INTRO: ASTRO UNTUNG DENGAN AF?Sebelum saya menulis ulasan tertangguh konsert AF3, suka saya mencedok keratan akhbar Berita Harian
"Astro Catat Kewangan Kukuh" di ruangan ekonomi hari ini (13 Jun). Syarikat itu berkata bagi suku pertama berakhir 30 April lalu, pendapatan yang disatukan meningkat 21 peratus kepada RM473.2 didorong pertumbuhan besar dalam penembusan sektor PELANGGAN MELAYU. Ini menjadikan jumlah asas pelanggan kediaman kepada 1.629 juta.
Isi rumah Melayu menyumbang 666,000 atau 41 peratus daripada asas pelanggannya. Dengan kata lain pelanggan dari bangsa Melayu adalah golongan terbesar yang melanggan astro. Relevannya dengan statistik tersebut dapat kita simpulkan bahawa tidak syak lagi pengaruh produk Akademi Fantasia sedikit sebanyak telah menukar impian astro untuk mengaut keuntungan menjadi realiti. Diharapkan juga astro bukan sahaja memantapkan lagi produk 'emas' mereka ini malah lebih mengutamakan mutu produksi.
PENGACARAAN PALING MINIMAAznil memulakan acara sebagaimana biasa. Masih ceria walaupun terkongkong dengan keterbatasan masa. Masa yang begitu minima tidak mengizinkan untuk pengacara ini berceloteh lebih panjang sebagaimana biasa. Sebagaimana yang dijangka, konsert telah mengengsot hingga jam 11.10 malam lalu mencuri masa Berita Astro.
Mana sempat untuk menyempurnakan 2 jam setengah dengan 14 persembahan ditambah dengan iklan yang nilainya berjuta. Dan akhirnya tercatit dalam sejarah dimana sesi penyingkiran malam ini adalah yang PALING SINGKAT dibuat. Anda yang pergi ke Stadium Melawati mungkin bosan. Dan ada juga yang tidak pulang terus untuk menantikan siaran Imbasan pada jam 11.30 malam. Kalau semua power, berbaloi lah jugak. Tapi bagi saya, banyak yang hampeh dan terlalu mendukacitakan!
TRADEMARK PENGENALAN DIRIEpisod pengenalan diri kesemua pelajar pada minggu ini mungkin akan membuat pelajar lebih dikenali. Pelajar masuk ke pentas berbaris dengan dimulakan dengan Idayu, Kefli, Elliza dan diakhiri dengan Mawi. Sudah ada gaya dan trademark masing-masing. Kesemuanya ceria. Yazer: Rock Steady. Akma: konnuciwa. Yang masih takde trademark ialah Amylea, Aidil, Ekin dan beberapa orang lagi. Saya suka dengan dengan trademark hanyunan spin Felix yang nampak cute itu dan juga gaya sempoi promosi afundi si Mawi.
KEPUTUSAN UNDIAN SEBELUM PERSEMBAHANKemasukan Mawi telah merubah sedikit percaturan. Rupanya peminat Mawi rela berjuang habis-habisan untuk melihat Mawi ditangga teratas. Pertama, cabaran bukan sedikit untuk Mawi dan ini dijangka akan membuat Mawi over confident dengan statusnya kini. Samada ini menjadikan satu motivasi atau sokongan ini meranapkan benteng kealpaan Mawi? Keduanya, kedudukan yang sungguh selesa ini secara psikologinya telah menggetarkan jiwa sebilangan pelajar. Mungkin ada yang merasakan kedudukan telah tercabar?
1. Felix 19%
2. Mawi 19%
3. Idayu 6%
4. Amy 6%
5. Ekin 6%
6. Marsha 5%
7. Akma 5%
8. Yazer 5%
9. Elliza 5%
10. Aidil 5%
11. Fuad 5%
12. Amylea 5%
13. Kefli 5%
14. Rezza 5%
PENGKRITIK PROFESSIONAL
1. Kudsia KaharMemang Kudsia macam tu... banyak memuji pelajar dari mengkritik. Penyakit lama dia dah datang balik. Saya harap KK mengubah persepsi kepada lebih positif, biarlah komen itu tidak merasuk pelajar agar berada dalam keadaan selesa. Puji boleh tetapi kalau banyak 'mengepom', boleh buat depa lebih kembang hidung! Jangan komen sebarang komen kerana kekadang komen anda dianggap komen sampah yang direcycle!
