[---~*Enter-tainment Blog*~---]
Firefox NEW Firefox 2.0 released!



Previous Entry
REFRESH THIS BLOG
Next Entry

Time to move on



My blog has been revamped into the fresher, snazzier 'Sensasi Selebriti'.

You are cordially invited to grace your presence at the new blog. Click here


www.budiey.com






Wednesday, June 08, 2005

    DIARI AF3: RABU | 12.30 TGHARI | MINGGU KEDUA


    TAFSIR DAN PEMAHAMAN LIRIK
    Mereka masih dalam proses pembelajaran untuk menampilkan gaya rias dalam persembahan. Saya tahu mengapa perkara ini dititik beratkan sangat dalam musim ini. Mungkin berdasarkan kepada tekanan dari penonton sendiri yang inginkan sesuatu yang baru, lain dari yang lain dan menghiburkan. Ditambah lagi dengan faktor kebanyakan pelajar mempunyai kelemahan dalam menonjolkan emosi yang sepatutnya mereka keluarkan.

    Kebolehan vokal mereka setakat ini masih berada ditahap yang boleh dipertingkatkan lagi. Cuma aspek ekspresi yang ditekankan seolah selepas ini mereka akan lekat dengan ilmu tersebut. Kalau kita cuba lihat kepada penyanyi yang sedia ada, adakah mereka pentingkan sangat kepada ekspresi wajah? Saya rasa ada penyanyi yang saya pernah tengok boleh tersenyum bila menyanyi lagu yang sedih. Jadi macamana tu?

    Kelas Cikgu Marlia hari ini lebih kepada pemahaman lirik. Sebelum membawa lagu sudah tentu mereka perlu faham makna tersirat. Itu pentingnya tafsiran makna dalam lagu. Cikgu Marlia dengan kerjasama Puan Fatimah cuba menambah apa-apa 'perencah' yang patut untuk menyedapkan lagi persembahan mereka. Saranan itu dibuat secara terbuka untuk kebaikan mereka. Pengalaman orang teater macam Cikgu Marlia dan Puan Fatimah memang dapat dilihat hasilnya. Walaupun mereka tak perlu berlakon tapi mereka sebenarnya berlakon ketika dipentas.

    Ketika berada di atas pentas, pandangan penonton mesti dititik beratkan. Setiap gerakan ada caranya agar semuanya dapat dilihat oleh penonton. Penonton tidak mahu diganggu dengan halangan yang membuatkan aura atau mesej yang ingin disampaikan itu terbantut ditengah jalan. Kalau anda yang selalu menonton teater mesti perasan kekadang mereka bercakap sambil membelakangkan orang itu. Walaupun itu tidak nampak natural namun itulah teknik seninya teater.

    Lagak gerakan Elliza masih nampak dibuat-buat, tidak sepontan dan kekadang rasa kebanjiran attitude. Seperti dia ingin meniru lagak gaya si Farah. Kalau nak dibezakan dengan Elliza, Farah nampak lebih cantik, natural dan gerakannya memang nampak senang serta comel dimata. Elliza bukan comel tapi lebih banyak mengomel. Patutla diberi Anugerah Botol Susu (anugerah yang diberikan oleh Aznil untuk budak manja). Semoga Marsha akan diberikan juga Anugerah Botol Susu kerana sudah patah semangat dan manja lebih-lebih pada minggu ini. Peminat Marsha, jangan ambik hati pulak.

    Ok.. sampai turn Idayu kena tukar slang kelate deh. Ok.. kito napok denge jelah lah do' Pue Fatimoh tengoh ajar la Si idayu tu pasal lagumano nok bawok emosi dale lagu tu dih. Buleh napok la Idayu kito nih jenih meme sene nok masuk ilmu dale palo otok dio. Meme pick up la dio nih! Sene paka ilmu hok oghe ajar.

    Sayo haghap sangat la Idayu meme buleh buat hok paling baik mace dio nyanyi lagu Percayolah tuh. Lagu Jamelia tu, Idayu keno tunjuk ghaso kecewo tapi tokla kecewo sangat sebabnyo dale kecewo pong ado harape. Hehehe... harape nok mene la tuh! (Nih demo tu mesti ingat kawe ni nok bangkit ke semangat kenegerie... tapi buke niat kawe gituh. Sajo jah nok suko-suko dih!

    KELAS CIKGU ADNAN
    Akma masih lemah ketika korus. Semua korus seakan lebih kurang sama. Jadi, Akma diajar bagaimana untuk lebih menggunakan adlib dan lenggok untuk membedakan korus pertama dan korus kedua. Nanti takdela bosan sangat bila kita dengar. Lagi pun, ini akan jadi tidak sama dengan penyanyi asal.

