak bercerita pasal misi dan visinya yang sudah tercapai dalam kariernya. Juga menekankan kepada persembahan yang bertenaga agar penonton tidak bosan dan jemu.
Ciri-ciri seorang Puteri Jawa bagi Tiara adalah seorang yang lembut tapi tegas dan pengalah tapi menang. Luarnya lembut tapi dalamannya cekal. Siap menunjuk cara atau posisi badan seorang puteri agar memudahkan Amy memahami wataknya. Harapan saya agar Amy tidak terlebih kuah dari sudu atau dengan kata lain gerakan yang terlalu over akan memalitkan rasa geli kepada penonton. Gerakan biar ada kesederhanaan.
EKIN KENA SENGATApa motifnya? Rasanya paparan ini tak berguna langsung. Kalau nak ikutkan banyak lagi paparan yang boleh disiarkan. Cuma peristiwa Ekin disengat ni membuat saya terfikir bahawa keselamatan dalam akademi sebenarnya tak dijaga dengan rapi dan betul. Perasan atau tidak, terdapat banyak serangga yang berterbangan di sekitar mereka. Mmm... tak tahu la macamana nak cakap sebab akademi tu bukan terletak kat hutan belantara tapi ditengah persekitaran yang tak sepatutnya ada benda tu semua.
SITI HAJAR MERADANGCikgu Siti Hajar naik berang dengan sesetengah penyanyi yang tidak tahu menggunakan notasi dengan sebaiknya. Kekadang, kita dapat dengar ada penyanyi yang melakukan improvisasi sendiri sehingga merosakkan melodi sebenar lagu tersebut. Jadi, ilmu muzik itu perlu untuk seorang yang bergelar penyanyi. Pengetahuan yang luas dalam muzik dapat membantu mereka mencari notasi dan mengenal interval lagu tersebut.
Aidil cuba melenggokkan lagu 'Nak Dara Merindu' tetapi lenggoknya lari dari notasi asal. Saya mendengar Siti Hajar menyanyi seperti ada yang tak kena dengan suaranya. Dia guru vokal... sepatutnya tahu untuk bagaimana untuk menyanyi dengan betul kerana ada part tinggi dia tak kesampaian. Pecah semacam. Kekadang buat malu kat bebudak tu je. Tapi rasanya itu tak penting kerana Cikgu Siti hanya menunjuk ajar sahaja, bukan nak jadi penyanyi pun. Tapi time nak bagi contoh tu, bunyi HAMPEH!
SESI PAKAI LEPASSebenarnya paparan ini telah banyak diedit. Penonton tidak dipaparkan secara penuh bagaimana sesi muhasabah ini berjalan. Fokus diberikan untuk pelajar tertentu sahaja. Kepada yang menonton edisi Diari Xtendend pasti tahu apa yang berlaku. Yang hanya menonton siaran diari di TV, harap jangan mengadili pelajar dengan paparan yang telah diedit ini.
Dengan Reza sebagai ketua dan yang lain seakan dibawah telunjuk si diktator. Tetapi saya akui Reza pandai memainkan peranannya walaupun tidak disukai oleh pelajar lain. Saya perhatikan tidak sebagaimana di musim lalu, pelajar paling tua kali ini bersifat totally leader. Kedudukan Reza agak getir kerana persembahan yang tidak berapa bagus dan attitudenya yang sebegini. Kalau Reza terkeluar minggu ini jangan salahkan sesiapa tapi salahkan diri anda yang tidak pandai membawa diri dalam akademi.
Tersingkirnya Elliza rasanya tidak dijadikan pengajaran oleh mereka. Terlalu kuat semangat individualistik, bermuka plastik, hipokrit dan pentingkan keselesaan sendiri. Jangan harap untuk melihat keharmonian atau sifat kekeluargaan sebagaimana AF musim lalu. Sekarang misi mereka sebenarnya ingin mengejar hadiah yang lumayan. Siapa yang tak mahu hadiah, rumah dan kereta? Satu perkara lagi, kepada penonton pula jangan terlalu sandarkan kepercayaan anda kepada paparan diari kerana ini adalah satu permainan yang mungkin dirancang dari awal!
Quotes of the day:
Amylea:
"Macam hari tu masa abg Reza buat masa konsert... masa Baby (Elliza) keluar tu.. I was masa tu I pun emosional... yang dia cakap pulak macam tu. Tiba-tiba dia cakap, kau nak tahu tak, budak laki ramai tak suka engko.
Reza:
"Abang terpaksa cakap. Diri abang tak HIPOKRIT okkay?"
Amylea:
"I know that... I really care dengan semua orang feel... I care so much... rasa sayang sangat... sayang sangat... When I heard... I was... macam people say aku sayang sangat sama Ekin (sambil menangis, Amylea peluk Ekin) tiba-tiba ada orang cakap... Kau tak tahu Ekin bencikan ko. I feel soo sad (sambil menahan tangisan) because I love you all... tapi bila korang tak suka aku... and I came here everyday and I have to act that Im happy...
MENGAPA AMYLEA DI BENCI??? MENGAPA DIA YANG JADI MANGSA? JAHAT SANGAT KE DIA TU? MENONTON DIARI HARI INI, SAYA RASA MARAH DAN BENCI KEPADA SEMUA YANG MEMBENCI AMYLEA. MAAF... MALIQUE TENGAH MELUAP-LUAP NAK MARAH NIH !!!. MENTANG-MENTANG BUDAK TU KECIK... KORANG BUAT SESUKA HATI JE EK..??? SIOT JE!