[---~*Enter-tainment Blog*~---]
Firefox NEW Firefox 2.0 released!



Previous Entry
REFRESH THIS BLOG
Next Entry

Time to move on



My blog has been revamped into the fresher, snazzier 'Sensasi Selebriti'.

You are cordially invited to grace your presence at the new blog. Click here


www.budiey.com






Monday, June 06, 2005

    DIARI AF3: ISNIN | 8.30 MLM | MINGGU KEDUA


    MENGADANYA MARSHA?
    Pada paparan malam ini kita difokuskan untuk melihat dua perkara. Pertama komen tenaga pengajar dan sudah tentu lagu yang bakal mereka nyanyikan pada konsert kedua nanti. Rasanya lagu yang diberikan pastinya lari dari porte pelajar. Kali ini bukan 12 lagu tetapi 14 buah lagu.

    Dengar-dengarnya, ada pelajar mempunyai masalah makan. Siapa yang dah nak pandai bersuara tu? Siapa lagi kalau bukan pelajar yang baru masuk iaitu Marsha. Kesian kat dia sebenarnya. Pada hari pertama lagi, kita sudah nampak perkara yang pastinya dapat menjatuhkan nama Marsha. Terserah pada perspektif peminat samada untuk memandang negatif atau positif. Ini kerana Marsha tidak biasa atau tidak boleh makan makanan pedas. Mungkin kerana itu suara beliau koyak rabak pada malam konsert prelude. Padahal kita yang selalu makan pedas ni tak pecah suara pun! Itu belum jadi artis lagi tu... kalau dah jadi bintang nanti tak tahu lah den!

    Jadi rasanya tidak salah untuk dia bersuara tapi caranya tidak sesuai dimana disuarakan secara terbuka. Negatifnya, Marsha sudah pandai tunjuk perangai, mengada-ngada, cerewet dan pemilih? OPs silap bukan pemilih sebab kita mesti respek dengan pegangan dan agama yang dianuti oleh Marsha. Dia meminta supaya tidak dijamu makanan laut. Siap bagi senarai apa yang dia tak boleh makan seperti ketam, udang sotong, ikan tenggiri, dan oister bagai. Katanya, suaranya masih lagi dalam sesi pemulihan. Jadi, dia mengidam untuk rasa sup. Siap lagi komen sup yang dimasak terlalu masin. Jangan sampai orang kata, bagi betis nak paha sudah la ya!

    KRITIKAN DARI TENAGA PENGAJAR
    Tiba masanya untuk membaham para pelajar. Saya lihat komen yang diberikan secara telus, terus terang, straight forward dan tanpa beralas lagi. Sekaligus penilaian ini telah membongkar kelemahan semua pelajar. Menurut M. Nasir, apabila mengetahui kelemahan diri sendiri mungkin dapat menyedarkan mereka dari lena yang panjang dan pelajar lain juga boleh menjadikannya satu iktibar.

    Dimulakan dengan Si Over, Fuad yang katanya ingin tunjukkan kepada guru bahawa dia bijak mengeluarkan idea spontan. Hanya itu yang termampu. Hasilnya, persembahan kelam kabut itu nampak tak tersusun, tidak jujur, fake dan bercelaru. Fuad memang over acting! Dia dikatakan belum bersedia menjadi penghibur. Elliza, ketika menyanyikan lagu Elegi Sepi pula tidak tahu kenapa dia tidak konfiden. Alunan lagu dimulakan dengan cantik tetapi kerana pemikiran atau tanggapan ke arah negatif boleh memberi kemusnahan dan meninggalkan titik-titik kecacatan pada semua aspek. Bak kata M.Nasir tersilap sikit terus segalanya terusik!

    Yazer dengan gaya Bo Bicenya mengaku yang dia segan untuk keluarkan segala yang ada dalam dirinya. Tersekat dimana kalau bukan dilohong ketakutan yang masih menembusi persembahan dan ini menyekat untuk tunjukkan contohnya ketika membaling mic stand.