2. Adlin Aman RamliApa yang saya perasan, komen 'Sultan Melaka' ini agak kritis pada awalnya, tetapi berubah mendadak dipertengahan konsert dimana Adlin banyak memuji pelajar. Atau adakah tekanan takut pada penonton menjadikan Adlin sebegitu lurus? Atau ada teguran dari tenaga produksi? Keseluruhan komen beliau memang berguna dan merangsang mengingatkan saya gaya sindiran bernas dari Ramli MS pada musim lalu. Tetapi Adlin tak konsisten untuk mengorek kelemahan pelajar.
3. Hattan
Hattan kurang menitik beratkan aspek yang kecil dan picisan termasuk pitching dan tonasi. Komen Hattan terlalu bersifat umum termasuklah menyentuh segi keseluruhan persembahan. Namun, ada part yang begitu membina dan merangsangkan... sinikal. Tak salah rasanya kalau beliau lebih telus dan berterus terang. Laser sikit pun apa salahnya.
1. IDAYU - SUPERSTAR (JAMELIA)
2. KEFLI - MUNGKIN (ANUAR ZAIN
Mungkin trademark PRAAPP boleh meranap? Sebagaimana lagu ini yang menjadi peranap Kefli. Yang diperhatikan, mungkin kali ini Kefli masih kelaparan aiskrim lagi dengan aksi jelir lidahnya? Yehaa, sudah tiada nampaknya. Mungkin di'control' pada kali ini. Yang hampeh, Kefli tidak menambah apa-apa perisa dalam lagu berat ini. Terlalu berusaha bersungguh-sungguh untuk menonjolkan vokalnya namun apakan daya Kefli, dia tidak melepasi halangan terutama ketika korus. Adlib yang ditarik tak menjadik malah suaranya pecah disana sini. Tak sedap dengar! Ditambah dengan kesilapan lirik tika ' Sabarlah menanti...." menggantung dirinya sendiri.
Komen KK: Saya berpuashati kerana anda langsung tak ikut suara Anuar Zain. Anda bukan klon Anuar Zing!
Komen Adlin: Bagi saya, tika anda keluar hingga anda masuk nyanyi semua itu melambangkan personaliti anda. Orang akan suka samada dengan personaliti atau nyanyian anda. Saya suka pada simplicity anda tetapi kena ingat lagu itu sangat emosional. Kalau terlalu rileks dan stabil, takleh jugak. Anda perlu relate dengan emosi lagu itu.
Komen Hattan: Anda vokal mempersonakan saya. Cuma kena tambah jiwa lagi.
3. ELLIZA - AKU, DIA DAN KAMU (DIVA)
Gadis dari Kuala Kangsar ini tampil sikit funky bersesuaian dengan lagu rancaknya. Sekali toleh macam perempuan keras yang samseng. Sebagaimana yang dijangkakan, Elliza betul-betul mengaplikasikan 80% karakter superaktif semulajadinya. Penggunaan pentas secara maksima tapi pergerakan yang ke hulu ke hilir tu nampak sama berulang. Banyak pergerakan yang separa natural dan suara tercungapnya jelas kedengaran kerana tidak mengawal jarak mikrofon. Pitching pun ada lari masa nada rendah. Yang boleh dipuji mungkin pada penghayatan sahaja kerana vokal kureng!
Komen KK: I love your performance. Anda memang punya satu attitude sampai orang buat wayang (Kefli & Marsha) saya tak tengok. Muka anda comel, kalau marah nampak betul marah. Anda betul menjiwai lagu tersebut.
Komen Adlin: Tapi bagi saya, persembahan awak tidak akan diletakkan pada persembahan utama. Satu, tak perlu main dengan video klip. Awak sangat natural tapi sayang anda tak rehearse, tak plan. Banyak benda natural yang sloppy. Makin banyak benda yang dibuat, banyak membuka kelemahan.
Komen Hattan: Saya tak nak komen pasal flat. Cuma berhati masa low not. Awak terlampau row masa low not.
