[---~*Enter-tainment Blog*~---]
Firefox NEW Firefox 2.0 released!



Previous Entry
REFRESH THIS BLOG
Next Entry

Time to move on



My blog has been revamped into the fresher, snazzier 'Sensasi Selebriti'.

You are cordially invited to grace your presence at the new blog. Click here


www.budiey.com






Wednesday, June 08, 2005

    DIARI AF3: RABU | 8.30 MLM | MINGGU KEDUA


    SEKALI AIDIL TERCIRIT... BIRIT!
    Alahai... kesian sungguh kita tengok Aidil yang tengah mengosok perutnya dengan minyak angin. Boleh bayang macamana dia berulang alik ke tandas setiap setengah jam. Tak sampai di pintu tandas, semua tersembur keluar. Mulalah peha dan celahan dubur meleleh dengan cairan kuning yang berketul-ketul kecil lembik. Yarrkk!

    Paparan Aidil yang semalaman sakit perut rasanya tidak memberikan apa-apa makna pun. Tagih simpati tak sekali. Cuma kesian jugak kalau empat pagi pun masih tak tidur. Pastinya akan merisaukan maminya dirumah. Apa taknya, asyik keluar masuk-keluar masuk tandas. Mungkin dia silap makan atau kurang makan? Tak lalu makan? Mahu diet? Itu awak punya pasal. Rasanya, itu adalah satu petanda atau alamat di mana Aidil akan keluar awal. Mungkin konsert kedua atau ketiga kita tidak tahu. Mmm... mesti risau juga la famili dan insan yang dirindui oleh Aidil tu tengok paparan tadi.

    SENTAL MENYENTAL
    Masa untuk menyental budak tu cukup-cukup. Saya suka dengan cara Cikgu E. Dia seorang yang begitu bijak mentafsir kelemahan dan kekurangan pelajar. Seminggu lebih di akademi, dia memang peka dengan kerenah pelajar. Dah faham dan masak benar. Khabarnya, ramai krew pun dah naik muak. Suka juga melihat paparan tika mana ada pelajar yang main-main dengan kerja rumah. Kali ini pelajar diberikan tugasan untuk melakarkan di kertas bagaimana jalan cerita untuk lagu mereka. Macam story board filem dan iklan pulak. Satu modul berguna untuk pelajar mengetahui story line dan perancangan yang detail sedetail-detailnya.

    Lagu Puteri di tangan Fuad seperti over dengan gaya tangannya yang mengapai-gapai. Sayang sekali, kalau bagi Fuad itu nampak Ok tapi bagi penonton, itu satu gerakan yang meluat untuk ditonton! Saya rasa kalau bersederhana kan mungkin elok. Orang kita memang tak suka benda-benda yang over. Pergerakan yang banyak menjadikan bercelaru dan tidak elok dimata penonton. Penonton inginkan aura yang tenang dari Fuad bukan dengan over seover rasa! Saya rasa sudah ramai yang meluat dengan Fuad tetapi ingat bahawa masih terlalu awal. Tidak semestinya orang yang over pada permulaannya akan over sehingga akhir. Mungkin Fuad akan sedar yang tindak tanduknya tidak sesuai dengan situasi.

    Ketika kelas tata gaya di bawah seliaan Cikgu E, mereka tidak menggunakan minus one, cuma miming dan yang penting untuk Cikgu E ialah dia ingin melihat bagamana corak gaya pelajar. Komen dibuat atas dasar ingin menegur untuk kebaikan mereka. Bukan untuk memalukan mereka. Kalau berdegil tidak mahu menerima nasihat orang, baik balik je rumah. Buat AF sendiri kat rumah!

    Saya rasa semua gaya yang dibuat itu tidak akan digunakan 100% dipentas. Biasanya apa yang dirancang tak sebagaimana yang terjadi di malam konsert. Sempat lagi Cikgu E menyindir Fuad samada dia ingin menyelitkan rappingnya dalam lagu Puteri itu atau tidak. Maklumlah, Fuad tu kan Mat hip hop? Tapi dia pun takkan bodoh sangat nak menjahanamkam lagu Puteri ngan rapping! Fikirlah sikit mana yang patut, mana yang tidak!

    Kefli akan lebih fokus kepada persembahan vokal. Memang itu yang sepatutnya. Mungkin dengan lagu Mungkin ini memungkinkan Kefli melonjak naik? Antara dua, samada Kefli berjaya dan mengembalikan maruahnya atau dia semakin tercorot dengan kegagalan. Serba berkemungkinan!