    Saya rasa Yazer terlalu merancang sangat padahal persembahannya sepatutnya dengan cara spontan. Namun, mesti beringat kerana kalau kesemuanya terlalu spontan akan mengakibatkan beberapa perkara yang tidak diingini berlaku. Sebagaimana kata Puan Fatimah dimana 5% idea akan tiba masa persembahan. Kesan yang buruk pada kamera kerana juru kamera akan mengikut skema ketika rehearsal.

    Amylea pula takut lagu menjadi sumbang. Tidak konsisten dan terlalu mengikut emosi. Apabila konfiden datang, dia akan jadi kuat. Tetapi M. Nasir membuat andaian bahawa Amylea terlau ingin mengingati step dan terlupa pada ekspressi. Sedangkan ekspresion penting dalam satu persembahan. Sebenarnya, semua penting bagi pengetua.

    Kefli pada malam itu tidak ada feel langsung. Kelemahan pada suara dan dia mengaku suaranya tidak sihat. Bagi saya itu hanya alasan kerana suaranya memang macam tu. Kalau tak sedap tu cakap je tak sedap. Tak payah nak berselindung dik! Tambahnya lagi rasa nervous dan tidak ada konfiden untuk menjiwai lagu. Dengan nada menyergah, M. Nasir mengatakan Kefli orangnya sangat pemalu. Sebenarnya, Kefli tak perlu malu sebab dia ada aset yang orang lain tak ada! Apakah aset Kefli? Adakah menjelir lidah itu satu aset? Atau dia tengah mengidam ais krim vanila? Untuk atasi masalah jelir lidah tu, saya sarankan sebelum konsert kasi semangkuk ais krim dulu, baru hilang sikit rasa ngidamnya...Oohh tidak! Laser terus aku malam ni ek tak tahu bakpo!

    Kerana sedikit gangguan sorakan penonton, Ekin mengatakan dirinya seakan kosong dipentas. Dia tidak mengaplikasi ilmu yang dipelajari. Untuk mengatasi dari rasa 'kosong', Ekin mesti berlakon atau gambarkan seseorang untuk ditujukan lagu tersebut. Setkan dalam fikiran segalanya diberikan secara istimewa dan ekslusif pada orang itu sahaja. Malangnya, mereka nampak Ekin kosong dan tiada makna!

    Akma pula mengatakan ada satu part dia tidak sampai picthing ketika 'dapatkah' dan 'kuinginkan'. M.Nasir berkata bahawa masalah pitching sekali sekala tidak mengapa tetapi yang penting biar penonton terhibur. Kemerduan Akma hilang macam robot. Tempo memang perfect tapi pergerakannya yang silap.

    Pelajar yang pertama mendapat pujian adalah Reza. Memang persembahan menghiburkan dan tidak membosankan. Reza harus jadikan pujian ini untuk dibawa kepada persembahan seterusnya. Bukan tenggelam dalam rasa selesa kerana secubit pujian. Amy yang punya masalah ketika intro acapellanya mengaku masa tu memang totally out. Sebabnya kerana nervous tetapi bernasib baik kerana dapat catch up dengan muzik. Attitude perlu lebih. Itulah pentingnya bertanya bagaimana untuk 'manage' lagu tersebut. Slang bagi M.Nasir satu aspek yang remeh, tidak kisah asalkan menghiburkan.

    Saya tersenyum ketika dengar alasan Aidil yang mengaitkan kehadiran familinya sebagai satu tekanan. Famili datang untuk menyokong dan harus jadikan famili sebagai pembakar semangat! Kononnya Aidil rasa macam nak all out tetapi ada 'gangguan' apabila melihat famili yang datang. Fikirannya kacau dan tak fokus sebab terpaksa hafal step. Banyak sangat ke step awak tu? M nasir membalas dengan hujah tidak guna cakap macam tu sebab famili akan datang lagi pasa masa akan datang. Yang perlu, just do it, jangan terlalu berhati-hati. Just go for it.(Macam iklan NIKE la pulak!)

