[---~*Enter-tainment Blog*~---]
Firefox NEW Firefox 2.0 released!



Previous Entry
REFRESH THIS BLOG
Next Entry

Time to move on



My blog has been revamped into the fresher, snazzier 'Sensasi Selebriti'.

You are cordially invited to grace your presence at the new blog. Click here


www.budiey.com






Sunday, June 05, 2005

    KONSERT AKADEMI FANTASIA 3: MINGGU PERTAMA


    INTRO: MONTAJ, PENTAS DAN LOGISTIK
    Montaj untuk Konsert AF3 seakan sama dengan montaj Diari AF3 dimana menggunakan animasi pinball yang melalui saluran dan jalanan berliku. Bedanya, montaj Diari banyak menonjolkan lakaran potret tenaga pengajar, manakala montaj konsert sarat dengan peralatan muzik. Semuanya mempunyai mesej dan simbolik bahawa untuk mencapai matlamat dan kejayaan bergelar bintang, seseorang pelajar itu harus menempuhi pelbagai halangan yang serba berkemungkinan.

    Pentas kali ini lebih sedap mata memandang kerana keluasan itu dipergunakan sepenuhnya. Dengan dua tangga dan skrin TV mencipta suasana seperti pentas anugerah. Pentas berbentuk bulat ini dihiasi dengan sofa berwarna putih, cukup elegan dan futuristik. Prop hanya dihiasi dengan Mr. Bola-bola yang diletakkan diruang depan sebelah kiri tidak sebagaimana musim lalu yang diletakkan bersebelahan dengan sofa pengacara. Latar menggunakan bulatan sfera berwarna warni memang nampak sempoi. Tetapi yang penting, pentas kali ini telah bertukar luasnya 2 kali ganda dari musim lepas.

    Logistik konsert memang relevan untuk musim ketiga dimana Stadium Melawati Shah Alam diangkat sebagai pentas persaingan. Untuk malam ini sahaja, suasana kelihatan meriah dengan sorakan, padat dan kerusi hampir penuh dengan penonton.

    Kemeriahan itu turut dirasai oleh Aznil. Nampaknya Aznil begitu gembira dengan sambutan peminat yang datang menyokong pilihan masing-masing. Aznil mengucapkan ribuan terima kasih kepada penaja utama AF, Hotlink dan radio rasmi iaitu Radio Era. Macam biasa, tema memang tidak lekang dari mulut pengacara popular ini..."Satu tujuan, satu harapan, satu destinasi dan AF berusaha untuk mengubah impian pelajar menjadi realiti." Aznil turut mempromosikan CD Konsert Prelude yang akan dipasarkan Isnin ini.

    Kemudian Aznil secara ringkas menjalankan tugas rutin mengalakkan peminat untuk mengundi pelajar pilihan. Tak lupa untuk mengumumkan hadiah bakal pemenang. Nampaknya ganjaran bertambah besar sehingga mempertaruhkan sebuah apartment mewah untuk sang juara. Persoalannya, dengan hadiah ganjaran yang mewah tapi setakat manakah pelajar dapat merebut peluang di pentas AF dalam memajukan seni suara tanahair?

    Antara para artis yang turut dijemput kebanyakkan lagu mereka dinyanyikan oleh peserta iaitu VE, Rem, Nash dan Bob (mungkin penyokong kuat pada kawannya, si Reza). Pengenalan buat pertama kali 12 pelajar AF3 diperkenalkan oleh Aznil dan pelajar cuma melakukan gaya dan trademark mereka. Dimulakan dengan Fuad dan berakhir dengan Felix. Untuk konsert pertama memang selalunya Aznil penat sikit sebab penuh kuota 12 pelajar.

    KEDUDUKAN SEBELUM KONSERT
    Kedudukan Felix pada awalnya mengejutkan saya. Kedudukan selesa dan kental di tangga teratas mengundang pertanyaan. Mungkin Feix lebih natural berbanding yang lain yang banyak berlakon. Aura 'selamba' dan 'blur' Felix dapat menarik orang untuk mengundinya. Atau mungkin kerana pengaruh negeri asal beliau? Atau paparan diari yang tidak seimbang mungkin juga melebihkan fokus kepada Felix.

    1. Felix - 14%
    2. Amy - 9%
    3. Ekin - 9%
    4. Aidil - 8%
    5. Idayu - 8%
    6. Elliza - 8%
    7. Akma - 8%
    8. Yazer - 8%
    9. Fuad - 8%
    10. Keifli - 8%
    11. Reza - 8%
    12. Amylea - 7%

    PARA PENGKRITIK KONSERT PERTAMA
    1. KUDSIA KAHAR (PENGKRITIK TETAP)
    Pengacara tetap untuk ketiga-tiga musim ini meluahkan rasa bangganya dengan penampilan pelajar yang sudah pun nampak seperti bintang. Seperti biasa, pengamatan orang kuat Radio Era ini diperlukan untuk memberikan komen umum tentang pelbagai aspek persembahan.

    2. PROF MADYA RAZAK MOHAIDEEN
    Pengarah yang tersohor ini mungkin akan lebih mengadili dari aspek ekpressi wajah, penghayatan lagu dan gerak bahasa badan pelajar. Beliau yang kini sedang sibuk merencanakan filem terbaru, Bujang Senang pastinya akan mengintai-intai bakat lakonan yang terpendam dari wajah pelajar AF3.

    3. AISHAH
    Seorang penyanyi yang tidak asing dan sering saya lihat dijemput untuk mengutarakan komentar diprogram realiti TV berbentuk persembahan. Aishah yang pernah hadir ketika kezutan untuk Farah dimusim lepas, memang mempunyai kebolehan dalam mengkritik penggayaan vokal serta tahap mutu suara pelajar.

    1. FUAD - POP YE YE (VE)
    Ramai juga peminat Fuad yang buat riuh. Bagi Aznil yang perasan, sebenarnya mereka menjerit kerana adanya Aznil. VT dipaparkan dengan aksi Fuad bermain dengan kamera yang mengatakan bahawa dia sayang Farah. Satu strategi yang bijak, Fuad semacam ingin memancing undi dari peminat Farah. Aznil cuba test power Fuad untuk kasi kaw kaw punya rap. Rap yang Fuad bawakan begitu mendatar. Tetapi motifnya, Aznil dengan selambanya mengambil mop lantai kerana percikan air liur Fuad.

