KENAPA IDAYU MENANGIS?Paparan pertama dalam episod ini adalah satu kejutan yang sengaja dirancang oleh mereka secara rapi. Kononnya, satu konflik telah tercetus? Marsha menasihati Idayu yang sedang menangis. Mengapa Idayu menangis? Sapo gak hok gedebe sangat tuh buat Idayu jeghit? Sie la sikit kat dio... Katanya dah ada konflik dalam AF? Tak baiklah gaduh-gaduh macam nih. Korang kan dah nak jadi artis. Buat malu jeh!
MASA UNTUK MENIMBANGSiapa paling berat kalau bukan *tuuut*... Mereka nampak ceria je bila ditimbang berat badan sebagaimana musim terdahulu untuk memastikan kesihatan mereka terjaga. Apa yang penting adalah stamina pelajar harus dititik beratkan. Melihat kepada stamina pada konsert lepas, ramai pelajar yang kantoi dan pancit terutama si Reza dan Ekin.
PENILAIAN DAN KRITIKAN CIKGU CIKGIIdayu punya masalah ketika nada rendah yang tidak cukup kuat dilontarkan. Tetapi bagi Cikgu Siti Hajar, bagi orang yang beginners macam Idayu memang sukar untuk mengaplikasi apa yang dipelajari. Yang penting, disiplinkan diri dengan latihan yang konsisten terutamanya teknik bubling untuk membuka range suara agar lebih besar.
Mengikut M. Nasir, Kefli banyak peningkatan yang ketara dari segi vokal tetapi ada beberapa pergerakan ketika tidak menyanyi seperti mahu kembali ke 'zaman lampau'. Ketika tidak menyanyi di pentas, seseorang itu masih lagi dalam karakter lagu. Walapun berdiri tegak namun ekpressi wajah yang baik dalam lagu dan kekalkan semua itu sehingga habis lagu. Habis lagu barulah kembali kepada sedia kala, keluar dari karakter.
Cikgu E kecewa dengan Fuad yang pandai meminta tapi tak pandai nak guna! Dia meminta untuk menggunakan penari tetapi mengabaikan 'puteri tari'nya. Amy menampilkan pitching yang bagus tetapi Cikgu Adnan dengar cukup bagus tapi tidak cukup bagus untuk penonton. Vibrato yang kurang lengkap dan tidak selesa didengar. Malangnya, Amy tidak pernah tanya untuk mendapatkan vibrato yang diperlukan. Harap Amy lebihkan fokus dalam kelas. Gaya rock Yazer melenggokkan lagu Sejati tidak boleh jadi secara natural sahaja tetapi kena ada praktis dan itu gunanya vokal exercise. Tapi mereka tak menggandakan latihan kerana sangkaan mereka itu tak perlu. Amylea yang agak malu-malu menerima komen dari Cikgu Marlia yang bantuan kostum menyenangkan penjiwaan lagu yang dapat membawanya ke era silam.
Persembahan mendatar dari Aidil dianggap tidak punya soul dari Cikgu E. Pada saya, Aidil perlu meneliti atau mengkaji persembahan artis antarabangsa yang pro dalam menangani masalah show yang kurang meletop. Sekali sekala boleh ajak mereka saksikan video klip artis terkemuka. Sebenarnya, ada sesuatu dalam diri yang menghalang dari Aidil lebih all out. Ini menganggu ekspressi dan perlu di'develop'kan lagi kerana kekadang benda tu keluar dan kekadang tak keluar. Masalah Aidil yang gerun dengan kehadiran famili boleh diatasi dengan menganggap semua hadirin adalah familinya. Cuma perlu kongsikan kepada semua audien kerana mereka juga sebahagian dari Aidil.
Masalah utama Ekin yang tercungap-cungap tu adalah disebabkan kurang kesungguhan dalam sesi latihan. Ketika latihan, Ekin terlalu banyak mencipta alasan untuk buat yang terbaik dan bersungguh-sungguh. Pada hari Sabtu, tenaga pengajar menganggap setiap orang telah bersedia. Dengan lagu yang berbeza diberikan itu dapat membuka peluang kepada mereka untuk menonjolkan kelainan bagi setiap persembahan. Kesilapan Ekin ketara ketika ending. Sebenarnya bukan Felix yang pergi ke arahnya tetapi sepatutnya Ekin yang memanggil Felix untuk ditarik telinga.