    Idayu dengan lagu Percayalah mengaku yang dia punya ekspressi kurang menyerlah. Lagu itu tak perlu bergerak sangat dan lebihkan kepada aura vokal. Berlainan dengan kisah Felix dimana kurang mendengar kerana terlalu memerah vokal pada nada tingginya. Satu masalah lagi Felix perlu belajar bagaimana untuk timbulkan 'feel' untuk menunjukkan wajah yang dramatik dan berkarakter seperti cara bersedih, marah dan sebagainya. Semua itu ada cara, kaedah dan formula!

    PEMBAHAGIAN LAGU
    Terpesong dari ramalan saya, nampaknya lagu-lagu di konsert kedua masih dalam lingkungan porte dan still mengikut kebolehan dan potensi pelajar. Contohnya, Yazer masih dikasinya lagu berirama rock. Mungkin kali ini diberi tempo yang berbeda dari konsert pertama. Contohnya, Fuad pada minggu ini perlu berehat dari melakukan gerakan hip hop yang 'tak tentu arah' over itu dan terpaksa menjiwai lagu Puteri yang menagih secubit penekanan pada vokalnya. Boleh dikatakan juga kesemua lagu mempunyai nilai komersial dan satu pilihan yang terbaik untuk dijadikan kompilasi. Lagipun seimbang untuk mengekalkan momentum pada malam konsert nanti. Tetapi dalam pada itu, terselit juga motif untuk 'meranapkan' sesetengah pelajar dengan menghadiahkan lagu yang sukar!

    1. ELLIZA - AKU, DIA DAN KAMU (DIVA)
    2. YAZER - SEJATI (WINGS)
    3. AKMA - CAHAYA (KRIS DAYANTI)
    4. FUAD - PUTERI (ZAINAL ABIDIN)
    5. EKIN - JOGET SAYANG DISAYANG (ANITA SARAWAK)
    6. AIDIL - I DON'T WANT TO MISS A THING (EUROSMITH)
    7. AMYLEA - ASMARA (ANNELA GRONLOH)
    8. REZA - TERHANGAT DI PASARAN (KRU & ADAM)
    9. IDAYU - SUPERSTAR (JAMELIA)
    10. AMY - SESALAN (EZLYNN)
    11. FELIX - BERJUTA BATU (ALLEYCATS)
    12. MAWI - DARI KEKASIH UNTUK KEKASIH (HATTAN)
    13. MARSHA - INGIN BERSAMAMU (SYAFINAZ)
    14. KEFLI - MUNGKIN (ANUAR ZAIN)

    APA KATA MEREKA?
    Pelajar yang masih segar bugar di akademi, Mawi mendapat lagu Hattan mengaku tidak pernah menyanyi lagu 90 an itu. Tapi Mawi akan cuba kerana lagu ini memang punya tenaga. Idayu nampak agak risau dengan lagu yang agak susah terutamanya dari segi nak buat tarian. Idayu perlu fokus dari segi tarian maklumlah dia tak pandai menari. Oghe Kelate keh biasola mano nok pandai joget-joget nih. Tapi tok apo la Idayu, kawe nga sek-sek kelate pakat afundi demo...kawe ake teta' sokong demo... nok tunggu demo jadi jogho jah! Pah tu jange lupo dighi pulok! Oooo... sapa ko finol lah kito dih!

    Kefli mungkin tidak tahu yang lagu Anuar Zain ini satu lagu yang sukar tetapi baginya lagu itu nampak senang sekali kononnya. Tiada part yang senang dalam lagu itu kerana lagu itu bakal meranap Kefli kalau tidak berlatih betul-betul. Kecuali kalau lagu ini direndahkan sedikit key-nya. Susah walaupun nampak mudah? Please la Kefli. Ambik cermin, tilik wajah hang betul-betul! Aidil pula mengharapkan dapat nyanyi lagu Mat Salleh tu dengan baik sebab lagu tu ada feel sedih. Marsha yang bakal membawa lagu Syafinaz agak ragu-ragu kerana takut 'stuck' ketika nada tinggi. Apa-apa pun belajar lah dulu...