    Dengan memakai kaca mata hitam untuk sesuaikan dengan irama pop ye ye, Fuad nampak ceria dipentas. Sekali lagi pentas itu jadi miliknya. Ditambah dengan bantuan kesemua rakannya sebagai penari dan suara latar, menyuntik keyakinan Fuad. Tindakan menarik Aznil untuk menari bersama adalah teknik lapuk dan dipersiakan oleh Aznil. Kebolehan Fuad menggunakan ekspressi wajah sepenuhnya menarik perhatian. Tak kiralah sebab ada yang menggecop Fuad adalah Zahid Wannabe. Walaupun nampak sedikit semput tetapi Fuad berjaya menarik penonton untuk terus menanti hingga akhir. Fuad bagi saya ada gaya penghibur.

    KOMEN KK: Minggu pertama dah bertenaga dan tak sabar nak tunggu konsert seterusnya.
    KOMEN PROF: Saya percaya pentas digunakan dan diserikan sepenuhnya oleh Fuad. Kalau boleh, elakkan menggunakan pergerakan yang tidak relevan.
    KOMEN AISHAH: Saya suka awak punya konsisten. Bagus rapping. Ada sesetengah penyanyi yang rapping so good tapi dia nyanyi tak bagus tapi gaya awak rapping dan nyanyi ada keseimbangan.

    2. ELLIZA - ELEGI SEPI (AZHARINA)
    Aznil asyik bertanya tentang suara manja Elliza dan mengambarkan watak Elliza seperti kanak-kanak. Lalu dihadiahkan susu botol untuk Elliza. Satu hadiah paling tak sesuai dan seperti mempersendakan orang. Macam tidak ada idea lain.

    Lupakan kanak kanak riang Elliza kerana sebaik sahaja beliau memulakan nyanyian, suaranya lebih matang. Sayang gaya vokal biasa Elliza kurang menyerlah. Gerakannya lebih berhati-hati dan tidak all out untuk mengalunkan lagu Azharina ini. Elliza tidak menggunakan sepenuhnya ekpressi wajah dan hanya berdiri di pentas dalam keadaan statik. Tiada sebarang improvisasi malah masih menggunakan cara penyanyi asal. Keistimewaan Elliza mungkin kerana beliau berjaya menyembunyikan wajah nervousnya

    KOMEN KK: Elliza nervous tapi tak nampak seperti nervous. Ekpressi wajah Elliza tak nampak seperti baru masuk AF.
    KOMEN PROF: Terpegun dengan cara lagu disampaikan dan kesedihan memang nampak. Tapi pada ketikanya mesej tidak sampai.
    KOMEN AISHAH: Ada potensi, pitching bagus, nyanyi bagus, tetapi masih tiada orignaliti. Untuk mngatasinya, cuba dengar melodi asal kemudian terus tutup dan nyanyi dengan gaya lenggok sendiri.

    3. YAZER - READY FOR LOVE (BAD COMPANY)
    Aznil keliru dengan nama Yazer seakan sama dengan yezzaarr (Jimmi). Sedutan VT memaparkan adegan ketika didewan makan dimana Yazer menyuruh ekin makan banyak supaya cepat besar dan tinggi.

    Keseluruhan lagu pada konsert pertama ini seperti memberi ruang untuk pelajar membawa lagu genre masing-masing. Seperti Yazer yang begitu cenderung kepada irama rock. Maka, persembahannya tak ubah seperti Bo Bice yang mengelilingi pentas dengan mic standnya. Tidak dinafikan, penampilan Yazer memang ada gaya rock. Dengan menggunakan mic stand pun penonton boleh bersorak.

    Pada ketikanya, nampak seperti terlalu berhati dan memikirkan apa yang harus dilakukan. Kesilapan diction tidaklah terlalu banyak. Itu yang membuatkan Yazer kelihatan seperti over-confident. Suaranya terketar-ketar sedikit mungkin darah gemuruh. Yazer tidak banyak menggunakan pentas dan saya lihat cara Yazer tidak sebagaimana ketika latihan di akademi. Gaya Yazer menghentak kaki mengingatkan saya kepada seseorang. Rupanya patah mic stand dikerjakan.

    KOMEN KK: Ekspressi bagus sehingga memukau saya dengan mata awak.
    KOMEN PROF: 30 saat pertama baru pick up. Mata memang kalau wanita tengok dia akan cair. Ekpressi kena jaga untuk kemantapan yang akan datang.
    KOMEN AISHAH: Mula hingga akhir kena on sampai last. Suara kena lebih rock lagi.

    4. AMYLEA - INIKAH CINTA (SHEILA MAJID)
    Aznil memuji cara dan imej Amylea. Identitinya lebih gah kepada stail rambut. Berat badannya 42 kg. Kalau potong rambut berat jadi 25 kg. Rambut asalnya lurus tapi tak lurus sangat. Camna tu?

    Gerakan pesona Amylea memang boleh dipuji. Memulakan dengan gaya ceria dengan vokal huskynya, memang sesuai untuk lagu ini. Sayang tariannya tak banyak memberi impak pada tarikan penonton. Mungkin Amylea tak cukup tinggi. Sekali menari, orang akan cakap dia over. Sayangnya kelemahan pada sebutannya masih jelas walaupun sudah ditegur. Susah juga untuk mengubah sebutan Amylea yang pelat mat Salleh ni. Dia masih berdegil mahu menggunakan stailnya. Dengan khidmat Aidil sebagai kekasihnya, lagu ini bukanlah pilihan sesuai untuk menguji kemampuan vokal Amylea. Lagu ini diserahkan untuk menguji setakat mana kebolehan nada rendah beliau.