    Yazer pula ingin 'bermain' gitar dan memerlukan sepasang pembantu lelaki dan perempuan yang menjadi latar belakangnya. Cikgu E memberi idea tambahan kepada Yazer. Nampaknya, lagu Sejati diberi suntikan segar dengan intronya yang berbaur konserto orkestra. Persembahan Yazer dijangka akan gempak berdasarkan dengan gerakkan 'bermain' dengan gitarnya. Mesti disukai oleh pengetua kalau gerak 'keras' rock Yazer tu keluar secara natural.

    Aidil pula akan duduk dan hanya bangun ketika korus. Sementara Reza, menggunakan tenaga Felix, Yazer dan Fuad. Idea mungkin dicedok dari video klip lagu ini yang dilakonkan oleh Abon. Sekilas lalu, Reza seakan tidak bersedia lagi untuk membawa karakter lagu. Tetapi saya yakin dengan gaya tersendiri Reza, dia pasti dapat membuat pentas bergegar lagi.

    Seperti juga Kefli, Mawi juga akan fokus kepada mutu vokal selain mengunakan ekspressi 'jiwang' pada raut jernih wajahnya. Sungguh mendayu bila didengar dan saya rasa persembahan Mawi pasti antara paling yang dinantikan peminat. Tidak syak lagi, ia bakal mencorak kelainan dengan vokal power bekas DJ ini.

    Elliza menggunakan Kefli dan Marsha sebagai pelakon tambahan. Eliza mengaplikasikan attitude yang sesuai dengan lagu pop rock ini. Sekali lihat ada corak band Diva masa AIM yang lepas atau sebijik mahu tiru macam Avril Lavigne. Elliza kalau nak gedik, boleh gedik kat lagu ini ya. Memang sesuaaaiiii.

    Gaya 'striptease' Amylea memang dijangkakan. Mentang-mentang lagu ini sedikit seksi, dan ingin menggoda penonton. Tetapi bergantung pada penerimaan peminat juga. Sekali tengok macam mengada-ngada dan over! Seperti kata Cikgu Marlia, liriknya berbaur cinta yang enak. Sengsara bukan bermakna lara atau tenggelam dalam lautan rindu. Lagu ini tidak semestinya dibawa secara seksi, gedik dan sebagai perempuan gatal. Saya rasa Amylea patut bersederhana, seksi pada bahagian yang tertentu sahaja. Mengikut erotik lagu, bukan mengikut tema lagu.

    Marsha pula sekadar ingin berdiri dan melakukan gaya dengan tangannya disokong dengan kekuatan pada ekpressi wajah. Banyak mengerut dahi dan memejam mata. Ekin seakan ingin menjadikan persembahannya lebih energetik seperti teater muzikal. Dia ingin berlakon sambil menyanyi dengan karakter seorang perempuan. Ya, perempuan itu adalah Anita Sarawak, penyanyi asal lagu ini. Teknik Ekspresif mesti kena pada tempatnya. Apabila lagu joget, mesti ada pantun nasihat, bukan cerita yang serius. Cikgu E begitu marah dengan pelajar yang simpan segala tenaga ketika latihan. Tidak all out. Dia mungkin sakit hati kerana melihat ada pelajar yang lebih 'all out' ketika di belakang atau diluar pentas.

    Amy diperbetulkan posisi badannya yang sedikit membongkok. Lagu Sesalan perlu karakter yang bukan sedikit. Saya mahu tengok Amy over walaupun apa orang mahu kata. Tahap keoveran Amy memang sedikit kerana dia bukan perempuan yang keras.

    Persembahan Felix menggunakan beberapa rakannya untuk turut berdansa sama. Nyanyian Felix harus seimbang dengan tarian. Up-tempo sepanjang lagu ini menuntut stamina dari Felix. Saya menjangkakan persembahan Felix akan lebih gempak kalau kesemua pelajar terlibat menari sama. Meriah giler jadinya. Yang penting, Felix tidak malu-malu untuk menonjolkan tarian ronggeng twistnya. Inilah masanya untuk buktikan pada semua orang yang orang yang dulunya keras macam kayu kini berjaya dilenturkan menjadi rotan untuk dijadikan perabut!

    TEKNIK DAN STAIL VOKAL
    Teknik memang susah diajar kalau pelajar ingin mengikut stail mereka sendiri. Sebenarnya dalam teknik itu ada stail. Semua orang punya stail sendiri. Stail bukan teknik. Stail tidak boleh dibezakan teknik. Mengikut Amylea, teknik digunakan ketika kesukaran membawa nada tinggi, lalu ditukar ke falsetto. Stail pula lebih kepada mencantikkan lagu tersebut seperti adlib dan lenggok. Yazer berpendapat teknik adalah untuk mewarnakan lagu. Setiap individu punya cara untuk menyedapkan lagu. Semua penyanyi sebenarnya dilatih untuk meniru suara atau stail orang lain. Malah, vokalis terbaik adalah orang yang dapat tiru suara orang lain.