    Akma seakan konfiden dengan lagu Cahaya dari Krisdayanti. Dia suka sangat lagu ini dan harap dapat bawa lagu ini dengan baik. Elliza pula rasa lagu itu best sebab ada part dia mahu lompat-lompat (macam katak ke? atau mahu tiru attitude dari Diva? Sorila kalau nak tiru orang ni tak main la beb!!!) Reza nampak terlalu yakin dan teruja dengan lagu KRU dan Adam ini yang begitu straight forward dan ada sedikit tarian. Felix mungkin akan goyang-goyang sikit dengan lagu barunya yang berentak up tempo itu. Lagu porte Felix itu pernah dinyanyikannya dan akan cuba hafal lagu.

    Amy yang akan membawa aura Ezlynn dalam lagu sesalan berkata secara jujurnya dia tidak pernah dengar lagu poprock ini. Ada part tinggi dan Amy rasa boleh bawa lagu ini. Lagu Asmara pada Amylea agak biasa kerana pernah dengar cuma tak pernah bawa. Tiada masalah untuk bawa, katanya. Jangan over confident sudah la dik!

    Sekali lagi disogokkan lagu rock untuk Yazer seakan AF3 mengidam sangat untuk melahirkan bintang rock. Kali ini slow rock di era 90 an yang punya lirik dan irama yang bagus. Adakah ini satu cabaran atau tamparan? Lagu Sejati bagi Yazer cukup power. Adik kita yang sorang lagi tu yang kononnya Zahid wannabe tu pulak (Fuad la siapa lagi) berjanji akan bawa lagu Puteri dengan lebih baik dari minggu lepas. Saya harap sangat Fuad tidak over dalam lagu ini. Buat biar rileks, smooth dan kasi aura karismatik tu sikit... Sikit pun jadilah!




chems
June 15, 2005   04:04 AM PDT
 
Askum... thanx for updating AF3 info to us all, its been very useful. Cuma kenapa dlm week 2 punye konsert awak tak komen pasal Idayu and Akma? Maaf sekiranya saya ter-miss baca. Lagi satu saya rase penulis kadang2 tu sedikit bias dlm memberi komen. When it comes to peserta AF yg awak minat mostly ur comments positive habis tntg org tu takde pon yg negative or shall I say rooms for improvement that u've made... All in all we're only humans so each of our opinions differ. Cuma bile saya bace ada masenye berbau emosional. But again, thank U for such honest point of views Malique! Sgt detail.
mazen
June 13, 2005   03:52 PM PDT
 
wow bugau...mazen pun kerja kat putrajaya jugak. he he he...

malique, jan marah ek...aku buat tempat ko ni jadi sesi jejak kasihan. he he he...

Miss Malique n iranian Girl...

Mazen n erin sunyi sepi jer kat umah malique ni...
hairie
June 11, 2005   03:28 PM PDT
 
ok semua undi idayu la.best la lagu dia
bugau
June 10, 2005   02:49 PM PDT
 
sia tengok semua pelajar AF kali ni semuanya hebat-hebat. masa buat perform tu.. kalau buat mistake pun tak nampak sangat.... suara pun best-best.
tp kali ni tak de yg hansome as long as ADAM....hehehe...
sokonglah peserta favourite anda...sekiranya mereka kalah jangan salahkan org lain kerana peserta yg berjaya itu tentunya peminat mereka berhabis duit utk kemenangan mereka. kalau anda tidak sanggup berhabis duit utk kemenangan peserta kegemaran anda ....jangan banyak songeh...jangan pertikaikan ye...pertikaikan dan salahkan diri sendiri....pendek kata...' kalau anda nak favourite anda menang, korbankanlah duit anda utk mengundi biarpun org di luar sana hebat mengkritik'...
i want to see ...felix a winner...
insya-Allah.
bugau
June 10, 2005   02:39 PM PDT
 
itulah org sabah....
kebanyakannya memang tak makan pedas...dan mengenai marsha tu....semua org tahu...agama ni sensitif sikit...so kena hormatlah...
sebab sia pun org sabah juga..kerja di putrajaya....
sia suka ..minatlah sama si felix...go on felix....sia harap dia akan terus berjaya....sebab dia memang hebat...
so..undilah felix....ehehehe....
terima kasih...
mazen
June 10, 2005   09:44 AM PDT
 
wow malique...ramainya mazen dgr komen pasal budak senegeri mazen ni.