    KOMEN KK: Saya suka awak fokus pada kamera. Banyak tahan suara. Jangan sekat suara. Keluarkan kesemuanya.
    KOMEN PROF: Amylea kecil-kecil cili api. Keunikan pada mimik wajah. Kesungguhan tu nampak. Secara natural menarik dengan rambut dan stail.
    KOMEN AISHAH: Lemah dari segi vokal diction. Dalam Bahasa Melayu, untuk huruf T H dan T takde stress.

    5. KEFLI - NUR KASIH (SLAM)
    Membuka persembahan dengan Komunikasi yang baik ketika menyuruh penonton bertepuk tangan. Kawalan ketika CD yang 'jump' memang satu kemujuran. Lagu Slam ini terlalu tinggi untuk pelajar berusia 21 tahun ini dan Kefli tiada gaya tersendiri. Sedikit sengau mencacatkan sedikit.Matanya sering dipejamkan kekadang menjadikan matanya bertambah sepet. Lakonan ketika pertengahan tidak menjadi sangat sebab nampak kekok. Kedudukannya statik dan tidak ada momentum langsung pada persembahan. Dan nampak beliau letih dan sesak nafas ketika dipenghujung. Vokal tidak kuat dan sekadar biasa bagi saya.

    KOMEN KK: Tahniah ketika CD jump tapi berjaya cover secara profesional. Suara dah ada jangan terlalu banyak ikut nyanyian Zamani. Pergerakan asyik ke kiri dan ke kanan. Kena lebih tumpu pada kelas Cikgu Linda.
    KOMEN PROF: Nampak matang walaupun pada konsert pertama. Yang meresahkan ialah banyak menjelir lidah. Nonverbal komunikasi adalah penting.
    KOMEN AISHAH: Impress. Insiden masa terlanggar penari dan Cd jump, tapi berjaya ditutup. Problem ketika not rendah kerana tidak dengar tapi Not tinggi anda jelas dan selalu tutup mata.

    6. EKIN - ERTI CINTA (MAYA KARIN)
    Lawak Aznil berkisar tentang tempat asal Ekin, Labuan. Lagu tema Ratu Sehari ini begitu perlahan dan mendayu. Ekin membawa lagu ini seperti pembawaan Maya Karin. Tetapi mungkin kerana keunikan pada suaranya yang lebih gemersik dan menggunakan sedikit falsetto, menjadikan Ekin sedikit berbeza. Malah saya rasa lebih sedap dari penyanyi asal. Dengan wajah yang fotogenik, Ekin sebenarnya ada gaya pemikat. Nampaknya, masalah impriority complex dalam diari telah mencambahkan keyakinan dengan senyuman manis di atas pentas. Lagipun Ekin pandai bermain mata dengan kamera. Lenggok penyanyi asal masih ada tetapi sebutan masih bagus dan jelas.

    KOMEN KK: Ekin ernasib baik kerana mempunyai potensi untuk menenangkan dan menimbulkan perasaan. Bertuah kerana memiliki suara yang bagus. Harap dapat dengan Ekin nyanyi lagu Beautiful dari Christina Aquilera.
    KOMEN PROF: Ekin buat orang Sabah berbangga. Ekin ada pakej kerana banyak tersenyum.
    KOMEN AISHAH: Good things come from small packages. Suara Ekin punya tone. Feel mesti ada reach out kerana ini lagu cinta. Lebihkan senyum kerana feel lagu ini anda tengah bahagia untuk bercinta. Jaga sebutan dan usah terikut-ikut dengan penyanyi asal.

    7. AKMA - NAZAM Berkasih (Syura)
    Terkenal dengan trademark pengenalan 'Konuciwa' yang punya dua makna, 'selamat tengahari atau Hello. Wajah Akma dikatakan mirip dengan wajah Syura itu memang ada betulnya. Akma mengaku yang Aznil orang yang ke seribu berkata begitu. Gadis berwajah lembut ini kelihatan ayu dengan rambut di sikat ke kanan. Bertambah ayu sopan dengan gaya pakaian urban batik berwarna hijau daun pisang itu lengkap dengan riben yang dililit ke pinggang menambahkan kemanisan seri Akma.

    Suaranya sungguh lunak merdu dan memang sesuai untuk lagu ini. Tidak lari dari pembawaan Syura dan sepatutnya Akma lebih mencipta imej dan lenggoknya sendiri. Tiada originaliti langsung. Tidak banyak menari untuk menjimatkan tenaga. Kalau terover menari mungkin membuat Akma semput. Lagu ini dipilih untuk beliau untuk menguji sejauh mana keunikan suara Akma. Bekas peserta Who Will Win ini ternyata punya pakej untuk jadi bintang. Senyuman yang tidak putus terukir dibibir memang memikat. Walaupun suara tidak begitu keluar dan terasa tersekat kerana semput dan lelah. Lagu sebegini memang perlukan stamina yang lebih.

    KOMEN KK: Dah pernah atau pertama kali bawa lagu etnik? Memang tak nampak macam pelajar. Tahap konfiden memang bagus. Ekpressi memang mengasyikkan. Pandai menggunakan mata dan ada senyuman nakal.
    KOMEN PROF: Cuba cari kelemahan tapi tidak nampak anda telah lakukan sesuatu yang terbaik.
    KOMEN AISHAH: Nampak yang Akma seakan bunyi macam Syura. Lagu ini tradisional penghayatan sepatutnya mengikut gerak geri.

    8. REZA - ROMAN PICISAN (DEWA)
    Sedutan ketika aksi Reza 'time sewel' bersama Akma yang bermain drum di Bilik Aktifkan. Kezutan pertama dalam konsert ini ialah Reza diuji sejauhmanakah beliau meminati kumpulan Dewa. Seorang tenaga produksi diambil untuk melakonkan sebagai Ahmad Dhani, ahli kumpulan Dewa yang kononnya datang untuk memberikan semangat kepada Reza. Reza mengundang ketawa saya setelah mendapat tahu yang Reza kantoi sah tak kenal dengan anggota Dewa. Rupanya budak tu adalah pembantu penerbitan di astro. Banyak keletah Aznil diadaptasikan untuk menghidupkan suasana termasuklah mengacah Reza untuk melatah. Walau bagaimanapun, Once, vokalis Dewa dihubungi secara langsung. Sekadar memberi sokongan kepada Reza.

