TATA GAYA PERSEMBAHANPelajar-pelajar untuk musim ini ditekankan untuk merancang sendiri segala stail atau gaya yang ingin dipersembahkan. Banyak idea yang boleh dirancang tetapi mesti berhati-hati agar tidak dikatakan slapstik dan tidak relevan dengan masa kini. Tenaga pengajar hanya memberi garis panduan sahaja dan terserah kepada bebudak tu nak buat macamana.
Yazer pada mulanya ingin melakukan persembahan ala-ala teater muzikal di mana ingin menggunakan meja dan kerusi sebagai prop. Tetapi cara itu telah dibuat oleh Aidil. Padahal saya rasa Aidil cuma duduk diatas kerusi sahaja tapi mana ada aje. Yazer rasa tak sesuai untuk mengaplikasi cara kononnya seperti mencedok gaya Aidil.
Maka, Yazer ingin penonton hanya fokus kepada dirinya dengan mengalihkan fokus sportlight (bukannya seluloid) hanya kepada dirinya sahaja. Satu teknik tata cahaya dimana dapat meresapkan auranya kepada penonton secara total tanpa diganggu oleh sebarang pengaruh luar. Pembawaan menggunakan ekspresi keliru dan dengan perasaan yang tidak menentu itu rasanya sesuai dengan mesej lagu yang melankolik seperti Suatu Masa.
Cikgu E memberi idea bernas untuk intro dimana Yazer boleh melakonkan watak seorang pengubah lagu (kononnya macam M. Nasir) yang sedang mencipta lagu. Tapi tak dapat mengubah lagu kerana si pengubah lagu itu sedang berperang dengan dilemma. Nampak macam dramatik kalau dibuat secara natural dari Yazer.
Nak Dara Merindu ditangan Aidil pada mulanya nampak begitu bersahaja dan terlalu moden. Mengikut Cikgu E, penonton akan lebih menumpukan kepada lagu ini kerana ianya sebuah lagu klasik yang penuh nostalgia dari Allahyarham P. Ramlee. Rasanya Cikgu E perlu menerapkan gaya persembahan seperti bangsawan yang penuh penggayaan dan perlambangan dengan gaya tangan dan posisi badan. Dari situ, tarikan akan lengkap sekiranya suara Aidil lebih manja dengan senyuman seperti orang tengah angau atau tengah merindui kekasih hatinya.
ANTARA AKMA DAN AIDIL: PENGARUH ATAU ...?Ini adalah kesinambungan dari paparan tengahari tadi dimana Cikgu Marlia Musa telah mengadakan perlawanan siapa yang betul-betul nampak marah antara Akma dan Aidil. Setiap pelajar mesti mengundi berdasarkan siapa yang lebih menonjolkan ekspressi marah yang natural. Sudah tentu ramai yang mengundi Akma yang nampak pandai berlakon. Dan keputusannya berpihak kepada Akma. Aidil sebagai pengalah didenda dengan lontaran kemarahan dari semua pelajar. Ada yang buat betul-betul dan ada yang buat sambil lewa.
Amylea: Siapa suruh cakap macam tu kat Akma semalam? Ooo mengejek-ngejek orang. Macam dia tu bagus sangat. Amy: Kau ni tak pandai berlakon langsung la. Pergi balik rumah la tak payah masuk AF. Idayu: Lain kali kalau orang suruh berlakon, berlakonlah betul-betul OK? Aah? Ni dok kutuk-kutuk orang tak de point lain nak marah OK? Eh! (Sambil menunjukkan jari telunjuknya ke otak. Suruh Aidil pakai otak!) Marsha: Kau ingat kau hensem sangat? Balik rumah cuci kain la! Fuad pula tak menunjukkan ekspresi muka orang marah langsung. Sebaliknya beri nasihat kat Aidil. Saya suka cara Amylea, Amy dan Idayu yang pakai lepas! Macam biasa saya memang suka gaya Felix dan Mawi yang sepontan habis tu.
KELAS TATARIAS MARLIA & CIKGU ESaya rasa Reza akan menghadapi masalah lagi untuk konsert minggu ini. Kalau diberikan lagu yang disenangi pun tak boleh buat, rasanya tak tahula camna. Berdasarkan prestasi Reza yang kian menurun ditambah dengan karakter ganas dan diktatornya dalam episod diari sudah tentu mempengaruhi undian. Lagu Mungkin Nanti dari Reza rasanya sesuai dengan cara bersahaja atau kalau ingin lebih menonjolkan gunakan elemen lain seperti pelakon tambahan. Tapi lagu ini simple sangat dan Reza perlu fikir pasal vokalnya.
Fuad pula ditegur caranya bercangkung yang macam orang tengah berak tu, memang nampak buruk sangat. Tak pernah dibuat orang! Pelik betul dengan Fuad nih. Cikgu E mengajar bagaimana untuk memberi keseimbangan kepada karakter Fuad yang 'overatus' tu. Suka dengar bila Cikgu E melaser kat Fuad :"Kau punya tangan tu dah tunjukkan yang kau dah HAMPEH tau!!! Biar dia tahu sikit macamana untuk menjadi lebih professional dan bukan seperti budak-budak yang tak cukup makan! Fuad perlu berkomunikasi lebih dengan penonton agar penonton tidak terasa janggal dengan posisi badannya yang melenggok-lenggok macam pokok kelapa yang terhoyang hayang ditimpa ribut! Tapi rasanya Fuad akan tetap dengan teori OVERATUS nya. Tak caya tengoklah nanti!