4. FUAD - PUTERI (ZAINAL ABIDIN)
Suka tengok outfit yang Fuad pakai. Ada aura etnik dan kemas. Bagi saya, kemantapan vokal Fuad jelas keluar mengalir dari lagu ini. Banyak bereksperimen dengan adlib pada akhir lagu, menimbul satu impak yang ekspresif masuk ke jiwa penonton. Dengan menggunakan seorang penari sebagai puterinya, Fuad masih memperlihatkan gesture atau gerakan badan seperti Zahid. Seolah dia cermin yang membiaskan gaya Zahid. Dari situ, Fuad tak berjaya mencipta imejnya lagi. Masih diawang-awangan. Penjiwaan lagu memang 'menjadi' kerana menyentuh perasaan saya. Walaupun tidak disukat dengan betul. Ada part-part, Fuad kelihatan macam watak kartun Doraemon. Tak tahu watak yang mana satu. Memang nampak 'kongo' dengan bebek muka macam bayi merengek maukan susu. (Hanya oghe Kelate je yang faham, OK?).
Komen KK: Begitu efektif sebab ada yang tersentuh tergamam kerana muka anda macam hancur kerana kehilangan wanita paling bermakna. Sedih, sedih betul.
Komen Adlin: Saya rasa interptrate dan connect lagu ini dengan bagus. Emosi susah involve dlam diri, awak akan benarkan perkaran itu berlaku. Kalau boleh hold emosi, mungkin anda akan dapat impak yang lebih besar. Secara keseluruhan awak kena betulkan posture dan alignment, mungkin boleh jadi superstar.
Komen Hattan: Lain kali mic kena pegang lebih tinggi sedikit sebab ada part tak kedengaran jelas. Cuma tambah stamina. Jiwa dah ada.
5. AMY - SESALAN (EZLYNN)
Seronok tengok Amy nyanyi sikit lagu Hindustan masa disuruh oleh Aznil. Sesuai dengan wajah Bollywoodnya. Gaya Amy menari pada intro lagu tidak sharp dan dilakukan secara lewa. Mungkin masih trauma dan bimbang tragedi tersilap masuk lagu berulang lagi. Tetapi apabila teringat untuk menampung lubang lain, lubang lagi satu pula yang terjonggol. Padahnya, vokal Amy tidak menyerlah untuk lagu ini.
Karakter yang dikatakan perlu untuk lagu ini nampak tidak kesampaian. Dia sepatutnya lebih banyak menggoyangkan badan dari menjadikannya macam patung kaku. Mungkin kalau banyak menari dia takut semput. Banyak memejam mata, kurang yakin dan pada dasarnya dia terlalu mengikut perancangan. Sketsa pendek Amy dengan Aidil juga tidak punya makna langsung. Dibuat secara teragak-agak. Tiada momentum langsung!
Komen KK: Saya rasa show anda minggu lepas lebih enjoy. Mungkin anda tidak minat dengan lagu ini. Saya sebagai penonton, saya tidak rasa enjoy. A little bit straight forward but its competent.
Komen Adlin: Rasa macam tak terbawak but putih atas pentas. Macam awak hiperaktif tapi awak malas atas pentas! Tak move. Ada backup dancer, cam takde guna. Pentomin tak ada impak apa-apa.
Komen Hattan: Tak sampai pada saya. Vokal mendatar. Tapi ada improve masa high pitch. Saya rasa boleh improve lagi.
6. YAZER - SEJATI (WINGS)
Saya harap tiada lagi lagu rock untuk Yazer selepas ini. Cukuplah lagu rock ini yang terakhir. Kita ingin mendengar sesuatu yang lain dari Yazer. Walaupun ada irama konserto orkestra, intro tarian sketsa pendek itu nampak terbantut setengah jalan kerana Yazer fokus dengan miming gitarnya selepas itu. Saya harapkan sesuatu yang luar biasa pada vokal rocknya dan itu menjadi harapan tak kesampaian kerana ada part-part suaranya terkehel. Pitching masih lari bertempiaran seakan takut dengan suara garau Yazer. Cuma miming gitar tu memang sedap untuk ditonton walaupun tak realistik dan palsu!
Komen KK: Setiap minggu anda akan diberikan genre yang berlainan walaupun anda minat giler dengan rock, jangan terlalu selesa. Ada orang apabila dia meneran, menyakitkan telinga tapi anda sedap meneran. Saya suka anda menggunakan stail anda sendiri.
Komen Adlin: Awak kena sedar, kalau nak attack, awak tak perlu masa korus. Kena kreatif. Awak adalah yang paling konfiden dari semenjak mula persembahan. Awak serius dan awak perasan. Perasan tu bagus. Miming gitar dengan penuh menyakinkan.
Komen Hattan: Awak rocker betul ke awak rockers jadian? Sebenarnya gitar tu menyibuk je. Kalau awak main betul, saya tabik. Tapi benda tu kacau je!