    Pembukaan pun sudah terlupa lirik. Namun berjaya dicapai semula oleh Reza. Vokal yang baik tetapi malang sekali kerana ada gangguan teknikal menjadikan sebutan Reza jelas dan terputus-putus. Gaya tarian cukup memukau dengan tarian tanggo. Kemahiran tarian digunakan sepenuhnya menjadikan show lebih lengkap. Ketika pertengahan Reza nampak hilang nafas dan semput tetapi tidak menjejaskan mood lagu.

    KOMEN KK: Memang menarik tarian ala-ala penari tanggo. Kesilapan teknikal dari mikrofon atau kesilapan awak macam kedengaran perkataan seperti dipotong. Jantung dengar 'antung'.
    KOMEN PROF: Gaya Reza menarik perhatian tetapi terlalu banyak gangguan suara tersekat. Mungkin perubahan menarik tetapi tiba-tiba berhenti. Tenaga mesti berterusan. Rambut yang menutup mata anda menghalang ekspressi dari sampai ke penonton.
    KOMEN AISHAH: Dari segi vokal ada kesilapan, mungkin kerana mic terlalu dekat sangat. Usah nyanyi melalui hidung. Cara yang unik dimana Lagu Indonesia tapi dinyanyikan dalam versi Malaysia.

    9. AMY - FALLING (ALICIA KEYS)
    Vokal gadis Kuching ini memang sedap didengar. Tambah sedap dan kena dengan lagu R&B ini. Gaya Amy menarik perhatian saya dengan penampilan atittude, gaya bertopi dan memakai but coklat. Sayang sekali timing intro tergelincir kerana acapella lari dan Amy tidak pandai budget masa. Walaupun menggunakan gaya Alicia Keys dan out of originality tapi itulah yang menjadikan persembahannya 'mahal'. Dipenghujungnya lagu dibantu pula dengan rapping oleh Fuad.

    KOMEN KK: Masa masuk nampak gabra. Ton tidak kena pada cord. Tetapi berjaya diuruskan oleh Amy dengan bijak. Saya suka dengan ending yang lebih original, tidak terikut Alicia Keys sangat.
    KOMEN PROF: Nampak tahap konfiden level tinggi walaupun ada kesilapan. Banyak situasi dimana awak terlalu banyak mengelak untuk menonjolkan ekspresi muka.
    KOMEN AISHAH: Kesilapan satu pengajaran. Ingat, mesti minta cord kalau mahu dimulakan dengan acapella. Body language tidak cukup konfiden.

    10. AIDIL - SEMUA ORANG TAHU (REM)
    Bekas pramugara yang baru sahaja berhenti ini rupanya ada peminat tersendiri. Siapa yang minat Aidil sebenarnya minat kepada wajah sharpnya bukan kerana suara. Aznil menggelarkan tarian itik dari Aidil ini sebagai tarian poyo. Lagu Rem yang berentak semi-fast ini diimprovisasi rentak pada intronya. Dengan tarian yang nampak 'kekok' bersama penari terus memecahkan momentum persembahan.

    Memang Aidil gagal untuk pertahankan momentum untuk terus ke kemuncak diakhir lagu. Momentum tidak dijaga kerana semakin lama persembahannya, semakin membosankan saya. Suaranya tidak keluar sepenuhnya dan tiada kawalan yang bagus dari Aidil. Tetapi Aidil berjaya menyempurnakan semua tarian yang diajar. Mungkin dia ingat tarian poyonya unik dan cantik sangat? Jadi, Aidil mengekalkan tarian itiknya itu ketika di penghujung lagu.

    KOMEN KK: Pergerakan OK penuh bertenaga, ada senyuman nakal, kalau boleh lebih bertenaga bukan setakat ketika menari.
    KOMEN PROF: Awak akan berjaya kalau ada latihan berterusan. Baik cuma untuk tarian tetapi yang lainnya memang kurang.
    KOMEN AISHAH: Ketika awak bercakap, selaraskan ton yang sama ketika menyanyi. Jangan ketika menyanyi suara lain, bercakap suara jadi lain. Jadikan suara lebih warm. Setakat ni suara awak terribly, jadikan suara lebih macho.

    11. IDAYU - PERCAYALAH (SITI NURHALIZA)
    Saya mengandaikan gadis kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini mempunyai sinar bintang yang lebih menyerlah dari yang lain. Dengan ton suaranya yang gemersik dan matang sudah tentu akan lebih menarik peminat untuk menyokongnya. Lagu Percayalah bukan lagu yang senang kerana memerlukan teknik pernafasan yang betul. Idayu cuma mengikut gaya Siti tetapi ton suaranya memang berbeza. Sedap ditelinga. Penjiwaan lagu juga bagus.

    Ketika korus, Idayu tarik suara dan putus terlalu awal ditengah jalan. Kawalan vokal yang cemerlang. Keistimewaan Idayu, pandai mengubah alunan menjadi lebih sedap. Momentum dijaga kerana saya perhatikan gaya Idayu memang menakjubkan ketika korus pada akhir lagu. Korusnya ditekan untuk lebih mendalam menusuk ke jiwa pendengar. Saya rasa Idayu mesti melakukan sesuatu untuk membina imejnya sendiri. Susah juga kalau dikata semua gaya dibuat itu adalah diceduk dari penyanyi lain.

    KOMEN KK- Sukar untuk mempercayai suara yang saya dengar adalah dari pelajar AF. Saya tak pernah dengar suara dari radio atau mana, memang unik. Walaupun tak banyak guna pentas, namun suara pun sudah cukup menarik. Power habis!
    KOMEN PROF: Lebihkan buat latihan vokal.
    KOMEN AISHAH: Memang sedap, memang seronok dengar. Saya pernah dengar lagu lain dari Idayu. Cuba develop imej sendiri. Gaya tangan Idayu macam Mariah Carey!