KELAS CIKGU MARLIASebutan atau diction memang penting dalam persembahan. Tersilap sebut, maka mesej takkan sampai dan show akan cacat dan tak sempurna. Teknik pernafasan berkait rapat dengan ounament (lenggok) dan vibrato. Ketika pernafasan segala organ dalaman mesti dikendurkan dan cuba rehatkan badan. Vibrato akan menjadi lebih baik kalau pernafasan dan seluruh badan diberi kelegaan dan diri pelajar betul-betul rileks. Fokus pada posisi badan yang betul dan menegak juga mempengaruhi bagaimana suara itu dikeluarkan. Jadi, mereka diajar bagaimana cara posisi ketika duduk yang betul.
Cikgu Shahrul memberi tip bagaimana untuk berdiri di pentas dalam keadaan gementar. Jangan kunci kedudukan atau tolak ke belakang. Cuma perlu tolak badan dalam 1 sentimeter sahaja. Perempuan pula digalakkan berdiri dengan keadaan kaki mereka dalam kedudukan 'jarum pukul 10' untuk keseimbangan ketika penat kerana berkasut tinggi.
Felix masih lagi tidak menghafal lagu sepenuhnya. Suaranya dah OK tapi kurang emphasize pada lirik lagu. Mawi pula tidak agresif dan attitudenya ZERO! Kelemahan Mawi pastinya buat saya bimbang dan berdebar bagaimana show Mawi yang sebenar nanti. Yang aku sibuk-sibuk bimbang pasal depa buat apa? Ish... tak tahulaa sebab apa kita lak yang lebih-lebih.
KEHADIRAN VINCE DAN KHAI: IMBAU SERIBU KENANGANDua butir bintang musim pertama dijemput sebagai kejutan untuk pelajar tetapi bagi saya ianya lebih bersifatkan nilai sentimental kepada mereka. Ya... sesiapa pun akan terharu ketika melihat tempat 'parang mereka diasah' tempat 'bintang mereka timbul bersinar' dan di situlah mereka berasal. Seperti anda, apa perasaan anda bila kembali ke sekolah lama yang 15 tahun anda tinggalkan. Mesti rasa sesuatu kan? Nostalgik sangat.
Mereka dibawa mengengsot jauh kebelakang dua musim yang lalu, banyak yang sudah tertinggal dari segi material. Tapi semangat akademi masih terpahat di dada. Kehadiran dua bintang musim pertama, Vince dan Khai bagaikan ingin memberi satu sempadan antara musim pertama dan musim ketiga. Seperti pelajar di musim pertama, ternyata permulaan akan banyak meninggalkan memori indah dalam hati kita sebagai penonton rancangan ini. Sempadan perbedaan yang begitu besar sekali diselongkar oleh Vince.
Perubahan dari tiada kepada ada. Dari kecil kepada yang lebih grand, lebih gah, lebih moden dan segalanya itu hasil dari tajaan syarikat kaya! Dari bilik tarian yang kecil kini dah panjang dan luas.

Macam Khai kata panjangnya seperti tempat main bowling dan kalau ada Burn takde nak berasak-asakan kerana ruang yang luas.
Telatah Vince banyak buat saya ketawa sendirian sambil menahan air mata dari jatuh. Memang melucukan dan berbaur seribu rasa haru biru bila melihat Vince mengorek segala saat manisnya di akademi. Bagaikan satu jelmaan diri mereka yang selalu bersantai diruang tamu, menari di bilik tarian dan. Khai rasa macam ingin menangis. Mereka bercakap dengan kamera yang rasanya segalanya itu sudah bertukar. Khai dengan nada cemburunya berkata: "Apasal ni dulu takde... kalau adekan best?". Tapi mungkin Khai tak fikir bahawa adakah mutu dan semangat mereka setanding dengan pelajar musim ketiga ini?
Untuk itu, nasihat Vince dan Khai mungkin sedikit sebanyak menyedarkan pelajar baru tentang motif atau tujuan mereka berada di akademi. Bukan satu perkara yang remeh temeh atau main-main untuk puaskan hati pengundi. Kegagalan bukan datang dari kesilapan orang lain tapi kerana tiada kesungguhan.
Mereka perlu merasa bertuah dengan kemudahan dan peluang yang diberikan. Mereka kini baru fantasi atau berangan sahaja tetapi dunia realiti diluar tidak sebagaimana indah dibayangkan. Banyak onak duri dan likuan sebagai artis. Tujuan kehadiran mereka sebagai anak seni adalah untuk mengembalikan nafas baru untuk memeriahkan lagi dunia seni tanahair. Dari segi hubungan sesama mereka, AF mementingkan kepada hubungan kekeluargaan dan persahabatan. Vince mencadangkan selalu melakukan sesi muhasabah diri dimana mereka berterus terang menyatakan rasa tidak puas hati. Tidak memendam dan segala masalah dan kelemahan akan diatasi bersama.
p/s: Anda boleh layari fotopages saya untuk melihat gambar-gambar sepanjang paparan diari 12.00 tengahari. Sila klik atau layari
http://malique22.fotopages.com/entry=469152. Terima kasih atas sokongan anda.