7. AMYLEA - ASMARA (ANNEKE GRONLOH)
Saya menyifatkan persembahan Amylea kali adalah pemangkin Afundi untuk beliau kerana berbanding minggu lepas, inilah show terbaik pernah dibuat. Harapnya, ramai yang dah sedar Amylea ada bakat untuk jadi bintang! Tarikan utama adalah pada stailnya yang menggoda. Shownya mengembalikan nostalgia ala-ala zaman Marlyn Monroe. Karakter funky munkynya sebenarnya dibuang jauh dan menerapkan gaya sedikit mengedik macam penyanyi kabaret. (Gatal gelenya oghe Kelate kato).
Inilah yang sebenarnya maksud retro-seksual yang pernah dikatakan Radhi ketika Kaer membawa lagu Kenanganku. Vokal Amylea mengakumkan kerana tonnya sedap dan kedengaran jelas. Amylea bijak untuk cuba menarik penonton melekat untuk melihat gayanya dari mula hingga akhir. Padat dengan emosi yang natural. Kejutan pertama untuk Amylea ketika diakhir lagu dimana Zahid, Nana dan Farah dipinjam untuk penampilan khas. Sekadar kejutan biasa untuk merapatkan hubungan dengan bintang AF musim lalu.
Komen KK: Saya rasa kalau dia masih hidup la anda menjiwai lagu siap dengan tarik bahu, gesture. tak rugi cikgu ajar awak satu minggu.
Komen Adlin: Kalau semua benda OK, kekadang kita takde apa yang nak dicakap sangat. Harus bagi kredit untuk awak. Yang lain kena contohi Amylea.
Komen Hattan: Vokal yang manja tu, kalau buat dinner show meriah dik. Mesti banyak dapat dinner show lepas nih. Tingkatkan tahap vokal anda. Manja dan seksi tu dah ada!
8. AIDIL - I DON'T WANT TO MISS A THING (AEROSMITH)
Sebagaimana Kefli, Aidil melakukan kesilapan yang sama pada lontaran vokal. Sudah tahu suara tak sampai ke high pitch, mengapa tak minta diturunkan satu key? Permulaan, Aidil nampak sempoi rileks duk atas kerusi. Banyak mengolah ekspresi dan ketajaman matanya di kamera. Tapi Aidil terlupa sesuatu yang paling penting dalam lagu ini iaitu penekanan pada momentum persembahan. Dia perlu 'tekan' pada suara dari semasa ke semasa iaitu dari mula hingga akhir dengan skala yang terus menaik (tak turun-turun) untuk membangkitkan impak pemahaman lirik lagu. Diction dan sebutan yang agak sempurna. Yang kurang cuma emosi, kena lebih all out!
Komen KK: Awak satu contoh baik pada yang yakin pada gaya yang tersendiri dengan imej Enrique Eglisias. Emosi tak kesampaian pada minit pertama. Tak nampak awak cinta giler kat fomfuen tu!
Komen Adlin: Saya rasa permulaan awak sgt baik. Dengan memilih posisi yang sangat minima. Hanya orang tertentu sahaja yang memilih posisi itu. Cuma pada ketika awak bangun, seperti awak kehilangan sesuatu. Lagu tidak sincronize dengan badan
Komen Hattan: Sebenarnya lagu ini perlu blues yang strong. Tapi anda nyanyi dengan selamba dekkk jee...
9. EKIN - JOGET SAYANG DISAYANG (ANITA SARAWAK)
Paparan masa Ekin dan Yazer yang menyanyi masa membasuh pinggan boleh mengundang gosip seakan mereka dipadankan untuk bercinta di akademi. Mengingatkan saya masa Nana dan Burn mula digosip dulu. Di tangan Ekin, lagu ini terang-terang menampakkan Ekin tidak kuat stamina. Tercungap-cungap sehingga buat saya letih untuk menonton. Vokal sudah nampak OK sebab Ekin punya ton yang sedap. Yang paling jelas, penampilan Felix seakan ingin mencuri perhatian penonton kepada gelagat tarian Felix, Wahid Satay Junior! Saya lebih menumpukan pada interprem gerak nakal si Felix dari memerhatikan Ekin. Lawak betul masa timing Felix yang awal sangat masa menadah telinga minta ditarik oleh Ekin. Senangnya lagu ini kerana mengulang ritme yang sama memudah untuk merancang karakter yang sewajarnya.
Komen KK: Walaupun kecil tapi suara anda besar. Tarian anda lembut, feminine. Saya terpesona dengan senyuman anda.