Felix ditegur M. Nasir agar lebih mevariasikan persembahannya. M. Nasir mengharapkan persembahannya satu lakonan untuk ketika itu sahaja. Bukan hanya berpegang kepada watak yang satu itu. Jangan kekalkan imej pak lawaknya ke dalam semua lagu. Sebenarnya lagu Alleycats itu sebuah lagu sedih tapi Felix cuma bergoyang mengikut rentak lagu yang ceria.
Persembahan Akma yang ber'cahaya' itu mendapat pujian semua guru. Segalanya datang serentak bersama dan gerakan aura Akma nampak baik di mata mereka. M. Nasir berkata persembahan Akma adalah yang terbaik pada minggu ini. Kemudian, perubahan falsetto kepada high falsetto yang baik dari Marsha dipuji oleh Cikgu Adnan. Sepatutnya Marsha lebihkan 'firm' pada nada rendah agar sebutan jelas. Jangan selalu immitate untuk semua rangkap.

Linda Jasmin mengatakan show Reza tenggelam dan karam dalam 'lautan' Fuad yang terlalu aktif. Tak cukup stand out. Reza disedari yang dia terlalu kecoh. Lari sini dan lari sana. Kecoh boleh tetapi kena pada tempatnya. Berikan tumpuan pada kamera. Kesian kat kameraman yang tercari-cari Reza yang kelam kabut. Masalah pancit Reza mungkin dapat menjadi pengajaran pada semua.
Mawi yang seakan nampak malu dengan persembahannya, disedari Cikgu Adnan bahawa dia membawa melodi yang salah. Maknanya, Mawi merosakkan originaliti lagu tersebut! (Tapi M Nasir nampak ceria sahaja, takde nak marah pun atau tak dipaparkan?) 'Salah melodi' itu yang tak boleh dimaafkan. Kalau silap lirik tak apela lagi. AF yang lepas pun ramai yang silap lirik. Cikgu Adnan mengaku dia bersalah kerana tidak dengar irama yang original untuk menegur Mawi tika latihan. Bermakna Mawi orang yang pertama yang melencongkan melodi. Cord meningkat kat lain, Mawi nyanyi kat lain. Falsafahnya, learn the rule before you break the rule. Bley?
LAGU TUGASAN MINGGU KETIGA1. FELIX - MEMORI BAHAGIA (SAHRI)
2. MAWI - GADIS MELAYU (OTHMAN HAMZAH)
3. EKIN - MIMPI SEDIH (EMELLIA CONTESSA)
4. FUAD - GERIMIS DI LAUTAN (ALLAHYARHAM SUDIRMAN)
5. IDAYU - CURIGA (NING BAIZURA)
6. KEFLI - KEINDAHAN PANTAI (KRISTAL)
7. MARSHA - LELAKI IDAMAN (MELLY GOESLOW)
8. AIDIL - NAK DARA MERINDU (ALLAHYARHAM P. RAMLEE)
9. AMY - ASMARADANA (TIARA JACQUELINA)
10. YAZER - SUATU MASA (M. NASIR)
11. AMYLEA - ANGGAPANMU (ZIANA ZAIN)
12. REZA - MUNGKIN NANTI (PETERPAN)
13. AKMA - LAGU RINDU (SITI NURHALIZA)
RUPANYA KONFLIK JADI KEZUTAN?Planning untuk menarik Cikgu Marlia memberi kaunseling untuk Idayu yang kononnya berbalah dengan Amylea memang menjadi... nampak mulanya nampak macam real siot. Mati-mati Malique percaya yang Idayu bergaduh ngan Amylea. Siap sumpah seranah si Amylea tu sebab sakitkan hati oghe Kelate! Panda la sungguh dih Idayu nih belakong. Siap ghoyak Amylea jeles nga dio... Kuang kuang kuang... tipah tertipu... sebenarnya itu adalah lakonan semata-mata. Memang power la depa ni berpakat. Siap Cikgu Marlia tu pandang lain macam je kat depa tu. Tengok pelajar yang terlibat menangis sambil berpelukan. Dan itulah sebenarnya kezutan buat Guru seni lakonan, Marlia Musa kerana menyambut hari jadinya semalam 12 Jun. Dia pun tak tahu yang dia akan terima kezutan sebegitu meriah pada hari ini. Apa-apa pun, happy befday also from me...