    12. FELIX - TIADA LAGI KIDUNGMU (LEFTHANDED)
    Persembahan Felix memang merisaukan kerana lagu ini memang boleh membunuh sebenarnya. Calang-calang orang yang dapat nyanyi kerana ketinggian nada lagu ini memang mencabar. Felix banyak menggunakan ilmu ketika kelas latihan. Ekspresi beliau memang menjadi dan nampak kesedihan dalam menjiwai lagu. Korus yang tinggi berjaya disempurnakan oleh Felix. Gaya di akhir lagu memang sesuai dimana Felix berlutut untuk menunjukkan perasaannya yang pasrah dan berserah. Bagi saya Felix sekarang sudah pandai menjiwai lagu dan tak patut mengatakan beliau tak punya perasaan.

    KOMEN KK: Lagu ini memang senang untuk sumbang tapi Felix bawa never out of key pun, cukup perfect.
    KOMEN PROF: Tahniah, suara yang enak, walaupun tak kuasai pentas, suara anda buat kita terpesona.
    KOMEN AISHAH: Technically, nada tinggi yang bagus, tetapi anda selalu tutup mata dan cuba menangis. Cuba jauhkan jarak dengan mic. Nada tinggi yang baik.

    KEZUTAN: TIADA PENYINGKIRAN, MASUKKAN DUA PELAJAR
    Akademi Fantasia tidak sah kalau tidak dikecohkan dengan kezutan. Pada tanggapan saya, tiada penyingkiran pada minggu pertama sebagaimana yang berlaku di musim lalu. Namun, memang adat penganjur Akademi Fantasia yang sentiasa mencari kelainan yang lari dari tanggapan peminat. Apa yang kita harapkan atau ramalkan biasanya diluar jangkaan.

    Aznil sekali lagi menggunakan elemen emosi untuk menyentuh perasaan penonton. Kebolehannya mencipta ayat dalam gabungan tajuk lagu yang dinyanyikan sememangnya dapat menceriakan serta mencuakkan kerana katanya memang ada penyingkiran pelajar. Bukan seorang pelajar sebaliknya 2 orang pelajar.

    Beg pelajar yang tersingkir tidak lagu diheret secara manual tetapi kali ini beg muncul dari pintu yang terbuka di permukaan lantai pentas. Sedikit kecanggihan. Aznil sekali lagi membuat penonton berdebar kerana memanggil Kefli ke hadapan. Rupanya sekadar menyuruh Kefli mengangkat beg.

    Ketika Aznil membaca kad yang terselit di beg itu, ada sesuatu yang mencetuskan kekeliruan saya. Kerana selepas itu, Aznil mengarahkan penerbit untuk memanggil pengetua naik ke pentas. Setelah melihar Rozzina berbisik-bisik dengan M.Nasir, kelihatan ada sedikit kekalutan. M. Nasir terus ke pentas untuk mengumumkan penyingkiran dua orang pelajar. Sebelum penyingkiran, semua tenaga pengajar dipanggil ke belakang pentas untuk mesyuarat tergempar.

    Penonton dirumah seperti saya, terpaksa menunggu 30 minit untuk memberi laluan siaran Berita Astro. Siaran Imbasan AF3 jam 11.30 malam menyusul kemudian. Perbincangan telah dibuat dan kata putus sudah disahkan.

    Pengetua M.Nasir sekali lagi dijemput kepentas. Seraya sifoo berkata "Setelah perbincangan dibuat oleh tenaga produksi AF, ingin saya maklumkan bahawa tiada penyingkiran akan berlaku pada malam ini. Sebaliknya jumlah pelajar akan ditambah menjadi 14 orang. Keputusan siapakah 2 pelajar tersebut akan diketahui setelah diadili dengan memberi peluang kepada 8 orang yang terkeluar mempersembahkan nyanyian masing-masing.

    Dengan diadili oleh semua tenaga pengajar AF3, maka Imbasan AF3 memang tertumpu pada satu lagu pertaruhan. Persembahan pertama dimulakan oleh Diana. Persembahan sebenarnya tidak dirancang secara rapi dan memang jelas kesemua mereka kurang bersedia.

    1. DIANA - PILIHLAH AKU
    Suara sengau Diana memang sesuai dengan lagu Kris Dayanti ini tetapi sayang sekali tiada originaliti kerana Diana tiada stail tersendiri. Imej yang tidak jelas walaupun masih mengekalkan attitude lagu.

    2. HADER - I LIVE MY LIFE FOR YOU
    Seperti Diana, Hader juga tidak mempunyai originaliti. Dalam kata lain, Hader juga silap memilih lagu. Sepatutnya Hader memilih lagu yang dapat memberi keyakinan kepada juri untuk membuktikan yang dia serba boleh dan mempunyai kemampuan vokal dalam semua genre.

    3. MARSHA - AWAN YANG TERPILU
    Permulaan yang tidak meyakinkan tetapi berjaya dibentuk untuk menjadikan lagu ini sekadar sedap didengar dengan suara Marsha yang lemah. Mungkin lagu ini bukan untuk Marsha. Dengan kata lain, tersilap pilih lagu. Tidak menumpukan pada penghayatan sangat dan Marsha hilang arah sehingga tersilap lirik. Mungkin dengan sokongan dan jeritan penonton, mungkin menaikkan semangat gadis tamparuli ini. Beliau tidak menggunakan vokal soprano seperti Ning tetapi diindahkan dengan suara lunak originalnya. Sebutan ada juga yang tidak jelas terutamanya ketika " tak kesampaian" dan sebutan "awan".

    4. AZLIF - MENGAPA PERPISAHAN YANG KAU PINTA
    Mungkin ada kelainan sedikit pada lagu ini ditangan Azlif. Suara machonya cukup mendayu. Penguasaan pentas yang terlalu over sehingga kesemua ruang ingin dijelajahinya. Sedangkan lagu ini tidak menekankan pada penguasaan pentas tetapi lebih kepada penghayatan.

    5. SHIHA - ANDAI
    Sekadar persembahan biasa dengan kawalan vokal yang seimbang. Pemilihan lagu yang bagus kerana lagu ini memberikan ruang untuk Shiha mencipta lenggok. Tetapi peluang ini dipersiakan oleh gadis Kuala Lumpur ini.