Komen Adlin: You tahu ke saya tak boleh tengok orang pakai baju Kebaya? OK... awak buat malam ini sangat cantik. Cuma kena berhati-hati, kena plan yang penari latar dan Felix tidak mencuri tumpuan lebih dari suku persembahan.
Komen Hattan: Awak bertuah kerna punya vokal weight. Cuma hati-hati masa korus. Jangan sampai tergelincir.
10. FELIX - BERJUTA BATU (ALLEYCATS)
Persembahan Felix nampak manis sekali dimata saya. Dengan senyuman ceria yang tidak lekang dari bibirnya buat semua terpikat dan terpaku. Kekadang aksinya menggelikan hati penonton. Memang lawak habis tengok telatah orang Sabah ni. Terserlah dengan tariannya yang punya sinchronize dengan rakan yang lain, Felix juga tidak lupa untuk melontarkan vokal nyaringnya dengan cukup matang. Selain show Amylea, persembahan Felix buat saya terhibur. Endingnya pun memang kelakar habis. Tak nampak semput sangat.
Komen KK: Satu persembahan yang berkesan. Nampak telan air liur dan semput. Banyak bersenam dan banyakkan minum air.
Komen Adlin: Ada kena mengena dengan M. Daud Kilau ke? Cara kau macam something else. Saya nampak awak ada potentiol untuk jadi good entertainer.
Komen Hattan: Kalau recording, album boleh jual. Awak boleh nyanyi semua lagu.
11. AKMA - CAHAYA (KRIS DAYANTI)
12. MARSHA - INGIN BERSAMAMU (SYAFINAZ)
Aura Marsha jelas terpancar menyatakan pada kita Marsha bukan sebagaimana yang diperkatakan oleh sesetengah orang yang tak tahu menilai. Jangan bedakan Marsha ketika dia sakit tekak dan dengan sekarang ini yang sudah punya suara tulen. Dengar dan carilah keunikan suara gadis Tamparuli ini. Dia pandai 'bercakap' dengan kamera melalui renungan matanya yang cukup seksi penuh gaya pemikat. Bukan setakat menang gaya, malah vokal Marsha bakal bersaing dengan mempertaruhkan gaya soul yang unik dan sedikit saprona dan falsetto yang baik. Marsha perlu ada tenaga kerana suaranya kedengaran agak lesu. Tak sebagaimana paparan diari, Marsha mengubah perspektif saya yang dia bakal jadi bintang.
Komen KK: Betul-betul terkejut, awak seorang penggoda. Terpegun dengan imej yang anda bawa, yr sexy sirence, dapat bawa lagu tu dengan berkesan. Boleh catch up walaupun seminggu masuk akademi.
Komen Adlin: Saya rasa melodi karakter lagu ini sangat bersesuaian dengan personaliti awak. Kekuatan bila dapat disepadukan kedua-duanya. Apabila awak dah seksi tu, jangan fikir sangat pasal rambut awak yang jatuh. Apabila saya tertarik dengan sesuatu persembahan, setiap perincian awak saya akan teliti sehalusnya dik!
Komen Hattan: Body language awak mengalahkan vokal. Kalau boleh lantangkan vokal awak.. lagi bagus.
13. REZA - TERHANGAT DI PASARAN (KRU & ADAM)
14. MAWI - DARI KEKASIH UNTUK KEKASIH (HATTAN)
Aksi Mawi di dalam akademi banyak menonjolkan sebagai Pak Lawak dikalangan peminat. Mawi tidak tahu yang dia kini digelar salah seorang Pak Lawak selain Felix. Ramai yang sukakan gaya sepontan Mawi dan kali ini Aznil menguji kebolehan Mawi menjadi DJ tetapi Mawi lakukan tak sebagaimana yang dipinta. Anyway, gaya Mawi duduk nampak sangat Mawi meniru gaya si Aznil.
Lagu ini sepatutnya ada kesimbangan pada penghayatan dan fokus berganda dari Mawi. Dengan menutup mata, membuang segala gundah yang menekan, sedaya upaya ingin memotivasikan diri, Mawi memulakan dengan emosi penghayatan. Vokal Mawi masih stabil tetapi dengan sedikit kesilapan terlupa lirik pada rangkap
pabila digiris angin dimana baris ini diulangnya 2 kali, telah menempangkan langkah lagu. Dibuatnya macam dia rasa dia dah betul, padahal dia yang over confident!
