[---~*Enter-tainment Blog*~---]
Firefox NEW Firefox 2.0 released!



Previous Entry
REFRESH THIS BLOG
Next Entry

Time to move on



My blog has been revamped into the fresher, snazzier 'Sensasi Selebriti'.

You are cordially invited to grace your presence at the new blog. Click here


www.budiey.com






Saturday, March 20, 2004

    MISHA OMAR @ CHANGKAT BUKIT BINTANG


    Malam ini, ditengah kehangatan demam pilihanraya aku berkesempatan untuk merasai 'kepulan asap' di Changkat Bukit Bintang Street Party Celebration Dunhill sempena Grand Prix F1. Umpama pesta jalanan, ia juga turut memberi ruang kepada penyanyi yang baru sahaja dinobatkan Artis Baru Wanita Paling Popular @ ABP-Berita Harian. Wow... kemunculannya pasti dinantikan.

    Aku kesana seawal jam 6 petang. Hari mendung namun masih tampak cerah diremang senja. Hujan yang renyai tidak mendinginkan keghairahan aku untuk menatap wajah 'pontianak' Misha. Hahaha.... Sori la Samihah! Kito ni samo kelate dih!

    Yang paling grand dan hebat, Street Party yang dibawa khas oleh Dunhill itu bakal menyaksikan 3 pengunjung bertuah membawa pulang 3 buah kereta.
  • 1. Lotus Elise-tak tahu dapat kat sape. Esok mesti masuk paper nih!
  • 2. Proton Perdana-tak tahu lak sape yg dapat sbb aku balik awal.
  • 3. Satria GT I-dimenangi oleh Justin Danker (mat salleh mana la yang bertuah sangat nih)


  • Tunggu punya tunggu (habis secawan jus carrot RM10?), maka persembahan dimulakan dengan gabungan muzik nusantara-jazz-kontemporari. Aku tak tahu nak kelaskan dalam kotegari apa. Namun, sedap dan asyik didengar dengan paluan rebana, saprano, guitar, organ dan beberapa instrumen yang aku pun berbelit lidah nak sebut kat sini. Punya nilai spiritual; perangsang aqli mengalir ke dalam naluri. Indah! Sesekali diselang-seli juga dengan suara vokal yang mantap oleh penyanyinya yang berbangsa India. Aku rasa kumpulan muzik ini boleh cari makan kalau pandai buat promosi. Markeeet kat Malaysia ni tak tentu sangat. So subjektif!

    Setelah 6 lagu yang mereka bawa, keluar lagi Ros (DJ Hitz.fm ) dan Denise (hos MTV) yang pernah aku temui di party Asia Awards MTV baru-baru ni. Denise ni sporting dan kelakar giler sebenarnya! Sepasang hos yang aku rasa tak matching ni 'memperselakkan' pula pemain violin berbangsa Cina. Alunannya ...pergghhh...mantap! Membuat aku teringat kepada Vanessa Mae kerana ade part-part yang seakan dicedok inspirasi daripada icon violin dunia...Vanessa Mae. Setelah 20 minit di pentas dengan violin ala-ala tengkorak (sebab ia cuma rangka biola), hos mempersilakan penyanyi pujaan aku, MISHA.

    Aaaahhh... sebelum Misha berada dipentas, perasmian pesta dilancarkan oleh VVIP jemputan. Serentak dengan itu, berdentum bunga api memecah suasana malam yang sedia bingit di Bukit Bintang.

    Kemunculan Misha dengan berbaju putih (sedkit kelabu) berlabuci bersinar-sinar disuluhi cahaya sportlight warna warni. Dipadankan pula dengan seluar polos merah garang membara seakan mengikut warna tema Dunhill. Tampak elegant walaupun aku sebenarnya lebih selesa kalau Misha tidak meniru imej Siti atau Ning yang gemar sangat dengan corak yang bersinar-sinar dengan labuci. Arghhh... itu gaya kuno dan konservatif walaupun pada diorang tampak seksi elegan? Errr... yakkk!

    Tang tu orang tidak pandang sangat. Aku tahu ramai yang ternanti penampilan Misha semenjak diheboh perihal imejnya yang tidak tentu arah. Please, kalau korang tengok performance Misha pada awal show ni, aku rasa korang tentu meragui atau sangsi kredibiliti Misha menghibur peminat.

    1.Lagu pertama, Misha terlupa lirik! Suara Misha yang dibawanya penuh rasa gugup dan nampak sangat Misha tidak selesa dengan pentas. Penyesuaian diri dengan persekitaran dan peka dengan reaksi penonton penting untuk Misha hilangkan kegugupan pada awal konsert. Itu diakui sendiri oleh Misha yang dia gugup lantas terlupa lirik. Jangan pula terbawa badi Datuk Sharifah Aini tatkala mendendangkan BBC dan terlupa lirik di ABP! Seluruh Malaysia kutuk Datuk!