    Sesi Nyanyian 'Negaraku' dalam aplikasi alternate tone crescendo iaitu menggabungkan versi tinggi dan rendah setiap suku kata mungkin ingin melatih pelajar bagaimana untuk mengelakkan lagu dari menjadi mendatar. Mawi masih lagi dibayangi dengan nada nasyidnya. Susah juga untuk Mawi menukar perspektif orang yang dia sebenarnya seorang yang versatile.... Cuba kasi cabaran pada Mawi untuk bawa lagu English berentak disco! Atau berikan sahaja lagu rap? Amacam berani ke Mawi? Alang-alang dah masuk AF biar sampai awak tu meletop!

    Rentetan dari kisah Aidil yang cirit birit dan sakit perut. Doktor telah berikan segala yang patut termasuk kasi krim kerana tangannya koyak dek terlalu kering. Siap kasi nasihat untuk jaga suara jangan makan mnyak. Fuh! Memang doktor tu pun pakar dalam bidang suara la ya?

    MALU DITEGUR, KERASNYA EGO
    Paparan akhir ketika Felix berlatih lagunya. Cikgu E menegur Felix tapi Fuad pulak yang terkena. Kesian, salah siapa? Salah Fuad juga. Mengikut Cikgu E, Fuad masih belum ada pencapaian yang boleh dibanggakan. Cikgu E seolah ingin menyatakan yang Fuad masih kosong! Zero! Jangan nak berlagak yang awak tu dah pandai sangat. Jangan terlalu over confident yang diri awak dah lengkap segala.

    Fuad masih perlu belajar dan mencipta imejnya sendiri. Bukan meniru orang walaupun kebetulan gaya anda tu sama dengan penyanyi terdahulu. Masa masih ada untuk mencari kelainan. Rentetan dari situ, rupanya Fuad terasa hati dengan Cikgu E. Alahai... manja dan sensitif jugak Fuad ni sampai nak menangis pulak dah! Budak hip hop mana boleh mudah terasa beb! Mesti tegar dan kuat. Jadikan teguran sebagai satu semangat. Mereka tegur tu mesti ada sesuatu yang tidak kena. Bukan niat untuk memalukan Fuad.

    Fuad mengadu kepada warder Hasrul yang dia malu kalau famili dia tahu. Baru tahu malu tetapi sebelum buat tu tak ingat nak malu? Apa salah Fuad sebenarnya? Kalau nak kata dia kuat bercakap, rasanya ramai lagi yang main-main masa cikgu tengah mengajar. Orang tegur bukan untuk memalukan awak. Cikgu E sebenarnya ingin berikan semangat dan Fuad harus jadikan satu pengajaran. Elakkan dari ianya berulang. Nasihat Hasrul (sebenarnya dia ni staff astro - Roda Impian) disokong oleh Rezza. Dia pun ada terasa sensitif dengan teguran dari cikgu tapi dia menerima semua itu kerana dia mengaku yang dia silap. Jadi, Fuad! Apalagi...mengakulah yang awak buat silap!

    p/s: Aku rasa tak tahu berapa ratus kali aku guna perkataan OVER dalam ni. Agak-agaknya selain perkataan OVER, apa lagi yang boleh aku kata??? POYO? Aku pun tak tahu apa makna POYO sebenarnya.




fera
July 16, 2008   10:11 AM PDT
 
lol...xp
Nameshida
December 13, 2005   09:31 AM PST
 
biasala fuad tu boring lah asyik tiru zahid sahaja tak ada idea sendiri le.
mazen
June 13, 2005   04:20 PM PDT
 
Malique apa pendapat ko skrg ni pasal budak Fuad tu?
*footsie*
June 13, 2005   12:35 PM PDT
 
fuad over, especially dalam second concert. yucks.
seri dewi
June 10, 2005   09:28 AM PDT
 
wow...malique, ramainya yg meluat ngan Fuad tu. Takut jer sbb gaya dia dalam diari akan memakan dirinya.
*maria*
June 10, 2005   12:40 AM PDT
 
Damn, I heard of the boys break down n cried!! How shameful! What was his name?? Fuad kan? Ewwwww, this is so annoying. No wonder that dance teacher is pissed off wif him.
geez
June 9, 2005   04:45 PM PDT
 
penin baca bila tukar slang kelate...
samurai
June 9, 2005   04:17 PM PDT
 
Taip AFPOYO<jarak>FUAD & hantarkan ke 32999.