Marsha... mungkin dia seorang yg lembut kot jd, ada benda yg dia tak dapat nak buat dia nangis. Ntah lah... aku pun tak tau nak komen mcm mana...

Tapi bangga yg teramat sangat sbb budak2 sabah ni dapat gak masuk af. Pandai2 lah jaga diri ek...
malique
June 9, 2005   02:41 PM PDT
 

Malik dengan ini meminta maaf atas kesilapan dimana mengatakan Marsha meminta untuk makanan laut pada Isnin yang lalu. Oghe Kelate meme tok pehe kecek sarawak... sori deh belako lako...

terima kasih kepada sorang pembaca yang sudi kirim email menegur malik secara berhemah.. thanks dude

EMAILNYA BERBUNYI:
pertama.. syabas kerana komen kamu lebih menyeluruh dan kurang prejudis pada
setiap pelajar berbanding pengomen-pengomen yang lain. Tapi satu perkara
saya nak komen pasal makan marsha.. actually perlu diingat orang Sabah
kurang biasa dengan masakan pedas.. kita tidak boleh membuat kesimpulan
bahawa dia cerewet.. itu hak dia dan perlu dihormati. kalau malique dalam
keadaan dia pun pasti malique akan menyatakan bahawa malique kurang dengan
masakan pedas. Satu lagi perkara pasal senarai makanan laut.. Maybe u silap
dengar kot. MArsha tidak boleh makan makanan laut sepeeti ikan-ikan tidak
bersisik dan kerang-kerangan termasuk seafood like udang, sotong dll...
makanan itu HARAM bagi marsha dan yang seagama dengannya. Itu agama dia dan
perlu dihormati sama seperti dia menghormati agama yang lain. dengan
penjelasan ini harap malique faham. TERIMA KASIH. GOD BLESS U

*maria*
June 9, 2005   11:19 AM PDT
 
Yup. Even Vince is still my fav of all the af stars. His witty, funny character and dedication towards everything he does are one of the quality none of the latest af kids has. Nway, i wonder why that huge hair girl is getting the lowest vote. Merci!
dayC
June 8, 2005   10:31 PM PDT
 
i suka laporan u ni malique...
cambest
June 8, 2005   10:51 AM PDT
 
biarlah juara af3 ni betul2 seorang bintang yg dapat menaikan mutu infortainmen negara kita. hehe ayat nasionalisme plaks. tgk mcm vince n farah dn lain2 lag.. keluar af, terus ada album n paling membanggakan dapat awards.. itu yg kita cari. xmcm tvreality show yg lain, juara mereka xnampak2 pun dalam bidang seni apatah lagi yang nk terima awards.. kecuali 'idol' kita semua sorang tu. hehe yang lain datang dari af jugak.. so, keep on rocking af! bg yg lemah 2, stil sempat nk baiki. dah lah no need 2 cry lagi. simpan airmata untuk nangis waktu jadi juara af nanti!!! 2 malique, thanks ya 4 ur update. take care. c ya guys!!!
cambest
June 8, 2005   10:44 AM PDT
 
mana kita nk cari bintang af like vince tu? just imagine. dia tu chinese, dah tu biler dapat jer lagu, terus fokus. setiap tugasan yg dia dapat langsung xkomen aper2. even dia dapat lagu irama msia skalipun. so, to all af3 n 4 n 5 n so on, jdknlah dia sbgai idol korang. br bley success. ni asyik buangmasa ngan nangis jer... cam maner nk maju? its true tau. all 14 af students must compete each other.. so, bersainglah secara sihat. pengundi yang vote pun x terasa tertipu dan xundi kerna airmata sebaliknya undi atas pakej yg ada.. go af3!
cambest
June 8, 2005   10:03 AM PDT
 
hek eleh marsha... xgheti nk nari pon nangis. haper la. actually at 1st tu, im d 1 yg quite hepi gak ler when marsha masuk balik. but slama 2 hari dlm diari af ni byk sgt dok wat perangai. 1st ngomel bab makan 2... mmg nampk over...tp xkesah sgt. pas2 smlm plak again n again. hmmm xdpt step nari pn nk nangis. camner nk hadapi cabaran di luar nun...
yipa
June 8, 2005   01:27 AM PDT
 