    6. ISA - KATA
    Mungkin Isa peminat setia Hazami kerana sekali lagi lagu Hazami dipilih untuk dibawakan. Isa nampak malu-malu untuk menari. Lagu ini menuntut attitude yang lebih dari Isa. Kelebihan mungkin Isa pandai bermain dan berkomunikasi dengan kamera. Vokal Isa memang bagus dan senada dengan suara Hazami terutamanya ketika kita melihat Isa melakukan adlib. Membuat semua peminat bersorak. Terutamnya Bob dan Rem yang juga berasal dari Sarawak!

    7. RINA - DIA
    Aksi manja Rina tidak banyak menarik perhatian saya. Mungkin Rina sudah pun punya suami. Tetapi kalau dibentuk, Rina masih boleh pergi jauh. Sayang mereka mungkin tidak tahu yang mereka perlu memberikan kelainan pada lagu mengikut kreativiti sendiri. Bukan meniru gaya penyanyi asal.

    8. MAWI - KEKASIH AWAL DAN AKHIR
    Tanpa persediaan Mawi terlupa lirik pada rangkap pertama. Mungkin kerana 'blur' seketika dek penghayatan yang lebih. Suara Mawi memang dahsyat kerana penuh dengan penjiwaan. Terutamanya ketika korus. Boleh menyeriaukan dan meremangkan bulu roma.

    Siapakah antara mereka AFUNDInya akan diaktifkan? Pengumuman dibuat oleh Aznil dengan memanggil semua pelajar perempuan dahulu. Mula-mula Rina diusir keluar. Kemudian Shiha dan kini tinggal antara Marsha dan Diana. Jeritan penonton seakan tahu bahawa Marsha berjaya diserap menjadi pelajar ke 13.

    Manakala untuk pelajar lelaki pula, nama Mawi dilaungkan. Tidak syak lagi kini astro terpaksa akur dan mengalah dengan permintaan peminat Mawi. Ada juga situasi dimana seakan mereka mengugut untuk tidak mengundi atau memboikot AF kalau Mawi tidak dijadikan pelajar. Dan akhirnya, untuk memuaskan semua pihak, Mawi berjaya menjadi pelajar yang ke-14. Maka sejarah bakal tercatit bahawa AF musim ini telah memecah tradisi dimana bilangan pelajarnya adalah 14 orang. Satu tindakan yang menguntungkan untuk pihak penganjur sendiri. Anda mungkin dapat ulas sendiri maksud saya.

    Titik tolak, maka bermulalah diari baru dalam akademi dan apakah suasana AF3 akan berubah dengan ketibaan Mawi dan Marsha? Sama-sama kita tunggu!!!

    CARTA RANKING TOP 12 MALIQUE
    1. Felix - Tiada Lagi Kidungmu
    2. Idayu - Percayalah
    3. Amy - Falling
    4. Fuad - Pop Ye Ye
    5. Amylea - Inikah Cinta
    6. Reza - Roman Picisan
    7. Akma - Nazam Berkasih
    8. Elliza - Elegi Sepi
    9. Aidil - Semua Orang Tahu
    10. Yazer - I’m Ready For Love
    11. Kefli - Nur Kasih
    12. Ekin - Erti Cinta

    CARTA RANKING TOP 8 MALIQUE (KONSERT MINI)
    1. Mawi - Kekasih Awal Dan Akhir
    2. Isa - Katakan
    3. Diana - Pilihlah Aku
    4. Haider - I Live My Life For You
    5. Marsha - Awan Yang Terpilu
    6. Azlif - Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta
    7. Shiha - Andai
    8. Rina - Dia

    kredit foto: http://www.astro.com.my/akademi_fantasia





Rasional thinker
May 27, 2006   11:32 AM PDT
 
dari segi bakat, vokal, persembahan saya pilih felix. dari mula AF3 sememangnya Felix adalah yang terbaik dan paling menonjol diantara mereka. mawi tak sehebat felix. tapi nasib baik lah mawi hensem sikit dari felix. pasal tu lah Hotlink adjust undian memihak kepada mawi.. biasalah kah tu muka mawi kan lebih commercial value. Nampaknya AF3 lebih kepada pertandingan 'Siapa lebih hensem dan cantik, bukannya siapa lebih berbakat. Kesian Felix...........
sham
February 13, 2006   01:53 PM PST
 
alah,dah bisa tegal biasa......ada rupa dan gaya,salah tak jadi hal.....dah brapa kali konsert asyik silap,org buat tak nampak,dah rezeki rupa,tak da tolak tapak,mawi muncul juara......org yg terkeluar awal dlm konsert af lbh baik dr juara sebenar.bukan nak iri hati @ nak kutuk,poin dia,kenapa begini?
MI pun macam tu....nita lebih bai,tapi krn cuit daniel.....suara pun....x usah nak cerita la...macam mana kamu semua pilih pemenang?baik adakan,uji bakat biar suara tak best bawak lagu hancur,ada rupa tak kisah,ha!bertanding la sampai lebam..
JOANNE
December 26, 2005   07:45 AM PST
 
Hmm!Afundi FELIX! HIDUP SABAH! FELIX IS D BEST.. HE'S VERSATILE.. BAGILAA LAGU APER JER, SEMUA DIA BOLEH NYANYI TAU.. MUKA DIA? OKLAA HANDSOME GAK!EH MAZEN! KO BUDAK SABAH KER?...... MERRY CHRISTMAS ALL AND HAVE A HEPI BLESSING WONDERFUL NEW YEAR 2006.. NOW IS 25TH/12/05.. (MONDAY)
rissa
December 23, 2005   10:57 PM PST
 
excuse me, boleh tanya tak? apa email yasmin hani atau email muzik@ria? please..
Name
December 23, 2005   10:57 PM PST
 
excuse me, boleh tanya tak? apa email yasmin hani atau email muzik@ria? please..
SADDAN HUSSEIN
November 15, 2005   07:00 PM PST
 
This academy fastasia seoson was not resulting the correct situation. There are lots of AF's departure were not fair due to its failure to choose the person who is suppose to be eliminated from the academy...
mazen
June 13, 2005   11:37 AM PDT
 
wau...ramainya peminat felix...

Hidup Siti Nurhaliza and Fahmi...

