MAWI KENA BELASAHAkhirnya, sampai hajat juga untuk saya melihat adegan di mana Mawi di'belasah' secara profesional oleh pengetua. Saya agak Mawi akan dibelasah cukup-cukup dengan Sifoo tapi takdela seteruk yang saya bayangkan. Maklum sahajalah nanti apa pulak kata orang kalau kasi kaw kaw. Sesi bersemuka ini membayangkan bahawa tanggungjawab yang digendong oleh M. Nasir bukan seberat sekilo atau dua kilo tetapi mungkin seberat gunung. (Eh! Gunung tu ada berat ke? Alamak.. lantaklah! I think, you know la what I mean.) Semoga Mawi mendapat pengajaran dan tak serik-serik untuk mencuba yang terbaik. Untuk anda, suka saya mengambil dialog mereka untuk dipaparkan di sini:
M. Nasir : Begitu jelas yang kamu tidak menghormati lagu. Tak kira melodi apa pun, kamu kena telan lagu itu, kamu digest lagu itu...sampai kamu betul-betul hafal maksud lagu tu...itu tak boleh dimaafkan. Apa jawapan kamu? Bagi keadilan kepada lagu itu. Hafal melodi dia.. Liriknya memang... kita kekadang manusia bila di atas pentas benda tu boleh blur... profesional pun boleh blur. Jadi apa yang berlaku tu?
Mawi : Tak peghasan.. tak tahu yang saya salah melodi.
M. Nasir : Kamu tak perasan yang kamu salah melodi? Itu bermakna kamu tidak memberi keadilan kepada lagu tu. Kamu tak dengar betul-betul. Kenapa kamu buat macam gitu? Kamu tahu kamu nak persembahkan kepada berapa ribu orang? Semua orang mengharapkan kamu bersinar. Kamu tahu tak kamu ada sesuatu yang Tuhan nak bagi kepada kamu. Sesuatu tarikan yang orang tak tahu kenapa. Tapi magic tu memang takde orang yang dapat melainkan kamu sahaja. Kamu tahu tak harapan saya apa?
Mawi : Harapan... (sambil mengetap bibir... berfikir seketika)
M. Nasir : Saya harap seorang penyanyi lelaki seperti kamu menjadi betul-betul penyanyi yang complete dan sempurna yang akan menjadi pelapis kepada penyanyi yang akan pergi. Kamu tau tak bila saya tengok kamu di atas pentas... saya tanya.. apa lah yang diorang ni gila sangat dekat Si Mawi ni. Keterlaluan tak kalau saya katakan yang kamu lupa lirik sekejap.
Mawi : Sebab terganggu dengan orang menjerit. Rasa macam... ntahlaa...
M. Nasir : Menjerit ramai orang menjerit tapi setakat ala kadar saje... itu yang saya cakap mencatu...(Mawi berdehem-dehem seketika seakan sukar untuk menelan kata-kata M. Nasir) Sedikit sebanyak kita kena layan diorang nanti diorang ingat kita ni sombong. Tapi jangan tidak memberi keadilan kepada lagu itu. Lain kali kamu fokus dan tumpukan kepada lagu. Beri hormat kepada lagu itu. Tak kira apa jenis lagu sekalipun.
LATIHAN TARIAN: INTERPREM AMYLEAKelihatan latihan tarian Amy untuk lagu Asmaradana tidak semudah ABC. Kali ini nampak kesungguhan pada attitude Amy dan nampak keazamannya untuk menebus kesilapannya. Walaupun masih bertatih tapi hasilnya sudah nampak OK. Kareograf etnik Melayu Jawa dan sedikit suntikan Bollywood itu memerlukan konsentrasi dan sinchronize. Barulah nampak cantik.
Tambahan pula kekuatan lagu ini adalah gabungan vokal dan tarian. Kalau Amy boleh menyempurnakan kedua-dua elemen ini pasti kalah si Tiara Jacquelina yang hanya miming ketika AIM yang lalu. Sementara itu, si Amylea sibuk masuk untuk menunjukkan skillnya. Itu bagus sebenarnya dik. Tapi kalau tugasan awak tu tak bersedia lagi jangan duk menyibuk buat tugasan orang lain.
Sementara Akma dengan tarian Lagu Rindu juga mencuri tumpuan saya. Nampaknya tarian dari Cikgu E minggu ini banyak dilempiaskan dengan gaya Bollywood. Ada penceritaan dalam karegrafi lagu ini. Dengan kata lain, menuntut stamina dan kekuatan mental dan fizikal yang bukan sedikit dari Akma dan Amy.
PLAN MAIN-MAINNampaknya produksi AF kali ni memerlukan satu rangsangan atau objek untuk mencetuskan sesuatu reaksi dari pelajar. Contoh terdekat seperti paparan kali ini, pelajar diuji sejauh mana mereka bertindak balas dengan sesuatu yang bersifat 'sulit'. Dengan bantuan Hasrul yang meletakkan surat rasmi... kononnya untuk Mr Luv yang mengandungi keputusan peratus undian selepas konsert.
Satu ujian psikologi untuk menguji pelajar setakat mana keputusan yang bocor itu mempengaruhi attitude mereka di akademi. Juga diuji setakat mana mereka dapat merahsiakannya. Apabila sekembalinya Hasrul lalu bertanyakan tentang di manakah surat tersebut... samada ada di antara mereka yang menjumpai atau tidk. Tetapi mereka berbohong dan mengeleng kepala tak tahu.
Kesannya, Fuad sudah mula menyendiri mungkin kerana dia sudah tahu yang dia tercorot di tangga ke 13 dan hampir tersingkir. Tetapi yang saya tak faham, mengapa dipaparkan aksi Fuad yang mengaku bersalah pasal tindak tanduk tak sopannya? Takde kesinambungan langsung!
IDAYU BENGANG DENGAN REZAIdayu tak tahan dengan teguran atau arahan Reza yang menyuruh supaya Idayu berhenti mengurut badannya dengan kerusi urut Gintell dan bersiap untuk sesi streching. Begitukah Reza melayan perempuan? Kesian sungguh budak Kelate tu kena ragging! Dengan gaya yang terlalu keras, bukan caranya melayan pompuan. Lagak Reza tu nampak macam dia tu seorang tok mandur yang stress pulak. Sesape pun akan sakit hati. Tetapi saya rasa Reza hanya bergurau je tu. Ala biaso la oghe kelate ni mudoh segho hati sikit. Tambah pula yang tengah 'uzur' tu... pahe-pahe la dok?
AMYLEA MEMBONGKAR RAHSIAHasrul tu memang kaki pengorek rahsia. Dah tentu disuruh oleh penerbit. Kali ini beliau ditugaskan mengorek rahsia Amylea yang marah dan bengang pada Reza. Pada malam konsert tu, rupanya Reza memarahi Amylea yang menegur Aidil supaya jangan memeluk Elliza masa penyingkiran. Memang tak elok untuk peluk depan khalayak. Tapi memang lawak bila Amylea kata yang kalau nak peluk, peluk di belakang pentas.. haa itu tak pe! Macam-macam la budak kenit nih!
p/s: Anda boleh layari fotopages saya untuk melihat gambar-gambar sepanjang paparan diari 12.00 tengahari. Mulai hari ini tiada lagi ulasan untuk Diari sesi tengahari di blog ini. Tapi ulasan ringkas akan dibuat di fotopages Malique. Sila klik atau layari
http://malique22.fotopages.com.Terima kasih atas sokongan anda.