SDA ni strict sikit. cannot eat seafood & pork. memang cousin linda tapi bukan mazhab yang sama. anyway astro nak kantung penuh, it's their show so kalo rasa tertipu takyah lah mengundi nyehehe...
*maria*
June 8, 2005   12:12 AM PDT
 
Its juz a propaganda. A marketing strategy. Astro wanted to make more money and compete wif other reality tv program. Basically everything is a set up, same goes as the other reality tv thingy, like survivor and all. Everything is script written, planned from the beginning. N plus everyone is so into this Mawi guy, why not juz keep him in the academy?
zila
June 7, 2005   10:50 PM PDT
 
aku marah bukan aper... dahlah 6 orang lain tu mcm budak bodoh.. suruh nyanyi.. tenaga pengajar pegang kertas kosong... aper tak tulis... sehari sebelum konsert 1, sedara kite ckp ader kejutan... 90% dorang dh confirm mawi, marsha masuk... aper ni????
zila
June 7, 2005   10:47 PM PDT
 
dia kan sepupu Linda AF2 sama2 kristian. Aku tengok Linda tu makan jer... ayamlah.. ikanlah... kristian pun berlambak makan seafood. hari ini nangis. tak ingat steplah.. itulah... macam2 hal. dahlah masuk AF3 pun terpilih awal sebelum konsert lagi... jangan tipulah.. kita ni sedara salah sorang krew AF... pecah lubang beb.... tolonglah jangan perbodohkan penonton
malique
June 7, 2005   06:07 PM PDT
 
sekali sekala je aku kutuk... ala hai kat blog lain depa kutuk budak af korang tak marah pun... hahahaha
arina
June 7, 2005   05:36 PM PDT
 
malique kutuk kefli over sangatlah.... rileklah... i think die ade potensi.. hanya die takut nak tunjukkan.. persembahan die mase prelude best je.....
Namesheri
June 7, 2005   04:31 PM PDT
 
Marsha tu memang Kristian SDA sebab tu tak boleh makan seafood. Bukan kerana dia mengada-ada. Kita kenalah hormati agama org lain betul tak.....
*maria*
June 7, 2005   04:11 PM PDT
 
Is Marsha the one wif the long hair?? I think she's adorable.
cambest
June 7, 2005   12:31 PM PDT
 
teringin nk dgr mawi bw lagu inggeris... n mayb lagu yg kena dance or move body sket. huhu dr c2 kita bley nilai all a.f students performance. abt marsha... hmmm i agree with malique yg kita kena undrstnding kemahuan dia but... kalo buleh tu jgn ah nk tunjk sgt kn. takut hilang undi plkas.. apa2pun gud luck 2 all of them..
afAidil
June 7, 2005   01:53 AM PDT
 
hehe kawe pun minat samo idayu

tapi demo jange la kato kat aidil pulok

sebab kawe suko dio .. sia ke dio org duk kutuk sokmo .. kawe tengok juruh ja budok tue . senyum sokmo deh .. biaso le pramugara ka .. memang doh kejo dia pakat senyum .. aidil belajo btul2 deh nunjuk kat org demo buleh nyanyi part tinggi ..

slanger
June 7, 2005   01:28 AM PDT
 
slang sabah biaso ler lain sikit. indak mau=tak mahu. u tak tuli tapi macam tu la sebenonye, misandestanding...
Sherita Aziz
June 7, 2005   12:47 AM PDT
 
i have to agree with you Malique.. marsha is acting all diva-ish... turn off sangat sb i'm actually her fan...

takpo, kawe dok undi idayu sokmo sokmo doh.. tapi bimbey sangak takuk tubek awa.. sek sek saboh srawok dok alek atah atah belako.. adil ko????
malique
June 6, 2005   11:19 PM PDT
 
Oooo ye ke, jadi Marsha tak boleh makan seafood la ek?Mmm.. mungkin Malique silap dengar tadi... kena tunggu jam 12.00 la nampaknya sebab nak dengar betul2.