    2.Lagu ke-2, Halaman Cinta. Kata Misha, lagu ini menyelami perasaan orang yang bercinta. Misha masih lagi gugup. Beberapa kali terlupa lirik dan timing tak kena! Apa ni Misha? Apa-apa pun, lagu favorite aku ni disampaikan dengan penuh feeling dan suara serak Misha masa chorus tu still cool dan gempak!

    3.Lagu ke-3. Sebelum menyanyikan lagu Kaulah Segalanya, Misha menyatakan beliau cukup meminati beberapa penyanyi dari seberang terutama Ruth Sahanaya. Dibawakan dengan cara beliau sendiri, lagu ini seolah punya kelainan. Misha pandai bermain dengan suaranya dengan feeling yang semacam. Gugup Misha dah hilang sikit. Rasa aku, Misha tidak perlu untuk pusing2 pentas untuk lagu slow macam ni!

    4.Lagu ke-4, Misha meneruskan eksplorasinya dengan lagu icon besar Indonesia, Kris Dayanti. Dah banyak kali, Misha menyanyi lagu Mencintaimu dimana-mana show. Namun kali ini, beliau memilih Menghitung hari. Punya sejarah tersendiri dalam epilog cinta yang aku alami dulu. Vokal Misha teruji dengan lengok lagu yang mendayu. Pembawaan yang amat menyakinkan. Momentum persembahan naik ke paras memberangsangkan. Good job Misha!

    5. Lagu ke-5. I Will Survive. Wow! Momentum melonjak ketahap paling optimum! Kerancakan lagu ini membuat aku tak dok diam. Misha bijak membawa keceriaan pada lagu yg pernah dinyanyikan oleh Nana dengan tarian mengikut ritma. Ini kerana lagu tersebut sememangnya catchy, bertenaga dan punya style hippies.

    6. Lagu ke-6. Lagu tema filem seram Pontianak Sundal Malam. Bukan lagu yang mengerikan! tapi ini lagu cinta slow yang memerlukan Misha menyelami perasaan melankolik. Ini kali kedua aku menyaksikan Misha mengalunkan dengan cukup feeling. Tahu aje trademark Misha kalau tak mengelengkan kepala tak sah! Mendayu ya Amat!

    7.Lagu ke-7. Lagu wajib Misha, BBC. Lagu yang melonjakkan nama Misha dipersada seni. Tapi tidak semestinya setiap kali show kena nyanyi lagu ni. Bagaikan lagu wajib! Aku tak tahu nasib Misha nanti untuk album kedua yg bakal dilancarkan pada April. Adakah setanding dengan dengan BBC? atau Misha bakal senasib dgn Dayang dan Sarah...Aku harap tidak... Misha, u will survive forever!

    8.Lagu terakhir-When I'll see you again. Seingat aku Misha pernah menyanyikan lagu ini pada Konsert Sure Heboh. Sesuai dgn vocal beritma slow ballad, lagu ini pastinya dibawa lebih indah dari Konsert Sure Heboh. Kesesuaian tema lagu ini seolah Misha mendambakan sokongan peminat di persembahan yang lebih cemerlang. Aku mengharapkan persembahan Misha di Sunday Nite Live @ Planet Hollywood pada bulan May nanti akan mengubah segala kecacatan di show ini.

    Selepas persembahan Misha, aku terus angkat kaki sebab tak tahan berdiri lama-lama. Aku pun tak berminat untuk tengok show Ning dek insiden yang berlaku kat APM Singapore tempohari. Ning, kalau nak ramai peminat, please respek kita orang!!!


    ::MORE MISHA@CHANGKAT PICS::




Are_d*am@aRE_d siNClAiR.com
March 13, 2006   03:39 PM PST
 
pade yg kutuk2 aznil tu especially Apa2 sajlah...ingatlah ckit,ktenie sape nk kutuk2 orang.KO PIKIr KO BAGUS SNGAT....!!!klu x krane dye lah,talkshowkte x mnang peringkat asia TAU...!!!so,cermin diri ckit....ko tu sape!!seedap je ko kutuk orang dlm mase 2 thn....
fadzilah
December 20, 2005   02:27 PM PST
 
misha ialah slh seorang artis yang dibanggakan sebab die ade adat ketimuran...........vote misha.kepada peminat misha undilah misha dalam hits1 caranya HITS1 DEDEBU ato ke 39330....20 hb ni final tv1....
makan nasik
December 4, 2005   10:11 PM PST
 
bestnya nak pegilah
amchild
September 5, 2005   06:49 PM PDT
 
tak dela saje je main2 tak kan marah kot minta maaf la kat misha fan takde hal la yang penting saya nak berkenalan nikki,boleh tak nikki,jangan marah pulak saya sound artis idola awak.
amchild
September 5, 2005   06:44 PM PDT
 
poyo la woi!x yah nak banggakan misha la ulamak ade tak nak banggakan pulak!
munira88
March 4, 2005   09:56 PM PST
 
hi!kak misha saya minat sangat kat kak misha!!!!!
Fazrul Beckham
January 2, 2005   06:35 PM PST
 