    Fuad lebih meniru lenggok Zainal Abidin. Vokal Fuad masih lemah. Cikgu Adnan menyarankan Fuad menyuntik lebih suara rock dalam lagu ini. Amy: vokalnya seperti sengaja ingin menaikan sedikit suara kepada yang ton yang paling sukar. Lagunya keseluruhan pada lirik. Nampak comel la Amy hari nih.

    Amylea memang sedap bunyi suaranya. Merdu tapi kena lebihkan pada ekspressi. Dia memang pandai membawa variasi lagu. Peminat je tak tahu untuk memilih. Kedudukan undian Amylea kini seakan ingin tenggelam dan karam tapi saya tahu ini tidak merisaukan peminatnya. Tragedi penyingkiran biasanya akan berlaku pada kedudukan pelajar yang berada ditengah-tengah. So yang duk kat tengah-tengah tu, better watch out! Amylea kata, dia malu tapi Cikgu Adnan nampak dia tak nampak macam malu.

    Reza menekankan lirik lagu dan suaranya masih boleh diperbaiki. Dia seperti ingin mengambil jalan untuk mencari lenggok yang lain tapi mungkin masih tak dapat. Namun, masih berjaya dengan mengubah sedikit lirik untuk rapping berdasarkan suasana semasa. Mungkin ada kejutan untuk Reza pada malam konsert nanti,kita tak tahu.

    Aidil nampak macam tak buka mulut besar-besar atau luas-luas untuk keluarkan vokalnya. Suaranya tak dengar secara total. Masih banyak sebutan atau diction yang salah. Idayu pulok meme sedap gilo la walau pung lagu ni lagu mat salleh tapi kito buleh laye dih. Sayo percayo la dio meme buleh buat. Cumo sebute tu biar betul jange dok bedal kok sir dih. Ado cikgu tu tanyo la cikgu... jange duk senyak jah dok?

    Yazer mempunyai kawalan vokal agak mantap walaupun dicuba pada tahap kesukaran dimana lagunya perlu lebih bertenaga. Suara Ekin pula lebih sengau dari biasa. Datangnya dari hidung. Macam dengar suara orang tengah selsema. Itu memang diakui oleh Ekin sendiri. Hidungnya tersumbat. Masih banyak lagi yang elemen yang terkandung dalam lagu tersebut.

    Sedikit perubahan kareografi MENUJU PUNCAK kerana pelajar bertambah. Mawi dan Marsha masih lagi memerhati rakan yang lain menari. Banyak gerakan tangan digapai ke atas membuat audien akan nampak gerakan mereka tidak serentak dan senada.

    ILMU BERGUNA DARI SHAM KAMIKAZE
    Saya melihatkan lawatan Sham Kamikaze berjaya menyedarkan pelajar perihal pentingnya melodi dalam setiap lagu. Setiap apa yang berkaitan dengan muzik sebenarnya bergantung pada skill atau kemahiran seseorang itu. Istilah kemahiran dalam muzik adalah satu alat yang digunakan untuk mencipata melodi atau harmoni.

    Melodi bersifat mono atau satu. Manakala, harmoni merupakan gabungan pelbagai irama muzik atau suara menjadi satu lagu yang lengkap. Kesilapan pelajar membawa melodi akan mencacatkan harmoni pada lagu dan akhirnya itulah yang menjadikan suara mendatar dan pitching lari ke laut.

    Percubaan untuk buat kelainan itu satu perkara yang bagus tapi kena ada cara. Kalau tidak jadi seperti orang buta yang kehilangan tongkat. Tiada arah. Contoh, seorang penyanyi antarabangsa, Barbra Streisand yang berjaya membawa semua jenis nada dengan cemerlang. Nada tingginya tidak nipis tapi tebal. Aidil diminta menyanyi mengikut irama dari piano. Suara Aidil dikatakan tidak punya aura rock kerana tidak menonjolkan sifat kelakiannya. Artis macamana teror sekali pun aku mula menyanyi dengan melodi. Selepas itu barulah mereka mencipta lenggok sendiri.