Ops, sorry.... lari tajuk ker aku?...

he he he...Hidup budak Sabah...
azira80
June 8, 2005   05:20 PM PDT
 
Aku rasa betul la kemasukan Mawi ngan Marsha lebih menguntungkan Astro dan Hotlink.Entah2 gimik diorg buat awal2 tak pilih Mawi.Actually aku suka sgt ngan Mawi tu pasal suara dia best lagi2 kalau nyanyi lagu Nasyid .Utk Malique tq coz tulis artikel ni dan aku pun boleh baca.Mu ore kelate ko?
cctv
June 8, 2005   12:12 AM PDT
 
Felix memang best.. lagak gayanya yang bersahaja.. dan suara yang memang bagus.. aku rasa naanti dia boleh jadi penyanyi yang bagus dan juga pelakon yang hebat..yes..!! undi Felix...
erIn_arIeL
June 7, 2005   05:45 PM PDT
 
huge hair n huge talent probaly...
123
June 7, 2005   04:10 PM PDT
 
AFUNDI FELIX
*maria*
June 7, 2005   04:01 PM PDT
 
The girl wif the huge hair tuh sedapkah suaranya?? I wonder....
fatin
June 7, 2005   03:37 PM PDT
 
aku minatla dekat ekin . suara dia merdu giler.harap-harap ekin tak keluar akademi awal. AFUNDI EKIN
girl
June 7, 2005   12:02 PM PDT
 

suka felix?mestikah dikaitkan dengan faktor kenegerian ke? aku orang perak dok kat batu caves tapi aku minat sangat kat felix.wlpn ada org kl contoh cam peserta lain tapi tak suka le over acting.mula tu minat kat eliza sbb org perak ke? hemmm tak jugak tapi meluat tengok perangai dia walapun hakikatnya peel dia cam tu.marsha tu hemm.. entahlah tapi teman tak bekenanla suara tak sehebat mana tapi astro adakan afmasuk mawi & marsha bermakna afmasuk duit kat astro jugak.pokcik kayooo....
*footsie*
June 7, 2005   11:49 AM PDT
 
memang malique seorang yang sangat observant dan detail. seronok baca ur write up walaupun dah tgk kat tv=)
eaf
June 7, 2005   03:10 AM PDT
 
hu hu hu beb aperr ni haa MARSHA masok ni tak best ah dah lah byk songeh beh baik ASTRO AMIK DIANA @ SHIHA K LAHH GAK
erIn_arIeL
June 6, 2005   05:41 PM PDT
 
mawi.. is Mr.Right.. aduuhh... belum pun jadi recording artist.. macamaner nak jadi Mr. Right.. confius..
*maria*
June 6, 2005   05:26 PM PDT
 
2 intruders in the Akademi. What is it about Mawi?? I really hav to find out. Nway malique dude, tenkiu for the detail story bout the concert.
apa
June 6, 2005   05:02 PM PDT
 
Entah kenapa saya agak meluat dengan fuad... meluat sangat... sangat.. felix sememangnya layak berada di atas.. bukan saja vokal personaliti indah itu perlu kerana ini persaingan berdasarkan minat penonton.. felix actually bukan malu-malu... itulah keistimewaan orang Sabah... very humble person.. i think tiada kenegerian tapi sememangnya felix layak.............. go felix...
*footsie*
June 6, 2005   03:15 PM PDT
 
fuad memang macam zahid wannabe. it's really obvious. boringlah since the purpose of af hendak mencari penyanyi baru yang fresh dan original.
sesaperlah
June 6, 2005   12:05 PM PDT
 
i think u r a bit bias about fuad si over acting tue....duh....yazer is way better from him....
erIn_arIeL
June 6, 2005   10:36 AM PDT
 
mazen~~~

hahahahaa... tak adelah.. kau ni tau2 je perasaan aku ye.. huhuhu..
mazen
June 6, 2005   10:29 AM PDT
 
wei erin...ko teringat ariel yg kat seberang tu ker? he he he
erIn_arIeL
June 6, 2005   09:59 AM PDT
 
akma nyanyi lagu nazam berkasih tu mmg kener sangatlah.. sedap telinger mendengar.. (ke aku ni terbawak-bawak keasyikan lenggok dan lirik lagu itu..) Hahahaha... dalam maksudnye tu.. "jauh-jauh org berpesan, yang disana sedang merindu, harap2 masa terluang, ada waktu ingin bertemu.."
lela
June 6, 2005   09:57 AM PDT
 
mawi ok ... marsha ... kenapa suara dia terkepit-kepit ....
mazen
June 6, 2005   09:42 AM PDT
 
Thank's Malique...

Sekurang2nya, mazen yg tak dapat nak tgk konsert af ni dpt gak baca story dr awak.

Suka baca story ni.....Thank's so much... Mmmuuaaahhhh.....
syafika
June 5, 2005   10:22 PM PDT
 