Tadi macam Marsha kata dia NAK makan seafood.... telinga aku ni apasal tuli dan pekak tiba2 malam nih!

Tok tahu la kawe... apo-apo pung oghe kelate tu... jange lupo la afundi Idayu deh...
nury
June 6, 2005   10:54 PM PDT
 
u silap dgr tu, dia sebenarnya beragama KRistian S.D.A. Tak boleh makan seafood. Bg aku kita kena hormat. Macam juga kita agama Islam tak boleh makan Khinzir. Ok. Sbnrnya isu ni sensitif utk dibincangkan. Bye.
|

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments








Previous Entry
HOME
Next Entry

Search celebrity, news, money?


Web budiey.blogdrive.com

My Sponsors



My Readers





Notification

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:






concept

More me:
  • Sensasi Selebriti
  • Photo Blog
  • Tips Lifestyle
  • Archieves
  • Money Blog

    Concept:
  • Entertainment Blog
  • Celebrities News
  • Gossips
  • Theater
  • Photo Events

    Version:
  • 2.0

    Official published:
  • 27 Jan 2004

    Best viewer:

    Internet Explorer
    1024 X 768



  • profile

    My stats
  • Malay
  • 179 cm
  • 75 kg
  • 1 Ogos 1976
  • Sentul Perdana
  • Kuala Lumpur
  • Penulis blog

    My Hobby
  • Watching TV
  • Reading
  • Surfing Internet
  • Writing
  • Travelling
  • Chatting
  • Teater
  • Music
  • Work out
  • Blogging
  • Hugging!

    My Colour
  • Maroon
  • Green
  • White

    My Gadget
  • HP Pavillion dv6000
  • Nokia Xpress Music
  • Camera Nikon D40
  • iPod 30GB

    My Hung Up
  • California Fitness
  • Pavilion
  • Coffee Bean
  • Dome
  • Secrets Recipes
  • Nandos

    My Place
  • Suria KLCC
  • Masjid Jamek
  • MidValley
  • Bukit Bintang
  • Istana Budaya
  • The Actors Studio
  • Rapid KL

    My Must See
  • Buletin Utama
  • American Idol
  • Extreem Makeover
  • Lost
  • Beat TV
  • Muzikdiria
  • CSI
  • Siri 24
  • Fear Factor
  • Survivor
  • The Apprentice
  • The Amazing Race
  • Oprah Winfrey
  • Trek Selebriti
  • Iklan!

    My Fav Radio
  • Hot.fm
  • Era.fm
  • Thr.fm
  • Hitz.fm
  • X-fresh

    My Fav Deejay
  • Farah Fauzana
  • Faizal Ismail
  • Nana

    My Hos
  • Fedtri Yahya
  • Nizal Mohammad
  • Karam Singh Walia

    My Fav Reporter
  • Farihad Shalla
  • Zubir
  • Zul Husni
  • Haswari

    My Lagenda
  • Dr. Usman Awang
  • P. Ramlee

    My Fav Film
  • Superman
  • Spiderman
  • Scream
  • Red Eye
  • The Shutter

    My Fav Singer
  • Sheila Majid
  • Jacklyn Victor
  • La Luna
  • Amr Diab
  • Nancy Ajram
  • Mike Indon Idol
  • Too Phat
  • Anuar Zain
  • Siti Nurhaliza
  • Dayang Nurfaizah
  • Rossa
  • Ning Baizura
  • Gareth Gates
  • Guy Sebastian
  • Linkin Park
  • Mawi AF3

    My Fav Actor
  • Afdlin Shauki
  • Saiful Apek
  • Ako Mustapha
  • Kiefer Sutherland
  • Tom Hank

    My Fav Actress
  • Maya Karin
  • Sofia Jane
  • Nasha Aziz
  • Cameron Diaz
  • Drew Barrymore



  • stats






    credits

    Blogdrive