    PENUTUP: KEGIGIHAN FELIX TERUJI
    Paparan penutup, kita dapat saksikan usaha Felix untuk mendapatkan rentak lagu dalam tariannya memang harus dipuji. Nampak ketelusannya ingin belajar walaupun masih kekok dan kaku. Kekadang tariannya terbabas dengan lirik yang meracau. Tarian Felix pada saya sudah jauh berbeda dengan tarian tika mula beliau memijakkan kaki ke akademi. Kekentalan dan ketabahan ini yang kita ingin lihat. Bukan macam yang patah semangat dan mudah berputus asa sebelum mencuba!




babygal82
July 29, 2005   05:39 PM PDT
 
SEMUA FANS AKMA UNDI FELIX... LAGIPON FELIX DGN AKMA KAN BESTFRIEND....
babygal82
July 29, 2005   05:38 PM PDT
 
SEMUA FANS AKAM UNDI FELIX....
elliza
July 24, 2005   01:22 PM PDT
 
iya ker saya pun out
baby216
July 24, 2005   01:21 PM PDT
 
kita minat je kat felix tu tapi tak afundi kita afundi yazer jer sebaik yazer tak keluar mlm tadi out
elliza
July 24, 2005   01:19 PM PDT
 
iya kita afumdi felix kan kau undi dia kan
baby216
July 24, 2005   01:18 PM PDT
 
elliza awk afundi felix
elliza
July 24, 2005   01:16 PM PDT
 
berjuta batu susah susah ajer afundi felix kan baby216
baby216
July 24, 2005   01:15 PM PDT
 
susah susah ajer
sephia
June 15, 2005   04:51 PM PDT
 
lixfelixfelixfelixfelixfelixfelix
mazen
June 10, 2005   09:32 AM PDT
 
Suka ngan Felix....
|

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments








Previous Entry
HOME
Next Entry

Search celebrity, news, money?


Web budiey.blogdrive.com

My Sponsors



My Readers





Notification

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:






concept

More me:
  • Sensasi Selebriti
  • Photo Blog
  • Tips Lifestyle
  • Archieves
  • Money Blog

    Concept:
  • Entertainment Blog
  • Celebrities News
  • Gossips
  • Theater
  • Photo Events

    Version:
  • 2.0

    Official published:
  • 27 Jan 2004

    Best viewer:

    Internet Explorer
    1024 X 768



  • profile

    My stats
  • Malay
  • 179 cm
  • 75 kg
  • 1 Ogos 1976
  • Sentul Perdana
  • Kuala Lumpur
  • Penulis blog

    My Hobby
  • Watching TV
  • Reading
  • Surfing Internet
  • Writing
  • Travelling
  • Chatting
  • Teater
  • Music
  • Work out
  • Blogging
  • Hugging!

    My Colour
  • Maroon
  • Green
  • White

    My Gadget
  • HP Pavillion dv6000
  • Nokia Xpress Music
  • Camera Nikon D40
  • iPod 30GB

    My Hung Up
  • California Fitness
  • Pavilion
  • Coffee Bean
  • Dome
  • Secrets Recipes
  • Nandos

    My Place
  • Suria KLCC
  • Masjid Jamek
  • MidValley
  • Bukit Bintang
  • Istana Budaya
  • The Actors Studio
  • Rapid KL

    My Must See
  • Buletin Utama
  • American Idol
  • Extreem Makeover
  • Lost
  • Beat TV
  • Muzikdiria
  • CSI
  • Siri 24
  • Fear Factor
  • Survivor
  • The Apprentice
  • The Amazing Race
  • Oprah Winfrey
  • Trek Selebriti
  • Iklan!

    My Fav Radio
  • Hot.fm
  • Era.fm
  • Thr.fm
  • Hitz.fm
  • X-fresh

    My Fav Deejay
  • Farah Fauzana
  • Faizal Ismail
  • Nana

    My Hos
  • Fedtri Yahya
  • Nizal Mohammad
  • Karam Singh Walia

    My Fav Reporter
  • Farihad Shalla
  • Zubir
  • Zul Husni
  • Haswari

    My Lagenda
  • Dr. Usman Awang
  • P. Ramlee

    My Fav Film
  • Superman
  • Spiderman
  • Scream
  • Red Eye
  • The Shutter

    My Fav Singer
  • Sheila Majid
  • Jacklyn Victor
  • La Luna
  • Amr Diab
  • Nancy Ajram
  • Mike Indon Idol
  • Too Phat
  • Anuar Zain
  • Siti Nurhaliza
  • Dayang Nurfaizah
  • Rossa
  • Ning Baizura
  • Gareth Gates
  • Guy Sebastian
  • Linkin Park
  • Mawi AF3

    My Fav Actor
  • Afdlin Shauki
  • Saiful Apek
  • Ako Mustapha
  • Kiefer Sutherland
  • Tom Hank

    My Fav Actress
  • Maya Karin
  • Sofia Jane
  • Nasha Aziz
  • Cameron Diaz
  • Drew Barrymore



  • stats






    credits

    Blogdrive