mawi memang patot la masok sebab suara dia memang power... vokalnye yang mantap mampu menundukkan setiap orang... lagi pula mawi membawa gaya tersendiri...bukankah janji AF bahawa akan merubah agar impian anda menjadi realiti???namun begitu pelbagai spekulasi yang timbul iaitu....adakah mawi dipilih hanya sekadar ramai peminat yang memberi sokongan tak berbelah bagi??ataupun hotlink memang nak buat bisnes dengan adanya mawi? yelah bila mawi tak masuk dah ramai chatterz in @15 bertekak inikan mawi masuk tentu ramai afundi..dari tempat ke-7 melonjak tempat kedua...tak masuk AF peminat tubuhkan mawi fc...maka dengan itu saye merasakan bahawa mawi mampu menarik jiwa ramai anak muda..biarlah dikatakan pak bilal masuk AF.. namun sekiranyer ditelitikan jika pintu AF menunjukkan rezeki mawi berada di industri...apalagi yang nak dipertikaikan??sesungguhnya mawi memang berpotensi.walopon hanya sekadar berdiri macam tiang persembahannya cukup membanggakan...apabila suara dilontarkan ia seolah-olah menyedarkan saya agar mengerjakan perintah Allah sungguhpun lagu yang dibawakan tidak kena mengena dengan bab agama...suaranye juga membuatkan saya terdiam dan khayal...tak tahu kenapa...jadik sudah terang lagikan bersuluh mawi mempunyai magnet yang tidak dipunyai oleh artis lain.. lain daripada yang lain.. bila mawi nak perform je mak datok berdebar-debar...mawi layak digelar mr.PERFECT...dan bagi kaum hawa mawi dilambangkan sebagai MR.right...jadi mawi teruskan usaha anda...saya yakin rezeki anda tetap ada dimana jua sekalipun anda tidak berjaya ke akhir..tapi saya yakin dengan adanya pengundi dari kalangan mawi fc serta yang bukan ahli mawi fc saya pasti anda akan menjadi juara..saya juga melihat aksi artis(NASH) yang menunjukkan tanda sokongan "YES" ketika keputusan dibacakan oleh aznil...maka dengan itu saya yakin seluruh malaysia mengagumi anda...mungkin juga di thailan dan indonesia..pastinya kehadiran anda satu keajaiban.. berterima kasihla kepada kedua ibu bapa anda kerana menjaga anda sehingga menjadi insan yang dikagumi..serta sahabat anda itu.. okeyla..ini la satu daripada beribu bentuk sokongan yang saya hadiahkan kepada ASMAWI ANI..
heikal
June 5, 2005   09:27 PM PDT
 
mawi mestidpt juarapny le..peminat yg lain2 tu gigit jari jek le....
Malique
June 5, 2005   09:04 PM PDT
 
To SM...
nanti pah ni kawe buat laa... sbb nyo kawe tok dei dih.. nok wak lagu mano?... sibuk sokmo nih.

Apo-apo pung hidup SM!!!

To Nate...
Sorila review ulase kawe nih terlalu detail sapa koh tahi hidung jatuh pun kaba kat sini dih...

Sebenarnya, ulasan ini adalah khas untuk orang yang tidak sempat menonton dan yang tidak ada astro dirumah depa... atau pun untuk orang yang duk luar negara...

Maaflah kalu terlalu detail deh... sbb kawe ghasonyo meme biaso jah.. mungkin demo first time baco ulase malik dih...

AFUNDI IDAYU... biar sampai dio dapat juara AF3... kawe pung suko!!!
Nate
June 5, 2005   06:56 PM PDT
 
Malique, I wanted to read ur own review bukan cerita balik apa yg terjadi. N yeah, nak tau gak ur own ranking
azhad
June 5, 2005   06:51 PM PDT
 
Setiap keputusan yang dibuat oleh Astro pasti mengambil kira pulangan yang akan diperolehi. Mengaktifkan Afundi Mawi dan Marsha secara langsung telah meningkat bilangan dan jumlah pengundi dan undi.
SM
June 5, 2005   06:37 PM PDT
 
apsal tak buat ranking...aku nak tgk ranking pilihan ko jer..
|

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments








Previous Entry
HOME
Next Entry

Search celebrity, news, money?


Web budiey.blogdrive.com

My Sponsors



My Readers





Notification

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:






concept

More me:
  • Sensasi Selebriti
  • Photo Blog
  • Tips Lifestyle
  • Archieves
  • Money Blog

    Concept:
  • Entertainment Blog
  • Celebrities News
  • Gossips
  • Theater
  • Photo Events

    Version:
  • 2.0

    Official published:
  • 27 Jan 2004

    Best viewer:

    Internet Explorer
    1024 X 768



  • profile

    My stats
  • Malay
  • 179 cm
  • 75 kg
  • 1 Ogos 1976
  • Sentul Perdana
  • Kuala Lumpur
  • Penulis blog

    My Hobby
  • Watching TV
  • Reading
  • Surfing Internet
  • Writing
  • Travelling
  • Chatting
  • Teater
  • Music
  • Work out
  • Blogging
  • Hugging!

    My Colour
  • Maroon
  • Green
  • White

    My Gadget
  • HP Pavillion dv6000
  • Nokia Xpress Music
  • Camera Nikon D40
  • iPod 30GB

    My Hung Up
  • California Fitness
  • Pavilion
  • Coffee Bean
  • Dome
  • Secrets Recipes
  • Nandos

    My Place
  • Suria KLCC
  • Masjid Jamek
  • MidValley
  • Bukit Bintang
  • Istana Budaya
  • The Actors Studio
  • Rapid KL

    My Must See
  • Buletin Utama
  • American Idol
  • Extreem Makeover
  • Lost
  • Beat TV
  • Muzikdiria
  • CSI
  • Siri 24
  • Fear Factor
  • Survivor
  • The Apprentice
  • The Amazing Race
  • Oprah Winfrey
  • Trek Selebriti
  • Iklan!

    My Fav Radio
  • Hot.fm
  • Era.fm
  • Thr.fm
  • Hitz.fm
  • X-fresh

    My Fav Deejay
  • Farah Fauzana
  • Faizal Ismail
  • Nana

    My Hos
  • Fedtri Yahya
  • Nizal Mohammad
  • Karam Singh Walia

    My Fav Reporter
  • Farihad Shalla
  • Zubir
  • Zul Husni
  • Haswari

    My Lagenda
  • Dr. Usman Awang
  • P. Ramlee

    My Fav Film
  • Superman
  • Spiderman
  • Scream
  • Red Eye
  • The Shutter

    My Fav Singer
  • Sheila Majid
  • Jacklyn Victor
  • La Luna
  • Amr Diab
  • Nancy Ajram
  • Mike Indon Idol
  • Too Phat
  • Anuar Zain
  • Siti Nurhaliza
  • Dayang Nurfaizah
  • Rossa
  • Ning Baizura
  • Gareth Gates
  • Guy Sebastian
  • Linkin Park
  • Mawi AF3

    My Fav Actor
  • Afdlin Shauki
  • Saiful Apek
  • Ako Mustapha
  • Kiefer Sutherland
  • Tom Hank

    My Fav Actress
  • Maya Karin
  • Sofia Jane
  • Nasha Aziz
  • Cameron Diaz
  • Drew Barrymore



  • stats






    credits

    Blogdrive