huhuhu..
erIn_arIeL
June 9, 2005   10:56 AM PDT
 
jangan koya bagus! nanti ramai orang marah.. fuad tu teruja sangat tu.. biaserlah manusia..
matahijau
June 9, 2005   10:23 AM PDT
 
fuad tiru zahid = poser/copycat = poyo. fuad cepat terasa hati = sensitif melampau sampai memualkan = poyo. fuad tak bersungguh = kita tengok rasa sakit hati = poyo. fuad mengaku best = overconfident = poyo. senang cakap, fuad = poyo.
Deff
June 9, 2005   09:55 AM PDT
 
malique..

kan tempat Fuad nari tu spatutnya tempat Aidil.. sbb Aidil Mangkuk g klinik jd Fuad yg ganti. Fuad pong buat lebey kurang jer laa.

Pastu bila EE tegur, byk plak alasan dia (sapa tak bengang kalu tak ngaku salah & ada jer alasan bila ditegur).
E
June 9, 2005   07:42 AM PDT
 
Hmm.. malam tadi mmg nampak Fuad tu over sket.
reformis
June 9, 2005   12:31 AM PDT
 
copy:Mengikut pemahaman aku poyo ni takde maksud khusus tapi cukup untuk melambangkan sikap, perbuatan, percakapan seseorang yg kurang berkenan di mata. Dan tak semuanya yang tak berkenan di mata tu boleh digunakan istilah poyo


|

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments








Previous Entry
HOME
Next Entry

Search celebrity, news, money?


Web budiey.blogdrive.com

My Sponsors



My Readers





Notification

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:






concept

More me:
  • Sensasi Selebriti
  • Photo Blog
  • Tips Lifestyle
  • Archieves
  • Money Blog

    Concept:
  • Entertainment Blog
  • Celebrities News
  • Gossips
  • Theater
  • Photo Events

    Version:
  • 2.0

    Official published:
  • 27 Jan 2004

    Best viewer:

    Internet Explorer
    1024 X 768



  • profile

    My stats
  • Malay
  • 179 cm
  • 75 kg
  • 1 Ogos 1976
  • Sentul Perdana
  • Kuala Lumpur
  • Penulis blog

    My Hobby
  • Watching TV
  • Reading
  • Surfing Internet
  • Writing
  • Travelling
  • Chatting
  • Teater
  • Music
  • Work out
  • Blogging
  • Hugging!

    My Colour
  • Maroon
  • Green
  • White

    My Gadget
  • HP Pavillion dv6000
  • Nokia Xpress Music
  • Camera Nikon D40
  • iPod 30GB

    My Hung Up
  • California Fitness
  • Pavilion
  • Coffee Bean
  • Dome
  • Secrets Recipes
  • Nandos

    My Place
  • Suria KLCC
  • Masjid Jamek
  • MidValley
  • Bukit Bintang
  • Istana Budaya
  • The Actors Studio
  • Rapid KL

    My Must See
  • Buletin Utama
  • American Idol
  • Extreem Makeover
  • Lost
  • Beat TV
  • Muzikdiria
  • CSI
  • Siri 24
  • Fear Factor
  • Survivor
  • The Apprentice
  • The Amazing Race
  • Oprah Winfrey
  • Trek Selebriti
  • Iklan!

    My Fav Radio
  • Hot.fm
  • Era.fm
  • Thr.fm
  • Hitz.fm
  • X-fresh

    My Fav Deejay
  • Farah Fauzana
  • Faizal Ismail
  • Nana

    My Hos
  • Fedtri Yahya
  • Nizal Mohammad
  • Karam Singh Walia

    My Fav Reporter
  • Farihad Shalla
  • Zubir
  • Zul Husni
  • Haswari

    My Lagenda
  • Dr. Usman Awang
  • P. Ramlee

    My Fav Film
  • Superman
  • Spiderman
  • Scream
  • Red Eye
  • The Shutter

    My Fav Singer
  • Sheila Majid
  • Jacklyn Victor
  • La Luna
  • Amr Diab
  • Nancy Ajram
  • Mike Indon Idol
  • Too Phat
  • Anuar Zain
  • Siti Nurhaliza
  • Dayang Nurfaizah
  • Rossa
  • Ning Baizura
  • Gareth Gates
  • Guy Sebastian
  • Linkin Park
  • Mawi AF3

    My Fav Actor
  • Afdlin Shauki
  • Saiful Apek
  • Ako Mustapha
  • Kiefer Sutherland
  • Tom Hank

    My Fav Actress
  • Maya Karin
  • Sofia Jane
  • Nasha Aziz
  • Cameron Diaz
  • Drew Barrymore



  • stats






    credits

    Blogdrive