Yezza...! Misha is Da Best!... Teruskan usaha baby! U R d Future of Malaysian Music Scene... Gugup2 sket memula tu biaselah time show live, kan? Yg penting boleh handle show tu at the end... Lotsa luv 4 u dear... Thanx malique 4 d pix!
nikki
December 16, 2004   04:09 PM PST
 
hi,saya nikki siapa ni saya nak kenal siapa peminat misha omar bolehkan ?
eriq azray
December 14, 2004   05:31 AM PST
 
hi, saya pelajar dari UK dan sudah lama tak dengar cerita tentang artis di Malaysia. Apa sebenarnya yang Ning buat di APM singapore lalu. Cerita lah sedikit.....
|

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments








Previous Entry
HOME
Next Entry

Search celebrity, news, money?


Web budiey.blogdrive.com

My Sponsors



My Readers





Notification

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:






concept

More me:
  • Sensasi Selebriti
  • Photo Blog
  • Tips Lifestyle
  • Archieves
  • Money Blog

    Concept:
  • Entertainment Blog
  • Celebrities News
  • Gossips
  • Theater
  • Photo Events

    Version:
  • 2.0

    Official published:
  • 27 Jan 2004

    Best viewer:

    Internet Explorer
    1024 X 768



  • profile

    My stats
  • Malay
  • 179 cm
  • 75 kg
  • 1 Ogos 1976
  • Sentul Perdana
  • Kuala Lumpur
  • Penulis blog

    My Hobby
  • Watching TV
  • Reading
  • Surfing Internet
  • Writing
  • Travelling
  • Chatting
  • Teater
  • Music
  • Work out
  • Blogging
  • Hugging!

    My Colour
  • Maroon
  • Green
  • White

    My Gadget
  • HP Pavillion dv6000
  • Nokia Xpress Music
  • Camera Nikon D40
  • iPod 30GB

    My Hung Up
  • California Fitness
  • Pavilion
  • Coffee Bean
  • Dome
  • Secrets Recipes
  • Nandos

    My Place
  • Suria KLCC
  • Masjid Jamek
  • MidValley
  • Bukit Bintang
  • Istana Budaya
  • The Actors Studio
  • Rapid KL

    My Must See
  • Buletin Utama
  • American Idol
  • Extreem Makeover
  • Lost
  • Beat TV
  • Muzikdiria
  • CSI
  • Siri 24
  • Fear Factor
  • Survivor
  • The Apprentice
  • The Amazing Race
  • Oprah Winfrey
  • Trek Selebriti
  • Iklan!

    My Fav Radio
  • Hot.fm
  • Era.fm
  • Thr.fm
  • Hitz.fm
  • X-fresh

    My Fav Deejay
  • Farah Fauzana
  • Faizal Ismail
  • Nana

    My Hos
  • Fedtri Yahya
  • Nizal Mohammad
  • Karam Singh Walia

    My Fav Reporter
  • Farihad Shalla
  • Zubir
  • Zul Husni
  • Haswari

    My Lagenda
  • Dr. Usman Awang
  • P. Ramlee

    My Fav Film
  • Superman
  • Spiderman
  • Scream
  • Red Eye
  • The Shutter

    My Fav Singer
  • Sheila Majid
  • Jacklyn Victor
  • La Luna
  • Amr Diab
  • Nancy Ajram
  • Mike Indon Idol
  • Too Phat
  • Anuar Zain
  • Siti Nurhaliza
  • Dayang Nurfaizah
  • Rossa
  • Ning Baizura
  • Gareth Gates
  • Guy Sebastian
  • Linkin Park
  • Mawi AF3

    My Fav Actor
  • Afdlin Shauki
  • Saiful Apek
  • Ako Mustapha
  • Kiefer Sutherland
  • Tom Hank

    My Fav Actress
  • Maya Karin
  • Sofia Jane
  • Nasha Aziz
  • Cameron Diaz
  • Drew Barrymore



  • stats






    credits

    Blogdrive