Sesetengah pengkritik mengatakan persembahan Mawi telah hancur kerana mereka sebenarnya mengharapkan kesempurnaan pada Mawi. Memang sukar untuk memaafkan mana-mana penyanyi yang melupakan lirik. Tetapi mungkin anda semua tak perasan bahawa tragedi nyanyuk dan leka menjadi satu masalah rutin pada pelajar sebelum ini. Untuk mengatakan persembahan Mawi hampeh adalah tidak betul. Pada saya, apabila dinilai dari segi suntikan 'rock'nya memang menjadi. Pitching boleh diperbaiki lagi. Yang saya tidak puas hatinya, inikah hasilnya latihan 6 hari di akademi? Mungkin kita harap lebih lagi kerana gelombang penyokong tsuMawi bukan sepoi-sepoi bahasa. Tak puashati... apa nak dikata lagi... Harap Mawi jadikan ini satu iktibar!
Komen KK: Bagi mereka yang selama ini mengatakan yang awak hanya boleh bawa lagu nasyid, memang silap besarlah diorang. Konfius kerana ada perubahan lagu.
Komen Adlin: Kau tahu ramai orang sukakan kau. Tapi populariti kau ini yang boleh digunakan untuk push different level of performing. Konfiden boleh tetapi jangan over confident. Jangan musnahkan kepercayaan peminat.
Hattan: Saya marah M.Nasir dan Kudsia, kenapa buang anda dulu. Tapi Mawi... sedih la Mawi kenapa lupa lirik? Bila lupa lirik, gangguan vokal dan feel terbang. Kalau dapat kumpul peminat sebegini ramai, awak kena bagi 300% on vokal. Please 3 kali, kalau anda kekal, jangan kecewakan!
MENUJU PUNCAK
Sebenarnya tarian dengan 14 orang pelajar memang susah untuk disempurnakan. Masih tidak serentak. Kalau dah ada 2 orang baru yang baru bertatih, langkah masih longlai, kurang kemas. Kita mesti faham situasi dan keadaan mereka. Mungkin dengan kepenatan yang masih membungkus diri, mereka tidak sebagaimana yang diharapkan.
Saya tahu, mata semua penonton tertumpu pada Mawi dan Marsha. Boleh ke depa menari? Saya jawab, yea sudah ada nampak iras gaya walaupun langkah masih tumpul. Mawi nampak terkumat-kamit seperti membilang langkah tapi senyuman tak lupa untuk diukir. Untuk jadi sempurna, mungkin boleh diubah step kepada gerakan yang paling senang.
PENYINKIRAN ELLIZA
Perginya Elliza, tanpa titisan airmata penonton. Kalau ada pun yang menangis tu mungkin ada sesuatuh! Kalau ada yang menangis tu, mungkin suku sakat yang memendam rasa. Kalau ada yang menangis pun, mungkin itu tanda terbaik untuk nyatakan kegembiraan bahawa tidak ada lagi perangai super gedik si Elliza dalam akademi. Orang kata tak baik kita mengumpat orang dah takde... Biarlah kita semadikan kenangan Elliza yang bersemi antara jalur masa selama dua minggu ini. Dalam tiada yang menangis, mungkin ada satu golongan yang menjerit dan melompat kegembiraan. Jahat betul korang nih! Elliza tu teresak-esak macam tak nak keluar akademi lagi. Kesian kat dia... Jadi ada sesiapa yang mahu buat tribte untuk Elliza?
CARTA RANKING TOP 14 MALIQUE
1. AKMA - CAHAYA (KRIS DAYANTI)
2. AMYLEA - ASMARA (ANNELA GRONLOH)
3. FELIX - BERJUTA BATU (ALLEYCATS)
4. IDAYU - SUPERSTAR (JAMELIA)
5. MARSHA - INGIN BERSAMAMU (SYAFINAZ)
6. FUAD - PUTERI (ZAINAL ABIDIN)
7. YAZER - SEJATI (WINGS)
8. AMY - SESALANKU (EZLYNN)
9. ELLIZA - AKU, DIA DAN KAMU (DIVA)
10. MAWI - DARI KEKASIH UNTUK KEKASIH (HATTAN)
11. REZA - TERHANGAT DI PASARAN (KRU & ADAM)
12. EKIN - JOGET SAYANG DISAYANG (ANITA SARAWAK)
13. AIDIL - I DON'T WANT TO MISS A THING (EUROSMITH)
14. KEFLI - MUNGKIN (ANUAR ZAIN)